inspirasichannelz.com

inspirasichannelz.com Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from inspirasichannelz.com, News & Media Website, Kuala Lumpur.
(1)

05/01/2025

Keputusan YDPA Didalam Ataupun Diluar Mesyuarat Lembaga Pengampunan - Adakah Mutlak Wajib Dilaksana?

05/01/2025

Kupasan Untuk Kita Semua Faham Apa Yg Bakal Diputuskan DiMahkamah Rayuan 6/1/25?

05/01/2025

Nak Faham Tentang "ABUSE OF POWER" Dengarkan Kupasan Menarik Ini.
Mudah Faham & Ringkas.

05/01/2025

Adakah Menjadi Satu Kesalahan Jenayah Jika Menyembunyi Titah YDPA?

05/01/2025

Apakah IMPAK Jika Benar Ada Titah YDPA Yang Disembunyikan?

Pagi esok penyokong-penyokong DS Najib akan hadir ke Istana Kehakiman memberikan sokongan kepada DS Najib. Mereka akan d...
05/01/2025

Pagi esok penyokong-penyokong DS Najib akan hadir ke Istana Kehakiman memberikan sokongan kepada DS Najib. Mereka akan datang atas kapasiti individu dan peribadi dan tiada penganjur atas kehadiran mereka ini. Oleh itu tiada permit yang akan dihantar oleh penganjur sebab tidak ada pun penganjur untuk hantar permit. Dan adalah tidak masuk akal jika setiap individu yang datang secara peribadi perlu mohon permit, ini tiada dalam peruntukan akta himpunan.

Dan mengikut Perlembagaan dan undang-undang, orang ramai dan individu bebas dan berhak untuk pergi ke mana-mana premis awam termasuk mahkamah. Undang-undang tidak melarang sesiapa untuk pergi mendengar perbicaraan mahkamah, perbicaraan mahkamah adalah terbuka kepada umum, cuma terhad kepada ruang di dalam kamar mahkamah. Orang awam boleh mengikuti perbicaraan di luar mahkamah jika kamar mahkamah tidak cukup ruang.

……..

Kelmarin pemimpin tertinggi UMNO telah batalkan arahan untuk himpunan solidariti untuk DS Najib, mereka guna alasan menghormati titah SPB YDP Agong walaupun titah SPB YDP Agong tidak pun menyatakan larangan untuk solidariti atau himpunan ini. Mungkin ada pemimpin politik yang menyalahtakrif atau menokok tambah takrifan titah Baginda tersebut, ini tidak sepatutnya. Mereka tidak boleh libatkan istana atau berselindung di sebalik institusi diraja untuk agenda politik mereka.

Walaupun pemimpin UMNO batalkan, akar umbi UMNO tetap mahu datang memberikan sokongan kepada DS Najib esok. Saya pasti DS Najib mahu dan gembira jika dia lihat ramai orang datang memberikan sokongan moral kepadanya.

Namun ada ahli-ahli politik PH dan DAP dan penyokong tegar mereka dalam UMNO (UMDAP) yang tidak berpuas hati jika mereka lihat beribu-ribu orang berhimpun untuk memberi sokongan kepada DS Najib terutama apabila parti-parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan PAS berhimpun atas satu matlamat. PH dan DAP takut dan panik jika orang-orang Melayu dalam UMNO dan PAS bersatu semula. Mereka tergugat. Mereka telah lihat apa yang berlaku kepada mereka apabila orang-orang Melayu bersatu semasa ICERD dan Muafakat Nasional. Kali ini mereka gerun dan dengki apabila akar umbi UMNO dan PAS menyokong DS Najib untuk mendapatkan keadilan dalam isu addendum.

Mereka (PH dan DAP) tidak mahu DS Najib diberi tahanan di rumah. Dan penyokong tegar mereka dalam UMNO (UMDAP) perlu patuh dan akur kepada arahan DAP kerana jawatan dan periuk nasi mereka bergantung kepada kepatuhan ini. Orang-orang ini cuba sabotaj sokongan ke atas DS Najib. Mereka tidak kisah kepada DS Najib dan hanya pentingkan diri sendiri dan kerap menyalahkan orang lain.

Jika ada pihak sorok addendum diraja ia adalah suatu kesalahan jenayah dalam undang-undang dan suatu penganiayaan kepada DS Najib. Kita perlu cari keadilan dan kebenaran dalam hal ini. Kita tidak mahu penganiayaan berlaku kepada sesiapa.

Pagi esok saya akan ke Istana Kehakiman di Presint 3 Putrajaya atas kapasiti individu. Rakan-rakan saya pun akan hadir atas kapasiti individu dan peribadi. PAS dan NGO dan ramai penyokong-penyokong DS Najib pun akan hadir dan turut memberikan sokongan. Kita hadir secara aman untuk memberikan sokongan.

Semoga Allah SWT memudahkan urusan DS Najib dan semoga mahkamah membuat keputusan yang sebaiknya.

Salam,
ISHAM JALIL
5 Januari 2025
| inspirasichannelz.com

04/01/2025

Kalau Diusia 100 Tahun Boleh Bangun Diawal 4am,kenapa tidak kita?
Kalau Diusia 100 Tahun Boleh Bekerja 16 jam sehari,kenapa tidak kita?
Kalau Diusia 100 Tahun Boleh Bercakap benar dan risau tntg masa depan anak bangsanya, kenapa tidak kita?
Kalau Diusia 100 Tahun Boleh Berjuang,Membela Agamanya,Bangsanya dan Negaranya, kenapa tidak kita?

Jangan malukan diri kita pada insan berusia 100 tahun ini...
Jangan malukan diri kita pada Allah Swt...
Jangan malukan diri kita pada anak cucu kita satu hari nanti...

LIM GUAN ENG JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN PENYATUAN MELAYUSiapa Lim Guan Eng hendak masuk campur dalam apa jua platform un...
04/01/2025

LIM GUAN ENG JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN PENYATUAN MELAYU

Siapa Lim Guan Eng hendak masuk campur dalam apa jua platform untuk penyatuan serta perpaduan Melayu?

Lim Guan Eng bukan berbangsa Melayu pun. Orang Melayu tidak pernah mempertikai dan masuk campur urusan penyatuan kaum-kaum
asing di negara kita.

Itu hak mereka dan kita tidak boleh masuk campur.

Jadi Lim Guan Eng pun tolong jangan masuk campur hal-hal yang bersangkutan dengan penyatuan Melayu.

Sekiranya UMNO hendak menjalinkan hubungan PAS atau di sebaliknya apa kena mengena dengan Lim Guan Eng serta DAP?

Walaupun UMNO kini sebahagian daripada anggota Kerajaan Madani tetapi hak mereka untuk bersoladiriti sesama bangsa tidak boleh disekat.

Memadai lah dengan pertolongan UMNO membantu PH untuk tubuhkan kerajaan. Jika tidak PH berkemungkinan masih menjadi pembangkang pada hari ini.

Cuma kesilapan UMNO terlalu tunduk dan takut pada PH. Walhal UMNO pegang teras penubuhan Kerajaan Madani tetapi terlalu menunduk pada PH.

UMNO harus bangun dengan 'tulang belakang' yang kuat untuk menerajui kerajaan bukan mereka diperalatkan untuk diperkudakan oleh Kerajaan Madani.

Sudah sampai masanya keseluruhan parti-parti politik Melayu bertaut semula bagi memperkasakan semula kedudukan masa depan orang-orang Melayu di tanahair kita.

Jangan biarkan 'nasi menjadi bubur' dan melihat orang-orang Melayu atau anak cucu kita merempat di tanahair sendiri pada suatu masa nanti.

Jangan perlekehkan pembacaan politik Tun Dr Mahathir Mohamad yang meramalkan dalam masa dua PRU lagi kita mungkin hilang kuasa politik di bumi sendiri.

Sekali kita hilang kuasa; kuasa tersebut akan hilang buat selamanya.

Orang-orang Melayu kena hati-hati dengan agenda licik parti DAP.

Bekerjasama dan menyokong DAP membawa erti kita bersubahat untuk 'mematikan' bangsa Melayu di bumi sendiri.

Sekali DAP tawan negara ini pada waktu itu baru kita dapat melihat secara lebih jelas akan siapa mereka yang sebenarnya tetapi pada waktu itu sudah terlambat untuk kita selamatkan anak bangsa Melayu.

Saya pernah menganggotai parti AMANAH dan berada dalam PH pada suatu masa dahulu.

Ketika itu saya diletakkan oleh PH untuk menembusi kubu kuat UMNO di Parlimen Jasin dan diumumkan tewas dengan 214 undi.

Peringkat awal saya diumumkan menang secara tidak rasmi tetapi pada jam 2:14 pagi saya diumumkan tewas dengan 214 undi saja.

Itu tidak meralatkan saya kerana saya sedar sekurang-kurangnya Parlimen Jasin masih dimilikki oleh kuasa orang Melayu.

Agenda DAP terlalu halus dan kadang kala tidak mampu dibaca oleh anak-anak muda Melayu yang mengizinkan diri mereka diperkudakan ke arah mencapai matlamat politik mereka.

Berwaspada dengan DAP dan jangan sama sekali bersekongkol dengan DAP kerana mereka terlalu bahaya pada bangsa Melayu.

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional
4 Januari 2025
| inspirasichannelz.com

Dengan rekod kejayaan ini, Rob Friend dijangka membawa perubahan besar dalam usaha mengangkat bola sepak Malaysia ke tah...
03/01/2025

Dengan rekod kejayaan ini, Rob Friend dijangka membawa perubahan besar dalam usaha mengangkat bola sepak Malaysia ke tahap antarabangsa.
I inspirasichannelz.com

Berusia 43 tahun dan berasal dari Saskatchewan, Kanada, Rob Friend membawa pengalaman luar biasa dalam bola sepak global dan pengurusan sukan. Antara pencapaian beliau: • Rakan Kongsi Pengurusan, SixFive Sports Fund (2019 – sekarang) • Presiden & Pengasas Bersama, Vancouver FC (2022 – sekara...

Zahid Hamidi Sekolahkan Guan Eng?   I inspirasichannelz.com
03/01/2025

Zahid Hamidi Sekolahkan Guan Eng?
I inspirasichannelz.com

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, supaya tidak menyinggung UMNO yang bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO itu berkata, zaman pemimpin DAP itu sudah berlalu dan seharusnya Ahli Parlimen Bagan terbabit memberi kepercayaan kepada pimpinan ba...

Mukhriz Mahathir heret PM ke mahkamah???  I inspirasichannelz.com
03/01/2025

Mukhriz Mahathir heret PM ke mahkamah???
I inspirasichannelz.com

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dibenar oleh Mahkamah Tinggi di sini bagi memulakan semakan kehakiman untuk membatalkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya lebih RM5 juta. Pada masa sama, Hakim Datuk Amarje...

Khairuddin Abu Hassan Buat Ramai Yang Kepanasan?  I inspirasichannelz.com
03/01/2025

Khairuddin Abu Hassan Buat Ramai Yang Kepanasan?
I inspirasichannelz.com

1. Saya ingin tarik perhatian kepada kenyataan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya berkenaan “subsidi” Kerajaan Malaysia kepada Singapura di dalam isu bekalan air. 2. Menurut Dr Mahathir Singapura membeli 250,000,000 gelen air mentah setiap hari dari Malaysia dengan harga 3 sen untuk ...

saya dikurniakan kesihatan yang agak baik, masih boleh berdiri, berjalan dan berfikir dengan waras.  I inspirasichannelz...
03/01/2025

saya dikurniakan kesihatan yang agak baik, masih boleh berdiri, berjalan dan berfikir dengan waras.
I inspirasichannelz.com

“Pada pertengahan tahun 2025, akan genaplah usia saya 100 tahun. Insya-Allah, jika saya masih bernafas, ia adalah satu perjalanan yang panjang dan penuh dengan dugaan. “Alhamdulillah, setakat ini saya dikurniakan kesihatan yang agak baik, masih boleh berdiri, berjalan dan berfikir dengan waras.....

Happy New Year 2025  I inspirasichannelz.com
03/01/2025

Happy New Year 2025
I inspirasichannelz.com

Kami Warga Kerja Inspirasi Channelz Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2025. Semoga Anda Semua Beroleh Kejayaan Yang tertangguh DiTahun 2024 lalu Serta Diberikan Kesihatan Yang Baik Dan Dirahmati Allah Swt.

PMx Santai Je...  I inspirasichannelz.com
03/01/2025

PMx Santai Je...
I inspirasichannelz.com

Sempena Cuti Tahun Baru 1/1/2025 & Cuti Sekolah Luang Masa Anda Bersama Keluarga Ataupun Jalani Aktiviti Sihat Dan Beriadah. PMx santai je.

Pulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanahBudi baik dikenang juga.  I inspirasich...
03/01/2025

Pulau Pandan jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga

Hancur badan dikandung tanah

Budi baik dikenang juga.
I inspirasichannelz.com

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗗𝗜 1. Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga. 2. Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati 3. Pantun ini amat disukai. Ramai yang m...

Tragis, kejam dan menggemparkan,Apa Kesudahannya?  I inspirasichannelz.com
03/01/2025

Tragis, kejam dan menggemparkan,Apa Kesudahannya?
I inspirasichannelz.com

Tragis, kejam dan menggemparkan. Itu cukup untuk menggambarkan kes-kes jenayah dan isu semasa yang berlaku pada tahun 2024. Pastinya setiap insiden yang terjadi memberi kesan mendalam terhadap pelbagai pihak, seterusnya turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Keputusan ini juga mengingatkan tentang pentingnya disiplin dalam komunikasi kerajaan  I inspirasichannelz.com
03/01/2025

Keputusan ini juga mengingatkan tentang pentingnya disiplin dalam komunikasi kerajaan
I inspirasichannelz.com

KUALA LUMPUR: Semua pegawai awam dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan awam kecuali mereka yang telah diberi kuasa atau mandat untuk berbuat demikian bagi pihak kementerian atau jabatan. Ini bertujuan untuk memastikan keselarasan dan mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham dalam....

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60184050856

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when inspirasichannelz.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to inspirasichannelz.com:

Videos

Share