Rimbunan Islamik Media

Rimbunan Islamik Media Menerbitkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Al-Quran, dan buku-buku kandungan Islam

SIKAP PENIAGA YANG DIPUJI OLEH RASULULLAH SAWSikap tolak ansur antara peniaga dan pelanggan ialah sikap yang dipuji oleh...
25/04/2025

SIKAP PENIAGA YANG DIPUJI OLEH RASULULLAH SAW

Sikap tolak ansur antara peniaga dan pelanggan ialah sikap yang dipuji oleh Rasulullah SAW.

Menurut syarak, pelanggan ialah tetamu yang membawa rezeki kepada peniaga. Maka ada empat sikap tolak ansur peniaga kepada pelanggan yang sangat dipuji oleh Rasulullah SAW.

CARA MENIAGA SAHABAT RASULULLAH SAWAntara sahabat Rasulullah SAW yang paling berjaya dalam perniagaan ialah Abdul Rahman...
25/04/2025

CARA MENIAGA SAHABAT RASULULLAH SAW

Antara sahabat Rasulullah SAW yang paling berjaya dalam perniagaan ialah Abdul Rahman bin Auf. Beliau melakukan pelbagai perniagaan dan semuanya berjaya.

Apakah tips perniagaan Abdul Rahman bin Auf. Marilah bersama-sama tips berniaga beliau yang dikongsi di atas.

REZEKI MEMANG TIDAK SALAH ALAMATJom kenali Sang Maha Pemberi Rezeki dengan lebih dekat, mengetahui ada dua jenis rezeki ...
25/04/2025

REZEKI MEMANG TIDAK SALAH ALAMAT

Jom kenali Sang Maha Pemberi Rezeki dengan lebih dekat, mengetahui ada dua jenis rezeki yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya, belajar cara menjemput rezeki dan merungkai kekeliruan dalam perihal rezeki.

Semuanya akan terjawab dalam buku ini.

ANDA TAHU APA ITU AYAT SERIBU DINAR?Mungkin ada yang tahu, ada juga yang tidak tahu. Ayat ini merupakan ayat 2 hingga 3 ...
25/04/2025

ANDA TAHU APA ITU AYAT SERIBU DINAR?

Mungkin ada yang tahu, ada juga yang tidak tahu. Ayat ini merupakan ayat 2 hingga 3 daripada surah at-Talaq. Ayat ini diturunkan kepada salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang sedang menghadapi kesulitan.

Ayat ini amat bagus diamalkan terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah atau kesulitan yang mengganggu diri mereka. Jom kita amalkan sama-sama untuk kebaikan bersama. πŸ’•

TIDAK PASTI JANGAN KONGSIZaman masa kini, berlaku pelbagai fitnah di dunia kerana segala maklumat yang dikongsi tidak di...
23/04/2025

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Zaman masa kini, berlaku pelbagai fitnah di dunia kerana segala maklumat yang dikongsi tidak diselidiki dahulu.

Allah SWT menegur perbuatan ini dalam Surah al-Isra' ayat 36. Perbuatan ini mampu membawa mudarat kepada orang lain yang tidak bersalah. Maka, sebelum kongsi, siasatlah dahulu maklumat yang kita terima.

SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN ADA EMPAT BAHAGIANMenurut ulama, surah-surah di dalam al-Quran terbahagi kepada empat bahagia...
23/04/2025

SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN ADA EMPAT BAHAGIAN

Menurut ulama, surah-surah di dalam al-Quran terbahagi kepada empat bahagian.

Empat bahagian ini mempunyai ciri-ciri surah yang tersendiri yang disusun mengikut hadis-hadis yang thatbit daripada Rasulullah SAW.

PERLU GANTIKAH HUTANG PUASA ORANG YANG TELAH MENINGGAL?Seseorang yang telah meninggal dunia, selain meninggalkan dunia, ...
22/04/2025

PERLU GANTIKAH HUTANG PUASA ORANG YANG TELAH MENINGGAL?

Seseorang yang telah meninggal dunia, selain meninggalkan dunia, hutang juga turut ditinggalkan oleh si mati. Antaranya ialah hutang wang dan hutang ibadah seperti puasa.

Hutang puasa orang yang telah meninggal dunia ini masih ramai yang kurang jelas sama ada ia perlu diganti oleh waris atau tidak perlu. Bacalah pencerahan daripada set kitab Terjemahan Hadith Sahih Muslim di atas untuk rujukan bersama.

✨JOM KENALI IMAM MUSLIM✨Imam Muslim merupakah salah seorang perawi hadis yang tersohor selepas gurunya, Imam Bukhari. Ke...
22/04/2025

✨JOM KENALI IMAM MUSLIM✨

Imam Muslim merupakah salah seorang perawi hadis yang tersohor selepas gurunya, Imam Bukhari. Kecerdasan dan kekuatan ingatan Imam Muslim dipuji dan dikagumi oleh ramai ulama termasuknya gurunya sendiri.

Imam Muslim banyak mengarang kitab dan yang paling terkenal ialah Sahih Muslim, kitab hadis yang paling sahih selepas al-Quran al-Karim dan Sahih al-Bukhari. Selain menjadi ulama besar, Imam Muslim juga merupakan seorang peniaga pakaian yang derwaman.

ISLAM AJAR CARA URUSKAN KEMARAHANMarah merupakan salah satu daripada kesan hasutan syaitan. Dalam syarak ada disebutkan ...
21/04/2025

ISLAM AJAR CARA URUSKAN KEMARAHAN

Marah merupakan salah satu daripada kesan hasutan syaitan. Dalam syarak ada disebutkan cara-cara untuk menguruskan kemarahan.

Islam mengajarkan kita untuk meredakan dan mengawal kemarahan agar ia tidak memudaratkan diri kita. Kerana syaitan memang mahu manusia binasa kerana perbuatan mereka sendiri selepas mereka menghasut manusia.

Sama-samalah kita berdoa agar kita dijauhkan daripada gangguan iblis dan syaitan laknatullah pada diri kita semua.

CUBA JAWAB KUIZ HARI INIAnda yang sedang bersantai tu, jom cuba jawab soalan kuiz hari ini. Klu sudah pun diberikan, han...
20/04/2025

CUBA JAWAB KUIZ HARI INI

Anda yang sedang bersantai tu, jom cuba jawab soalan kuiz hari ini. Klu sudah pun diberikan, hanya menunggu jawapan anda sahaja.

Anda sudah ada jawapan? Kongsi jawapan anda di ruangan komen okey. πŸ˜πŸ‘πŸ»

DISKAUN HEBAT UNTUK TAFSIR KEBANGSAANKali ini Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kami hadir dengan kotak eksklusif. Inilah masany...
19/04/2025

DISKAUN HEBAT UNTUK TAFSIR KEBANGSAAN

Kali ini Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kami hadir dengan kotak eksklusif. Inilah masanya untuk anda beli TPR kami dengan diskaun hebat untuk anda.

Bilakah diskaun hebat ini akan bermula? Simpan tarikh ini siap-siap okey. Kami akan mula beri diskaun hebat pada 23 Mei hingga 1 Jun 2025.

Ada apa dengan tarikh itu? Semestinya tarikh hari raya untuk penggemar buku. Nantikan harinya okey. πŸ˜πŸ‘πŸ»

BULAN-BULAN HARAM DALAM ISLAMDalam kalendar Islam, ada beberapa bulan yang disebut sebagai bulan haram. Kenapa ia disebu...
19/04/2025

BULAN-BULAN HARAM DALAM ISLAM

Dalam kalendar Islam, ada beberapa bulan yang disebut sebagai bulan haram.

Kenapa ia disebut sebagai bulan haram? Apakah yang menyebabkan bulan itu dipilih sebagai bulan haram? Jawapannya ada di dalam slide di atas.

CUBA JAWAB SOALAN KALI INIBoleh tanya kepada ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan dan sedara mara untuk jawapannya okey.Apa,...
19/04/2025

CUBA JAWAB SOALAN KALI INI

Boleh tanya kepada ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan dan sedara mara untuk jawapannya okey.

Apa, sudah ada jawapan? Kongsikan jawapan anda di ruangan komen ya. πŸ˜πŸ‘πŸ»

APA ADA DALAM 7 KITAB TERJEMAHAN HADITH SAHIH MUSLIM?Sebanyak 7483 buah hadith telah disusun kemas dari pelbagai aspek h...
18/04/2025

APA ADA DALAM 7 KITAB TERJEMAHAN HADITH SAHIH MUSLIM?

Sebanyak 7483 buah hadith telah disusun kemas dari pelbagai aspek hingga menjadi tujuh buah kitab.

Setiap kitab telah dimuatkan hadith-hadith yang berkaitan dengan aspek yang telah dipilih meliputi isu semasa dan kehidupan harian.

DISKAUN HEBAT UNTUK KOLEKSI KARYA USTAZ RASHIDIPara penggemar buku dan pencinta ilmu, inilah peluang anda untuk membeli ...
17/04/2025

DISKAUN HEBAT UNTUK KOLEKSI KARYA USTAZ RASHIDI

Para penggemar buku dan pencinta ilmu, inilah peluang anda untuk membeli buku terbitan kami yang anda berkenan. Kami akan berikan diskaun hebat untuk setiap pembelian buku-buku kami.

Bilakah diskaun hebat ini akan bermula? Diskaun hebat kami akan bermula pada 23 Mei hingga 1 Jun 2025. Simpan tarikh ini siap-siap okey.

Ada apa dengan tarikh tu? Semestinya tarikh hari raya untuk penggemar buku. Nantikan harinya okey. πŸ˜πŸ‘πŸ»

APAKAH YANG RASULULLAH SAW AJAR KEPADA PARA IBU BAPA?Perkara paling utama yang Rasulullah SAW ajar kepada para ibu bapa ...
17/04/2025

APAKAH YANG RASULULLAH SAW AJAR KEPADA PARA IBU BAPA?

Perkara paling utama yang Rasulullah SAW ajar kepada para ibu bapa ialah pelaksanaan syariat kepada anak-anak. Antaranya ialah mula mengajar anak-anak melakukan ibadat sejak dari umur tujuh tahun.

Apakah lagi aspek syariat yang Rasulullah ajarkan kepada para ibu bapa? Jawapannya ada di dalam buku ini. πŸ‘πŸ»

ANDA PERNAH DENGAR NAMA AL-FARABI?Dunia Islam turut melahirkan tokoh yang terkenal dalam bidang seni muzik. Tokoh itu ti...
17/04/2025

ANDA PERNAH DENGAR NAMA AL-FARABI?

Dunia Islam turut melahirkan tokoh yang terkenal dalam bidang seni muzik. Tokoh itu tidak lain dan tidak bukan ialah Al-Farabi. Nama Al-Farabi sudah tidak asing lagi dalam seni muzik Islami. Ini kerana beliaulah merupakan pencipta alat muzik bernama gambus.

Selain muzik, Al-Farabi juga merupakan seorang ahli falsafah dan juga pakar dalam beberapa bidang lain. Al-Farabi juga turut terkenal di dunia barat dengan karya seninya bertajuk Al-Musiqa.

NIKMATI DISKAUN HEBAT UNTUK SEMUA BUKU KAMI!!!Kami akan memberikan diskaun hebat hanya untuk anda, para penggemar buku. ...
17/04/2025

NIKMATI DISKAUN HEBAT UNTUK SEMUA BUKU KAMI!!!

Kami akan memberikan diskaun hebat hanya untuk anda, para penggemar buku. Inilah masanya untuk memborong buku terbitan kami kesukaan anda selama ini.

Bilakah diskaun hebat ini akan bermula? Diskaun hebat ini akan bermula pada 23 Mei hingga 1 Jun 2025. Simpan tau tarikh ini siap-siap okey. πŸ˜πŸ‘πŸ»

Ada apa dengan tarikh tu? Semestinya tarikh hari raya untuk penggemar buku. Nantikan hariny okey. πŸ˜πŸ‘πŸ»

Address

57-2, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rimbunan Islamik Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rimbunan Islamik Media:

Share

Category