![Sepasang suami isteri ditahan selepas didakwa membunuh anak lelaki mereka berusia 6 tahun dengan membuang mangsa ke dala...](https://img5.medioq.com/848/456/771197498484560.jpg)
12/05/2024
Sepasang suami isteri ditahan selepas didakwa membunuh anak lelaki mereka berusia 6 tahun dengan membuang mangsa ke dalam terusan yang dipenuhi buaya.
Kejadian dilaporkan berlaku minggu lalu pada Sabtu malam di Uttara Kannada, di negeri Karnataka, India.
Menurut polis tempatan, kedua-dua suspek, Savitri Kumar dan suaminya Ravi Kumar, ditangkap atas tuduhan membunuh selepas sebahagian mayat anak mereka yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemukan keesokan harinya.