Tulus Kata

Tulus Kata Tulus Kata @ PENA adalah eka hentian perbukuan yang menawarkan pelbagai genre buku berkualiti.

Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di sini malam tadi menyaksikan pelancaran dua buah buku yang s...
28/11/2024

Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di sini malam tadi menyaksikan pelancaran dua buah buku yang sarat dengan nilai dan ilmu yang disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Zulkifli memuji kedua-dua penulis atas karya luar biasa mereka selain turut menekankan pentingnya buku sebagai wadah untuk menyebarkan ilmu dan budaya.

Buku Senandika Selatan Thailand dan Corat-coret Komunikasi di Lapangan Realiti boleh didapati di SIBF bermula 27 Novembe...
28/11/2024

Buku Senandika Selatan Thailand dan Corat-coret Komunikasi di Lapangan Realiti boleh didapati di SIBF bermula 27 November hingga 3 Disember 2024 di Shah Alam, atau di laman Shopee (Tulus Kata @ PENA).

SHAH ALAM: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 membuka tirainya untuk edisi 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, malam tadi dengan pelancaran dua buah buku.

Pelancaran Dua Karya Inspirasi: Sebuah Refleksi dan Panduan PraktikalSHAH ALAM, 27 November 2024 – Malam tadi, Pentas Ut...
27/11/2024

Pelancaran Dua Karya Inspirasi: Sebuah Refleksi dan Panduan Praktikal

SHAH ALAM, 27 November 2024 – Malam tadi, Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) menyaksikan pelancaran dua buah buku yang sarat dengan nilai dan ilmu, disempurnakan secara rasmi oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Buku pertama, Senandika Selatan Thailand: Luka Sembuh Parut Tetap Ada merupakan hasil karya intelektual Dr. Azlinariah Abdullah. Melalui penceritaan yang mendalam dan penuh empati, buku ini membawa pembaca menyelami kisah-kisah s**a dan duka masyarakat di wilayah selatan Thailand. Konflik, trauma, dan harapan menjadi tema utama yang diketengahkan dalam penerbitan ini. Dr. Azlinariah, dengan ketelitian dan sensitiviti yang tinggi, telah berjaya mengupas isu-isu kompleks di sana dengan bahasa yang mudah difahami.

Buku tersebut lebih daripada sekadar melaporkan peristiwa, penulis mengajak pembaca untuk merenung berkenaan makna kemanusiaan, empati, dan perdamaian. Melalui penceritaan yang menyentuh hati, Dr. Azlinariah mengajak kita untuk memahami penderitaan, harapan, dan semangat juang masyarakat setempat. Karya ini bukan sahaja menyampaikan maklumat, malah turut menggerakkan emosi dan mengajak pembaca untuk lebih peka terhadap isu-isu sosial.

Sementara itu, buku kedua, Corat-coret Komunikasi di Lapangan Realiti oleh Jef Hazimin Jaafar (Air Liur Emas), merupakan panduan praktikal bagi mereka yang mahu meningkatkan kemahiran komunikasi. Sebagai pengamal komunikasi berpengalaman, Jef Hazimin berkongsi tips dan strategi komunikasi yang efektif dalam kehidupan seharian.

Buku ini memfokuskan pada komunikasi dalam realiti kehidupan, bukan sekadar teori-teori komunikasi semata-mata. Penulis mengajak pembaca untuk lebih peka terhadap bahasa tubuh, intonasi suara, dan pemilihan kata. Beliau juga menekankan betapa pentingnya menjadi pendengar yang baik dan menyampaikan mesej dengan jelas serta efektif.

Kedua-dua penulis, Dr. Azlinariah Abdullah dan Jef Hazimin Jaafar, adalah alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Karya-karya mereka mencerminkan misi UIAM untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut memiliki kepekaan sosial dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat setempat dan global.

Dalam ucapan pelancarannya, Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli memuji kedua-dua penulis atas karya luar biasa mereka. Beliau juga menekankan pentingnya buku sebagai wadah untuk menyebarkan ilmu dan budaya. “Kedua-dua buku ini adalah manifestasi nyata daripada peri pentingnya penulisan. Mereka telah mencari kebenaran dan berusaha untuk menyampaikan kefahaman terhadap realiti sosial,” ujar beliau.

Tentang Penulis

- Dr. Azlinariah Abdullah adalah Editor Kanan di Astro Awani yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah dengan kajian berkenaan pelarian Rohingya dan identiti minoriti di Malaysia.

- Jef Hazimin Jaafar adalah pemilik jenama “Air Liur Emas”, perunding komunikasi, pengacara majlis, dan jurulatih pengucapan awam. Beliau mengacarakan pelbagai acara daripada s**aneka sehingga ke peringkat Sukan SEA.

Tentang Penerbit

Kedua-dua buku ini diterbitkan oleh Smart Forum Resources. Penerbit ini komited untuk menghasilkan karya-karya yang berkualiti dan bermakna bagi masyarakat. Antara buku yang diterbitkan melalui Smart Forum Resources adalah Berjudi Kata (Morne Hashim) dan malam ini neon dan bulan mewarnai cintaku aku ingin terus bercinta (Roslan Madun).

Dapatkan buku-buku ini di SIBF 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor, pada 27 November sehingga 3 Disember 2024 atau di laman Shopee (Tulus Kata @ PENA).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rosman Md. Shah
011 7305 6857
[email protected]

04/06/2024

Perasaan Tengku Razaleigh Hamzah selepas siap penerbitan buku KU LI: Memoir 205.

Beliau kongsikan semasa acara "Sebenar di Sebalik... KU LI: Memoir 205" di pada 26 Mei 2024 di WTC KL.

04/06/2024

Pandangan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkenaan buku KU: Memoir 205.

Beliau kongsikan semasa acara "Sebenar di Sebalik... KU LI: Memoir 205" di pada 26 Mei 2024 di WTC KL.

04/06/2024

Mengapa Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Semangat 46?

Beliau kongsikan semasa acara "Sebenar di Sebalik... KU LI: Memoir 205" di pada 26 Mei 2024 di WTC KL.

04/06/2024

Penulis buku KU LI: Memoir 205 (Datin Zinitulniza Abdul Kadir) menjelaskan perkara yang patut dan tak patut dimasukkan dalam buku itu. Beliau kongsikan semasa acara "Sebenar di Sebalik... KU LI: Memoir 205" di pada 26 Mei 2024 di WTC KL.

04/06/2024

Pandangan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) berkenaan subsidi bersasar diesel semasa acara "Sebenar di Sebalik... KU LI: Memoir 205" di pada 26 Mei 2024 di WTC KL.

04/06/2024

Dendangan syair "Tengku Razaleigh Hamzah" oleh Roslan Madun semasa acara "Sebenar di Sebalik... KU LI: Memoir 205" di pada 26 Mei 2024 di WTC KL.

04/06/2024

Mengapa nama Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) langsung tiada di bangunan UMNO dan PETRONAS?

Itu antara isi perbincangan semasa acara "Sebenar di Sebalik... KU LI: Memoir 205" di pada 26 Mei 2024 di WTC KL, bangunan UMNO.

04/06/2024

Apa ruginya UMNO sebab Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak menjadi Presiden?

Itu antara isi perbincangan semasa acara "Sebenar di Sebalik... KU LI: Memoir 205" di pada 26 Mei 2024 di WTC KL, bangunan UMNO.

04/06/2024

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) adalah pemilik tanah bangunan UMNO sekarang.

Itu antara isi perbincangan semasa acara "Sebenar di Sebalik... KU LI: Memoir 205" di pada 26 Mei 2024 di WTC KL, bangunan UMNO.

THE profound friendship between Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, affectionately known as Ku Li and Tun Abdul Razak Datuk...
02/06/2024

THE profound friendship between Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, affectionately known as Ku Li and Tun Abdul Razak Datuk Hussein has been immortalised within the pages of Ku Li's latest literary offering, Ku Li: Memoir 205.

THE profound friendship between Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, affectionately known as Ku Li and Tun Abdul Razak Datuk Hussein has been immortalised within the pages of Ku Li’s latest literary offering, Ku Li: Memoir 205.

Razaleigh Hamzah Kupas Kisah di Sebalik Buku KU LI: Memoir 205KUALA LUMPUR, 26 Mei 2024, Ahad – Buku KU LI: Memoir 205 t...
31/05/2024

Razaleigh Hamzah Kupas Kisah di Sebalik Buku KU LI: Memoir 205

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2024, Ahad – Buku KU LI: Memoir 205 tulisan Datin Zinitulniza Abdul Kadir terbitan Forum Press Sdn. Bhd. telah disempurnakan pelancaran penerbitannya oleh YABhg. Tun Musa Hitam pada 21 Mei 2024. Walaupun baru beberapa hari diterbitkan, buku tersebut meraih banyak komentar dan perhatian dalam kalangan pembaca kerana ia mendedahkan banyak kisah di sebalik diri YM Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (Ku Li) khususnya hal berkaitan dengan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin negara yang terawal, antaranya Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, dan Tun Hussein Onn.

Kebanyakan pembaca yang telah menyudahkan bacaan menyatakan keterujaan dengan isi kandungan 15 bab buku ini yang dihasilkan berdasarkan penyelidikan mendalam dan wawancara langsung dengan Ku Li. Sehubungan itu, acara "Sebenar di Sebalik KU LI: MEMOIR 205" berlangsung di pentas utama Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 menampilkan sendiri Ku Li, Datin Zinitulniza Abdul Kadir (penulis buku), dan Tan Sri Dato' Sri Dr Haji Abdul Aziz Rahman, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) bagi mengupas lanjut isi kandungan buku tersebut.

Buku ini berkongsi pelbagai kisah di sebalik tabir dalam sejarah perkhidmatan Tengku Razaleigh membantu barisan tertinggi kepimpinan negara membina Malaysia sejak 1962. Ini berlaku selepas Perdana Menteri pertama, YM Allahyarham Tunku Abdul Rahman memujuk beliau mengorbankan ijazah keduanya di London demi menyertai UMNO bagi menyusun semula strategi menawan Kelantan yang terlepas kepada PAS pada Pilihan Raya 1959.

Buku ini turut berkongsi hubungan erat Tengku Razaleigh dengan Perdana Menteri kedua, Allahyar-ham Tun Razak. Di bawah kepimpinan Tun Razak, Tengku Razaleigh bertanggungjawab melaksanakan banyak misi besar negara, antaranya mengasaskan Bank Bumiputra dan PERNAS untuk membangunkan ekonomi Melayu yang ketika itu mundur, bersama-sama merangka Dasar Ekonomi Baharu (DEB), mengambil alih syarikat New Straits Times di Singapura bagi mengelakkan kawalan pihak asing terhadap kandungan media tempatan, dan paling utama, melaksanakan misi s**ar mendapatkan semula hak minyak negara yang telah diserahkan British kepada Shell sebelum merdeka, dan seterusnya mengasaskan PETRONAS.

Buku ini banyak berkongsi kisah yang sebelum ini tidak diketahui ramai, termasuk misi Tun Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail menghantar Tengku Razaleigh ke China pada 1971 ketika usianya 34 tahun, untuk berunding dengan Perdana Menteri China, Chou Enlai. Menurut Tengku Razaleigh, ini sumbangan terbesarnya kepada negara, kerana Malaysia ketika itu mendahului semua negara serantau dalam usaha memulakan hubungan diplomatik dengan China.

Antara paling menarik, buku ini turut berkongsi perihal bagaimana Tengku Razaleigh berulang kali menolak jawatan menteri yang ditawarkan oleh Tunku dan Tun Razak, sebelum akhirnya menerima pada 1976, sebagai melunaskan wasiat Tun Razak. Ramai juga berkemungkinan tidak tahu, bahawa Tengku Razaleigh adalah calon pilihan Perdana Menteri ketiga, iaitu Tun Hussein Onn untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1976, tetapi didesak sendiri oleh Tengku Razaleigh supaya diserahkan kepada Tun Mahathir. Ini diikuti keputusan Tun Hussein menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tengku Razaleigh apabila memilih bersara pada 1981, tetapi sekali lagi ditolak, malah beliau bertindak menasihatkan sendiri kepada Tun Hussein supaya melantik timbalannya, Tun Mahathir ke jawatan tersebut.

Buku KU LI: Memoir 205 terbitan Forum Press Sdn. Bhd. setebal 337 halaman, dihasilkan dalam dua versi, iaitu berkulit lembut dan keras. Kulit lembut berharga RM55, manakala keras (RM90). Ia boleh diperoleh dengan menghubungi kedai buku Tulus Kata (Rosman, 011-7305 6857), di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (24 Mei - 2 Jun 2024 di Bilik Kenanga, WTC Kuala Lumpur) atau secara dalam talian di Shopee Mobile Book Cafe atau Ilham Books). Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, atau e-mel [email protected].

31/05/2024

Hos: Mohd Khair Ngadiron
Tetamu: Morne Hashim

Address

Rumah PENA, 961-7, Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur
50460

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+601173056857

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tulus Kata posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tulus Kata:

Videos

Share