Waroeng Baru

Waroeng Baru Mandiri, Bermaruah, dan Bermartabat

Setelah sekian lama, Podcast WB kembali!Kita bersama Ustaz Marwan Bukhari melihat fenomena politik islam semasa.Apakah g...
07/02/2023

Setelah sekian lama, Podcast WB kembali!

Kita bersama Ustaz Marwan Bukhari
melihat fenomena politik islam semasa.

Apakah golongan Ulama' sahaja yang boleh tentukan politik yang diterima syariah?

Dengar di spotify dan saluran-saluran podcast pilihan

Siaran daripada Waroeng Baru, sebuah kolektif memperjuangkan masyarakat mandiri, bermaruah dan bermartabat.

12/12/2022

Masyarakat Malaysia umum memilik rasa hormat yang tinggi bagi individu yang digelar 'ulama'. Namun bukan semua yang berkopiah dan bercapal itu semestinya seorang ilmuwan, jelas Ustaz Marwan Bukhari.

Sedutan dari episod akan datang podcast Waroeng Baru. Selanjutnya di www.waroengbaru.com

05/12/2022

Belum sempat kerusi Perdana Menteri panas, sudah mula operasi menjatuhkan kerajaan hari ini. Segala nama dan konsep keji digunakan, semata-mata bagi menafikan keabsahan pentadbiran baru ini.

Mungkin kerana sudah terbiasa melakukan usaha begitu, pihak pembangkang hari ini cenderung untuk merampas kuasa daripada menjadi kuasa semak imbang.

Ini tidak wajar kerana kita di ambang tahun yang mencabar. Penganalisis rata-rata menjangkakan bahawa 2023 akan membawa kegawatan ekonomi global, akibat pelbagai faktor berbeza.

Peperangan Rusia-Ukraine yang sudah hampir setahun akan terus menjadi salah satu punca ketegangan global dan kenaikan inflasi tenaga dan bahan api, manakala negara Cina mula berhadapan dengan rakyat mereka yang semakin tidak puas hati kerana polisi sifar covid yang telah melembabkan ekonomi dan mengasingkan mereka dari dunia luar selama hampir tiga tahun.

Inilah yang menjadi latar kemunculan kerajaan baru ini, dan sebab kestabilan dan pengurangan suhu politik diperlukan.

Tanggungjawab ini bukan di atas kerajaan semata-mata, warga dan masyarakat sivil juga perlu memainkan peranan untuk memberi saranan dan sokongan terhadap dasar-dasar yang positif, mendidik masyarakat agar tidak terpengaruh dengan maklumat berniat jahat, dan semak dan imbang semestinya.

PRU merupakan satu batu penanda dalam perjalanan demokrasi, bukannya garis penamat.

Kerja-kerja meruntuhkan tapak kerajaan giat berlaku, bukan dalam gelap, tetapi secara terang-terangan.Kerajaan PM Anwar ...
30/11/2022

Kerja-kerja meruntuhkan tapak kerajaan giat berlaku, bukan dalam gelap, tetapi secara terang-terangan.

Kerajaan PM Anwar digelar pelbagai nama: kerajaan zina, kerajaan PH-DAP, dan macam-macam lagi adu domba. Ini semua menurut skrip lazim mereka, pasti.

Kerajaan baru perlu diabsahkan kepada warga dan dibenarkan ruang bekerja dan pengukuhan. Ini asas-asas utama agar urusan pentadbiran berjalan lancar tanpa gangguan. Kerajaan campuran yang ditubuhka…

Penyebaran fahaman melampau perlu ditolak baik berjubahkan agama, mahupun bertali leher.Kita tidak boleh memberi ruang k...
18/11/2022

Penyebaran fahaman melampau perlu ditolak baik berjubahkan agama, mahupun bertali leher.

Kita tidak boleh memberi ruang kepada pihak yang mahu jadikan persengketaan antara komuniti sebagai ciri utama masyarakat kita, agar ketegangan tersebut memb

Sebuah kerajaan yang baik perlu membangunkan keseluruhan masyarakat, bukannya mengapi-apikan antara satu sama lain. Kerajaan yang baik juga perlu mempunyai kemampuan untuk mengurus dan menangani i…

16/11/2022

Kalau tiada parti menang majoriti 112 Ahad ini, apa akan berlaku?

Akhbar FMT memetik pakar perundangan Gurdial Singh Nijar yang menyatakan bahawa itu akan mewujudkan parlimen tergantung, yang merumitkan proses pelantikan PM oleh Agong.

Dia memetik konvensyen undang-undang yang menyatakan parti dengan jumlah kerusi terbanyak akan dijemput membentuk kerajaan dahulu.

Pemimpin tersebut perlu membina sokongan, sehingga mendapat majoriti untuk meyakinkan YDPA untuk dilantik sebagai kerajaan baru.

Jika mereka gagal, dan gabungan parti lain mampu mendapatkan sokongan yang cukup pada masa yang sama, pemimpin gabungan tersebut akan dilantik sebagai PM.

Ini salah satu senario yang mungkin berlaku selepas PRU 15.

Ia juga menunjukkan nilai undi anda pada 19 Nov 2022.

14/11/2022

Kenapa pemansuhan tol diketengahkan sedangkan pengangkutan awam perlu diperbaiki?

Antara soalan diajukan kepada Raja Ahmad Iskandar Fareez
dari Jawatankuasa Tawaran Harapan tentang manifesto PRU15 tersebut.

Dengar di Spotify dan aplikasi pilihan.

09/11/2022

Janji demi janji ditaburkan, maka bagaimana pengundi nak tahu siapa yang boleh dipercayai?

Ini yang ditanya kepada Iskandar Fareez, anggota jawatankuasa pengarang Tawaran Harapan.

Dengar episod penuh di podcast Waroeng Baru di aplikasi pilihan anda.

08/11/2022

Kenapa perlu menang pilihan raya baru nak laksanakan manifesto? Idea baikkan sesuai dilaksanakan mana-mana kerajaan.

Perbincangan penuh di podcast Waroeng Baru

06/11/2022

Banyak pesanan rakyat untuk kerajaan pasca PRU-15, adakah mereka mendengar?

Manifesto akan menjadi kayu ukur, dan ikrar calon-calon dan parti-parti kepada rakyat, khususnya di waktu ini.

Episod Waroeng Baru terkini membincangkan peranan janji dan manifesto dan nilainya kepada pemilih pada 19 November.

Selanjutnya di www.waroengbaru.com

01/11/2022

Sedia maklum harga rumah amatlah mahal dan di luar kemampuan kebanyakan pekerja dan warga.

Ada saranan untuk membenarkan tempoh pinjaman dilanjutkan dari 35 tahun, dan beban hutang dipikul antara generasi.

Ini mungkin membuka ruang untuk lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan tidak tetap mendapat kelayakan mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah, tetapi ia berpotensi mendalamkan kitaran kemiskinan.

Apa kata anda? Selanjutnya di podcast Waroeng Baru.

Jika anda s**a podcast Waroeng Baru, berikan sokongan anda melalui membeli buku-buku dan penerbitan ahli kolektif kami di waroengbaru.com/buku

Insentif kreatif dan inovatif boleh diperkenalkan untuk menggalakkan penyewaan dan kurangkan lambakan rumah tidak terjua...
31/10/2022

Insentif kreatif dan inovatif boleh diperkenalkan untuk menggalakkan penyewaan dan kurangkan lambakan rumah tidak terjual

"Pembangunan bina-untuk-sewa (build-to-rent) boleh diamalkan agar jumlah rumah tidak terjual tidak bertambah oleh pihak korporat dan bukan untuk keuntungan spt yayasan, dan persatuan perumahan," ulas Fikri Fisal, penyelidik The Centre.

Pembangunan bina-untuk-sewa menggalakkan syarat yang lebih mesra penyewa, seperti tempoh penyewaan yang lebih lama dan had kenaikan sewa, kebenaran untuk mengubahsuai rumah dan membela binatang peliharaan.

Dengar perbincangan lanjut bersama Fikri di podcast Waroeng Baru.

Meskipun masih terdapat lambakan rumah tidak terjual sebanyak lebih 35 ribu unit bernilai RM 22.45 bilion , harga rumah masih lagi stabil. Pusat Maklumat Harta Tanah Negara melaporkan setakat suku …

30/10/2022

Adakah dasar kerajaan yang telah diperkenalkan atau akan dijanjikan sewaktu kempen PRU-15 benar-benar menepati keperluan perumahan rakyat Malaysia?

Pemilikan rumah, dan pemudahcaraan pemilikan rumah melalui program seperti sewa untuk beli (rent-to-own), insentif tunai pembelian rumah berharga mampu di lokasi pinggiran, dan pelanjutan tempoh pinjaman dari maksimum 35 tahun tampak wajar, namun adakah ia menyelesaikan masalah warga kota atau mengurangkan jumlah rumah yang tidak terjual?

Lebih penting lagi, tanya Fikri Fisal, adakah benar-benar memenuhi keperluan masyarakat yang memerlukan rumah yang sesuai untuk didiami? Dengar sambungan perbincangan tentang perumahan dalam episod kali ini di Waroeng Baru melalui pautan dibawah
https://waroengbaru.com/2022/10/30/kediaman-untuk-semua-bukan-pinjaman-rumah/

"Harga rumah terlalu mahal untuk kebanyakan penduduk,” Fikri Fisal, pengkaji dari pusat kajian The Centre, memberitahu W...
21/10/2022

"Harga rumah terlalu mahal untuk kebanyakan penduduk,” Fikri Fisal, pengkaji dari pusat kajian The Centre, memberitahu Waroeng. “Ini memerlukan tindakan dari kerajaan untuk mententeramkan (cool down) harga rumah bukan semakin merancakkan, lebih-lebih lagi dengan lambakan stok perumahan tidak terjual semasa.”
Fikri Fisal, The Centre

Fikri juga menjelaskan dasar-dasar perumahan sebelum ini disasarkan terhadap penyediaan stok perumahan yang sedikit pada waktu itu, namun perhatian juga kini diperlukan kepada memperbaiki perlindungan yang diberikan kepada golongan penyewa.

“Kerana paras gaji yang rendah, corak pekerjaan yang tidak menentu dan kebolehsampaian lokasi rumah, kajian kami menunjukkan semakin ramai akan memilih untuk menyewa dari mengambil pinjaman untuk membeli rumah,” kata Fikri.

Adakah harga rumah di Malaysia terlampau tinggi? Ya, menurut kajian Bank Negara Malaysia (PDF). Harga rumah di seluruh negara kecuali negeri Melaka, diklasifikasikan ‘sangat tidak mampu milik’ (ser…

Sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menggagaskan 5 dasar perumahan bagi memenuhi keperluan semasa.  Secara amnya,...
20/10/2022

Sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menggagaskan 5 dasar perumahan bagi memenuhi keperluan semasa.

Secara amnya, dasar-dasar ini bertumpu kepada pemilikan rumah, dan penyediaan stok-stok rumah yang bersesuaian mengikut peredaran zaman. Pada masa yang sama juga, dasar-dasar ini telah memangkinkan perkembangan sektor pembinaan perumahan swasta sehingga ke hari ini, di mana terdapat lambakan hartanah di pasaran.

Pada masa yang sama, kadar kemampuan pemilikan rumah bertambah teruk. Mengikut kaedah median multiple (iaitu bandingan harga rumah menengah (median) dengan gaji tahunan), kadarnya pada 2020 ialah 4.72, iaitu paras yang dianggap sangat tidak mampu milik.

Kita akan membincangkan isu ini bersama Fikri Fisal. Fikri ialah penyelidik ‘barangan awam’ di The Centre. Dia berhasrat untuk mendalami dan memperbaik pasaran rumah sewa di Malaysia.

Dengar bahagian pertama di

Waroeng Baru kembali untuk musim ketiga dalam kehangatan Pilihanraya ke15 yang bakal berlangsung dalam masa sebulan. Buat musim ini, kita akan fokus kepada isu-isu utama untuk membantu anda memahami tawaran-tawaran manifesto dengan lebih baik. Kita mulakan dengan isu perumahan, sejauh manakah dasar....

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Waroeng Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share