09/12/2024
Mana pernah terfikir yang UMNO akan berkawan dengan DAP, tapi bila Allah kata jadi, maka jadilah ia...begitu juga mana pernah terfikir oleh KJ, H2O dan Shahril Hamdan yang mereka akan digantung dipecat dari UMNO, namun apabila Allah berkehendakan begitu maka jadilah ia....jadi begitu juga dengan kisah Kembali kepada UMNO ini...tiada apa yang mustahil, yang mana apabila Allah berkata jadi, maka jadillah ia. ZH, H20, Bossku, KJ, SH, MH dan setiap dari kita adalah individu, dalam sebuah parti individu tidak penting. Yang utama adalah perjuangan Bangsa, jika dengan memecat, menggantung ini boleh menguatkan parti, pecatlah....Gantunglah....namun jika bersama itu lebih baik maka semoga dengan penyatuan semula itu akan membuka lembaran baru kepada perjuangan bangsa yang lebih padu. Semua yang berlaku ada hikmahnya, Insya-Allah dengan keramat UMNO, parti ini akan kembali mengungguli samudera masa hadapan yang semakin mencabar dengan lebih gemilang.
Saya s**a meminjam kata-kata bijaksana YM Tengku Razaligh Hamzah, beliau syorkan UMNO agar memafkan KJ, H20 dan SH. Aturan ayat dan kata bijak YM Ku Li ini dalam maksudnya, beliau tidak mencadangkan agar KJ, H20 dan SH yang menohon maaf, tapi Beliau mencadangkan agar UMNO maafkan KJ, H20 dan SH....inilah yang kita panggil kaedah permuafakatan berhemah, hanya UMNO yang lebih mengetahui mengapakah mereka menggantung dan memecat mereka ini, maka biarlah UMNO yang memaafkan mereka, dan mereka juga tidak perlulah beriya untuk mengesahkan punca mereka digantung dan dipecat, yang paling penting dan utama kesediaan kedua-dua belah pihak untuk kembali berperanan dalam menjayakan agenda perjuangan parti. " Buang yang keruh, ambil yang jernih, Kiambang bertaut , biduk berlalu" akhirnya silaturahim terjalin juga.
Saya mendoakan semoga semuanya akan baik-baik sahaja dan semoga ada hikmah atas segala yang berlaku. Kasih dan Cinta kita kepada UMNO hanya Allah sahaja yang tahu, perasaan ini bukan sahaja saya yang rasa, malah saya percaya semua orang melayu yang sayangkan Melayu punya rasa yang sama, cuma kita terpisah dek kerana berbeza pandangan dan pendapat yang saya kira jika dibetulkan satu persatu, Insya-Allah, perjuangan melayu akan bertambah kuat dan bertambah mutu....