Pencinta Majlis Rasulullah

Pencinta Majlis Rasulullah “Aku mencintai kaum Soleh meskipun aku bukan di kalangan mereka..Aku membenci kepada tukang maksiat meskipun tukang maksiat itu adalah aku"
(167)

16/06/2024
Wasiat Sayyidi al-'Allamah al-Habib Umar bin Hafidz untuk dibaca pada Hari 'ArafahDiriwayatkan oleh Ad-Dailami dari Rasu...
16/06/2024

Wasiat Sayyidi al-'Allamah al-Habib Umar bin Hafidz untuk dibaca pada Hari 'Arafah

Diriwayatkan oleh Ad-Dailami dari Rasulullahﷺ
"Sesungguhnya Allah SWT menzahirkan diri (rahmat-Nya) pada petang Hari Arafah, maka Dia tidak meninggalkan hati yang di dalamnya ada sebutir zarrah iman melainkan Dia mengampuni orang itu.

Dan sebaik-baik yang boleh kamu ucapkan pada Hari Arafah ialah:

1. Dibaca 1,000x

‎لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له القوة وله الحمد. وهو على كل شيء قدير

“Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

2.Surah Al Ikhlas 1000x

3.Surah Al Fatihah 100x

4.Surah Al-ikhlas, Surah Al-Falad & Surah An-Nas (100x)

5.Selawat Ibrahimiyah (+100x)

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كما صَلَّيْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وعلى آلِ إبْراهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كما بَاركْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وَعَلَى آل إبراهيم في العالَمِينَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

MOHON MAAF TERPAKSA DIBATALKANProgram Rehlah Dakwah Habib Umar Yang Seharusnya Diadakan Terpaksa Dibatalkan Oleh Sebab U...
08/05/2024

MOHON MAAF TERPAKSA DIBATALKAN

Program Rehlah Dakwah Habib Umar Yang Seharusnya Diadakan Terpaksa Dibatalkan Oleh Sebab Urusan Yang Tidak Dapat Dielakkan, Kami Majlis Muwasolah Mohon Maaf Atas Segala kesulitan..

Habib Abdullah Bin Abdul Qader Al Habsyi
(Pengerusi Majlis Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia)

Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia

04/05/2024
SELAMAT DATANG KE MALAYSIA WAHAI HABIB.الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar Perincian jadual akan menyusul..insyaAllah..Terus...
03/05/2024

SELAMAT DATANG KE MALAYSIA WAHAI HABIB.

الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar

Perincian jadual akan menyusul..insyaAllah..
Terus bersama kami.

Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia

02/05/2024
02/05/2024
01/05/2024
*HAKIKAT DUNIA*Dunia ini hanyalah tempat persinggahan,Dia permainan dan hiburan yang melalaikan..Dunia ini pinjaman dari...
25/04/2024

*HAKIKAT DUNIA*

Dunia ini hanyalah tempat persinggahan,
Dia permainan dan hiburan yang melalaikan..

Dunia ini pinjaman dari Allah SWT ,
Musibah dan nikmatnya, semuanya ujian..
ada datang dan pergi, termasuk apa yang kamu rasakan milikmu.

Dunia itu sebentar, dan akan berakhir dengan kepunahan,
Dulu ia ada, sekarang ia pergi,
Semua yang berlalu akan tinggal kenangan dan penyesalan..

Tapi ingat, dunia juga ladang dan tempat bekal dipersiapkan.. mungkin apa yang kamu inginkan tidak kesampaian tetapi hakikatnya akhirat itu ada.

Ingat juga sebaik-baik bekal adalah ketakwaan,
bukan keluarga, sahabat -handai , harta, jawatan atau kedudukan..
Istiqomahlah untuk melakukan ketaatan,
Meski engkau penuh kekurangan..

Tetaplah teguh di atas kebenaran dan kebaikan, mungkin hari ini orang tak nampak atau lupa dengan apa yang engkau lakukan... Tetapi engkau kena ingat Allah SWT tidak pernah lupa apa yang engkau buat samaada yang baik atau yang buruk. Teruslah buat kebaikan walau engkau tidak dipandang pada manusia sedangkan apa yang engkau buat selama ini ada di dalam buku catatan amalmu...
sampai nyawamu dijemput oleh kematian..

Semoga Allah SWT memberikan kita kemuliaan,
Di Firdaus-Nya,
Bersama Rasulullah SAW di taman-taman syurga.

آمين يارب العالمين

Hasil nukilan
احمد إبن شهدان 😊

Ustaz Ahmad Bin Shadan AlHadrami

06/04/2024
04/04/2024
02/04/2024
20/08/2023
25/05/2023
TIGA ELEMEN UTAMA DALAM PERJUANGAN AL-HABIB UMARILMU, SULUK DAN DAKWAHTunjang utama ajaran Habib Umar bin Hafidz yang cu...
25/05/2023

TIGA ELEMEN UTAMA DALAM PERJUANGAN AL-HABIB UMAR

ILMU, SULUK DAN DAKWAH

Tunjang utama ajaran Habib Umar bin Hafidz yang cukup ditekankan adalah tentang kepentingan ILMU, SULUK dan DAKWAH kerana setiap mukmin berhajat kepada ketiga-tiganya sebagai kunci untuk menjadi hamba Allah yang sempurna. Sehinggakan ianya menjadi 3 teras utama penubuhan institusi pengajian Darul Mustafa dan cawangan-cawangannya oleh beliau, ketiga-tiga teras tersebut telah di akademikkan selain menjadi tema dalam khidmat agama dan dakwah beliau.

Pada 3 teras ini, iaitu yang pertamanya ILMU, yang dimaksudkan adalah ilmu-ilmu agama yang diperolehi daripada guru-guru yang berkelayakan, secara bersanad.

Teras yang kedua iaitu SULUK, yang dimaksudkan di sini adalah pentarbiyahan dalam penyucian jiwa nurani serta pembaikan akhlak dan keperibadian, sehingga penuntutnya mampu memperolehi faedah daripada ilmu-ilmu yang dipelajarinya, kemudian dapat p**a memberi manfaat daripada ilmu-ilmu tersebut kepada orang-orang lain.

Dan teras yang ketiga, iaitu DAKWAH, yang dimaksudkan disini adalah menjadi tanggungjawab penuntut-penuntutnya untuk menyebarkan ilmu-ilmu agama demi mendekatkan manusia kepada Allah, selain ilmu-ilmu rohaniyyat yang telah diperolehi mereka , disampaikan dengan pelbagai uslub dan metod yang bijaksana dan hikmah.

Inilah 3 prinsip atau teras penubuhan Institusi Darul Mustafa dan Darul Zahra’ yang diasaskan oleh Habib Umar bin Hafiz. Dan kemana saja beliau pergi, 3 prinsip ini akan dibawa bersama seiring dengan perjalanannya.

Di bawah ini dihuraikan secara ringkas tentang konsep ILMU, SULUK dan DAKWAH yang tersebut itu.

ILMU

Sesungguhnya perkara yang paling wajib di dalam perkara fardhu ialah ILMU dan perkara yang paling besar dosanya ialah JAHIL, dan jahil yang paling buruk sekali adalah jahil terhadap mengenal Allah SWT yang merupakan kekufuran terhadap orang tersebut.

Maka seesorang tidak dapat mengenal Allah, membuat amal ibadat, mengamalkan segala suruhanNya serta meninggalkan segala larangannya, mendekatkan diri kepadaNya kecuali dengan Ilmu, dan dengan perantara ilmu sahajalah perkara tersebut akan dapat dicapai. Ilmu adalah perkara yang paling asas dan tidak dapat tidak mestilah berilmu barulah manusia mengetahui perkara yang disuruh dan perkara yang dicegah.

Barangsiapa yang beribadah tanpa ada ilmu, maka kemudharatannya adalah lebih banyak dari menafaatnya, oleh itu tidak dapat tidak setiap orang muslimin dan muslimat hendaklah mempelajari dan memahami akan ilmu pengetahuan, tidak ada kelonggaran bagi mereka dari meninggalkan mempelajari akan ilmu.

Yang dimaksudkan akan ilmu p**a adalah Ilmu yang mana tidak sah Islam dan Iman kecuali dengan ilmu tersebut. Di ambil ilmu tersebut dari yang ahlinya yang mempunyai sanad keilmuan.

Ilmu yang wajib secara fardhu 'ain untuk dipelajari ada 3 iaitu ilmu tauhid/aqidah, ilmu fiqah dan ilmu tasauf/akhlak.

Diantara ilmu lain yang juga penting untuk dipelajari adalah :Ilmu mengetahui akan tipu daya syaitan, ilmu tipudaya musuh Islam, ilmu menghapuskan nafsu ammarah bis-su’, fadhilat-fadhilat amal, mengetahui akan musibah jika kita tinggalkan beramal, serta semua ilmu-ilmu lain yang mempunyai sanadnya dalam Islam melalui ulama juga digalakkan mempelajarinya.

Adapun ilmu-ilmu yang lain yang berbentuk fardhu kifayah seperti ilmu perubatan, sains, teknologi, ekonomi dan banyak lagi sesetengahnya memang bermenafaat dan penting buat setiap orang, sedangkan yang lain p**a hanya mendatangkan faedah kepada sebahagian orang dan tidak p**a berfaedah kepada sebahagian yang lain, malahan ada p**a ilmu yang boleh menarik ahlinya kepada kemurkaan Allah dan kebinasaan dirinya serta kehilangan akhiratnya.

Maka orang-orang yang berilmu pengetahuan dalam bidang-bidang keduniaan wajiblah menyambungkan ilmunya itu dengan ilmu-ilmu keagamaan, keakhiratan dan ketaqwaan, yang mengingatkannya tentang takut dan taqwa kepada Allah, suruhan dan laranganNya, yang halal, harus dan haramnya, yang menyebut tentang janji-janji Allah dan ancamanNya, supaya dapatlah ia menjadi pendorong untuknya bersikap zuhud, mengutamakan tuntutan akhirat, mensucikan ilmunya kepada asas Tauhid dan ciri-ciri peribadatan, serta berupaya menjaga kepentingan-kepentingan Islam dan umatnya.


SULUK / TAZKIYYAH

Suluk atau tazkiyyah ini ialah proses penyucian hati dan jiwa serta berusaha memperolehi akhlak zahir dan batin . Supaya hatinya benar-benar IKHLAS kepada Allah dalam menyempurnakan tugasnya sebagai hamba Allah. Ketahuilah bahawa jalan pertama ahli suluk yang menuju kepada Allah SWT adalah dorongan kuat yang dicampakkan ke dalam hati, sehingga mampu mengejutkan, mencetuskan kebimbangan serta memotivasikan dirinya untuk mencari jalan menuju kepada Allah dan Hari Akhirat. Dorongan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada tentera Allah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ianya merupakan kurniaan Allah dalem bentuk inayah sebagai tanda asasnya hidayah. Di kalangan hambaNya yang dibukakan jalan melalui pintu ini, tercetus rasa takut, rindu dan minat, sehinggakan merasai perasaan yang sama apabila melihat wajah orang-orang yang hampir kepada Allah ataupun menerima pandangan dari mereka.

Untuk menuju kepada Allah, ahli suluk perlu memperbetulkan taubat sebagai langkah mula. Nabi Adam AS memohon taubat kepada Allah dari segala macam noda dan dosa. Sekiranya ahli suluk mempunyai kesalahan terhadap orang lain, bersegeralah memohon kemaafannya dan minta dihalalkan apa sahaja darinya, kerana hal tersebut akan melepaskannya dari belenggu tergantung penerimaan rahmat Allah untuknya.

Syarat taubat yang hakiki adalah merasa kesal atas kesalahan atau dosa-dosa yang dilakukan serta berazam untuk tidak kembali ke lembah maksiat. Hal ini perlu dilakukan dengan tulus ikhlas, kerana barangsiapa yang cuba bertaubat sedangkan ia masih kekal dalam maksiat ataupun tetap berniat melakukannya maka tidak ada erti langsung taubatnya.

Ahli suluk juga perlu menunaikan segala perintah Allah dan menjauhi dari laranganNya. Sentiasa merasa bersalah dan mengakui kekurangannya terutama dalam hal melaksanakan kewajipan-kewajipan yang fardhu, kerana jiwa yang sentiasa merasa kerdil dan sedih terhadap dirinya yang sentiasa terlanjur berbuat dosa, maka ketika itu Allah berada di sisinya. Dan sentiasa berwaspada dari segala macam dosa samada yang kecil, apatah lagi yang besar sehingga melebihi waspadanya seseorang yang takut termakan racun yang boleh membunuh.

Ahli suluk juga mestilah berusaha bersungguh-sungguh memelihara hatinya dari berbagai jenis penyakit hati, was-was, angan-angan panjang dan lintasan-lintasan jahat ataupun yang meragukan, perlu dibina benteng kukuh bagi menghindari penyakit-penyakit dari menembusi masuk, kerana pada hati itulah TEMPAT PANDANGAN ALLAH SWT. Sesungguhnya punca utama segala penyakit hati itu adalah cinta kepada dunia sesuai dengan sebuah Hadis yang berbunyi : “ Punca segala kerosakan adalah cinta kepada dunia.” Maka cinta kepada Allah dan RasulNya SAW tidak akan menjadi sempurna kecuali hati kita dibersihkan dari segala macam penyakit antaranya sombong, takabbur, bangga diri, hasad dengki, riya’, ujub, khianat, buruk sangka dan sebagainya.

Sedang hati yang sama juga perlu dimasukkan sifat-sifat kenabian seperti redho, sabar, syukur, taqwa, tawakkal, tawadhu’, yakin, khauf, harap, hadir diri dalam amal ibadat, berbaik sangka sesama makhluk dan dengan Allah Ta’ala, dan banyak lagi, serta sentiasa dibasahi hati itu dengan zikir qalbi, nescaya sucilah hatinya sebagai persediaan menerima cahaya keTuhanan yang mampu mencapai makrifat.

Ahli suluk juga mestilah menjaga tubuh badan dan pancaindera dari terjebak ke dalam lembah maksiat dan dosa, digunakan hanya untuk kepentingan akhirat. Contohnya lidah yang dipelihara dari perkataan-perkataan keji, mengumpat, adu domba dan sebagainya, sebaliknya digunakan untuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seandainya perlu berbicara tentang urusan dunia, pastikan ia menjurus kepada kepentingan akhirat. Mata dan telinga yang merupakan pintu ke lubuk hati juga perlu dibentengi dari hal-hal maksiat kerana pandangan dan pendengaran mudah meresap masuk serta menetap di hati dan sukar untuk mengikisnya.

Maka pandangilah dunia hanya dengan tujuan mendapatkan pengajaran darinya, iaitu memikirkan bahawa apa yang kita pandang akan musnah, kerana dunia bermula dengan tiada dan berapa ramai makhluk Allah yang dahulunya telah berjalan di atas mukabumi ini dengan gah, kehebatan dan kemegahan, namun akhirnya dunia ini ditinggalkannya begitu sahaja, sekadar menjadi warisan orang terkemudian, tiada apa yang dibawanya dari perhiasan dunia ke alam kubur dan alam akhirat nanti, melainkan amal perbuatan baik dan buruknya. Dunia dan perhiasannya juga dapat dipandang sebagai natijah penciptaan Sang Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana sehinggakan semua hati yang bercahaya mampu mendengar dari ciptaan alam membicarakan dengan keadaannya betapa tiada Tuhan selain Allah yang Maha Lembut lagi Maha Berdiri Sendiri.

Ringkasnya, ahli suluk adalah orang yang mempunyai matlamat hidup semata-mata untuk mencari keredhoan Allah. Daya usaha mereka adalah menjejaki Rasulullah SAW, mengambil segala bentuk hidup baginda dalam akhlak, perbuatan dan perbicaraannya. Mereka sentiasa menjejaki, mencontohi serta taat setia kepada segala perintah Allah, berusaha menjauhi azab sengsaraNya dan merindui janjiNya tentang ganjaran syurga serta dapat berhimpun bersama-sama jemaah Rasulullah SAW dan para kekasihNya di Hari Akhirat nanti.

DAKWAH

Seruan kepada Allah dan jalanNya, agamaNya dan ketaatan kepadaNya, adalah menjadi sifat para Nabi dan Rasul, yang mana mereka diutus ke dunia untuk tugas ini. Dan di atas tugas yang sama jugalah para ulama amilin dan auliya’ solihin dari kalangan hamba Allah yang mukminin telah menurut jejak langkah mereka pada setiap zaman dan masa.

Mereka menyeru manusia ke jalan Allah dan jalan ketaatanNya dengan kata dan kota, yakni dengan perkataan dan perbuatan, dengan penuh kesungguhan dan daya upaya, semata-mata kerana mencari keredhoan Allah dan atas belas kasihan terhadap hamba-hamba Allah, membawa manusia kepada cinta Rasulullah saw disamping mengharapkan pahala yang murni dari Allah serta menurut jejak langkah Rasulullah SAW.

Pada umumnya, orang-orang Islam membatasi seruan dakwah dan tabligh kepada para alim ulama semata-mata, padahal setiap Muslimin dan Muslimah adalah diperintah oleh Allah SWT supaya mencegah manusia daripada membuat maksiat. Walaupun usaha dakwah dan tabligh sememangnya kewajipan alim ulama, namun umat Islam yang umum juga tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut.

Nabi SAW bersabda :” Sampaikan dariku walau sepotong ayat” (HR Bukhari)

Oleh itu bukanlah semestinya seseorang itu bergelar alim terlebih dahulu baru boleh dia menyampaikan agama dan akhlak yang baik kepada manusia sedangkan apa sahaja yang salah dan terlarang di sisi agama yang dilakukan di hadapan orang-orang Islam, maka menjadi kewajiban mereka menegur orang yang melakukan kesalahan tersebut dengan cara yang tertib, berhikmah dan betul.

Ayat al-Quran yang memberikan penghormatan kepada umat Nabi SAW sebagai umat yang terbaik (surah Ali Imran: ayat 110), adalah dengan syarat umat ini meneruskan kerja menyebarkan risalah Rasulullah SAW yang agung, iaitu menyampai serta mendakwahkan ajaran-ajaran Islam, menyeru manusia ke jalan Allah dan mencegah manusia dari membuat maksiat.

Memang sudah termaklum bahawa tiada seorang manusia pun yang dilahirkan sebagai orang alim, dan wajib atas ahli-ahli ilmu agama menyampaikan ilmu-ilmu yang dketahuinya, dan semua orang yang belajar walaupun satu masalah sahaja sudah dikira dari ahli ilmu agama.

Maka berhak atas setiap Muslim untuk memulakan dakwah dengan memperbaiki dirinya terlebih dahulu, iaitu menjalankan perintah-perintah yang fardhu dan meninggalkan larangan-larangan yang haram. Kemudian mengajar ahli rumah tangganya, kemudian berdakwahlah kepada jiran tetangganya, kepada sekitaran kampungnya, seterusnya ke merata ceruk rantau negerinya sehinggalah ke negara-negara yang lain. Bila ada orang yang terdekat melakukan yang demikian, barulah gugur kewajipannya terhadap orang yang jauh. Jikalau tidak, nescaya semua orang yang berkuasa akan menanggungnya, baik yang terdekat mahupun yang terjauh. Dan dosa ini tidak akan gugur selama mana terdapat di atas mukabumi ini seorang yang jahil dari hal kefardhuan agamanya, sedangkan ada orang yang boleh berusaha datang kepadanya untuk mengajarnya tentang kefardhuan itu.

Seterusnya, seseorang yang menyuruh itu hendaklah ia memulakan dirinya sendiri terhadap apa yang disuruh, dan menjadi orang pertama menjauhi dari apa yang dilarang. Hal ini perlu supaya suruhan dan larangannya itu meninggalkan kesan di hati orang-orang yang diserunya, sebab terdapat ancaman yang keras dari Allah SWT terhadap sesiapa yang menyuruh berbuat baik walhal ia sendiri tiada mengerjakannya, dan ia melarang berbuat jahat padahal ia sendiri mengerjakannya.

Bagaimanapun tidaklah p**a menyalahi bagi seseorang yang menyuruh dan melarang sedangkan ia sendiri tidak mampu berbuat demikian. Dalam hal ini, seorang alim yang tiada mengamalkan ilmunya dan tiada mengajarkan kepada orang lain adalah lebih rendah darjatnya dan lebih berat siksanya daripada orang alim yang mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain tetapi beliau sendiri tidak mengamalkannya.Kerana orang alim yang pertama tadi telah meninggalkan dua kefardhuan (mengajar dan beramal dengan ilmunya) berbanding orang alim kedua yang hanya meninggalkan satu kefardhuan (beramal dengan ilmunya), maka sudah tentu orang yang pertama tadi akan menerima ancaman dan balasan siksa yang lebih berat

Dan akhir sekali, menyeru orang berbuat baik dan melarang berbuat jahat dengan kaedah berlemah lembut, melahirkan belas kasihan, serta benar-benar tulus dalam mengambil berat terhadap bimbingan yang boleh menyelamatkan dan memimpin manusia masuk ke gerbang kebahagiaan dunia dan akhirat adalah cara yang amat berkesan sekali. Hendaklah selalu bersabar dan bertoleransi, berlapang dada, memaafkan, merendah diri dan memujuk dengan kata-kata yang baik dalam urusan dakwah dan pentarbiyahan.

Maka jikalau seorang Islam melihat saudaranya yang Muslim melakukan keburukan, hendaklah ia bersegera menutupnya, sambil menasihatinya secara rahsia dengan lemah lembut dan belas kasihan. Sedang jikalau ia tidak mampu mengubah dan melarangnya, maka wajib ia membenci dalam hati.

Begitu p**a, hendaklah ia membenci perlakuan orang-orang yang berbuat maksiat secara berterus-terusan secara terbuka sedangkan ia sama-sama hadir menyaksikan kemaksiatan tersebut, maka ia perlu memisahkan dirinya dari tempat itu jikalau tidak mampu mencegahnya.

Wallahu’alam

Darul Mujtaba
Iqbal Zain al-Jauhari
Markaz Knowledge City

Al Imam Abdul Rahman Assaggaf mengatakan:Setiap ilmu tanpa amal itu batal.Dan setiap ilmu dan amal tanpa niat, maka ia s...
25/05/2023

Al Imam Abdul Rahman Assaggaf mengatakan:

Setiap ilmu tanpa amal itu batal.
Dan setiap ilmu dan amal tanpa niat, maka ia sia-sia.
Dan setiap ilmu, dan amal dan juga niat tanpa adanya menyerupai dan menepati kepada sunnah, maka ia tertolak.
Dan setiap ilmu, amal, niat dan juga sunnah, tanpa adanya sifat warak, maka itu kerugian bagi seseorang kerana dikhuatiri dirinya itu akan menjadi jatuh dan hina ketika berhadapan dengan perhitungan nanti.

- disunting daripada Kuliah Subuh bersama Al Allamah Al Habib Umar bin Salim bin Hafidz, terjemahan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | Faidhu Rahmah 25052023

الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia

AHLAN WASAHLAH BIKUMMuslimin & Muslimat Di Jemput HadirJadual Rehlah Dakwah Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Sa...
23/05/2023

AHLAN WASAHLAH BIKUM
Muslimin & Muslimat Di Jemput Hadir

Jadual Rehlah Dakwah Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz

Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia

23/05/2023
أهلأ وسهلا بكم سيدي في ماليزيا .. قريبا بإذن الله تعالى
05/05/2023

أهلأ وسهلا بكم سيدي في ماليزيا .. قريبا بإذن الله تعالى

01/02/2023
04/01/2023
22/12/2022
30/11/2022
20/08/2022
10 Nasihat Sheikh Dr. Ramadan al-Buti1. Memulakan hari dengan solat subuh berjemaah di masjid.2. Ketika mendengar suara ...
05/07/2022

10 Nasihat Sheikh Dr. Ramadan al-Buti

1. Memulakan hari dengan solat subuh berjemaah di masjid.

2. Ketika mendengar suara azan dimana pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, maka kita harus cepat-cepat menuju ke masjid terdekat untuk melakukan solat berjemaah.

3. Berusaha dengan sekuat tenaga untuk tidak menggunakan umur kita ini kecuali untuk taat kepada Allah, bekerja untuk mencari rezeki halal, mencari ilmu, dan untuk beristirehat menghilangkan kepenatan.

4. Ketika hendak tidur, maka kita harus membayangkan bahawa kemungkinan tidur ini adalah tidur untuk selama-lamanya, tidur terakhir kita di alam dunia. Sebelum tidur, kita bermuhasabah dan beristighfar kepada Allah.

5. Ketika kamu mendapat kenikmatan atau ujian, maka jangan lupa hakikat bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan tidak ada yang dapat menolak mudarat kecuali Allah SWT.

6. Sesudah kamu melakukan solat dan selesai berwirid, maka jangan berdiri sebelum mengangkat tanganmu berdoa kepada Allah degan penuh kerendahan hati dan penuh kehinaan, meminta kepada-Nya menunaikan hajat-hajatmu, menghindarkan dari segala ketakutan, dan mengampuni segala dosa-dosamu.

7. Ketika kamu merasa ditinggalkan manusia dan dibenci oleh mereka maka jadikanlah redha Allah sebagai pengubat hatimu. Dan ketahuilah bahawa hal itu lebih baik daripada manusia yang meyukaimu tetapi Allah membencimu.

8. Ketika nafsumu menarikmu untuk ghibah pada saudaramu, maka ingatlah bahawasannya kamu juga mempunyai banyak kecacatan dan apabila Allah membukanya nescaya kecacatanmu itu juga menjadi pembicaraan manusia lain p**a.

9. Berusahalah sekuat tenagamu untuk menjadikan bekalan yang kamu sediakan nanti adalah merupakan hati yang suci daripada segala kotoran kebencian.

10. Ketika nafsumu mengajak untuk melakukan kemunkaran, maka ingatlah akan kematian kerana kematian itu akan mengecilkan besarnya maksiat dan menjadikan ibadah dan taat itu banyak.

*Petikan dari kitab Batinul Ismi (Dosa Tersembunyi) karangan al-Syahid al-Buti

Terjemahan: MutarjimClips

Address

Sbi
Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pencinta Majlis Rasulullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby media companies


Other Digital creator in Petaling Jaya

Show All