Sembang Lebat.com

Sembang Lebat.com Laman Sembang Lebat Paling Mantul Zaman Now!

  Keakraban hubungan antara YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim...
07/05/2024




Keakraban hubungan antara YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjadi satu ancaman kepada ketiga-tiga bekas pemimpin yang pernah mentadbir negara kerana ketiga-tiganya mempunyai kes mahkamah yang masih berjalan.

Motif utama mereka yang menjadi tunggak utama drama perpecahan perpaduan kaum di Malaysia ini adalah untuk menjatuhkan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Adakah anda masih ingat perkataan ‘CASH IS KING’ yang disebut-sebut oleh YABhg Tun Mahathir?

Tabur ‘gula’ (duit) sahaja kepada rakyat pasti rakyat akan menyokong mana-mana parti yang mempunyai kekuatan wang. Itu kelemahan kita rakyat Malaysia. Mudah terpedaya dengan permainan rasuah politik wang.

Begitu juga dengan Papagomo, Chegu Bard, Wan Fayhsal dan beberapa yang lain. Adakah anda fikir mereka berjuang untuk rakyat? Semua itu omongan kosong mereka dengan ditambah penyebaran fitnah daripada mereka bertiga dan selepas itu disambut oleh beratus cybertrooper upahan untuk sebaran media besar-besaran. Asalkan rakyat diracuni dakyah mereka untuk meranapkan karier politik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kedua-dua Tun adalah sumber kewangan terbesar untuk segala perancangan licik mereka mahu melihat karier politik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri berakhir. Adakah anda fikir Papagomo, Chegu Bard, Wan Fayhsal dan beberapa yang lain itu nak buat kerja percuma? Walaupun ditangkap oleh pihak berkuasa mereka masih bisa lolos dengan diberikan khidmat peguam percuma kepada mereka.

Siapakah yang membiayai mereka?

Pemikiran kita rakyat Malaysia khususnya orang Melayu masih sama dan terlalu mudah disogok dengan wang ringgit. Malah terpengaruh dengan saguhati wang yang diberikan dalam tempoh singkat sedangkan pemimpin durjana yang merompak hasil negara menikmati berbilion Ringgit Malaysia. Anda dapat berapa? Seribu Ringgit Malaysia. Tetapi pemimpin yang merompak hasil negara menikmati hasil rompakan untuk kita cucu cicit tanggung hutang yang dirompak mereka.

Hari-hari kita akan dengar di medsos sebaran fitnah dan fakta yang memburuk-burukkan kerajaan khususnya lebih tepat memburukkan imej Perdana Menteri. Mereka berusaha untuk mengheret rakyat ke jalanan untuk menyokong dan mempercayai dakyah mereka yang Anwar Ibrahim itu tidak betul tatakelolanya mengurus negara.

Adakah ketiga-tiga pejuang Perikatan Nasional itu sedar tindakan mereka sebenarnya memecah belah perpaduan rakyat malah memburukkan imej negara?

Lebih jelas mereka berjuang kerana ‘gula’ yang diberikan juga dalam jumlah yang besar oleh individu yang berpengaruh untuk mengheret rakyat ke kancah yang lebih buruk asalkan harapan serta misi individu berpengaruh itu tercapai.

Apa yang anda dapat?

Papagomo, Chegu Bad, Wan Fayhsal tidak mempunyai apa-apa kriteria yang boleh rakyat Malaysia banggakan. Kerja dan latar belakang mereka hanya menghasut rakyat sahaja. Tidak ada keistimewaan pada diri mereka untuk memacu kesejahteraan rakyat Malaysia dan membina ekonomi negara untuk maju ke hadapan.

Anda boleh fikirkan dan tidak perlu lagi melayan dakyah serta fakta mereka yang mengelirukan rakyat semata-mata.

  KHAZANAH Nasional Bhd mencatatkan keuntungan operasi yang lebih tinggi iaitu RM5.9 bilion bagi tahun kewangan 2023, be...
07/05/2024




KHAZANAH Nasional Bhd mencatatkan keuntungan operasi yang lebih tinggi iaitu RM5.9 bilion bagi tahun kewangan 2023, berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan 2022, dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu.

Besar kerosakan ekonomi negara atas keborosan serta ketirisan pemimpin-pemimpin terdahulu yang sewenang-sewenangnya menggunakan dana rakyat melalui syarikat-syarikat besar kerajaan.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bekerja keras bersungguh-sungguh menampal kembali kebejatan yang dilakukan pemimpin sebelumnya yang tidak bijak dalam tata kelola mengurus kewangan negara. Paling tepat babak dalam salah sebuah filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, “Satu untuk engkau, dua untuk aku,” menunjukkan mereka pemimpin terdahulu mengaburi mata rakyat memberikan imbuhan untuk rakyat dalam jumlah yang kecil. Dalam pada masa yang sama mereka merompak harta kekayaan negara melalui syarikat-syarikat besar kerajaan yang dikatakan meninggalkan hutang yang cukup besar pada negara.

Sudah terang lagi bersuluh.

Khazanah Nasional mampu catat keuntungan tiga kali ganda apabila pengerusinya iaitu YAB Dato’ Seri Anwar dan Pengarah YB Dato’ Seri Amir Hamzah Azizan berjaya meningkatkan keupayaan Khazanah dengan pelbagai usaha dalam menarik keyakinan pelaburan asing.

Bukan mudah untuk memulihkan kerosakan negara kerana rakusnya pemimpin terdahulu. Segala-galanya bukan sekelip mata dan inilah masanya negara ini kembali kepada landasan yang sebenarnya.

30/04/2024





𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛-𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗦 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜

“Dia seorang perempuan yang kecewa kerana ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warganegara, masuk ke dalam negara ini kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia tapi semua meraikan.

Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku,

Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia. Berhenti angkat dia dan raikan ‘kenduri’ orang luar lakukan,” tegas Erma Fatima.

𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗟𝗨𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

Stesen TV dan segelintir wartawan hiburan gemar mengangkat cerita Alif Aziz dan Sarah yang sebenarnya membuat onak di negara kita sehingga mengganggu industri kita. Sudah tiba masanya industri kreatif menghalang sebarang tindakan ataupun momokan murahan daripada cerita-cerita mereka yang sebenarnya tidak membantu perkembangan positif industri seni negara.

YBM Tuan Fahmi Fadzil wajar mengambil maklum apa yang dilontarkan oleh Erma Fatima dalam membendung suasana iklim yang tidak sihat dalam industri kreatif di Malaysia.




   Nabi saw berkata, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..Akhi...
29/04/2024





Nabi saw berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..

Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
p**i kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.

Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..

Tanah pun diturunkan secara perlahan²..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Dipijak²nya kubur.

Nabi saw berkata,
bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka p**ang..
Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.

Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.

"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"

Suami memanggil si isteri,
“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”

Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..

Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.

Selepas itu,
kita akan melihat anak² kita balik..
Kita panggil anak²,
tapi tak dengar..

Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam kedua²nya..
yang biru kedua²nya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.

Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,

"Hai manusia!"

Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”

"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..

Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".

Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan² lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".

Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".

Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.

Jagalah solat kita.

Allahuakbar!

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)

Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.

Aamiin Ya Robbal'aalamiin.

Semoga bermanfa'at.

“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang p**a sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.

Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada semua pembaca. Semoga bermanafaat.

▪️Sumber daripada page Facebook Ameer Hamzah

29/04/2024






“𝗪𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗦𝗘𝗥𝗩𝗘 𝗠𝗬 𝗖𝗢𝗨𝗡𝗧𝗥𝗬, 𝗦𝗜𝗥!”

Dengan nada sebagai seorang perwira yang gagah berani telah meletakkan Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer DiRaja (2RRD) yang menjadi penuntut berbangsa Cina tunggal yang menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang pada 28 April 2024.

Sudah pasti membanggakan SPB YDP Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang juga merupakan Kolonel Yang Dipertua Gerup Gerak Khas yang lebih dikenali sebagai komando ataupun pas**an elit Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau yang berumur 25 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan graduan perakaunan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan menyertai sebagai seorang anggota askar wataniah UTAR.

Setelah menjalani latihan selama 12 minggu, beliau melepasi semua ujian getir sebagai pelatih komando dan dianugerahkan beret hijau oleh Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas. Beliau turut dianugerahkan pisau komando sekali gus bergelar warga GKK.

Syabas Lt.M Chang dan anda menjadi contoh kepada anak-anak muda lain-lain bangsa khususnya rakyat Malaysia untuk berani tampil memenuhi aspirasi negara.

▪️Sumber video: Berita Tentera Darat Malaysia





   Ramai yang dah buat video-video raya berlatar belakangkan lagu Alamak Raya Lagi! nyanyian trio wanita iaitu De Fam. G...
07/04/2024





Ramai yang dah buat video-video raya berlatar belakangkan lagu Alamak Raya Lagi! nyanyian trio wanita iaitu De Fam. Golongan pendidik pun ikut sama dan menjadi viral di platform media sosial.

Persoalannya, kenapa kita lebih gemar menviralkan perkara yang tidak baik dan kita sendiri yang melakukannya malah menunjukkan kelemahan akidah kita pada bangsa lain?

Baru sahaja kita melihat tentang buruknya tarian dalam video muzik Alif Syukri dan kini muncul p**a kedangkalan nilai lirik lagu raya De Fam yang tidak memurnikan bait-bait lirik dengan perkataan yang baik-baik ataupun yang menghayati suasana hari raya sepertimana lagu-lagu terdahulu.

Ustaz-ustaz pun sudah mula menegur dan menasihati masyarakat dalam pelbagai cara agar menjaga kesucian perayaan kemenangan kita sebagai umat Islam di bulan Syawal.

Semua pihak harus menjaga adab dan kesucian yang kita nikmati antara Ramadan dan Syawal yang merupakan bulan-bulan ibadah dan bulan-bulan kemenangan kita umat Islam. Kalau tak ambil semua teguran ustaz sekurang-kurangnya kita cepat-cepat sedar kandungan lirik yang tidak bersesuaian membawa kemaslahatan kepada masyarakat kita khususnya umat Islam.

Ambil perhatian sikit daripada golongan agama. Ada bahagian yang baik itu kita jadikan pedoman.

  𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗨𝗣𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨 𝗚𝗥𝗔𝗕 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡.Kasihan mendengar rintihan pemandu Grab diseluruh Mala...
03/04/2024




𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗨𝗣𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨
𝗚𝗥𝗔𝗕 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡.

Kasihan mendengar rintihan pemandu Grab diseluruh Malaysia. Mana tidaknya, mengambil penumpang terlalu jauh tetapi kadar tambangnya tidak masuk akal.

YBM Tuan Anthony Loke Siew F**k selaku Menteri di Ministry of Transport Malaysia wajar mencari penyelesaian dengan pengendali aplikasi tersebut iaitu pihak Grab. Situasi pada masa ini seperti syarikat tersebut menindas pemandu-pemandu yang menggunakan aplikasi tersebut dengan kadar harga yang terlalu rendah. Malah lokasi mengambil penumpang juga tidak masuk akal kerana jarak penumpang terlalu jauh dan pemandu juga yang menanggung kerugian.

Grab mengutip keuntungan daripada kesusahan pemandu-pemandu yang terpaksa menyewa kenderaan, membaik pulih kerosakan dan sebagainya untuk memberikan keselesaan penumpang.

Mohon YB Menteri dapat turun padang dan merasai kepayahan pemandu Grab diseluruh Malaysia.





  Barisan panel Finas bagaimana ya orangnya?Pernah buat filem ke? Tahu makna dan proses pembikinan filem?Cerita FINAS Ma...
31/03/2024




Barisan panel Finas bagaimana ya orangnya?
Pernah buat filem ke? Tahu makna dan proses pembikinan filem?

Cerita FINAS Malaysia kembali panas apabila CEO FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, melalui modul baharu DKD itu, FINAS lebih menggalakkan penerbit menjalinkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak dalam menghasilkan sesebuah naskhah.

Ini menunjukkan kebanyakkan filem yang terhasil daripada DKD Filem Cereka dan DKD Filem Kenegaraan itu gagal untuk dipasarkan bukan hanya di pawagam tempatan sahaja tetapi gagal untuk dibawa ke luar negara khususnya di Asia Tenggara.

Di mana silapnya?
Barisan panelnya yang kurang bijak tentang industri?
Pemilihan syarikat produksi yang zero pengalaman dalam pembikinan filem?

Ataupun wujud budaya rasuah dalam pemilihan naskah yang dipersembahkan?

Berjuta-juta Ringgit Malaysia wang rakyat yang dibentangkan bajetnya di Dewan Rakyat sejak daripada menteri KKMM yang dahulu sehinggalah kepada menteri yang baru iaitu YBM Tuan Fahmi Fadzil keadaan itu masih sama. ROInya tetap tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bilamana naskah yang diterjemahkan di pawagam telah dibalik sampahkan oleh rakyat kita sendiri.

Namun s**a dinyatakan, syarikat yang berjaya menerbit dan memasarkan filem mereka adalah datang daripada syarikat yang berkeupayaan bukan hanya daripada aspek kewangan namun persediaan rapi yang dilakukan mereka menggunakan kemampuan sendiri. Malah Finas membantu dalam soal rebet yang diberikan melalui rebet FIMI yang membawa keuntungan besar kepada negara.

Sudah tiba masanya mekanisme FIMI itu diperkasakan dan seterusnya Finas wajar menghapuskan pemberian DKD filem cereka dan filem kenegaraan kepada penggiat industri kreatif tempatan. Mutakhir ini filem hasilan pemberian dana DKD filem cereka waima DKD FAME membuktikan banyak syarikat gagal menyiap, memasar dan menjual filem-filem mereka. Malah menimbulkan pelbagai cerita buruk yang tidak sudah.

FIMI Finas wajar diberikan keutamaan oleh kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dalam mengurangkan bebanan tanggungan hutang kerajaan yang digalas oleh YAB PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim. DKD wajar diberikan kepada keperluan latihan, dana skrip dan juga dana penghasilan filem pendek. Rebet FIMI juga wajar dinaikkan daripada 30 peratus kepada 40 peratus.

Maka eko sistem perfileman dan industri kreatif negara khususnya dalam penghasilan serta penerbitan filem yang muncul pada masa hadapan hanyalah mereka yang benar-benar sudah bersedia sebagai seorang pembikin filem yang memiliki sumber kewangan dan kemahiran untuk mengendalikan filem yang mereka ambil daripada skrip yang terbaik yang telah dikemaskini oleh Finas sepertimana cadangan CEO Finas yang mahukan skrip menjadi perkara utama.

Pengerusi Finas, YBhg Datuk Kamil Othman yang sudah lama memiliki segala kemahiran dan pengalaman beliau di Finas wajar diberi kuasa eksekutif oleh kementerian dalam merancang mekanisme terbaik untuk mengekang amalan yang tidak baik dalam soal pemberian DKD, pengurusan, latihan dan mengubah eko sistem masa depan industri perfileman negara.

Ramai yang pandai bercakap tetapi realiti pelaksanaan daripada orang-orang yang pandai bercakap itu tidak memberikan perubahan besar dalam industri walaupun mereka diberikan peluang serta ruang oleh kerajaan dalam pelbagai dana mahupun geran. Industri tetap sebagai sebuah industri sebagaimana industri pertanian, pembuatan dan sebagainya.

Persoalannya, kerajaan telah berbelanja.
Syarikat produksi p**a rembat dulu bahagian mereka.
Akhirnya produk tak siap malah bila siap pun seperti melepaskan batuk di tangga.




Address

Kuala Lumpur
54200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sembang Lebat.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sembang Lebat.com:

Videos

Share