15/11/2024
*Kenyataan SUKE TV*
Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah dan tohmahan-tohmahan yang tular di media sosial oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
Sepatutnya saya tak perlu balas dan jawab kenyataan tular yang begitu tak bertanggungjawab, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu dan bertanyakan isu ini dan untuk mengelakkan salah faham serta fitnah, saya perlu jelaskan di sini.
Kenyataan dan cerita yang tular tentang kegagalan SUKETV bayar gaji tiga bulan kepada individu-individu tersebut di media sosial adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
Saya telah mengarahkan peguam saya dan syarikat SUKETV untuk mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu-individu yang terbabit berkenaan penularan fitnah ini. Oleh Itu biarlah Mahkamah yang menentukan salah betul masing-masing.
Cuma yang saya nak nyatakan, kenyataan-kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh beberapa bekas staff yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat-syarat perkhidmatan dengan syarikat. Kami mempunyai semua bukti tetapi kami tak akan mencanangkan butir-butir ini kepada umum.
Berkenaan dengan tindakan yang seterusnya, seperti yang saya telah nyatakan, saya serahkan kepada proses undang-undang mahkamah dan keadilan negara kita.
Saya memohon semua untuk berfikir secara tenang, hentikan sebarang sebaran fitnah dan cerita yang tak berasaskan fakta sebenar.
Pihak saya dan SUKETV sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak sekiranya ada sebarang isu asalkan kita menggunakan saluran yang betul.
Jangan menyalahgunakan sosial media untuk kepentingan-kepentingan yang tertentu.