The Patriots

The Patriots The Patriots is a group of people from different walks of life, age, race and religion that comes together to form a community of peace and tolerance.

Also known as Persatuan Patriots Malaysia, one of the leading NGO in Malaysia.

"Apa Yang Boleh Kita Belajar Dengan M.Nasir Tentang Kesusahan?"Oleh Azmil AzaliKepada yang pernah tengok video temubual ...
17/01/2026

"Apa Yang Boleh Kita Belajar Dengan M.Nasir Tentang Kesusahan?"

Oleh Azmil Azali

Kepada yang pernah tengok video temubual antara Dj Nazz dan M.Nasir, mesti korang perasan M.Nasir ditanya sama ada pernah hidup susah atau tidak?

Jawapan M.Nasir adalah susah tu apa. Kita sekali dengar macam bongkak betul. Tapi lepas tu M.Nasir jelaskan dia tak faham kenapa perkara tersebut perlu dianggap hidup susah. Sebab benda tu kita semua alami.

Apa maksud M.Nasir sebenarnya?

Ceritanya begini, setiap daripada kita pasti akan melalui zaman susah. Tak kisahlah kena makan sebungkus mi segera kongsi empat ataupun terpaksa tidur dekat tepi jalan. Itu adalah perkara normal sebenarnya.

Dia jadi tak normal bila ramai sangat s**a jaja kesusahan diri sendiri di masa lalu untuk menunjukkan dia telah berjaya. Macam nak tunjuk dia lah yang terpaling susah dan miskin hingga dapat merubah nasib sendiri.

Padahal semua orang pernah merasa susah. Cuma yang berbezanya adalah bagaimana kita menafsirkan kesusahan tersebut.

Contohnya bila kita nampak kawan kita ni hidup cukup-cukup makan, terus dianggap susah dan tiada duit. Padahal kawan kita tu memang dia nak hidup macam gitu.

Tapi disebabkan cara kita memandang susah itu sebagai hidup biasa-biasa je, terus kita rasa orang tu susah. Ada p**ak yang jenis cakap diri itu susah tapi serba-serbi lebih dari cukup. Kita yang tengok ni pun jem kepala, takkan lah itu yang dimaksudkan sebagai susah.

Bermakna susah ini subjektif. Sebab susah bagi kita mungkin bahagia bagi orang lain. Dan susah bagi orang lain mungkin penyiksaan bagi kita.

Inilah yang cuba M.Nasir maksudkan sebagai susah itu apa? Perspektif susah setiap orang pun dah berbeza.

Kesimp**annya dekat sini adalah hidup ini adalah satu proses untuk kita untuk jadi kita lebih cekal dan matang. Kesusahan dan kemiskinan itu adalah sebahagian daripadanya. Jadi santai-santai sahaja jalani hidup.

---

Tak lama lagi kami akan keluarkan buku baru iaitu THE STORYTELLING CODE. Buku ni banyak bercerita tentang cara nak buat konten. Siap ada freegift lagi. Cepat buat pratempah di https://bit.ly/4sO8agK

“NASA Tipu Kita, Sebab Qur’an Sendiri Yang Kata Bahawa Bumi Ini Datar?”Oleh: Fahrin AzriMasalah pasal isu bumi itu sfera...
17/01/2026

“NASA Tipu Kita, Sebab Qur’an Sendiri Yang Kata Bahawa Bumi Ini Datar?”

Oleh: Fahrin Azri

Masalah pasal isu bumi itu sfera atau datar ni, dah lama sebenarnya kita bincangkan. Bahkan, perdebatan tentang ini sudah beralaf-alaf lamanya, jadi rasanya tak payah dah kita nak bincang lagi.

Tapi, ada satu isu timbul baru-baru ini di mana ada dakwaan bahawa bumi ini betul-betul datar dan l***r, sebab ada bukti dalam al-Qur’an sendiri! Nah, biar betul ni?

Biasanya, dakwaan ini datang daripada pembacaan literal terhadap beberapa ayat al-Qur’an tanpa melihat konteks bahasa Arab, tradisi tafsir, dan sejarah ilmu Islam.

Hakikatnya, persoalan ini jauh lebih kompleks daripada sekadar kita melaungkan “Qur’an kata bumi datar atau tidak”.

Dalam al-Qur’an, terdapat ayat yang menyebut bumi sebagai “hamparan” atau “dihamparkan” seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 22 dan Surah al-Ghashiyah ayat 20.

Perkataan Arab yang digunakan ialah suthihat dan madadna, yang secara literal boleh diterjemahkan sebagai dibentangkan atau diluaskan. Namun, bahasa Arab klasik kaya dengan makna kiasan dan tidak semestinya merujuk kepada bentuk geometri yang literal.

Kalau dilihat dari sudut sejarah, masyarakat Arab abad ke-7 hidup dalam persekitaran padang pasir yang luas dan rata pada pandangan mata. Bahasa wahyu diturunkan dalam bahasa yang difahami oleh masyarakat ketika itu, bukan dalam istilah saintifik moden.

Maka, ungkapan bumi sebagai “hamparan” sebenarnya lebih merujuk kepada pengalaman manusia yang boleh bergerak, menetap, dan hidup di atasnya, bukan satu pernyataan teknikal tentang bentuk bumi.

Menariknya, dalam sejarah intelektual Islam sendiri, idea bumi berbentuk sfera bukanlah perkara asing.

Sejak zaman awal Abbasiyah, karya-karya Yunani seperti Ptolemy dan Aristotle diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Ramai ilmuwan Islam menerima dan mengembangkan pandangan bahawa bumi berbentuk bulat, bukan datar.

Antara tokoh yang jelas menyatakan hal ini ialah Ibn Hazm, yang menegaskan bahawa hujah rasional dan pemerhatian menunjukkan bumi berbentuk sfera.

Bahkan, kita juga dapat lihat tokoh seperti Al-Biruni yang menggunakan kaedah matematik dan astronomi untuk mengira lilitan bumi dengan ketepatan yang mengagumkan bagi zamannya. Bagi beliau, bentuk sfera bumi tidak bercanggah langsung dengan al-Qur’an.

Ibn Taymiyyah juga sering disalahfahami dalam isu ini. Walaupun beliau menegaskan bahawa bumi “dihamparkan” bagi manusia, beliau tidak menolak bahawa bumi secara keseluruhan berbentuk bulat.

Selain itu, ulama tafsir seperti al-Tabari dan Fakhr al-Din al-Razi p**a mentafsirkan ayat-ayat tentang bumi dengan pendekatan linguistik dan kosmologi yang selari dengan ilmu pada zaman mereka.

Al-Qur’an sendiri mengandungi ayat yang sering dianggap menyokong idea bumi berbentuk sfera. Contohnya Surah az-Zumar ayat 5 yang menyebut Allah “menggulungkan malam ke atas siang dan menggulungkan siang ke atas malam”.

Perkataan yukawwiru berasal daripada kata kawwara yang bermaksud sesuatu yang digulung, memberi satu indikasi dalam pergerakan yang konsisten dengan bentuk sfera.

Dari sudut sains moden, bukti bahawa bumi berbentuk sfera kukuh, sampai tak ada lagi bukti lain nak disebutkan.

Pemerhatian satelit, penerbangan jarak jauh, bayang-bayang bumi semasa gerhana bulan, dan graviti semuanya menyokong kesimp**an ini. Ini bukan lagi jadi satu spekulasi, tetapi bukti yang jelas didapati dari fakta dan data yang kukuh.

Masalah utama dalam dakwaan “Qur’an kata bumi datar” ialah pendekatan pembacaan yang terpisah daripada tradisi ilmu Islam. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menolak akal atau ilmu empirikal.

Bahkan, sejarah membuktikan bahawa umat Islam pernah menjadi pelopor dalam astronomi, matematik, dan geografi.

Oleh itu, janganlah nak duduk melatah. NASA tak salah apa pun, bahkan ulama Islam kita sendiri dari dulu dah bincang bahawa bumi ini sfera. Bukalah mata, bukalah hati dan akal, bukan emosi.
____________________

Umat Islam kita dari dulu dah maju dalam segi pemikiran dan teknologi.

Untuk ketahui lagi, dapatkan buku ZAMAN KEEMASAN TAMADUN ISLAM dengan segera!

Link pembelian: https://s.shopee.com.my/3Ve4HiQkMk

"Kita Ingat Tatu Tu Seni Atas Kulit. Rupa-Rupanya Ia Adalah 'Serangan Kimia' Kekal Yang Buat Sistem Imun Badan Jadi Huru...
17/01/2026

"Kita Ingat Tatu Tu Seni Atas Kulit. Rupa-Rupanya Ia Adalah 'Serangan Kimia' Kekal Yang Buat Sistem Imun Badan Jadi Huru-Hara."

Oleh: Mazlan Syafie

Bila sebut pasal tatu, ramai yang nampak ia sebagai seni. Ada yang nampak ia lambang keberanian atau fesyen untuk nampak lebih "keras".

Bagi kita yang beragama Islam, pendirian kita jelas. Hukum bertatu adalah haram dan dilaknat. Itu tak perlu kita bahaskan lagi, kita semua faham.

Namun hari ini, saya bukan nak cerita pasal hukum. Saya nak ajak Tuan-tuan tengok hikmah di sebalik larangan itu dari sudut sains perubatan.

Pernah tak kita terfikir, kenapa Allah larang kita rosakkan kulit macam ni? Apa yang sebenarnya berlaku di sebalik lapisan kulit tu bila disuntik dakwat?

Sains moden akhirnya membongkar satu fakta yang agak menakutkan.

Tatu sebenarnya bukan sekadar dakwat yang duduk diam-diam di bawah kulit.

Rupa-rupanya, ia adalah satu bentuk pendedahan bahan kimia sepanjang hayat (lifelong chemical exposure) yang memaksa sistem imun badan bekerja 24 jam tanpa henti.

Kajian terbaru mendedahkan bahawa apabila jarum tatu mencucuk kulit, ia bukan saja memasukkan warna.

Ia sebenarnya memasukkan campuran logam berat seperti nikel, kromium, kobalt dan kadangkala plumbum terus ke dalam daging.

Paling menakutkan, bahan-bahan ini asalnya dicipta untuk kegunaan industri. Ia sama jenis dengan bahan dalam cat kereta atau dakwat pencetak.

Bahan ini tidak pernah dicipta untuk disuntik masuk ke dalam tubuh manusia, apatah lagi untuk disimpan di situ seumur hidup.

Apa jadi bila bahan asing ni masuk?

Sistem pertahanan badan kita akan terus "mengamuk". Dia cam benda ni sebagai penceroboh berbahaya.

Askar-askar imun (sel makrofaj) akan datang berbondong-bondong untuk "makan" dakwat tu supaya boleh dibuang dari badan.

Tapi, saiz partikel dakwat tu terlalu besar dan jenis tak boleh hadam.

Akibatnya, sel imun tu "tercekik" dan mati di situ sambil memegang dakwat tu.

Sebab itulah tatu tu kekal nampak di kulit. Ia sebenarnya adalah "kubur" sel-sel imun yang terperangkap memegang racun. Kesiannya mereka.

Tapi cerita tak habis kat situ.

Kajian mendapati sebahagian partikel dakwat ni tak duduk diam sahaja dekat situ. Kiranya mereka semua bukan jenis introvert la.

Ia bermigrasi. Ia bergerak ikut saluran limfa dan akhirnya berkumpul di "Ibu Pejabat Polis" badan kita, iaitu Kelenjar Limfa.

Kalau Tuan-tuan tengok kelenjar limfa orang yang bertatu penuh, warnanya bukan lagi merah jambu sihat. Ia dah bertukar jadi warna tatu dia. Ada yang jadi biru, hijau atau hitam.

Kelenjar limfa ni penting untuk menjadi penapis bagi penyakit. Bila dah penuh dengan sampah toksik, fungsinya mula terganggu.

Dapatan terbaru dari tahun 2025 lebih merisaukan.

Saintis mendapati pigmen tatu ni boleh mengganggu cara sel imun "berkomunikasi".

Ia akan menyebabkan radang kronik yang berpanjangan dalam badan.

Malah, ada kajian awal menunjukkan ia mungkin mengurangkan keberkesanan sesetengah vaksin (macam vaksin COVID-19).

Ini kerana sel imun yang sibuk "melayan" dakwat tatu tu jadi lembab untuk bertindak balas terhadap vaksin.

Kita juga kena ingat satu perkara tentang industri tatu ni.

Peraturan dia sangat longgar. Di banyak negara, kawalan ke atas dakwat tatu lebih lemah berbanding kawalan ke atas alat kosmetik.

Pengilang tak wajib pun senaraikan semua ramuan.

Jadi orang yang bertatu ni sebenarnya s**arela menyuntik "koktel misteri" ke dalam darah daging mereka sendiri tanpa tahu apa kesan jangka masa panjang.

Badan kita ni amanah. Ia dicipta dengan sistem pertahanan yang cukup canggih untuk lawan virus dan bakteria.

Tapi bila kita sendiri yang masukkan logam berat ke dalam "kem tentera" badan kita, jangan pelik kalau satu hari nanti sistem tu rosak dan mula serang tuan dia balik.

Sempurnanya kejadian manusia yang diciptakan Allah dalam keadaan Ahsani Taqwim. Kulit kita dicipta telap air untuk wuduk, dan sistem badan kita dicipta suci tanpa bendasing.

Larangan bertatu dalam Islam rupa-rupanya bukan sekadar hukum fekah semata-mata. Ia adalah satu perlindungan biologi untuk menjaga sistem pertahanan tubuh yang sangat rumit dan berharga ini.

Benarlah, setiap larangan Allah itu pasti ada hikmah sains yang menjaga kemaslahatan hamba-Nya.

___

Korang dah ada ke buku saya ni?
Buku Keajaiban-Keajaiban Dunia membawa pembaca mengembara ke tujuh bahagian menakjubkan yang menggabungkan sains, sejarah dan keindahan alam. Dari keajaiban bumi purba hingga teknologi moden, setiap bab ditulis dengan gaya santai yang mudah difahami tetapi sarat ilmu. Dapatkan buku ini di Shopee: https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB

“Kelab Paling ‘Degil’ Dunia Bola Sepak: Kenapa Athletic Bilbao Sanggup Kalah Asalkan Tak Jual Identiti?”Oleh: Hafiz Safn...
16/01/2026

“Kelab Paling ‘Degil’ Dunia Bola Sepak: Kenapa Athletic Bilbao Sanggup Kalah Asalkan Tak Jual Identiti?”

Oleh: Hafiz Safnil

Dalam era bola sepak moden yang dikuasai wang Arab, jutaan euro dan bintang import, Athletic Bilbao muncul sebagai satu pengecualian yang hampir mustahil untuk terus hidup.

Kelab ini bukan sahaja menolak pemain luar negara malah mereka menolak konsep globalisasi bola sepak itu sendiri.

Kenapa?

Kerana bagi Athletic Bilbao, bola sepak bukan perniagaan. Ia adalah perjuangan budaya.

Dasar Basque-only policy bermula secara tidak rasmi sejak awal 1900-an. Athletic Bilbao hanya membenarkan pemain yang lahir di wilayah Basque atau dibesarkan dalam budaya dan akademi bola sepak Basque. Polisi ini lebih ketat daripada yang disangka kerana passport Sepanyol sahaja tidak cukup.

Ini menjadikan Bilbao satu-satunya kelab elit dunia yang mengecilkan pasaran pemain mereka secara s**arela.

Namun di sinilah keajaibannya bermula.

Walaupun terikat dengan kolam bakat yang kecil, Athletic Bilbao tidak pernah tersingkir dari La Liga sejak 1929. Mereka berdiri sebaris dengan gergasi Sepanyol yang lain seperti Real Madrid dan Barcelona iaitu satu fakta yang sering mengejutkan peminat bola sepak global.

Lebih menarik, kerana mereka tidak boleh membeli pemain luar, Bilbao terpaksa membayar harga tinggi untuk pemain tempatan. Pernah satu ketika, mereka membayar lebih mahal untuk pemain Basque berbanding harga bintang antarabangsa hanya kerana semata-mata untuk mengekalkan prinsip.

Akademi Lezama menjadi nadi kelab.

Ia bukan sekadar pusat latihan, tetapi kilang identiti. Pemain dilatih bukan hanya untuk bermain bola, tetapi memahami sejarah, bahasa dan makna jersi yang dipakai. Setiap debut pemain muda dianggap kemenangan komuniti.

Fakta menarik :

Athletic Bilbao juga terkenal sebagai antara kelab yang paling lambat menjual pemain, kecuali jika klausa pelepasan dibayar penuh. Ini menyebabkan kelab besar Eropah sering “takut” berunding dengan Bilbao.

Namun dasar ini bukan tanpa risiko.

Apabila satu generasi pemain gagal, Bilbao hampir jatuh ke zon penyingkiran. Tekanan terhadap pemain muda sangat tinggi kerana mereka bukan hanya bermain untuk kelab, tetapi untuk seluruh identiti Basque.

Tetapi itulah harga yang mereka sanggup bayar.

Dalam dunia bola sepak yang semakin kehilangan roh, Athletic Bilbao membuktikan bahawa kesetiaan masih boleh bertahan dalam sistem kapitalis

Mereka mungkin tidak kaya.
Mereka mungkin tidak glamor.

Namun mereka memiliki sesuatu yang semakin pupus dalam bola sepak moden iaitu jiwa, maruah dan keberanian untuk menjadi berbeza dari yang lain.

Dan itulah sebabnya Athletic Bilbao bukan sekadar kelab.
Ia adalah pernyataan.

-

Jika anda berminat ingin mengetahui kenapa kelab bolasepak seperti Athletic Bilbao hanya menggunakan pemain muda dan produk tempatan mereka sendiri, anda boleh beli buku Kitab Tamadun Eropah, karya Abdullah Sidek untuk lebih memahami budaya dan sikap berdisiplin dan keberanian bangsa Basque.

Link disediakan di bawah :

https://s.shopee.com.my/6KyEMxhG6z

"Kenapa Korang Simpan Kotak Iphone?"Oleh: Azmil AzaliSetiap kali beli iphone mesti korang akan simpan kotak dia. Padahal...
16/01/2026

"Kenapa Korang Simpan Kotak Iphone?"

Oleh: Azmil Azali

Setiap kali beli iphone mesti korang akan simpan kotak dia. Padahal kotak biasa je. Orang lain rilek beli Huawei dan buang macam gitu kotak dia.

Persoalannya kenapa korang masih simpan kotak iphone?

Perasan tak bila korang buka kotak iphone tu, dia tak akan jatuh terus. Bermakna akan jatuh dan terbuka perlahan-lahan.

Kotak iphone juga merupakan kotak smartphone pertama yang ada air pocket. Nak mudah faham, masa korang buka je kotak tu. Ada bunyi "woosh" yang akan tangkap kita punya deria rasa kita. Macam mana tu?

Mula-mula deria mata lah sebab kita nampak kotak depan tu. Kedua adalah friction dimana kita akan dapat rasa dan pegang kotak itu. Terakhir sekali akan ada bunyi "woosh" macam yang diterangkan dekat atas.

Kesannya, kita teruja nak unboxing iphone disebabkan benda kecil sebegitu je. Rasanya smartphone lain, kita tak kan rasa pengalaman sedemikian rupa.

Sebab tu jugalah ramai yang buat video unboxing iphone untuk letak dekat story. Pelik sebenarnya kalau korang cuba buat video unboxing android untuk letak dekat story.

Benda ni tak kan berjaya tanpa idea bernas daripada Steve Jobs. Kau bayangkan Steve Jobs habiskan masa 1000 jam hanya untuk buat kotak iphone je. Malah staf Apple siap buat eksperimen untuk hasilkan kotak yang betul-betul bagus.

Apa yang kita belajar adalah biarpun benda tu nampak kecil dan tak guna, kadang-kadang itulah akan berikan manfaat kepada kita. Jadi selesaikan dulu hal kecil, barulah pergi ke impian yang lebih besar.

---

Tak lama lagi kami akan keluarkan buku baru iaitu THE STORYTELLING CODE. Buku ni banyak bercerita tentang cara nak buat konten. Siap ada freegift lagi. Cepat buat pratempah di https://bit.ly/4sO8agK

“Lebih 600,000 Maut Angkara Bashar Yang Disokong Iran”Oleh: Fahrin AzriGeopolitik ni tiada yang baik jahat. Yang ada cum...
16/01/2026

“Lebih 600,000 Maut Angkara Bashar Yang Disokong Iran”

Oleh: Fahrin Azri

Geopolitik ni tiada yang baik jahat. Yang ada cuma kepentingan bertembung kepentingan.

Macam Iran diketahui membantu "saudara kita" tapi cuba bayang, kenapa Syria sangat tak s**a kat mereka?

Syria di bawah keluarga Assad telah menjadi aset strategik yang sangat mahal nilainya untuk Tehran sejak lama.

Syria adalah satu pintu logistik utama bagi Iran untuk menyokong Hizbullah di Lubnan, dan ia juga memberi Iran kedudukan dalam politik Arab yang biasanya dominan Sunni.

Bila kebangkitan rakyat Syria meletus pada Mac 2011 dan bertukar menjadi perang saudara, Iran melihatnya sebagai ancaman terus kepada keseluruhan rangkaian pengaruhnya.

Sebab itu, sokongan Iran kepada Bashar al-Assad bukan setakat “nasihat” atau “sokongan moral” seperti yang sering disebut dalam naratif rasmi.

Kita telah lihat bahawa Iran sentiasa beri bantuan kewangan, latihan, perisikan, serta kehadiran penasihat dan pas**an berkait IRGC termasuk Quds Force di lapangan sejak awal konflik.

Sejak penentangan rakyat Syria bermula pada awal 2011, Bashar al-Assad menggunakan kekuatan negara untuk membungkam protes awal yang menuntut pembaikan sosial dan pembaharuan politik.

Rusuhan itu bertukar menjadi perang saudara apabila respon ganas rejim menyebabkan ketidakpercayaan rakyat dan penyertaan pemberontak bersenjata.

Iran pada mulanya memberi sokongan secara rahsia sebelum campur tangan mereka meningkat secara ketara pada 2012, dengan menghantar lebih banyak askar bantuan ke sana dan menyediakan latihan serta senjata kepada tentera Syria.

Sokongan ini turut termasuk membentuk dan menggalakkan askar tempatan yang bersatu dengan tentera Assad untuk melawan pas**an pemberontak.

Keburukan terbesar sokongan Iran ialah ia membolehkan rejim Assad meneruskan strategi kekerasan tanpa kompromi terhadap rakyatnya.

Dengan bantuan luar, Syria terus melancarkan serangan ke atas kawasan awam dan mengepung bandar di mana orang awam terpaksa hidup tanpa makanan, air dan perlindungan asas.

Kesan paling nyata ialah skala kematian dan pemindahan yang mengerikan. Konflik Syria yang bermula 2011 menyebabkan ratusan ribu kematian dan memaksa lebih separuh pop**asi pra-perang meninggalkan rumah, dengan lebih lima juta mencari perlindungan di negara jiran.

Siapa boleh lupa kekejaman Assad ke atas rakyatnya sendiri dengan adanya penjara Sednaya yang menjadi sistem penahanan brutal rejim Assad, di mana tahanan diseksa dan ramai meninggal dunia akibatnya.

Dikatakan telah ramai menjadi korban Assad sejak tahun 2011, menunjukkan tiadanya hati perut Assad kepada rakyatnya.

Walaupun sudah berlalu, kita masih dapat lihat bekas tahanan masih bergelut dengan trauma akibat pengalaman itu, dan puluhan ribu dikhuatiri hilang atau terbunuh dalam pusat tahanan seperti itu.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak turut menjadi mangsa. Kes Hamza Ali al-Khateeb, seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang ditahan dan disiksa hingga mati oleh pas**an keselamatan Syria pada 2011 masih tidak dilupakan oleh rakyat Syria sewaktu rejim Assad.

Bahkan, ia juga sekaligus menjadi sebuah lambang penderaan rejim terhadap generasi muda dan menjadi pemangkin awal dalam kebangkitan anti-Assad.

Assad juga lebih kejam daripada itu lagi, apabila direkodkan lebih 1,000 tahanan mati di penjara tentera Mezzeh akibat penyeksaan dan kekejaman antara 2011 dan 2017, dengan bukti kubur beramai-ramai menunjukkan betapa kejamnya rejim itu dalam menangani penentang.

Serangan besar terhadap bandar seperti Homs juga mencerminkan sikap tidak berperikemanusiaan rejim terhadap kawasan yang pertama sekali terbitnya kebangkitan menolak rejim Assad.

Serangan bertubi-tubi terhadap Homs menyebabkan kemusnahan perumahan dan kematian ramai orang awam sekitar 1,700 orang, menjadikan bandar ini salah satu simbol penderitaan rakyat Syria.

Dan semua kekejaman ini, disokong dengan penuh oleh rejim “Republik Islam” dari Iran.

Paling ironik sekali, rejim Ayatollah lahir daripada penentangan rakyat terhadap autoritarianisme Shah, tetapi kemudian sanggup mempertahankan autoritarianisme yang lain di Syria.

Dan bila rejim Assad akhirnya digulingkan pada Disember 2024 yang dipimpin oleh Ahmed al-Sharaa, dunia mula melihat gelombang p**ang secara spontan, dengan ratusan ribu hingga sekitar sejuta kembali ke tanah air mereka.

Ini seakan mengesahkan satu hakikat pahit, rejim yang bertahan lama kerana tongkat luar bukan semestinya stabil, cuma lambat runtuh sambil rakyat terus menanggung harga, nyawa dan derita yang berpanjangan.
_________________

Mampu ke Iran jadi adikuasa?

Kalau nak tahu, kena dapatkan buku ADIKUASA: MEREBUT ORDE DUNIA dengan segera!

Link pembelian: https://s.shopee.com.my/9Kbn1ItGmP

“Orang Eropah Dulu Pengotor dan Jijik?”Oleh: Ahmad Haeikal HanafiBila kita tengok Eropah je mesti kita semua terus fikir...
16/01/2026

“Orang Eropah Dulu Pengotor dan Jijik?”

Oleh: Ahmad Haeikal Hanafi

Bila kita tengok Eropah je mesti kita semua terus fikir bangunan-bangunan cantik dan ikonik, istana-istana bak Disney, putera puteri bak rembulan dan tak dilupakan juga sejarah mereka. Untuk kaki tengok cerita drama atau filem sejarah termasuk lah anime yang berunsurkan zaman pertengahan atau medieval. Mesti macam wow gila dan rasa macam nak hidup zaman tu. Tapi indah khabar dari rupa, diorang ni dulu pengotor.

Ramai yang pernah dengar tanggapan bahawa orang Eropah zaman dahulu hidup dalam keadaan yang sangat kotor, tidak mandi, jalan berbau busuk, dan tahap kebersihannya teruk sehingga “menjijikkan”. Persepsi ini tersebar luas dalam budaya pop**ar, filem, dan meme. Tapi betul ke diorang ni pengotor dalam sejarah?

Tanggapan orang Eropah dulu pengotor banyak datang daripada gambaran zaman pertengahan (Medieval) sebagai “Zaman Gelap”, iaitu era yang konon penuh dengan kebodohan, penyakit dan kekurangan kebersihan.

Dalam realiti, banyak bandar zaman pertengahan memang mempunyai masalah kebersihan kerana tiada sistem pembentungan yang berfungsi elok. Oleh itu, sisa buangan sering dicampak ke jalan atau sungai. Ini menyebabkan bau busuk dan penyebaran penyakit cepat berlaku, terutama di kawasan yang mempunyai penduduk padat.

Contohnya, pada abad ke-14 di bandar-bandar seperti London dan Paris, jalan boleh dipenuhi dengan campuran lumpur, najis haiwan, najis manusia, sisa ikan dan sampah, sehingga beberapa jalan dinamakan sempena najis seperti rue Me***ux di Paris.

Walaupun bandar kadang-kadang berbau dan sistem pembentungan waktu tu belum moden, itu tidak bermakna semua orang tidak mandi atau hidup dalam keadaan jijik. Sebenarnya mandi dan kebersihan wujud di banyak kawasan Eropah. Orang mandi sama ada di rumah dengan air hangat atau di tempat mandi awam yang pop**ar di banyak bandar pada abad pertengahan.

Cuma tempat mandi awam mereka ni campur laki perempuan, jadi dah macam tempat perzinaan secara terbuka dan ada “add-on” mandi sahaja.

Orang Eropah tahu tentang sabun, masyarakat biasa menggunakan sabun dari lemak haiwan, abu kayu dan herba untuk mencuci diri dan pakaian. Cuma tu lah, mandi pun jarang sebenarnya. Setakat sekali dua dalam setahun.

Terdapat tradisi ritual mencuci tangan sebelum makan dan selepas bekerja, terutamanya di kalangan golongan bangsawan dan petani.

Monasteri dan gereja juga mempunyai lavatorium atau tempat basuhan di mana para biarawan diwajibkan mencuci tangan sebelum makan.

Dalam banyak hal, masyarakat pertengahan Eropah menjaga kebersihan tubuh dan pakaian menurut standard mereka sendiri, yang berbeza dengan standard moden tetapi tetap berusaha menjaga kebersihan.

Dalam banyak budaya Eropah zaman dahulu, kebersihan tubuh juga dikaitkan dengan kebersihan moral dan spiritual. Banyak penulisan doktor dan buku etika menyarankan mandi secara berkala, termasuk pada masa sebelum pesta keagamaan atau acara sosial penting.

Yang membuat Eropah nampak lebih kotor pada satu masa bukan semata-mata pilihan hidup, tetapi juga kekurangan teknologi sanitasi seperti tiada sistem pembentungan moden, air bersih s**ar dicapai di bandar besar, dan banyak haiwan dan manusia hidup rapat tanpa pengasingan sisa yang betul.

Ni baru masuk zaman pertengahan, belum masuk zaman penjajahan macam zaman 1600-1800 yang masa tu gereja pun melarang mandi secara kerap sebab boleh mendatangkan penyakit bagai sebagai alasan, serta jin setan boleh masuk rongga yang masuk dalam badan ketika mandi.

Jadi kita mesti pernah nampak rambut palsu yang dipakai oleh pegawai atau tentera mereka, lagi-lagi masa tengok filem Pirate of The Caribbean tu. Ha sebenarnya rambut palsu tu digunakan untuk tutup penyakit kulit mereka akibat tak menjaga kebersihan.

Bayangkan jelah, London, padat dengan penduduk, tapi rakyat mereka ni penuh penyakit kudis yang disebabkan oleh sifilis yang berpunca oleh mandi awam tadi serta penjagaan diri yang teruk.

Kalau kuda mati dekat jalan-jalan pun dibiarkan bangkai kuda tu mereput dahulu beberapa hari dan ketika baru dialihkan sebab dah tinggal tulang dan ringan untuk diangkat.

Jadi kita boleh nampak yang sebenarnya Eropah ni dulu bukan lah seindah yang disangka bak imaginasi kita selalu bayangkan. Tahap pengotor mereka dulu, rasanya orang sezaman dengan mereka pun pening. Waima viking atau Rus, itupun dikritik oleh Ahmad Ibn Fadlan sebagai orang yang tinggi besar kuat tapi pengotor.

Sekarang kita dah moden, dah ada akses kepada sistem kebersihan macam paip air dan sebagainya. Jangan lah jadi geng-geng tak pakai deodoran p**a. Tak memasal kami yang naik MRT LRT ni lemas sebab ketiak korang tu.

-

Bayangkan jelah kita ni dimomokkan dengan kisah Eropah begitu begini baiknya tapi sejarah mengatakan mereka sebaliknya.

Eh guys tunggu apa lagi, meh la beli buku Kitab Tamadun Eropah ni, boleh tahu pasal Eropah ni nanti.
https://s.shopee.com.my/3B1C1M0Ner

“Mata Wang Iran Dah Takde Nilai, Dah Boleh Jadi Jutawan Dengan RM3.80!”Oleh: Azizul Farhan Walaupun kau tukar duit jadi ...
16/01/2026

“Mata Wang Iran Dah Takde Nilai, Dah Boleh Jadi Jutawan Dengan RM3.80!”

Oleh: Azizul Farhan

Walaupun kau tukar duit jadi duit Iran sekalipun, tapi realitinya, kau bukan jutawan. Kau cuma tengah pegang duit yang dah mati nilai. Inilah yang sedang berlaku di Iran hari ini.

Dalam kemuncak protes yang makin merebak, rial Iran jatuh ke paras yang dulu orang anggap mustahil. Sekitar awal 2026, nilainya mencecah lebih kurang 1.4 juta rial untuk satu dolar Amerika. Dalam masa enam bulan sahaja, kejatuhan lebih 50 peratus. Lawan euro p**a lebih teruk. Angka-angka ni yang menentukan sama ada orang boleh makan atau tidak hari ini.

Bila mata wang jatuh sampai tahap ni, hidup harian terus bertukar jadi mod survival. Gandum, minyak masak, ubat-ubatan. Semua benda paling asas untuk hidup tiba-tiba jadi barang mewah. Peniaga p**a bukan susah nak untung je, mereka tak sempat nak letak harga. Harga yang ditulis pagi, petang dah rugi. Dalam ekonomi macam ni, berniaga dah jadi soal bertahan satu hari ke satu hari.

Ramai tanya, apa sebenarnya yang buat Iran runtuh seteruk ini?

Pertama, sekatan Barat yang menjerut ekonomi Iran selama berdekad. Akses kepada sistem perbankan global disekat, eksport minyak tersekat, urusan perdagangan jadi berlapik-lapik dan mahal. Iran masih jual minyak, tapi banyak bergantung kepada China dan terpaksa beri diskaun besar. Bila sumber utama mata wang asing disekat, nilai duit tempatan memang menunggu masa untuk rebah.

Kedua, konflik ketenteraan yang membakar lagi ekonomi yang sedia sakit. Perang singkat dengan Isnotreal pada pertengahan 2025 bukan sahaja rosakkan infrastruktur tenaga, tapi juga telan rizab mata wang asing. Dalam ekonomi, keyakinan itu segalanya. Bila pelabur, peniaga dan rakyat nampak negara masuk konflik, reaksi pertama ialah lari—lari simpan dolar, lari sorok emas, lari keluar negara kalau mampu. Bila semua orang lari dari rial, nilai dia jatuh tanpa belas kasihan.

Ketiga, salah urus dalaman yang akhirnya sampai ke titik pecah. Sistem ekonomi Iran lama dibebani rasuah, kronisme dan polisi separuh masak. Bila kerajaan buang kadar tukaran bersubsidi untuk barang penting, kesannya macam tuang petrol atas api. Barang import terus naik mendadak. Dalam keadaan mata wang sedang runtuh, keputusan macam ni buat rakyat rasa kerajaan langsung tak faham realiti bawah.

Semua ni p**a berlaku ketika institusi bank runtuh. Ayandeh Bank, antara bank yang tawarkan faedah paling tinggi tumbang dengan kerugian hampir USD5 bilion. Pinjaman kepada kroni, pinjam kepada syarikat sendiri, bergantung kepada duit yang dicetak kerajaan. Bila bank ni jatuh, ia jadi isyarat besar kepada rakyat bahawa sistem itu sendiri rosak. Bila kerajaan cuba serap bank ini ke dalam bank milik negara dan cetak lebih banyak duit untuk tutup lubang, keyakinan orang awam makin hancur.

Dalam masa yang sama, sekatan antarabangsa kembali menghimpit melalui mekanisme snapback. Bagi rakyat biasa, istilah tu mungkin bunyi teknikal. Tapi kesannya ialah sekatan balik, urusan kewangan makin sempit, import makin mahal dan pasaran makin yakin bahawa keadaan akan jadi lebih teruk. Bila pasaran percaya esok lebih teruk dari hari ini, duit akan terus jatuh hari ini juga.

Masalahnya, Iran sangat bergantung kepada minyak. Tahun 2025 berakhir dengan harga minyak sekitar USD60 setong. Tapi anggaran antarabangsa menunjukkan Iran perlukan harga minyak jauh lebih tinggi hanya untuk seimbangkan bajet negara. Jurang ni bermaksud kerajaan sentiasa kekurangan duit. Bila hasil tak cukup, pilihan tinggal beberapa sahaja seperti potong subsidi, naikkan harga, cetak duit atau tekan rakyat. Dalam kes Iran, semua itu berlaku serentak.

Kerajaan cuba tenangkan keadaan dengan bantuan tunai bulanan sekitar USD7 untuk satu keluarga. Kalau dibahagi, ia tak sampai satu dolar sehari untuk satu keluarga. Dalam ekonomi yang inflasinya lebih 50 peratus dan harga makanan naik lebih 70 peratus, bantuan macam ni tak pulihkan keyakinan, tak stabilkan harga, dan tak buat orang percaya esok akan lebih baik.

Apa yang buat protes kali ini lain daripada yang dulu ialah siapa yang mula. Pada 28 Disember 2025, peniaga mula tutup kedai. Bazaar yang secara sejarahnya jarang turun ke jalan kali ini bangkit. Dalam sejarah Iran, bazaar lah tulang belakang ekonomi bandar dan pernah main peranan besar dalam revolusi 1979. Bila peniaga bazaar tutup kedai, itu tanda kelas pertengahan ekonomi pun dah tak tahan.

Lepas itu, pelajar, pemandu lori, pekerja kilang dan golongan bawahan menyusul. Dari isu harga, ia berkembang jadi jeritan maruah dan masa depan. Kerajaan balas dengan internet blackout, tangkapan dan tindakan keras. Anggaran kump**an hak asasi menunjukkan ratusan, malah ribuan terkorban. Ini bukan lagi protes kecil yang boleh dipadam senyap-senyap.

Kesan krisis ini tak terhenti di sempadan Iran. Iran simpan antara rizab minyak terbesar dunia. Sebarang ketidakstabilan serius berpotensi ganggu pasaran tenaga global. Negara jiran p**a takut sekiranya ketidakstabilan akan merebak.

Paling menakutkan, ramai pakar ekonomi kata rial mungkin tak ada lantai. Selagi sekatan kekal, pelaburan asing tak masuk dan reform ekonomi sebenar tak dibuat, nilai duit boleh terus jatuh. Unjuran antarabangsa menunjukkan ekonomi Iran menguncup pada 2025 dan 2026 dengan inflasi terus naik menghampiri 60 peratus.

Ringkasnya, duit Iran jatuh teruk sampai berjuta-juta tak cukup untuk hidup. Harga makanan dan ubat melambung, rakyat terhimpit, peniaga tutup kedai. Gabungan sekatan, konflik dan salah urus buat ekonomi runtuh menyebabkan protes meletup. Ini dah krisis hidup, bukan setakat politik.

___

Pastinya juga US akan cucuk jarum dalam situasi di Iran ini.

Kalau nak tahu kenapa banyak negara nak jadi paling berkuasa, cepat dapatkan buku ADIKUASA!

Dapatkan segera di Shopee kami:
https://s.shopee.com.my/5VJJ1FemlK

Address

No 23, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Sri Rampai, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Federal Territory Of Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+60195812791

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Patriots posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Patriots:

Share

Category