23/04/2025
KARNIVAL SUKAN PIALA KOMANDAN PULAPOL KL 2025 :
SEMANGAT, AKSI DAN PERPADUAN MEMBARA!
Bermula 21/04/2025 hingga 23/04/2025 April 2025, suasana di Padang Bola Sepak dan Kompleks Sukan PULAPOL Kuala Lumpur bergema dengan sorakan semangat dan aksi luar biasa sempena Karnival Sukan Piala Komandan PULAPOL KL 2025. Acara tahunan yang diadakan ini menyatukan pelatih -pelatih Inspektor dan Konstabel serta Pegawai PDRM PULAPOL KL dalam semangat kesukanan yang penuh warna-warni.
Empat acara sukan utama telah dipertandingkan—bola sepak, bola jaring, bola tampar, olahraga dan hoki—menjadi pentas untuk pelatih menunjukkan kehebatan, daya tahan, dan semangat berpasukan yang luar biasa. Karnival ini bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi wahana membina kekuatan fizikal dan mental, memupuk esprit de corps, serta mempererat silaturahim antara pasukan.
Keputusan Kejuaraan Piala Komandan PULAPOL KL:
🏑Hoki 6 Sebelah
🥇 Johan: Pasukan A
🥈 Naib Johan: Pasukan B
🥉 Ketiga: Konstabel Pelatih (Komp E)
🏅 Keempat: Konstabel Pelatih (Komp F)
🏐 Bola Jaring
🥇 Johan: Team Jaring Jaring Cinta ( Pentadbiran/Latihan)
🥈 Naib Johan: Titan (Insp.Pelatih Komp.A)
🥉 Ketiga: Supernova (Latihan)
🏅 Keempat: Pantera (Insp.Pelatih Komp.A)
🏐 Bola Tampar (Lelaki)
🥇 Johan: Konst.Pelatih (Komp. F)
🥈 Naib Johan: JLOG SPARK (Logistic)
🥉 Ketiga: Team Bola Tampar 1 (Latihan Luar)
🏅 Keempat: Team PST
🏐 Sepak Takraw
🥇 Johan: Konst.Pelatih (Komp.E)
🥈 Naib Johan: Latihan Luar
🥉 Ketiga: Team A ( PST/Logistik/Latihan Luar)
🏅 Keempat: Konst.Pelatih (Komp.F)
Objektif utama karnival ini—bukan sekadar meraih kemenangan, tetapi menyemarakkan semangat kesukanan, mencergaskan tubuh dan minda, serta memperkukuh nilai kerjasama dan persaudaraan di kalangan warga pelatih dan warga PULAPOL KL.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat! Setiap titis peluh dan sorakan menjadi bukti bahawa semangat juang dan perpaduan dalam kalangan pelatih sentiasa membara! 🔥🇲🇾