Stailista-Glamz

Stailista-Glamz Dunia Glamour Bermula Di Sini
Twitter
Instagram .by.stailistaglamz
Subscribe YouTube -Stailista Glamz

50 MOST AWARDED MUSICIANS OF ALL-TIME1.  MICHAEL JACKSON - 1003 AWARDS 2. BEYONCÉ  - 896 AWARDS 3. TAYLOR SWIFT - 867 AW...
20/11/2024

50 MOST AWARDED MUSICIANS OF ALL-TIME
1. MICHAEL JACKSON - 1003 AWARDS
2. BEYONCÉ - 896 AWARDS
3. TAYLOR SWIFT - 867 AWARDS
4. BTS - 784 AWARDS
5. JUSTIN BIEBER - 720 AWARDS
DAN BIDUANITA NEGARA DATO’ SRI SITI NURHALIZA - KE 27 - 329 AWARDS 🔥



AJL39 : PERANG VOKAL 🔥Melihat barisan finalis Anugerah Juara Lagu 39, saya melihat ianya medan ‘Perang Vokal Terbaik’. I...
16/11/2024

AJL39 : PERANG VOKAL 🔥
Melihat barisan finalis Anugerah Juara Lagu 39, saya melihat ianya medan ‘Perang Vokal Terbaik’. Ianya mungkin kebetulan atau strategi terkini pihak TV3 untuk menaikkan rating AJL. Apatah lagi dengan kritikan pada ABPBH lalu dan kejayaan ASA2024 oleh RTM, ianya tamparan untuk TV3 hadir dengan plan berbeza.
Daripada Hafiz Suib, Ernie Zakri, Aina Abdul yang pernah menang vokal terbaik, Marsha Milan dengan persembahan terbaik, kehadiran Amir Masdi dengan suara maskulin serta bintang dalam ciptaan Nadeera, maka AJL39 bukan sekadar mencari lagu terbaik tetapi sekaligus siapa vokal terbaik antara yang terpilih itu. Menarik bukan?
Sebenarnya untuk usia 39 tahun AJL perlu sentiasa kreatif dan mencari idea baharu agar terus kekal relevan sesuai dengan prestijnya. Pun begitu di sebalik percaturan tersebut, saya ingin menarik perhatian pada beberapa lagu terutama daripada Haqiem Rusli, Khai Bahar, Usop dan Tomok serta Siti Nordiana yang bermood genre 90an tersingkir.
Sewajarnya dalam ghairah mencari lagu yang dikatakan trend terkini, usahlah diketepikan lagu genre sebegitu.
Saya tertarik juga dengan tweet Ernie Zakri yang barangkali terkilan mengapa lagu Belakang Tabir nyanyian Syamel tidak terpilih. Lagu tersebut juga hebat dah vokal Syamel juga tiada taranya. Nyatanya memilih hanya 10 buah lagu ke pentas akhir menjadi cabaran untuk para juri dan mereka yang bertanding. Hanya yang benar menyerlah akan terpilih .
Apapun untuk AJL39, telitikan siapa hostnya. Cukup seorang yang hebat untuk mengendalikan tanpa skrip yang merapu. Fokus pada lagu sahaja. Mungkin untuk persembahan pembukaan atau selingan undanglah Biduanita Negara Dato’ Sri Nurhaliza maupun Dato’ M.Nasir dengan konsep budaya rakyat. Memandangkan semua lagu yang bertanding tiada lagu irama Malaysia, segmen sebegitu perlu ada untuk memeriahkan AJL39.
stailista-glamz.net

6 KALI ANUGERAH DARI URS 🔥Sebelum bergelar editor majalah Stailista, saya merupakan editor URS- Untuk Remaja Sahaja . Ia...
15/11/2024

6 KALI ANUGERAH DARI URS 🔥
Sebelum bergelar editor majalah Stailista, saya merupakan editor URS- Untuk Remaja Sahaja . Ianya diterbitkan pada awal kemunculan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Malahan cover pertama URS adalah Siti Nurhaliza -baju kuning. Sold Out di pasaran.
Sehingga itu kerapkali Siti Nurhaliza menjadi cover, daripada edisi khas raya bersama Mawi, perkahwinan beliau dan segalanya tentang Siti Nurhaliza menjadi keutamaan URS.
Hubungan baik sejak awal melalui pengurus beliau Rozi Sang Dewi menjadikan untuk mendapatkan Siti Nurhaliza sebagai cover amat mudah. Jika Siti Nurhaliza sibuk, Rozi akan memberikan gambar terbaik untuk disiarkan.
Pun begitu nonton documentari 3 dekad Siti Nurhaliza yang menceritakan Sejarah kejayaan dan anugerah beliau yang menjangkau 300 itu rupanya ada terselit Anugerah URS. Rupanya Siti Nurhaliza pernah menang 6 kali. Antara kemuncaknya Bintang Paling Glamour dianugerahkan pada beliau pada Malam Anugerah URS Glamour 2002 yang diadakan di hotel Times Square, Kuala Lumpur .
Biarpun anugerah URS bukanlah anugerah hebat seperti Anugerah lain namun Siti Nurhaliza tetap hadir memberi sokongan dan menyanyi di majlis tersebut. Sebelum itu pada 2000 beliau hadir untuk Anugerah URS Glamour di Concorde Hotel. Di sini beliau menang tiga kategori. Siti Nurhaliza turut menyumbang lagu Percayalah untuk semua hadirin.
Ianya adalah kenangan manis saya sepanjang mengenali Biduanita Negara ini. Ianya akan tetap tersimpan di hati sampai bila-bila. Bertemu beliau sehari sebelum majlis Anugerah Seni Negara 2024 bagaikan takdir yang melengkapkan Moment indah tentang Siti Nurhaliza.
Untuk Biduanita Negara, Dato’ Sri Nurhaliza tahniah atas anugerah tertinggi itu. Teruslah menjadi Siti Nurhaliza yang manis, sopan, dedikasi dan menjadi inspirasi untuk semua. Semoga Allah merahmati Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekeluarga. Anda selayaknya bergelar Biduanita Negara, Kesayangan Malaysia dan Penyanyi Nombor Satu selamanya.
Akan Datang- Stailista-Glamz akan hadir dengan cover Biduanita Negara untuk edisi penghujung 2024 sekaligus menabalkan Siti Nurhaliza sebagai Bintang Sensasi 2024 dan Ikon Inspirasi Sepanjang Zaman , Anugerah terkini dari majalah Stailista. 🌹🌹🌹🌹🌹



‘SEJARAH’  SITI NURHALIZA KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2024- Penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza muncul dengan single terbaha...
14/11/2024

‘SEJARAH’ SITI NURHALIZA

KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2024- Penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza muncul dengan single terbaharu berjudul `Sejarah’ ciptaan maestro muzik dari Indonesia, Erwin Gutawa.

Lagu Sejarah mempunyai signifikan tersendiri dalam karier Siti Nurhaliza yang bakal mencecah usia 30 tahun berkecimpung di dalam industri muzik.

Sejarah merupakan gandingan Erwin Gutawa bersama anak perempuannya, Gita Gutawa selaku penulis lirik. Menurut Erwin, lagu Sejarah diciptakan khusus buat Siti Nurhaliza dengan membayangkan keindahan nyanyian serta personaliti yang ada pada penyanyi tersebut.
Erwin meminta Gita menulis lirik berkisarkan seseorang yang kaya dengan pengalaman hidup dan memaknakan kesyukuran di dalam setiap bait kata yang diungkapkan.

Lebih istimewa, Erwin menggunakan khidmat Czech Symphony Orchestra untuk mengiringi susunan muzik yang digarap indah khusus untuk Siti Nurhaliza.

Lagu Sejarah merupakan buah tangan istimewa Siti Nurhaliza sebelum menutup tirai 2024 setelah sibuk mengadakan beberapa siri konsert sepanjang tahun ini.

Bagi Siti, Sejarah merupakan sebuah lagu yang sangat istimewa apabila beliau kembali dapat berganding bahu dengan Erwin Gutawa dalam sebuah lagu. Beliau sendiri meminta Erwin menghasilkan sebuah lagu khusus yang menceritakan tentang perjalanan seni beliau.

“Saya sangat berterima kasih kepada Erwin Gutawa yang sudi menghasilkan sebuah lagu yang sangat menyentuh emosi saya apabila menyanyikannya. Lagu ini seperti saya berada dalam semua fasa perjalanan seni dan satu persatu memori terbayang sewaktu menyampaikannya,’’ ujar Siti.
Siti juga berterima kasih kepada Aubrey Suwito yang telah membantu proses rakaman vokal lagu ini di Kuala Lumpur.

Besar harapan Siti agar single terbaharu ini akan mendapat tempat di hati peminat. Single terbitan SN Legacy Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn Bhd ini boleh distrim dan dilanggan di seluruh pelantar digital bermula 14 November 2024.



Tahniah 🌹🌹🌹🌹🌹DATO’ SRI SITI NURHALIZABIDUANITA NEGARA …perjuangan tiga dekad telah sempurna menjadi sejarah. Penyanyi No...
13/11/2024

Tahniah 🌹🌹🌹🌹🌹
DATO’ SRI SITI NURHALIZA
BIDUANITA NEGARA
…perjuangan tiga dekad telah sempurna menjadi sejarah. Penyanyi Nombor 1 Negara - Sweetheart Malaysia kini berada di persada teratas dunia seni. Teruslah menyumbang demi seni, bangsa dan negara. Satu satunya Living Legenda -Siti Nurhaliza.



Kami tetap pinggang 24 inci ☺️Tiga dekad mengenali Biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza , living legend … dulu kini dan se...
13/11/2024

Kami tetap pinggang 24 inci ☺️Tiga dekad mengenali Biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza , living legend … dulu kini dan selamanya tetap ‘ sweetheart Malaysia.💝.

NING BAIZURA DI GV11Barangkali inilah kalinya Ning Baizura kembali menyerlah sebagaimana Siti Nordiana dahulu. Pentas Ge...
06/11/2024

NING BAIZURA DI GV11
Barangkali inilah kalinya Ning Baizura kembali menyerlah sebagaimana Siti Nordiana dahulu. Pentas Gegar Vaganza ada baik dan buruknya, ada yang terus menyerlah, ada yang terus hilang. Moga-moga bakat Hebat Ning akan terus kekal relevan untuk pentas GV.
Pun begitu melihat barisan yang terpilih. Ning rasanya tidak sukar untuk ke final. Kita tunggu je episod seterusnya …

04/11/2024

Di Sini Impian Dan Inspirasi Bersatu💝

ASA2024 : TERBAIK YANG TERBAIK 🔥RTM berjaya dalam penganjuran Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 dengan prestij d...
27/10/2024

ASA2024 : TERBAIK YANG TERBAIK 🔥
RTM berjaya dalam penganjuran Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 dengan prestij dan berjiwa mencari yang terbaik diantara yang terbaik.
Dari aspek pengacaraan, persembahan dan penataan pentas berada dalam situasi memuaskan. Kemunculan Ai Varn sebagai pengacara Ai kena pada trend terkini. Sesuai dengan anugerah dua tahun sekali, yang terbaik itu biasanya kurang popular. Namun yang dinilai adalah hasil kerjanya. Maka meskipun banyak nama yang asing di dunia sensasi menang, kita turut seronok kerana tiada pilih popular berbanding sesuatu yang terbaik.
Sebagai contohnya stesen TV Al-Hijrah dan TV OKAY, walaupun bersaing dengan gergasi media seperti RTM, TV3, ASTRO tetap kejayaan milik mereka . Seperti kata pemenang , kami tak ramai tetapi kami ada.
Kemenangan dua kategori utama pelakon tv drama Lelaki dan Wanita dari drama Bahalol menerusi TV Okay, membuktikan siapapun boleh berjaya walau diletakkan di tempat yang kurang sensasi.
Persembahan artis semua menepati keperluan semasa. Dari yang lama dan baharu digabung serta tribute terhadap Bintang Legenda adalah bukti ada penyediaan susunan acara yang teliti, begitu juga dengan penyampai anugerah.
Namun diharapkan pada tahun mendatang, kategori Penghibur TV Terbaik diadakan semula. Jika program hiburan ada pemenangnya adalah tidak adil hak penyanyi yang buat konsert khas di kaca tv dipinggirkan.
Hakikat sesebuah program itu akan menjadi gah dan prestij jika tidak melalut dan kendalian penjalanan acara kena pada tempatnya. Tahniah ASA2024, RTM dan Kementerian Komunikasi atas penghargaan kepada karyawan seni negara.



Bintang Sensasi Stailista-Glamz Minggu Ini 🔥🔥 Ernie Zakri 🔥 Fatah Amin🔥 Dayang Nurfaizah
20/10/2024

Bintang Sensasi Stailista-Glamz Minggu Ini 🔥
🔥 Ernie Zakri
🔥 Fatah Amin
🔥 Dayang Nurfaizah



Eh eh… sambil berkemas terjumpa buku   99 Kata Kata. Siap ada tanda tangan Fatah Amin lagi💝
14/10/2024

Eh eh… sambil berkemas terjumpa buku 99 Kata Kata. Siap ada tanda tangan Fatah Amin lagi💝

ABPBH 36 : SEKADAR ITU KE?Ada dua soal untuk menjadikan sesebuah anugerah yang berteraskan undian popular menjadi sesuat...
12/10/2024

ABPBH 36 : SEKADAR ITU KE?
Ada dua soal untuk menjadikan sesebuah anugerah yang berteraskan undian popular menjadi sesuatu yang memberi impak pada situasi dan tontonan umum. Pertamanya pengacara dan persembahan pembukaan dan penutup. Jika keduanya digarap dengan betul, maka berjayalah anugerah tersebut.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian sudah berusia 36 tahun. Lagi empat tahun menginjak 40. Lama bukan perjalanan ABPBH sehingga kini. Suatu perjalanan yang tentunya bukan mudah namun tetap dengan tujuan yang sama. Memberi ruang dan peluang kepada penyokong artis untuk menobatkan siapa yang paling popular.
Justeru dalam usia 36 tahun, apakah resipi sebegini masih relevan? Kelab peminat yang aktif akan berlumba mengundi. Artis yang tersohor kejayaan sepanjang tahun namun dek undian rendah akan tersisih. Ini agenda populariti yang kita momokkan saban tahun. Kelab peminat ada tugasan setiap tahun.
Ketepikan soal tersebut. Sudah sememangnya itu konsep ABPBH. Berbalik pada pengenalan awal saya tadi, apa yang dapat disimpulkan tiga jam menonton ABPBH 36, ianya sekadar biasa-biasa sahaja. Tiada faktor wow untuk diulas.
Hakikatnya sudah tiba masanya Berita Harian dan TV3 menilai semula pemilihan pengacara dalam edisi seterusnya. Belajarlah dari anugerah luar negara yang lebih berprestij dalam memilih pengacara. Tiga pengacara kali ini saya sifatkan gagal dan huru hara. Riena terlalu gedik, menjerit dan over. Hanif kurang komersil untuk pentas ini dan tentunya Didie Alias sebagai orang lama, wajar menjadi teras pengacaraan. Beliau perlu berdiri sebagai Didie Alias. Ganti nama ‘ mummy’ tidak wajar untuk digunakan ketika mengacara. Beliau lebih fokus pada penampilan daripada info yang selayaknya untuk disampaikan sejajar usia 36 tahun ABPBH itu.
Dalam soal ini saya merasakan Alif Satar atau Kak Engku lebih layak mengepalai majlis sebegini. Santai dan penuh prestij pengacaraan keduanya . Gabungan lama dan baharu.
Meletakan De-Fam sebagai pembuka acara tindakan kurang menyerlah. Persembahan pembukaan perlu lebih gah dari itu. Spider sebagai penutup pun tidak memberi impak. Serasanya hanya Dato’ M.Nasir, Ella, Faizal Tahir, Awie dan Wings serta sudah tentunya Dato’ Sri Siti Nurhaliza sahajalah antara nama yang layak untuk sebarang penutup persembahan maupun pembukaan. Yang lain perlu banyak belajar bagaimana menjadi penghibur terbaik untuk mengikat tontonan penonton.
Tahniah untuk yang menang. Kebangkitan artis lama nampaknya mula menular. Satu perkembangan yang baik. Kita mengharapkan penghargaan untuk yang lama dan baharu akan terus seiring dalam kepesatan media sosial kini.
Untuk Berita Harian, semoga edisi seterusnya lebih berprestij dan menjadi moment terbaik untuk semua. Untuk TV3, AJL nanti diharapkan tidak dibuat di MBSA ye?



PMX, SITI NURHALIZA dan HAFIZ HAMIDUN: THE MUSLIM 500 2025Penyanyi Nombor Satu Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza  dan Hafi...
09/10/2024

PMX, SITI NURHALIZA dan HAFIZ HAMIDUN: THE MUSLIM 500 2025

Penyanyi Nombor Satu Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Hafiz Hamidun masih tersenarai dalam THE MUSLIM 500: THE WORLD'S 500 MOST INFLUENTIAL MUSLIMS 2025 dalam kategori seni.

Sementara itu PMX Dato' Seri Anwar Ibrahim menduduki tangga ke 15 keseluruhan (naik 2 anak tangga berbanding tahun 2024) dan ke-9 bagi kategori pemerintah/ahli politik. Tahniah .







07/10/2024

Tiada yang kekal melainkan Dia✌️

Siti Saleha - Outstanding Asian StarBintang Asia Terbaik - Malaysia Seoul International Drama Awards 2024, Seoul, Korea,...
26/09/2024

Siti Saleha - Outstanding Asian Star
Bintang Asia Terbaik - Malaysia
Seoul International Drama Awards 2024, Seoul, Korea, menerusi lakonan terbaik beliau menerusi siri original Tonton -SeOpis. Tahniah👍

Salam Hari Malaysia Malaysia Madani Jiwa MerdekaDemimu Malaysia Terus Luar Biasa Mendunia. 🔥Foto Ai by Amizan Ahmad
15/09/2024

Salam Hari Malaysia
Malaysia Madani Jiwa Merdeka
Demimu Malaysia
Terus Luar Biasa Mendunia. 🔥
Foto Ai by Amizan Ahmad

Address

Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Stailista-Glamz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Stailista-Glamz:

Videos

Share


Other Modeling Agencies in Kuala Lumpur

Show All