UTVMEDIA

UTVMEDIA UTV Media Malaysia slogan "Portal Inspirasi Rakyat Malaysia". Menyediakan berita-berita terkini

19/07/2024

- Peranan Media dalam menjayakan Sambutan Hari Peneroka Felda(HPF) 2024 sehingga merekodkan lebih 500 ribu pengunjung sepanjang 3 Hari. Malam ini media diraikan tanda terima kasih demi sokongan yang berpanjangan.

17/07/2024
17/07/2024

PRESS CONFERENCE AWARD-WINNING COMPOSER SHARON PAUL'S RESCHEDULED ANIMENIA 2024 IS BACK WITH A REFRESHED PROGRAM

17/07/2024

((LIVE)) ANIMENIA - Parallel Universes ACG Music Festival 2024 Press Conference, which will take place at GSC Cinema, Tropicana Gardens Mall on 17th July 2024.

With the trust and significant funding by My Creative Ventures, and the complete support of the Ministry of Communications & Digital, ANIMENIA 2024, a groundbreaking music festival that promises to captivate audiences and push the boundaries of orchestral performance, is set to be staged at the Tropicana Gardens Mall Convention Centre in Kota Damansara on 27th July 2024. Founded by award-winning Malaysian composer and producer Sharon Paul, Animenia will feature an anime-themed orchestral fusion concert entitled Raja Farouk Live (RFL) & an ACG festival which will feature J-Rock showcases by JRock Malaysia, a cosplay competition, and much more. It is expected to be one of the most notable and significant events of 2024.

16/07/2024

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Kerajaan melalui Kementerian Komunikasimengumumkan penawaran Pakej RAHMAH Prabayar Siswa khusus untuk golonganpelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian TinggiAwam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih. Pakej RAHMAH P...

16/07/2024

Malam sejuta harapan, Adakah anda peduli Ummah??

Global Relief Team(GRT) sebuah NGO ditubuhkan pada tahun 2016, berpusat di United Kingdom dan mempunyai pejabat dibeberapa negara termasuk Syria,Yaman, Lubnan, Uganda, Malawi, Pakistan, Bangladesh dan Turki.

Misinya adalah untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada mereka yang menderita akibat konflik, bencana alam dan kesusahan lain. Kini GRT mempunyai pejabat di Malaysia bermula pada Januari 2024.

16/07/2024

TOP 500 CONSUMER CERTIFICATION TRUSTLY BRAND AWARD - INTERVIEW DEPUTY PRESIDENT OF MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA(MTPN) - YBRS. TUAN ABDUL MALIK BIN JAMARAN.

Majlis sumbangan Buku dan Pelancaran Bank Buku.
16/07/2024

Majlis sumbangan Buku dan Pelancaran Bank Buku.

Isu 3R Pemilik Akaun disoal siasat - Jangan memecahbelahkan keharmonian, content yang tercipta biarlah murni demi keharm...
16/07/2024

Isu 3R Pemilik Akaun disoal siasat - Jangan memecahbelahkan keharmonian, content yang tercipta biarlah murni demi keharmonian negara.

CYBERJAYA, 15 Julai 2024 -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) telah menjalankan siasatan berhubung aduan diterima mengenaikomen jelik melibatkan elemen 3R (Royalty, Race, Religion) yang dimuat naikoleh seorang pemilik akaun TikTok. Dalam operasi dijalankan oleh MCMC di Sungai Peta...

14/07/2024

Jom guys! Berbaki lagi sehari sahaja lagi! Jangan lepaskan peluang, penuh hari minggu anda di Karnival Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang! Ada banyak lagi aktiviti yang menarik seperti Jualan, Konsert Ungu dan Exist dan Skrin Besar Perlawanan Akhir Euro sehingga pagi! Jom datang sekarang!

13/07/2024

😍Karnival Hari Peneroka Felda Maeps 2024 - Temuramah orang lama bekas kakitangan pesara FELDA. Luahan isi hati dan pandangan berkaitan FELDA dahulu dan kini.

13/07/2024

Pertandingan PUBG Felda Nation E-Sport Championship (PUBG) di Karnival Hari Peneroka FELDA 2024, MAEPS, Serdang 12-14 Julai 2024!

12/07/2024

Felda Berselawat kini di MAEPS, Serdang sempena Hari Peneroka Felda 2024.

Lagu ini dilancarkan sempena Sambutan Hari Peneroka Felda yang ke 68, dalam skala yang lebih besar kerana penglibatan pe...
11/07/2024

Lagu ini dilancarkan sempena
Sambutan Hari Peneroka Felda yang ke 68, dalam skala yang lebih besar kerana penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan Hari Peneroka Felda pada kali ini.

SERDANG, 10 JULAI 2024 - Lagu Segalanya FELDA telah dilancarkan di Dewan D, MAEPS Serdang, nyanyian Yabang Khalifah, dan Ayie Lantana. Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jika dihayati liriknya, itulah asalnya perjuangan peneroka FELDA hasil kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Raza...

ESOK BERMULANYA HARI PENEROKA FELDA 2024, MAEPS SERDANG !!!Ada Apa Yang Menarik??Sempena ke 68 tahun FELDA, di Karnival ...
11/07/2024

ESOK BERMULANYA HARI PENEROKA FELDA 2024, MAEPS SERDANG !!!

Ada Apa Yang Menarik??

Sempena ke 68 tahun FELDA, di Karnival ini ada 68 program antaranya adalah :-

- 1000 Gerai Jualan Keusahawanan & Pameran Kraf & Tekstil
- Karnival Pendidikan & Kerjaya
- Karnival Hospitali dan Hartanah
- Persembahan Tarian Tradisional/Busker
- 317 gerai makanan dari 317 rancangan FELDA
- Ping Pong Terbuka Hari Peneroka, e-sport & robotic challenge
- Khatam 5 Minit Al-Quran
- Felda Berselawat Bersama Selebriti
- 28 Masterclass Percuma
- Food Festival
- Sajian Warisan 100 tahun Felda
- Pelancaran Umrah Rahmah
- Pelancaran Jualan Agro Madani Hari Peneroka Felda
- Jualan DURIAN (Kendurian)
- Motorshow EV dan Autoshow Kawasaki
- Pameran Jentera Feltech 2.0
- Pertandingan Memancing
- Cabutan Bertuah Grand Prize
- Kemuncaknya akan diserikan dengan konsert 'Feel Da Star' 10 anak felda bakal merentap dalam pertandingan bakat nyanyian.
- Persembahan Exist dan Kumpulan Ungu
- Menonton final euro di screen besar serta jualan makanan food truck akan beroperasi sehingga pagi!

Antara artis-artis yang terlibat antaranya Ryan Bakery, Siti Nor Diana, Exist, Ungu Band, Dr Sheikh Muszafar, Kak Lina Pom Pom, Boss Susu, Datuk Ramli Sarip, Mawi, Nash, Aizat Amdan, Black Hanifah, Marsha Milan Londoh dan Inteam.

Segalanya Felda!

11/07/2024

Apa dah jadi The PLOT! Sengketa antara MARDI dan The Plot

11/07/2024

[[VIDEO]] Lagu Segalanya FELDA hayati perjuangan para peneroka, hasil kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak

SERDANG, 10 JULAI 2024 - Lagu Segalanya FELDA telah dilancarkan di Dewan D, MAEPS Serdang, nyanyian Yabang Khalifah, dan Ayie Lantana.

Pengerusi FELDA, Datuk Shabery Cheek berkata, jika dihayati liriknya, itulah asalnya perjuangan peneroka FELDA hasil kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak.

"Hasil kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak yang membolehkan FELDA mencipta perubahan bagi masyarakat luar bandar kepada sesuatu yang lebih baik, seperti yang kita lihat pada hari ini.

"Lagu ini dilancarkan sempena sambutan hari peneroka yang ke 68, dalam skala yang lebih besar kerana penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan Hari Peneroka Felda ini.

"Konsep Segalanya FELDA bukan hanya dilihat dari perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan Peneroka dan warga Felda yang telah berkembang jumlah keseluruhannya 3 juta orang.

KUALA LUMPUR – Berhad (ANGKASA) dengan sokongan penuh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta kerja...
10/07/2024

KUALA LUMPUR – Berhad (ANGKASA) dengan sokongan penuh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) akan menganjurkan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 pada 25 hingga 26 Julai 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2024 - Berhad (ANGKASA) dengan sokongan penuh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) akan menganjurkan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 pada 25 hingga 26 Julai 2024 di Pusat...

Jom datang beramai-ramai ke Festival FGV @ Hari Peneroka FELDA 2024 pada 12-14 Julai di MAEPS, Serdang, 10 pagi hingga 1...
10/07/2024

Jom datang beramai-ramai ke Festival FGV @ Hari Peneroka FELDA 2024 pada 12-14 Julai di MAEPS, Serdang, 10 pagi hingga 10 malam!

Banyak aktiviti, hadiah dan jualan yang menarik bakal menanti anda!

08/07/2024

Malam Sejuta Harapan, Adakah anda peduli Ummah???

KUALA LUMPUR – Meraikan ulang tahun (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) ASWARA ke-30 dan sempena Festival Penil...
07/07/2024

KUALA LUMPUR – Meraikan ulang tahun (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) ASWARA ke-30 dan sempena Festival Penilaian Tahun Akhir (PETA).

Pertubuhan Media Digital Kreatif (PMDK) menjemput penulis berpengalaman, Sajeet Soudagar berasal dari mumbai,INDIA sebagai salah seorang panel penilaian kolam ujibakat .

beliau juga sempat ber soaljawab bersama pelajar ASWARA didalam sesi Podcast selama lebih setengah jam.

Sajeet hadir pada sesi ‘Meet & Greet'‘Kolam Bakat Terbuka' yang turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Media Digital Kreatif (PMDK), yang diketuai oleh Presidennya, Alias Abu Bakar.

Kehadirannya bagi berkongsi pengalaman sebagai penulis menghasilkan novel berjudul‘Silencing The Lambs.

Berkongsi mengenai sesi ‘Kolam Bakat Terbuka', Sajeet berkata, ini adalah sesi perkongsian yang sangat baik untuk pelajar menunjukkan bakat dan industri seni juga mendambakan bakat seperti ini.

"Buat mereka yang meminati bidang ini, jangan pernah berhenti belajar tetapi teruskan menggapai impian sehingga berjaya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan ASWARA, Dr. Azman Ismail berkata, PETA ialah festival tahunan yang menilai lebih 300 pelajar tahun akhir dari tujuh fakulti berbeza.

"PETA adalah penilaian tahun akhir untuk pelajar, terutamanya di fakulti penulisan kreatif.

ASWARA ialah tempat latihan untuk artis, cendekiawan seni dan pembikin filem. Ia mempunyai tujuh pembahagian akademik: Muzik, Tari, Teater, Animasi & Multimedia, Penulisan Kreatif & Filem, Pengurusan Seni Budaya & Warisan dan Seni Halus. Banyak disiplin sarjana dan siswazah tersedia untuk pelajar, termasuk: lakonan, tarian, drama, pengajian persembahan, reka bentuk untuk pentas dan filem, penulisan teater muzikal, fotografi, penghasilan rakaman, reka bentuk dan pembangunan permainan, dan pengajian filem dan televisyen.

Dengan lebih ramai alumni terkenal yang bekerja dalam industri hiburan dan kreatif di seluruh negara, ASWARA tersenarai antara sekolah filem terulung di Malaysia dan dianggap sebagai antara sekolah seni terbaik di Asia, setara dengan Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya (UM) dan Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

05/07/2024

MENGUTUK KENYATAAN YB MENTERI EKONOMI RAFIZI RAMLI DI DALAM SEBUAH CERAMAH POLITIK YANG DIADAKAN DI SUNGAI BAKAP

PULAU PINANG, 5 JULAI 2024 - Merujuk kepada sebuah rakaman video YB Menteri Ekonomi Rafizi Ramli semasa berkempen bagi pilihan raya kecil di Sungai Bakap.

Navin Punj, Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya menyatakan
dalam ucapan tersebut, beliau dengan jelas menyebut bahawa Datuk Naran Singh merupakan peguambela yang mewakili warga Israel yang telah mencetuskan kekacauan di Malaysia.

" Keterangan ini tidak hanya menjatuhkan imej dan darjat Datuk Naran Singh, sebagai seorang peguambela malah juga boleh dianggap sebagai serangan terhadap profesi pengamal undang-undang khususnya seorang peguambela, tanpa memahami sepenuhnya peranan penting peguambela dalam sistem dan proses keadilan.

Menurut Navin, sejajar dengan hak asasi yang dijamin di bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan, setiap individu berhak untuk memilih dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang apabila berhadapan dengan proses undang-undang.

" Ini adalah hak yang dijamin di bawah undang-undang Malaysia dengan prinsip “innocent until proven guilty”. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan juga menjamin kesamarataan setiap individu di sisi undang-undang tanpa mengira latar belakang atau kepercayaan mereka.

Menurut nya lagi, kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri dalam rakaman video tersebut jelas bertujuan untuk menghina Datuk Naran Singh selaku seorang peguambela yang tersohor, serta mempengaruhi pendapat awam yang boleh mencetuskan sentimen negatif terhadap profesi peguambela secara keseluruhan.

" Pendirian politik Datuk Naran Singh tidak sewajar dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab hakiki beliau sebagai seorang peguambela. Dukacitanya sehingga ke hari ini, Majlis Peguam Malaysia hanya membisu terhadap perkara ini.

" Saya menggesa agar Majlis Peguam Malaysia mengeluarkan kenyataan menjelaskan dan membuat pendirian yang tegas berkenaan perkara ini, supaya profesi pengamal undang-undang tidak dijadikan modal untuk dipolitikkan. Perkara ini sangat merendahkan dan mencemarkan nama baik profesi peguambela di Malaysia.

Pada 10 Julai 2023, di International Malaysian Law Conference 2023, Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah hadir bagi memberikan ‘Keynote Address’, di mana beliau telah menegaskan kepentingan dan penghargaan kepada seluruh pengamal undang-undang, khususnya kepada peguambela, kerana beliau juga pernah melalui proses perundangan Jenayah, dan amat berterima kasih kepada pengamal undang-undang atas tanggungjawab yang dilaksanakan oleh mereka.

Namun, kini YB Menteri Ekonomi, seperti tiada modal untuk berkempen sehingga perlu menggunakan isu sensitif seperti ini untuk merendahkan, menghina dan mengutuk Datuk Naran Singh yang hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang peguambela. Video tersebut sekiranya diteliti adalah digunakan sebagai bahan untuk mengaitkan parti-parti di bawah Perikatan Nasional dengan tanggungjawab Datuk Naran Singh sebagai seorang peguambela.

" Saya menegas bahawa kesanggupan YB Menteri Ekonomi dalam mengeluarkan kenyataan seperti ini dalam ceramah kempen, sangat membimbangkan dan menjijikan.

Selaras dengan itu, harus diingatkan bahawa keadilan hanya dapat dicapai melalui penghormatan terhadap hak asasi setiap individu dan pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh peguambela dalam menjaminkan keadilan yang saksama.

"Akhirkalam, kita perlu bersama-sama menjaga integriti sistem perundangan negara tanpa membenarkan kenyataan yang tidak berasas seperti ini untuk dipolitikkan yang berpotensi untuk mempengaruhi pandangan masyarakat dan boleh mengugat keselamatan seorang peguambela.

Jom sertai kami...ujibakat terbuka dan Latihan percuma..jommmm
03/07/2024

Jom sertai kami...ujibakat terbuka dan Latihan percuma..jommmm

Joom beramai ramai meriahkan Hari Terbuka & Sambutan 30 Tahun ASWARA.Kita semua rakyat Malaysia ambil tanggungjawab ini ...
03/07/2024

Joom beramai ramai meriahkan Hari Terbuka & Sambutan 30 Tahun ASWARA.
Kita semua rakyat Malaysia ambil tanggungjawab ini sambut laungan senibudaya dan khabarkan kepada anak- Anak generasi muda.

Kolam bakat terbuka sempena Festival penilaian tahun akhir(PETA) 2024 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA)...
02/07/2024

Kolam bakat terbuka sempena Festival penilaian tahun akhir(PETA) 2024 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
(ASWARA). Terima kasih kerana memberi ruang kepada Pertubuhan Media Digital Kreatif(PMDK) dalam pembentukan pembudayaan seiring halatuju yang sama. pastinya mandat ini dapat di realisasikan bersama... aamin

Misi dan Matlamat Pertubuhan Media digital kreatif(PMDK) bukan sahaja memperkasa media terutama generasi minda masa hadapan namun akar umbinya adalah MEMBUDAYAKAN setiap jiwa insan terutama seni budaya.maka teguh lah sebuah negara kerana keharmonian itu wujud di setiap lapisan masyarakat.

Turut hadir sebagai panel sahabat kebudayaan dari Benua Afrika yang mempunyai pengalaman besar dalam pembentukan kebudayaan dan Filem, Para pelajar diberi peluang bertemu dan berkongsi pengalaman dunia sebenar ketika sesi kasting dilaksanakan. Terima kasih juga kepada sahabat R.Yusoof R.Ariffin orang lama juga seorang penulis sambilan diDewan Bahasa dan Pustaka turut hadir memberi sokongan padu.

ASWARA ialah tempat latihan untuk artis, cendekiawan seni dan pembikin filem. Ia mempunyai tujuh pembahagian akademik: Muzik, Tari, Teater, Animasi & Multimedia, Penulisan Kreatif & Filem, Pengurusan Seni Budaya & Warisan dan Seni Halus. Banyak disiplin sarjana dan siswazah tersedia untuk pelajar, termasuk: lakonan, tarian, drama, pengajian persembahan, reka bentuk untuk pentas dan filem, penulisan teater muzikal, fotografi, penghasilan rakaman, reka bentuk dan pembangunan permainan, dan pengajian filem dan televisyen.

Dengan lebih ramai alumni terkenal yang bekerja dalam industri hiburan dan kreatif di seluruh negara, ASWARA tersenarai antara sekolah filem terulung di Malaysia dan dianggap sebagai antara sekolah seni terbaik di Asia, setara dengan Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya (UM) dan Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

01/07/2024

Kemuncak Sambutan Ulang Tahun Ke - 18 Bandaraya Petaling Jaya dan Pelancaran International Folklore Festival 2025 telah diadakan dengan jayanya di Laman MBPJ, pada pukul 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam tadi.

Acara kemuncak diserikan lagi dengan pertandingan perarakan ulang tahun bandaraya, persembahan kebudayaan
dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi, Victoria Ng, Santesh,
Black Mentor, Aisha Retno dan pertunjukan bunga api.

Dalam perarakan, sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu kategori Majlis Perwakilan Peduduk dan kategori terbuka yang melibatkan penglibatan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Hampir 400 orang peserta akan menyertai perarakan dengan jumlah
keseluruhan 13 penyertaan untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta sijil dan plak. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000 beserta sijil dan plak.

Penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival ini telah diklasifikasikan sebagai Government to Government Cultural Project dan pada tahun 2018 telah diiktiraf sebagai International Cultural Exchange Program oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Seterusnya Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts (CIOFF) Malaysia (Official Partner of UNESCO) telah diberikan kepercayaan mewakili Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran 1st Asia Pacific Youth Folklore Festival 2023 pada 21 hingga 26 September 2023 di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.

Mulai tahun 2023 juga, penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival telah menerima insentif promosi melalui kalendar pelancongan negara oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Secara amnya, penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival ini adalah selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Petaling Jaya Pintar, Mampan Dan Berdayatahan 2030 (PJSSR 2030), Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan warisan.

Program Sister City juga dikenali sebagai Bandar Persahabatan yang menzahirkan kerjasama MBPJ dengan 7 bandar seperti Kota Bandung (Indonesia), Miyoshi, Saitama (Jepun), Asan dan Seongbuk-Gu (Korea Selatan), Qing Yuan (China), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Pengisian 2025 masih mengekalkan inisiatif memartabatkan lima tonggak seni budaya iaitu persembahan kebudayaan, makanan, permainan rakyat, busana dan seni silat. Sasaran penyertaan Kontinjen untuk penganjuran 2025 adalah sebanyak 25 kontinjen.

20 Jun merupakan tarikh yang amat bermakna kepada seluruh warga bandaraya Petaling Jaya kerana pada 18 tahun yang lalu pada 20 Jun 2006, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinaik taraf statusnya daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya.

Menelusuri garis masa selama 18 tahun ini, Petaling Jaya telah mengalami
pembangunan dan perubahan pesat seiring dengan perkembangan teknologi.
Tahun ini, "Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia" diangkat menjadi tema
untuk Sambutan Ulang Bandaraya Petaling Jaya Ke-18.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Zahri bin Samingon berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan "Bahagia Bersama Malaysia MADANI".

MBPJ komited dalam mempertingkatkan usaha perkhidmatan terbaik dan berusaha mencetuskan dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya.

Oleh itu, bagi menghargai warga Petaling Jaya dan sempena sambutan ulang tahun bandaraya, sebanyak 37 aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2024 bagi mengeratkan hubungan di antara MBPJ dengan warga Petaling Jaya. Selain itu, objektif perlaksanan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan penyertaan dari semua peringkat komuniti.

Kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling akan diadakan
pada 29 Jun (Sabtu) pukul 8 malam dengan Majlis Perasmian Ulang Tahun
Petaling Jaya 2024 dan Prapelancaran "Petaling Jaya International
Folklore Festival 2025" di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling
Jaya.

Sekitar 8,000 orang membanjiri Laman MBPJ untuk bersama-sama meraikan malam yang penuh gilang-gemilang ini.
MBPJ mensasarkan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah
bandaraya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi.

Selaras dengan matlamat tersebut, pembangunan mampan untuk
satu tempoh jangka masa panjang disediakan MBPJ iaitu "Petaling Jaya
Pintar, Mampan Berdaya tahan 2030 (Petaling Jaya dan Smart, Sustainable & Resilient 2030 - PJSSR)".
PRAP

Petaling Jaya dirancang menjadi sebuah bandaraya "a next generation city
yang inklusif, terhubung, kolaboratif, berekologi, sihat, dinamik, berteknologi
digital dan menjadi bandar raya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi.

Pada 20 Jun, MBPJ telah menawarkan perkhidmatan percuma kepada orang
awam khususnya warga Petaling Jaya seperti tempat letak parking (on street
parking), penggunaan kemudahan kolam renang, padang dan gelanggang
sukan, 500 keahlian Perpustakaan Komuniti, 1000 anak pokok dan abate
(ubat jentik-jentik).

Selain itu, MBPJ juga telah membuka kaunter bayaran, kaunter semakan dan juga pameran kepada orang ramai.

Antara pengisian lain sepanjang bulan ini termasuk PJ Berselawat (27 Jun),
Sukan Komuniti (29 Jun), Sumbangan PJ Prihatin (29 Jun), dan PJ Tower
Run (30 Jun).

Larian Menara MBPJ setinggi 25 tingkat dengan 552 anak tangga ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 10,000 serta penampilan khas Soh Wai Ching, pelari menara nombor satu dunia.

Selari dengan visi MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandaraya pintar, mampan, berdaya tahan dan dinamik menjelang tahun 2025, diharapkan sambutan ulang tahun ini dapat memperkukuhkan lagi
usaha tersebut dan menggalakkan penglibatan seluruh komuniti dalam
merealisasikan visi ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan acara-acara yang telah disusun sepanjang bulan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti sambutan ulang tahun, sila layari laman sesawang rasmi MBPJ di www.mbpj.gov.my atau kunjungi
laman sosial rasmi Majlis (Facebook: , Twitter,
Instagram: ).

Address

Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Tan Siew Sin
Kuala Lumpur
50050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTVMEDIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UTVMEDIA:

Videos

Share


Other News & Media Websites in Kuala Lumpur

Show All