Life is a story by: Amirul Zaimil

Life is a story by: Amirul Zaimil Kehidupan ini umpama sebuah cerita. Bukan cerita novel atau drama tetapi cerita realiti kehidupan

Warna-Warni KehidupanDaripada Suhaib R.A, Rasulullah ﷺ bersabda:عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْر...
18/06/2023

Warna-Warni Kehidupan

Daripada Suhaib R.A, Rasulullah ﷺ bersabda:

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Maksudnya: “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

Sahih Muslim (2999)

- Garam tidak pernah salah, tetapi selalu kena cubit. Cili tidak pernah cari pasal, tetapi selalu kena tumbuk. Gula p**a selalu duduk diam, tetapi selalu kena kacau.

- Begitulah kehidupan kita, setiap hari penuh dengan ujian. Untuk mengharunginya, kita perlu belajar untuk bersabar dan redha di atas setiap takdir Allah. Buka mata dan minda untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.

Common senseKebanyakan amalan perlukan ilmu manakala common sense perlukan hati yang terbuka untuk mengamalkannya       ...
13/06/2023

Common sense
Kebanyakan amalan perlukan ilmu manakala common sense perlukan hati yang terbuka untuk mengamalkannya

Common sense adalah suatu tindakan yang kita rasa semua orang pasti tahu bagaimana cara atau tindakan yang perlu diambil contohnya :

Apabila ada seorang pakcik berdiri ketika berada di dalam komuter, jika ada Common sense kita akan cenderung memberi peluang untuk pak cik itu duduk.

Apabila ada orang yang sedang bersusah payah mengangkat barang yang berat jika ada Common sense kita akan terdorong untuk menolong orang tersebut.

Namun kini nampaknya common sense sudah tidak menjadi common, mungkin sudah menjadi uncommon sense. saya pernah memperhatikan dan mengalami sendiri beberapa episod uncommon sense.

Kisah 1: sampah

Sedang memandu kereta saya lihat ada sesuatu yang di Baling keluar tingkap oleh kereta di sebelah saya. saya perasan yang dibuang itu adalah sampah. sejujurnya saya tidak faham mengapa sampah perlu dibuang keluar kereta? jika anda s**a menjaga kebersihan mulakan lah dengan tidak mengotorkan Alam sekitar. Apa salahnya jika sampah itu disimpan dahulu dan dibuang apabila anda terjumpa tong sampah.
Saya pernah melalui kawasan tapak pasar malam setelah waktu jualan tamat. kawasan tersebut dipenuhi dengan sampah sarap daripada peniaga dan pembeli. mungkin common sense mereka adalah, pekerja majlis Pembandaran akan bersihkan. rugi lah kalau pekerja itu dibayar gaji tetapi tidak buat kerja. jika kita mengamalkan sikap sebegini, Nampaknya sikap menjaga kebersihan sudah menjadi uncommon sense. sikap tidak endah ini mengakibatkan sampah Berlonggok, boleh membawa penyakit, Dan tidak mustahil mengakibatkan bencana alam seperti banjir.

Saya teringat suatu Tazkirah yang mengingatkan kita untuk sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Common sense adalah salah satu cara untuk mempraktikkan kebaikan. Di dunia yang sibuk mengejar penghargaan ini, biarlah kita tergolong dalam kalangan yang membuat kebaikan hanya untuk mendapat redha Al-Khaliq Dan bukan makhluk.

Jika ada dua orang nelayan yang mahu menangkap ikan, siapakah antara kedua-duanya yang akan mendapat hasil tangkapan yan...
23/03/2023

Jika ada dua orang nelayan yang mahu menangkap ikan, siapakah antara kedua-duanya yang akan mendapat hasil tangkapan yang lebih banyak ?

Antara jawapan yang dapat kita andaikan adalah nelayan yang menggunakan Pukat yang lebih besar dan menghala ke bahagian laut yang lebih dalam. Namun hakikatnya banyak ataupun sedikit tangkapan itu turut bergantung kepada keadaan cuaca, keadaan laut, dan yang paling utama rezeki yang ditetapkan oleh Allah. Tanda keadilan Allah adalah adanya bekal usaha si nelayan yang menjadi salah satu sebab menuju kepada rezeki.

Manusia dikurniakan dengan ilmu dan kemahiran. Usaha dapat membezakan sama ada manusia berjaya ataupun sebaliknya. Ada jarak pemisah antara orang yang rajin dan orang yang malas. Bagi mendapat rezeki kita harus berusaha dan atas kehendak Allah jua iya pasti menjadi milik kita. Begitu juga dengan nasib kita dapat menentukannya dengan usaha. Hanya selepas itu lah tawakal kepadanya menjadi penentu segala. Jadi, jom bertindak!

ramadan 1444

Anda akan dapat apa yang anda usahakan, dengan izin Allah. Pasakkan harapan dan bertindaklah!Rezeki adalah salah satu ra...
10/03/2023

Anda akan dapat apa yang anda usahakan, dengan izin Allah. Pasakkan harapan dan bertindaklah!

Rezeki adalah salah satu rahsia daripada banyak rahsia Ilahi. Ia datang dalam pelbagai rupa dan bentuk, dalam keadaan yang tidak kita jangka. Teringat saya semasa di Madinah , saya berjalan kaki melalui kawasan yang padat dengan manusia, ada yang berjual beli makanan, memandu kereta, dan bejalan kaki.

Satu perkara yang saya kagum terhapap penduduk yang saya temui di sini adalah keazaman mereka berusaha bagi meneruskan kehidupan. Walaupun hanya menjual kopi pracampuran yang dibancuh dengan air panas, mereka masih besemangat menggendong beg barang jualan di sekitar kota. Bukan hanya seorang peniaga, tetapi ramai yang berniaga benda yang sama. Dengan keyakinan atas rezeki yang Allah tetapkan, mereka terus menjaja di bi jalan raya. Apabila difikirkan, kita mungkin tidak pernah berasa susuh sehingga begitu sekali. Namun percayalah, bagi mengharungi kehidupan seperti itu, bekalnya adalah keyakinan tentang rezeki adalah rahsia Ilahi

09/03/2023

Syukur Alhamdulillah umur saya masih dipanjangkan sehingga lebih 30 tahun.

Life is a story.

Melalui Page ini, saya ingin berkongsi apa yang telah saya lalui sepanjang usia ini. Allah telah berfirman dalam Al-Quran tentang usia 40 tahun dan implikasinya kepada kehidupan manusia. Bukan semua mampu mencapai umur ini, kerana ramai juga yang dijemput oleh-nya terlebih dahulu. Hampir separuh usia telah dialui jika umur rasulullah SAW dijadikan sebagai rujukan

Adakah akan sampai sehingga separuh usia lagi sebelum kita dijemput oleh-nya?
Hanya Allah yang maha mengetahui

Address

Bangsar South, KL
Kuala Lumpur
59200

Telephone

+60179884856

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Life is a story by: Amirul Zaimil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Life is a story by: Amirul Zaimil:

Share