Muhamad Zahir Zainuddin

Muhamad Zahir Zainuddin Impian tidak akan jadi kenyataan kalau kita tidak berusaha. Berusaha mencari lebih baik dan lakukan.

16/10/2022

Assalamualaikum

24/08/2022

Akhir-akhir ini, isu kehilangan wang dalam akaun bank simpanan hangat diperkatakan. Ianya melibatkan

Lama tak update kat sini. Apa khabar semua?
09/08/2022

Lama tak update kat sini. Apa khabar semua?

04/08/2022

Jangan rushing sangat di waktu pagi.

Itu akan jadi bad habit pada anak-anak kita nanti.

Antara punca di waktu pagi anak jadi,

- moody
- meragam
- berontak
- tak nak ke sekolah
- murung
- mengamuk
- buat perangai

Ini la, sebabnya. Dia terpengaruh dengan morning habit kita yang duk kalut dan sentiasa rushing.

Anak ada β€œmirror neuron” yang akan meniru setiap tingkahlaku kita.

Itu la, kasihan diorang terpaksa mirror yang negatif.

Sepatutnya kita ambil peluang di waktu pagi ni untuk ber Me-Time dengan anak.

- tutup radio
- jauhkan telefon
- stop bebel
- stop jerit
- stop warning
- stop marah

Sebaliknya patut,

- banyakkan senyuman
- banyakkan ketawa
- banyakkan melawak
- banyakkan peluk & cium
- banyakkan memuji

Jangan terkejut! Benda simple macam ni akan beri banyak impak besar pada anak di sekolah.

Dia jadi lebih bersemangat, lebih tenang, lebih fokus dan lebih ceria sepanjang hari di sekolah.

Pikat hati anak setiap pagi, baru la dia ada hati nak belajar di sekolah.

Wallahu A’lam,

Sumber penulisan : Mohd Fhais Salim

Nak beli sabun basuh tapi tak der masa?Penghantaran seluruh Malaysia.Klik je link kat bawah. Kami akan hantar depan ruma...
29/07/2022

Nak beli sabun basuh tapi tak der masa?
Penghantaran seluruh Malaysia.
Klik je link kat bawah. Kami akan hantar depan rumah korang. πŸ‘‡ https://shope.ee/30B3UX6wFN

Check out DAIA SOFTENER REFILL PACK 1.8L for RM5.94. Get it on Shopee now! https://shope.ee/30B3UX6wFN

DAIA SOFTENER REFILL PACK 1.8L / 1.6L TOTAL 5 VARIANCE *REFRESHING NATURE (BLUE) 1.8L *BLOOMING GARDEN (PINK) 1.8L *MORNING MIST (VIOLET) 1.8L *CHEERFUL BLISS 1.8L *LUXURIOUS VIOLET 1.8L *PROTECT ANTIBACTERIAL WITH SANITIZER 1.6L **Our cut off time will be every working day (Mon to Fri) before 10am....

Cari vitamin untuk kucing? Boleh terus klik link dibawah.https://shope.ee/8epQFj5uxECheck out High Vitamin Creamy Cat Tr...
29/07/2022

Cari vitamin untuk kucing? Boleh terus klik link dibawah.
https://shope.ee/8epQFj5uxE

Check out High Vitamin Creamy Cat Treat Cat Snack Cat Stick Cat food Makanan Kucing Snek Kucing With Vitamin A,B & D 猫村 15g for RM0.23 - RM2.50. Get it on Shopee now! https://shope.ee/8epQFj5uxE

SPECIAL OFFER TODAY - Every 20 Stick Free 1 Stick ! LOWEST Price GUARENTEE ! If you found somewhere cheaper, please contact us. Will offer the same price and additional treat. Creamy Cat Treat yang mengandungi banyak Vitamin A, B and D untuk kucing kesayangan anda. Kucing terlalu kurus atau tak s**a...

26/07/2022

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. πŸ˜πŸ˜…

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018


Jom follow ig kami utk dptkan b*k info, amalan, tips dan petua menarik yang jarang dikongsi dimana-mana :
https://instagram.com/viralohviral?igshid=YmMyMTA2M2Y= (klik dan follow)
Berminat viralkan biz anda? Mesej Min. Tq

24/07/2022

β­• PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA

1 πŸ”΄ SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.

2 πŸ”΄ Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

3 πŸ”΄ Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.

4 πŸ”΄ Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

5 πŸ”΄ Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

6 πŸ”΄ Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.

7 πŸ”΄ Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

8 πŸ”΄ Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.

9 πŸ”΄ Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

10 πŸ”΄ Apa ciri-ciri rumah yang Allah s**a? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan s**a berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.

11 πŸ”΄ Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.

12 πŸ”΄ Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.

13 πŸ”΄ Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati -
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭

14 πŸ”΄ Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.

15 πŸ”΄ Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.

16 πŸ”΄ Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.

17 πŸ”΄ Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.

18 πŸ”΄ Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.

19 πŸ”΄ Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!

20 πŸ”΄ Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!

21 πŸ”΄ Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

22 πŸ”΄ Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.

23 πŸ”΄ Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.

24 πŸ”΄ Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.

25 πŸ”΄ Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.

26 πŸ”΄ Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.

27 πŸ”΄ Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.

28 πŸ”΄ Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada πŸ˜‚) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.

29 πŸ”΄ Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.

30 πŸ”΄ Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.

31 πŸ”΄ Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.

32 πŸ”΄ Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.

14/07/2022

Saya ada teringat 1 ustaz ni cakap tapi saya lupa nama dia

Ustaz ni pesan kalau nak buat pahala mudah je. Free tak yah bayar.
Cuma bila mulakan sesuatu mulakan dengan bismillahirahmannirrahim.

Insyallah dipermudah urusan.

Assalamulaikum dan selamat malam semua



13/07/2022

Try dan buat semua

Assalamualaikum semua

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA KERANA MEMILIH PRODUK SK MAGICπŸ™πŸ˜Šπ—–π—’π—‘π—šπ—₯π—”π—§π—¨π—Ÿπ—”π—§π—œπ—’π—‘π—¦ π—¦π—ž π— π—”π—šπ—œπ—– π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” 𝗛𝗔𝗦 𝗕π—₯π—˜π—”π—žπ—§π—›π—₯π—’π—¨π—šπ—› 𝗠𝗒π—₯π—˜ 𝟱𝟬𝟬...
09/07/2022

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA KERANA MEMILIH PRODUK SK MAGICπŸ™πŸ˜Š

π—–π—’π—‘π—šπ—₯π—”π—§π—¨π—Ÿπ—”π—§π—œπ—’π—‘π—¦ π—¦π—ž π— π—”π—šπ—œπ—– π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” 𝗛𝗔𝗦 𝗕π—₯π—˜π—”π—žπ—§π—›π—₯π—’π—¨π—šπ—› 𝗠𝗒π—₯π—˜ 𝟱𝟬𝟬𝟬 π—¨π—‘π—œπ—§

Alhamdulillah,

SK Magic Malaysia berjaya mencapai jualan lebih 5000 unit sebulan. Amazing Growth !! Tahniah diucapkan pada seluruh warga kerja SK Magic. You guys truly amazing.

This achievement belongs to all of you. Keep continuing your fantastic job & breakthrough more record in 2022.

Tahniah semua , betul dah apa yang kita tengah buat ni. Buat saja sungguh-sungguh. Kita bukan setakat nak β€˜test market’, tapi serius dengan apa yang tengah kita semua usahakan.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan pada semua customer yang sentiasa yakin dan menyokong kami sehingga hari ini. We can’t achieve this without your continuos support & trust. Insyaallah kami sentiasa akan memperbaiki servis dan memberikan yang terbaik buat semua.

GREAT JOB SK MILLION VENTURE !!
LETS ROCKET 1000 UNIT IN 2022 !!

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Sk Magic boleh tekan link dibawah πŸ˜ŠπŸ‘‡
πŸ“² www.wassap.my/0129020132/skmagic



08/07/2022

Waktu doa mustajab waktu Arafah 5.26pm hingga 11.51pm waktu malaysia

DOA YANG TERBAIK PADA HARI
ARAFAH OLEH JAKIM

βœ”1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

βœ”2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

βœ”3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

βœ”4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

βœ”5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

βœ”6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

βœ”7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Tetapkan hatiku di dalam islam dan ketaatan kepadamu. Selamatkan aku daripada kejahatan dan kesesatan.

βœ”8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

βœ”9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

βœ”10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

βœ”11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

βœ”12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

βœ”13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

βœ”14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

βœ”15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

βœ”16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

βœ”17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

βœ”18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

βœ”19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

βœ”20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

βœ”21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

βœ”22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

βœ”23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang s**ar ini.

βœ”24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

βœ”25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

βœ”26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

βœ”27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

βœ”28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

βœ”29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

βœ”30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

βœ”31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

03/07/2022

Ini 15 cara nak ubah derita kepada bahagia:

1. Tukar rutin harian diri. Hidupkan pagi kamu seawal 430 pagi. Waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.

2. Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tak perlu dan dermakan pada yang memerlukan.

Amalkan gaya hidup minimalist.

3. Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan. Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan. Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.

4. Cari true calling dalam hidup. Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan buat kamu jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi.

Walaupun apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.

5. Pelihara diri kamu terutama kesihatan mental kamu. Sentiasa jaga apa yang kamu fikirkan, elakkan overthinking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.

6. Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu. Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.

7. Jaga silaturahim kamu dengan keluarga. Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh ataupun dekat.

8. Perbaharui kehidupan sosial kamu. Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong kamu ke arah kebaikan.

9. Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.

10. Pastikan tempat kerja kamu adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya kamu. Bukannya sesuatu pekerjaan yang mengekalkan kamu di satu tahap sahaja.

Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan kamu.

11. Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.

12. Buat kerja sampingan mengikut minat dan kes**aan kamu. Asah bakat dan skil kamu supaya kamu dapat duit dengan hal yang kamu s**a.

Ia akan buat kamu lebih bahagia dari merana rasa terpaksa.

13. Berikan sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan β€˜sedekah’ supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.

14. Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung.

Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.

15. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling. Memaafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.

Kita hidup bukan sekali di atas dunia, tetapi kita hidup setiap hari. Maka tiap hari adalah peluang baru untuk bahagia.

Jika kita tak boleh berbahagia di dunia macamana kita nak β€œtaman bahagia” yang Allah telah siapkan untuk kita di akhirat sana.

Tok Abah selalu doakan kamu ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Terus bahagia ya.

02/07/2022

Kita ada kurang 6 bulan lagi untuk menuju 2023. Gunakan waktu ini untuk ubah rutin harian kita supaya dapat mencapai kejayaan total tahun ini. Buat:

1. Berhenti menonton tv terutama cerita atau drama yang tak berfaedah. Tukarkan kepada menonton dokumentari, video tutorial untuk asah kemahiran baru. Paling bagus, skil yang boleh jana pendapatan.

2. Kurangkan melepak atau borak kosong dengan kawan-kawan. Kalau nak jumpa pun pastikan ada sebab untuk idea dan perbincangan yang membuka minda.

3. Lihat semula azam awal tahun. Sudah tercapai atau belum. Jika belum, jangan berlengah. Letak target bila nak capai dan tengok balik usaha kita sedang mencapai ke arah itu atau tak.

4. Kurangkan bermain handphone atau melihat screen terlalu lama. Rehatkan minda dengan membaca buku dan juga membuat buku jurnal.

5. Elakkan makan makanan ringan atau fastfood. Masak sendiri yang lebih menyihatkan ya.

Semoga kita semua mencapai matlamat dan target dalam hidup sebelum 2023 ini nanti ya.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berjaya sama-sama.

03/06/2022

Ya Allah...
βœ” Muliakanlah orang yang membaca status ini
βœ” Lapangkanlah hatinya
βœ” Bahagiakanlah keluarganya
βœ” Luaskan rezekinya seluas lautan
βœ” Mudahkan segala urusannya
βœ” Kabulkan cita-citanya
βœ” Jauhkan dari segala Musibah
βœ” Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar

Aamiin Aamiin Ya Rabbal’Alamiin🀲🏻

Doaku buat kamu semuaπŸ’–

Selamat MalamπŸ’ž
Assalamualaikum❀️

03/06/2022

Mencari nama anak bila orang dengar jadi ketar habis lutut - lutut..

24/05/2022

Biasanya apabila kita membeli produk makanan atau minuman kita akan focus kepada tarikh luput produk itu. Namun tahukah anda sebenarnya ada beza antara β€œGuna Sebelum” (Use by)?dan β€œBaik Sebelum” (Best before). Nak tahu lebih lanjut, [...]

23/05/2022

Wanita atau suri rumah kebanyakkan akan menguruskan perihal barangan dapur kerana mereka lagi arif berkaitan tersebut. Mencari barangan segar, seperti buah-buahan, sayur, mahu pun ikan, ayam, serta daging, kita pasti tidak ingin terambil makanan yang [...]

Address

Menara CitiBank
Kuala Lumpur

Telephone

+60129020132

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhamad Zahir Zainuddin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muhamad Zahir Zainuddin:

Videos

Share


Other Digital creator in Kuala Lumpur

Show All