
27/11/2024
Susah hati saya dibuatnya. Dah sebulan lebih saya tak nampak anakanda ni. Selalu nya kalau saya ke sini, pagi ke petang ke, dia ada datang ziarah kubur ibu dia. Kalau datang siap bawak air teh ikat tepi. Lama dia bersila tepi kubur ibu dia.
Ini last saya nampak dia. Masa ni dah nak pukul 6.30. Dia bentang tikar tidur tepi kuburan ibu dia selepas selesai bacakan Yassin.
‘Jom kejut dia nak? Risau la Ummi. Dah nak Maghrib ni. Kalau orang kubur tak perasan dia kat sini camna? Gate nak tutup dah pukul 7 nanti’ saya cakap pada anak2 dara saya.
Tapi anak2 kata ‘biarkan je dia Ummi. Dia nak rehat kejap kot. Penat. J*p lagi bangun la tu’
Anak2 saya cerita dia memang hari2 ziarah kubur ibu dia yang meninggal sebab kena langgar. Ibunya penjual nasi lemak di Bangi ni jugak. Rupanya masa saya dalam iddah, anak2 saya kan hari2 ziarah kubur Baba depa, jadinya rider FP ni pun bertanya kot. Itu yang budak2 ni tahu kisah dia. Ibu rider ni meninggal sebulan lebih selepas suami saya dikebumikan di situ.
Arini saya tunggu lagi budak ni. Tapi tak nampak2🥺. Mana lah dia pergi…harapnya dia sihat. Saya cuba husnuzon….mungkin dia dah masuk Universiti mana2.
Mungkin jauh, tu tak datang2 tu. Semoga Allah sentiasa merahmati dia dan memudahkan urusan dunia dan akhirat dia. Nampak baik budaknya walaupun saya tak pernah bersembang dengan dia. Cara dia santuni kubur ibu dia pun, boleh tahu macamana akhlak dia.
Dunia berbagai cerita. Di kuburan sahaja pun bermacam2 jenis orang boleh jumpa. Yang hormatkan kuburan ada, yang endah tak endah pun ada, yang boleh ketawa berdekah2 seperti tak ambil iktibar pun ada…eh macam2 lah. Apapun semuga akhiran hidup kita akhiran yang baik dan diredhai Allah.
Kredit: Su Ahmad