Friends of Bomba Malaysia

Friends of Bomba Malaysia Like Facebook Friends of Bomba Malaysia untuk mendapatkan info-info terkini berkaitan aktiviti yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia..Tujuan utama page Friends of Bomba Malaysia ini diwujudkan adalah untuk berkongsi segala info berkenaan tugas-tugas yang dilakukan oleh anggota bomba.

Lelaki rakyat Malaysia ditahan, disyaki edar dadah bernilai RM120,000 di Sungai Golokโ€ผ๏ธ Seorang lelaki rakyat Malaysia b...
05/01/2025

Lelaki rakyat Malaysia ditahan, disyaki edar dadah bernilai RM120,000 di Sungai Golokโ€ผ๏ธ

Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 24 tahun ditahan kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di Pekan Golok, Selatan Thailand, pada 30 Dis lepas.

Suspek yang berasal dari utara Malaysia itu dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Dalam serbuan itu, polis Thailand merampas 1,943 biji pil ekstasi, 1,510 biji pil eramin 5, serta beberapa jenis dadah lain yang turut ditemukan dalam premis itu.

Sumber: Bernama TV
Gambar: Polis Sungai Golok

 : Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama polis serta penduduk kampung membawa jasad lelaki berusia 36 tahun yang ...
02/12/2024

: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama polis serta penduduk kampung membawa jasad lelaki berusia 36 tahun yang lemas selepas motosikal yang ditungganginya dihanyutkan arus di ladang kelapa sawit Felda Kerteh 3 Dungun semalam.

Jasad lelaki itu ditemukan pasukan keselamatan dan orang ramai pada 2.20 petang tadi.

๐Ÿ“ธ : Zulfadhli Zulkifli | BERNAMA


Tragedi redah jeram: Tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan mati mengejutOleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM16 November 2024...
16/11/2024

Tragedi redah jeram: Tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan mati mengejut

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
16 November 2024, 10:58 am

ANGGOTA bomba dan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa lemas di Sungai Kampar, Gopeng semalam.

IPOH โ€“ Tiada unsur jenayah melibatkan kejadian kepala air ekoran hujan lebat yang dikatakan menjadi punca tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) lemas semasa melakukan aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng pada pukul 3.30 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

โ€œPolis telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian bot water rafting telah terbalik di kawasan Sungai Jahang, Gopeng pada pukul 5.50 petang semalam.

โ€œSiasatan awal di lokasi kejadian mendapati, lima buah bot dinaiki oleh 21 orang peserta bersama lima orang jurupandu telah berlepas dari sungai itu berhampiran sebuah resort,โ€ katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, sebuah bot dinaiki tujuh orang peserta telah terbalik semasa menjalankan aktiviti water rafting telah terbalik menyebabkan semua peserta hanyut.

โ€œNamun, empat peserta telah berjaya diselamatkan namun tiga peserta iaitu dua lelaki gagal diselamatkan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,โ€ katanya. โ€“ KOSMO! ONLINE

10/10/2024

โ€Žุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงูŒู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงูŒู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงูŒู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra. PANGGILAN : KHIDMAT KHAS KAKI TERSEPIT HARI : SELASA. TARIKH : 08/10/2024. TERIMA PANGGILAN 14:27:00. TAMAT OPERASI : 14:38:00 ALAMAT : SMK BUKIT KEPAYANG SEREMBAN 2. PASUKAN : ALPHA. KOMANDER OPERASI : TIADA KETUA OPERASI : PBK I (KUP) MOHD GADAFFI BIN ABD MANAF ANGGOTA : 1 PBK I (KUP) , 1 PBK II (KUP) 5 PB. KELUARAN JENTERA: 1 LFRT Setibanya dilokasi kejadian seorang budak lelaki melayu berumur 14 tahun tersepit kaki pada penutup longkang. Anggota mengeluarkan kaki mangsa menggunakan peralatan khas. Setelah mendapati mangsa selamat, anggota bertolak balik ke balai.Sekian makluman & terima kasih

Terkini ! Tiga pelajar UiTM Dungun p**ang makan malam maut dirempuh kenderaanOleh MOHD AZLI ADLAN9 Oktober 2024, 11:12 p...
09/10/2024

Terkini ! Tiga pelajar UiTM Dungun p**ang makan malam maut dirempuh kenderaan

Oleh MOHD AZLI ADLAN
9 Oktober 2024, 11:12 pm

DUNGUN โ€“ Tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan di Teluk Gadong di sini malam ini.

Kemalangan itu berlaku berhampiran kampus universiti awam tersebut pada pukul 8 malam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi masing-masing berusia 20 tahun manakala Mohd. Akmal Tukirin p**a berumur 25 tahun.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah p**a dikenali sebagai Amar Danish Mohd. Ridwan, 20.

Difahamkan sewaktu kejadian, mereka dalam perjalanan p**ang ke kampus selepas makan malam.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini manakala Amar Danish p**a dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan namun difahamkan pemandu kenderaan terlibat yang merupakan wanita berusia 40-an sudah ditahan. โ€“ KOSMO! ONLINE

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Penumpang Wanita Maut.Perak Darul Ridzuan - Penyanyi Reedzwann Terlibat dalam ke...
07/09/2024

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Penumpang Wanita Maut.

Perak Darul Ridzuan - Penyanyi Reedzwann Terlibat dalam kemalangan jalanraya Di Kilometer 363.6 Lenuhraya Utara Selatan Menghala Selatan Dekat Trolak 6.20 pagi tadi.

Dalam kejadian itu. Reedzwann, Atau nama sebenarya, Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 23 tahun yang memandu MpV Nissan Serena telah merempuh Belakang Sebuah lori.

Penumpang wanita dikenali Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20 tahun yang juga penuntut di Institut Pendidikan Guru, (IPG)Kampus Pulau Pinang Meninggal dunia Ditempat kejadian.

Difahamkan kedua mangsa dalam perjalanan dari Pulau pinang menuju puchong.

Ikbm
07 sept 2024

JBPM, DBKL guna kren cari mangsa tanah jerlusKUALA LUMPUR - Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera kren Dewan B...
23/08/2024

JBPM, DBKL guna kren cari mangsa tanah jerlus

KUALA LUMPUR - Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera kren Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mencari seorang wanita yang terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, hari ini.

Ini berikutan sebuah kerusi konkrit yang berada di lokasi berkenaan turut terjatuh ke dalam tanah jerlus itu dan dipercayai menghempap mangsa.

Foto Bernama.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuhOleh Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul@hmetro.com.myKuala Lumpur: Wa...
15/07/2024

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]

Kuala Lumpur: Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

"Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Disiarkan pada: July 15, 2024 @ 8:50pm

'Turn table' patah punca lori muatan kayu balak terbalikGua Musang: Sebuah treler yang membawa muatan kayu balak dan ter...
09/07/2024

'Turn table' patah punca lori muatan kayu balak terbalik

Gua Musang: Sebuah treler yang membawa muatan kayu balak dan terbalik di lampu isyarat Persimpangan Bendahara, di sini, adalah berpunca daripada 'turn table' yang patah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan S*k Choon Foo berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lori balak yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai dari arah Bandar menuju ke Kuala Lipis, Pahang.

"Sampai di lokasi kejadian, semasa membelok 'turn table' treler terbabit patah dan menyebabkan ekor treler yang membawa muatan kayu balak terbalik.

"Akibat daripada ekor treler yang terbalik, muatan balak yang dibawa terkena seorang penunggang motosikal dan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berada di laluan bertentangan dan sedang berhenti kerana lampu Isyarat merah.

"Pemandu treler dan kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan. Di minta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian bolehlah menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 012-4027283.

Terdahulu media melaporkan Seorang wanita cedera parah dirempuh kayu balak dari lori yang terbalik di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.

Lori balak yang membawa muatan kayu balak itu dikatakan terbalik ketika melalui persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan Siti Norelyana Kamaruzan, 21, yang menunggang motosikal tercampak apabila dirempuh salah satu kayu balak yang jatuh.

Disiarkan pada: Julai 9, 2024 @ 6:30pm
Paya Linda Yahya
[email protected]

Artikel โžก๏ธ Harian Metro

Nyaris maut dihempap kayu balak bergolek di lampu isyaratOleh AIMUNI TUAN LAH9 Julai 2024, 2:48 pmGUA MUSANG โ€“ Seorang w...
09/07/2024

Nyaris maut dihempap kayu balak bergolek di lampu isyarat

Oleh AIMUNI TUAN LAH
9 Julai 2024, 2:48 pm

GUA MUSANG โ€“ Seorang wanita nyaris maut selepas motosikal yang dia tunggang dihempap muatan kayu balak dibawa sebuah lori ketika sedang mengambil selekoh di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.23 pagi itu, mangsa, Siti Norelyana Kamaruzan, 21, yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sini dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang di sini.

Menurut tunang mangsa, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, dia menerima panggilan mengenai kemalangan itu daripada seorang rakan yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Katanya, dia terus bergegas ke hospital untuk melihat keadaan mangsa selepas menerima makluman mengenai kemalangan itu.

โ€œSaya sempat melihat keadaan tunang yang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang dan doktor memaklumkan keadaannya masih tidak stabil.

โ€œSaya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Saya mengharapkan doa daripada orang ramai supaya tunang selamat,โ€ katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan S*k Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan. โ€“ KOSMO! ONLINE

  8.7.2024: Seorang wanita anggaran umur 35 tahun dengan berat badan 90 kg yang menyertai aktiviti mendaki telah tergeli...
09/07/2024

8.7.2024: Seorang wanita anggaran umur 35 tahun dengan berat badan 90 kg yang menyertai aktiviti mendaki telah tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung dengan anggaran kedalaman adalah 10 meter semasa dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Korbu di jalur pendakian melalui Ulu Kinta, Perak.

Kejadian itu dilaporkan kepada JBPM Negeri Perak pada jam 3.29 petang sebelum pasukan Bomba daripada BBP Tambun seramai 12 orang diketuai oleh PPgB Mohd Jamalludin bin Mat Yusop selaku Komander Operasi Kanan digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS.

Jarak dari tapak permulaan pendakian ke lokasi kejadian adalah dalam anggaran 3 km dengan laluan trek mendaki serta curam dan mengambil masa kira-kira 2 hingga 4 jam perjalanan.

Pasukan Bomba dengan kelengkapan menyelamat serta di bantu oleh beberapa orang Malim Gunung Perhutanan mula bergerak ke lokasi mangsa pada jam 4.20 petang selepas taklimat ringkas diberikan bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan mangsa.

Mangsa dikatakan terjatuh sewaktu hendak melintas dengan memeluk kayu balak yang tumbang di tebing sungai.

Seorang pendaki lain yang juga merupakan seorang doktor dari kump**an lain yang turut menyertai aktiviti pendakian ke lokasi yang sama telah mengesahkan bahawa mangsa yang mungkin dalam keadaan terkejut itu tidak mengalami sebarang kepatahan anggota.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan berkenaan kecederaan dalaman mangsa. Mangsa pada awalnya mengadu sesak nafas bagaimanapun beransur kembali pulih seperti biasa.

Lokasi mangsa adalah dalam anggaran 1 hari jarak perjalanan dalam keadaan dipikul dan perlu menyeberangi 3 kali aliran sungai dengan kelebaran 10 meter dan kedalaman paras betis.

Balai Bomba Tambun
Bomba Perak Official

Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lainRamainya kerumun kutip sotong dekat jalan๐Ÿ˜ฒTular video orang ramai mengutip s...
02/07/2024

Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain

Ramainya kerumun kutip sotong dekat jalan๐Ÿ˜ฒ

Tular video orang ramai mengutip sotong dari sebuah lori yang terbalik di tepi persimpangan Elmina, Lebuh Raya Guthrie.

Menurut saksi, pemandu lori memaklumkan majikannya memberi kebenaran dan menghalalkan orang ramai bagi mengutip sotong tersebut.

Kredit: malaysiakini

Wanita hamil anak kembar m@ut kemalangan bersama suamiGUA MUSANG, KELANTAN: "Arwah pernah cakap dekat mak, kalau dia men...
02/06/2024

Wanita hamil anak kembar m@ut kemalangan bersama suami

GUA MUSANG, KELANTAN: "Arwah pernah cakap dekat mak, kalau dia meninggal semasa bersalin macam mana?" Demikian kata Suhaily, 49, kakak kepada Suhana Khairudin, 37, yang maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 43 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.35 pagi itu, Ridwan Effendy Yusof, 43, bersama isteri, Suhana yang hamil enam bulan m@ut di tempat kejadian.

Manakala dua anak pasangan terbabit, Akid Darwisy Ridwan Effendy, 9, dan Qaisara Damia Ridwan Effendy, 15 mengalami luka di bahagian kaki dan mulut.

Menurut Suhaily, dia menerima panggilan mengenai kejadian menimpa adiknya daripada adik bongsunya kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, sebelum kejadian dia sempat berbual dengan arwah di telefon yang menyatakan keadaannya selepas keluar hospital.

"Terkejut dengan kejadian yang berlaku, saya bersama ahli keluarga segera ke Hospital Gua Musang dan tiba kira-kira jam 4 petang tadi.

"Saya reda dengan kejadian yang berlaku namun tetap terkejut dengan kejadian yang menimpa adik iaitu anak keempat daripada kami lima beradik," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gua Musang, di sini.

Suhaily berkata, arwah bersama keluarganya dalam perjalanan p**ang ke Tunjong, Kota Bharu selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Ipoh, Perak.

Katanya, terdahulu arwah menerima rawatan di Hospital Kota Bharu dan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur sebelum ke hospital di Ipoh.

"Sebelum ini arwah pernah beritahu mak, macam mana kalau dia meninggal semasa bersalin namun mak cakap Insya-Allah tiada apa-apa dan meninggal semasa bersalin beroleh syahid.

"Arwah sangat teruja untuk melahirkan anak kembarnya selepas anak bongsu berusia sembilan tahun," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan S*k Choon Foo berkata, mangsa dan keluarga dipercayai dari arah Ipoh menuju ke Gua Musang.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh tembok longkang di tepi jalan.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa yang juga anggota tentera tercampak keluar dari kenderaan dan m@ut di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, m@yat suami isteri itu dibawa ke unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Sumber : Harian Metro
Gambar: Media Sosial
02/06/2024

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KONSTABEL AHMAD AZZA FAHMI AZHAR DAN KONSTABEL MUHAMAD SHAFIQ AHMAD ...
17/05/2024

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KONSTABEL AHMAD AZZA FAHMI AZHAR DAN KONSTABEL MUHAMAD SHAFIQ AHMAD SAID

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang meninggal dunia ketika sedang bertugas dalam insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan lebih kurang dua tahun.

Didoakan agar kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.





#17052024

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram2.30 pagi: Dua pelajar IPT, lelaki dan perempuan hadir ke balai untuk membuat la...
17/05/2024

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

2.30 pagi: Dua pelajar IPT, lelaki dan perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

2.35 pagi: Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.

Seorang anggota polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi diserang dan ditetak mati oleh suspek. Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.

Dua anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai untuk memeriksa dan berlaku tembak menembak dengan suspek.

2.54 pagi: Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian p**i yang tembus kepala. Seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

"Adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi.

"Ketika laporan sedang dibuat p**a, tiba-tiba balai diserang. Jadi kita akan siasat dengan rapi dua pelajar berkenaan," TS IGP

- Harian Metro -.
Via FRIENDS OF PDRM

13/05/2024

HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL!!!
Pesanan ringkas dari ABANG tengok smpai abis tau
Kredit video : BOMBA KARAK

๐Ÿ”ดTragedi berkelah, tiga sekeluarga meninggalSelanggor - Bapa dan dua anaknya lemas di sungai dekat jalan genting lama - ...
05/05/2024

๐Ÿ”ดTragedi berkelah, tiga sekeluarga meninggal

Selanggor - Bapa dan dua anaknya lemas di sungai dekat jalan genting lama - batang kali tengah hari tadi.

Kejadian 1.00 tengah hari tadi. Mangsa, bapa dan dua anak seorang lelaki dan seorang perempuan.dilaporkan sebelum itu mereka sekeluarga ke sungai itu untuk menikmati perkelahan. Dan dilaporkan lemas.

Operasi menyelamat telah dilakukan Bbp kuala kubu Bharu. Bbp shah lama. Dan Bbp perlabuhan Klang - Admin IKBM

05/05/2024

Sumber
Jbpm selanggor.

___________________________

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friends of Bomba Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Friends of Bomba Malaysia:

Videos

Share

Category