Amir Arsad

Amir Arsad Travel and making videos are my biggest passion. 30 | Malaysian | Traveller | Content creator

Trip-trip aku untuk 2025. Ada yang nak follow? Jommmmm!Ada trip Kayuh di Korea, private trip Turkiye, Road Trip Balkan.
06/12/2024

Trip-trip aku untuk 2025. Ada yang nak follow? Jommmmm!

Ada trip Kayuh di Korea, private trip Turkiye, Road Trip Balkan.

Pertama kali aku menjejakkan kaki di Benua Afrika. Alhamdulillah rezeki dapat pergi free p**ak tu. Hehe. Macam mana aku ...
04/12/2024

Pertama kali aku menjejakkan kaki di Benua Afrika. Alhamdulillah rezeki dapat pergi free p**ak tu. Hehe. Macam mana aku boleh pergi free?
Aku sebenarnya ikut trip Salam Morocco sebagai tour leader. Last minit sebenarnya aku ikut trip ni sebagai tour leader sebab tour leader yang asal dimasukkan ke hospital dengan tiba-tiba.
Jadi waktu tu, kawan aku Irfan merangkap Boss Salam Morocco ni mencari-cari orang yang boleh menggantikan tour leader dia. Trip tinggal tak sampai 2 hari je lagi nak pergi. Aku pun offer lah diri aku disebabkan aku pun ada lah pengalaman sikit-sikit pernah jadi tour leader, tour guide dan juga driver trip bawa orang. Lagipun tugas aku ni cuma untuk mengiringi kump**an seramai 24 orang, tak perlu guide sebab tour guide memang dah ada di Morocco.
Morocco atau Maghribi, negara yang terletak di Afrika Utara. Negara pertama di benua Afrika ni untuk aku. Hanya dipisahkan oleh Selat Gibraltar dengan Benua Eropah.
First impression aku sewaktu menjejakkan kaki di sini terhadap negara ni, aku rasakan yang negara ni “bukan tipikal negara Arab” sebab bandar pertama persinggahan kami adalah Casablanca memang nampak sangat cantik, sangat bersih dan moden. Sepanjang 7 malam perjalanan di dalam Morocco ni dari satu bandar ke satu bandar, banyak juga pengalaman baru yang aku dapat rasakan dan ni antara apa yang aku dapati dari observation aku sebagai seorang pelancong. Saje aku tulis kat sini dan simpan sini untuk aku ingat balik nanti :
1. Bandar Casablanca sangat bersih dan cantik. Casa bermaksud rumah; blanca bermaksud putih. Banyak rumah-rumah dan bangunan di sini berwarna putih.
2. Di kawasan Selatan Morocco, semua bangunan-bangunan bewarna dusty pink terutamanya di bandar Marrakesh. Macam ada code warna p**a bagi setiap bandar. Casablanca banyak warna putih, Marrakesh dusty pink, di Chefchaouen warna biru.
3. Morocco ni pun ada 4 musim juga. Musim sejuk, bunga, panas, luruh. Waktu kami pergi ni dah masuk musim luruh. Cuaca agak sejuk sedap-sedap di badan. Tour guide kami cakap, kalau musim panas memang betul-betul panas juga.
4. Gurun Sahara, gurun panas yang terbesar di dunia dan Morocco salah satu negara yang terdapatnya Gurun Sahara. Dapat la merasa naik unta kat padang pasir di Gurun Sahara ni dan bermalam di khemah mewah di tengah-tengah padang pasir.
5. Negara jiran Morocco iaitu Algeria sebenarnya bermusuh dengan Morocco walaupun sama bangsa, sama agama, sama etnik, sama sejarah, sama budaya atas sebab politik untuk claim Western Sahara ni siapa punya.
6. Geografi dan muka bumi negara ni agak menarik. Dalam satu negara, macam-macam boleh dapat. Gurun padang pasir, gunung ganang, kawasan yang tandus, kawasan yang subur, kawasan ala-ala Eropah. Disebabkan trip ni adalah grand tour di mana kami pusing 1 Morocco ni, macam-macam pemandangan yang kami dapat.
7. Bagi aku Morocco ni tak mahal sangat dan tak murah juga. Tengah-tengah kot? Bagi aku lah, sebab aku ni bila travel memang kedekut sikit nak keluar duit. Haha. Ada orang kata murah sebab dia banyak duit. Kalau jauh dari tempat tourist, confirm murah, tapi kebanyakan tempat kami pergi adalah tempat tourist.
8. Seni bina yang tersendiri, unik dan cantik dihiasi dengan susunan-susunan mosaic dan lukisan yang halus, teliti, dan bewarna-warni. Senang nak cam yang “ini adalah Morroco punya style” kalau nampak senibina yang sama di luar Morocco. Cumanya aku macam ada nampak lebih kurang sama macam seni bina Parsi (Iran) dan Uzbekistan. Ni di mata aku lah sebagai orang biasa yang tak tahu sangat pasal architecture.
9. Masjid-masjid di Morocco ni biasanya hanya dibuka bila masuk waktu je. Habis solat berjemaah, pintu masjid akan ditutup dan tiada siapa boleh masuk kalau bukan pada waktu solat. Siap kena halau lagi kalau stay lama-lama lepas habis solat berjemaah.

10. Umat Islam di sini berpegang kepada fiqh Mazhab Maliki.

11. Biasa lah kat mana-mana pun kalau kat tempat tourist, akan ramai cuba kejar kita untuk jual barang atau minta sedekah. Aku boleh kata rata-rata orang kat Morocco yang aku jumpa nak jual barang atau minta sedekah agak sopan dan tidak terlalu memaksa sampai kita rasa rimas. Kalau tak nak, cuma kata "No, thank you", letak tangan kat dada, diorang akan berlalu pergi atau korang blah je. Tak macam pengalaman kat negara lain yang aku pernah pergi, kadang-kadang terlalu memaksa sampai merimaskan. Tapi kalau korang dah start tanya, diorang open untuk tawar-menawar sampai jadi.
12. Lain, nanti kalau aku ingat aku update kat sini.
Secara keseluruhannya, Morocco ni bagi aku memang sangat menarik untuk dilawati. Standby banyak duit jelah sebab sudah tentunya datang ke sini tak sah kalau tak shopping. Macam aku yang bukan kaki shopping ni, aku lebih s**a menikmati tempat itu dengan seluruh panca indera, melihat pemandangan dan landskap negara ni, melihat gelagat manusia, mendengar bahasa yang asing, mendengar bunyi alam dari hiruk-pikuk kota sehinggalah detik tenang di lembah-lembah yang indah, merasai angin dan udara yang menyegarkan di tubuh, menghidu bau yang menyegarkan, dan merasai makanan tempatan. Sekecil apa pun, aku cuba nikmati sehabisnya.
Aku tak buat video / vlog pun sewaktu pergi Morocco ni sebab trip ni adalah trip aku ‘bekerja’, di mana aku mengiringi group seramai 24 orang. Jadi, mana gambar yang sempat aku tangkap tu, aku simpan kat sini sebagai satu kenangan.
Kalau korang nak ke Morocco, boleh la contact Salam Morocco ( https://www.facebook.com/share/14ysUwYoXJ/).
Kalau nak pergi trip kayuh, Road Trip Balkan, Europe, Turkiye, boleh roger aku. Haha. Aku ada trip best-best kalau nak ikut trip aku.

24/10/2024

Untuk trip Turki nanti, trip kita-kita aje. Aku plan 7 orang je max. Syok sikit private dan santai-santai. Jom!

Jom! Siapa nak join pergi Turki siap dapat naik belon kat Capadocia? RM8,900 siap flight. Dari 25 Nov - 2 Dec. Nak cari ...
23/10/2024

Jom! Siapa nak join pergi Turki siap dapat naik belon kat Capadocia? RM8,900 siap flight. Dari 25 Nov - 2 Dec. Nak cari 6 orang je, group private. Kita ngopi kat Istanbul yok!

Meh whatsapp untuk detail : https://wa.link/t50b5m

Early birthday celebration. Terkujut aku dapat hadiah handphone. Thanks so much wife! ❤❤❤ Ceritanya, phone lama aku ni, ...
18/10/2024

Early birthday celebration. Terkujut aku dapat hadiah handphone.

Thanks so much wife! ❤❤❤

Ceritanya, phone lama aku ni, dah 5 tahun juga aku pakai. Dah kerap hang, kerap jem. Disebabkan aku ni heavy user, guna phone untuk buat kerja, buat editing video semua dalam phone tu (Untuk pengetahuan, aku tak pernah edit video pakai laptop, 100% semua video kat YouTube tu aku edit pakai handphone), kerja aku pun jadi lambat, jadi terbantut sebab phone dah mula meragam. Paling sakit hati bila edit video, setiap saat akan hang. Nak edit video pun susah.

Baru-baru ni, bateri dah mula cepat habis dan dah kembung, kembung sampai casing belakang phone aku tu terbuka ya, nak kena ikat getah. Aku dah pernah tukar bateri tahun lepas, baru setahun dah kembung. Aku nak tukar bateri baru yang original pun, aku terfikir, baik la aku beli handphone baru. Cumanya, modal belum ada.

Jadi, aku pakai jelah phone lama ni yang kerap hang dan bateri kembung. Kalau tiba-tiba padam ke, rosak tak boleh on ke, pasrah jelah aku fikir.

Tiba-tiba hari ni aku keluar bilik, aku nampak ni. Bila bukak balutan hadiah tu, terkejut aku tengok wife bagi hadiah handphone sebab dia faham aku sangat-sangat memerlukan untuk buat kerja lagi-lagi untuk editing. Dia pun faham aku belum ada modal lagi nak invest beli phone baru.

Terima kasih isteriku. Moga-moga bertambah-tambah rezeki isteri aku, firma guaman dia bertambah maju hendaknya. Moga-moga asbab handphone baru ni, dipermudahkan aku nak buat kerja, makin bertambah rezeki dan dapat beri manfaat juga kepada isteri aku, keluarga aku, dan semua orang, insyaallah.

Bertambah 1 tahun lagi usia. Alhamdulillah atas segala nikmat sepanjang aku hidup.

Jom main khemah-khemah!
09/10/2024

Jom main khemah-khemah!

Diskaun RM20 untuk UGREEN Nexode, click link di bawah atau dan masukkan code ketika check-out :Shopee link: https://bit.ly/3ZO1lQdShopee code : UGREENPBN Laz...

14/08/2024

Adat lah dalam perjalanan, bukan semuanya indah-indah belaka.

08/08/2024

Bismillah! Ayuh, pengembaraan bermula!

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amir Arsad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Amir Arsad:

Share

Category