PTS PTS Media Group Sdn. Bhd. (510952-X) adalah syarikat yang menerbit dan mengedar pelbagai kategori buku dalam bahasa Melayu. PTS Millennia Sdn. PTS One Sdn. Bhd.
2.

adalah syarikat yang menerbit dan mengedar pelbagai kategori buku dalam bahasa Melayu. Aktiviti penerbitan utama PTS dijalankan oleh syarikat-syarikat yang bersekutu di bawah:

1. menerbitkan buku-buku popular
2. PTS Professional Publishing Sdn. menerbitkan buku-buku bisnes, pengurusan dan pendidikan
3. menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja
4. PTS Litera Utama Sdn. menerbitkan karya-karya terjem

ahan antarabangsa dan novel tempatan
5. PTS Islamika Sdn. menerbitkan buku-buku agama
6. PTS Darul Furqan Sdn. menerbitkan al-Quran, tafsir dan hadis

Buku terbitan syarikat-syarikat penerbitan di atas diedarkan oleh
1. PTS Publications & Distributors Sdn. PTS Edar Sdn Bhd
3. PTS Bookcafe Sdn Bhd

Anda seorang graduan dan rasa hilang arah?Anda tidak keseorangan.Sertai SESI LIVE TikTok bersama Dr. Prebagaranmengupas ...
22/12/2025

Anda seorang graduan dan rasa hilang arah?
Anda tidak keseorangan.

Sertai SESI LIVE TikTok bersama Dr. Prebagaran
mengupas realiti hidup selepas graduasi dan bagaimana Gen-Z boleh bangkit, bina semula keyakinan dan hala tuju hidup.

🗓 23 Disember
⏰ 9.00 malam – 11.00 malam
📍 LIVE di TikTok

Bulan Rejab mengingatkan kita untuk menenangkan langkah, memperbetulkan niat, dan perlahan-lahan mempersiapkan hati.Reja...
22/12/2025

Bulan Rejab mengingatkan kita untuk menenangkan langkah, memperbetulkan niat, dan perlahan-lahan mempersiapkan hati.

Rejab mengajar kita untuk berdoa,
Syaaban melatih kita untuk istiqamah,
dan Ramadan menanti kita dengan rahmat dan keampunan.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

Semoga Rejab ini menjadi titik mula hijrah hati yang lebih dekat kepada-Nya.

22/12/2025

Solat bukan sekadar gerakan, tetapi komunikasi paling intim antara hamba dan Tuhan. Namun, sejauh mana kita benar-benar memahami apa yang kita ucapkan setiap hari?

Fahami Bacaan Dalam Solatmu hadir membantu anda menghayati setiap lafaz dalam solat melalui terjemahan per-kata, panduan bergambar yang jelas, serta latihan kefahaman yang memudahkan ingatan. Dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami, buku ini membimbing kita menuju solat yang lebih khusyuk, tenang, dan bermakna—untuk kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat.

22/12/2025

Cara Rasulullah ﷺ bertutur bukan sekadar indah didengar, tetapi mendidik jiwa. Baginda berbicara dengan jelas, menggunakan kata-kata yang ringkas namun sarat makna, serta sentiasa mengutamakan adab dan hikmah dalam setiap ucapan.

Segala kehalusan ini dirakamkan oleh para ulama dalam As-Syamail Al-Muhammadiyah—sebuah khazanah yang mengajar kita bahawa tutur kata yang baik mampu menenangkan hati dan membina akhlak.

22/12/2025

Tiga sebab As-Syamail Al-Muhammadiyah wajar dimiliki:
Untuk mengenali Rasulullah ﷺ dengan lebih dekat, meneladani sifat dan akhlak Baginda yang menenangkan jiwa, serta dihimpunkan daripada riwayat sahih oleh Imam At-Tirmizi.

Sebuah karya penting dalam membentuk kefahaman dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.
Dapatkan buku ini di shop.pts.com.my.

22/12/2025

Kita membesar dengan harapan segalanya akan menjadi lebih jelas.
Namun hakikatnya, dewasa sering hadir bersama persoalan, kelelahan dan kesunyian yang sukar dijelaskan.

Sebuah bacaan untuk mereka yang sedang mencari jawapan, atau sekadar ingin ditemani dalam diam. Kerana tidak semua perjalanan hidup perlu dilalui sendirian.

22/12/2025

Ayah, Ini Arahnya Ke Mana Ya? adalah suara seorang anak yang keletihan, yang cuba kuat, walaupun sering kalah dengan fikiran sendiri. Ia merakam sunyi, luka yang tidak sempat diluahkan, dan pencarian makna di tengah dunia yang semakin bising tanpa peranan seorang ayah.

Kerana ada soalan yang hanya berani kita ajukan apabila hati benar-benar lelah.

22/12/2025

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa singgah ke reruai PTS sepanjang Johor Alternative Bookfest 2025. Kehadiran anda bersama keluarga dan rakan-rakan telah memeriahkan acara ini serta menghidupkan suasana pesta buku dengan semangat cinta akan ilmu dan karya.

Terima kasih atas sokongan dan kebersamaan anda. Semoga kita berjumpa lagi di acara seterusnya.

21/12/2025

📢 PERHATIAN! JUALAN GUDANG MEGA SUDAH BERMULA ! 📚🔥

Ayuh rakan-rakan! Jangan lepaskan peluang untuk memborong buku-buku PTS dengan harga lebih jimat dan lebih murah!
PTS menawarkan diskaun hujung tahun sebanyak 80%!

✨ Buku serendah RM3
✨ 3 buku RM10
✨ Novel hanya RM15

Cepat-cepat dapatkannya sebelum kehabisan stok. Kunjungi reruai kami sekarang.

📅 20 – 29 Dis 2025
📍 Kompleks DBP, Hulu Kelang
🕘 9 pagi – 7 malam (Isnin–Khamis)
🕘 9 pagi – 9 malam (Jumaat–Ahad & Cuti Umum)

25tahunmemandaikanbangsa jelajahbukupts booktokmalaysia

21/12/2025

Biografi Muhammad bin Abdullah mengajak pembaca menyelusuri setiap fasa kehidupan Rasulullah ﷺ dengan penuh teliti, agar kita dapat mengenali insan paling mulia ini bukan hanya sebagai Nabi dan Rasul, tetapi sebagai teladan kehidupan.

Sebuah karya yang mengundang pembaca untuk mendekatkan diri, memperdalam cinta dan memahami Rasulullah ﷺ dengan hati yang lebih terbuka. Dapatkannya segera di shop.pts.com.my

21/12/2025

Kita sering mendengar kisah sirah Nabi Muhammad ﷺ sejak di bangku sekolah dan dalam pelbagai majlis Maulidur Rasul. Namun, sejauh manakah kita benar-benar menghayati perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang Baginda terhadap agama serta umat yang amat dicintainya?

Biografi Muhammad bin Abdullah merakam perjalanan hidup Rasulullah ﷺ dengan penuh teliti—bukan sekadar sebagai cerita sejarah, tetapi sebagai kisah kehidupan yang mengajak pembaca mengenali Baginda dengan lebih dekat, memahami luka dan pengorbanan di sebalik risalah yang dibawa.

Sebuah bacaan yang menghidupkan kembali rasa cinta, hormat dan penghayatan terhadap insan paling mulia sepanjang zaman.

Address

No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+60361880316

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PTS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category