Rejimen Artileri Diraja - RASMI

Rejimen Artileri Diraja - RASMI Page Rasmi Rejimen Artileri Diraja (Rasmi) bagi menyiarkan berita dan aktiviti rasmi pasukan kor Rejimen Artileri Diraja

Selamat Menyambut Israk dan Mikraj kepada seluruh umat Islam.27 JANUARI 2025 | 27 REJAB 1446HSemoga dengan penghayatan d...
26/01/2025

Selamat Menyambut Israk dan Mikraj kepada seluruh umat Islam.

27 JANUARI 2025 | 27 REJAB 1446H

Semoga dengan penghayatan daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah dalam mengerjakan amal kebaikan.


Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-35 Artileri Diraja Ad Hoc Ke-3 kepada seluruh warga 35 RAD Ad Hoc.
16/01/2025

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-35 Artileri Diraja Ad Hoc Ke-3 kepada seluruh warga 35 RAD Ad Hoc.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TENTERA DARATSUNGAI BESI - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wi...
10/01/2025

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT

SUNGAI BESI - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat pada 9 Januari 2025.

Majlis ini turut melibatkan seorang Pegawai dari Rejimen Artileri Diraja (RAD) yang telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel iaitu Mej Mohd Ridwan bin Razali yang akan menjawat jawatan Pegawai Memerintah Rejimen Ke-33 Artileri Diraja.

Seluruh warga RAD merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai RAD yang telah dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus menghasilkan mutu serta prestasi kerja yang cemerlang dalam memacu organisasi TD amnya dan RAD khasnya.


SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF JABATAN ARAH ARTILERIKUALA LUMPUR – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf (PS) Jabatan ...
06/01/2025

SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF JABATAN ARAH ARTILERI

KUALA LUMPUR – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf (PS) Jabatan Arah Artileri (Jab RAD) telah dilaksanakan pada 3 Januari 2025 di Bilik Bincang Jab RAD.

Majlis ini melibatkan acara serah terima tugas PS 3 Doktrin, PS 3 Kerjaya Pegawai, PS 2 Teknikal, PS 2 Doktrin, PS 2 Kerjaya Pegawai, PS 2 Rejimental dan PS 1 Kerjaya.

Acara serah terima tugas PS 1 Kerjaya di antara Lt Kol Raja Amizan bin Raja Ibrahim dengan Lt Kol Muhammad Tajuki bin Jusoh disaksikan oleh Pengarah Artileri, Brig Jen Dato' Norazman bin Ismail.

Seluruh warga Jabatan Arah Artileri mengucapkan tahniah kepada Pegawai Staf yang bertukar masuk. Kepada Pegawai Staf yang bertukar keluar, diucapkan semoga berjaya di tempat yang baharu.


Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun 391 Bateri Rejimen Artileri Diraja Ke-17 kepada seluruh warga 391 Bti RAD.
02/01/2025

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun 391 Bateri Rejimen Artileri Diraja Ke-17 kepada seluruh warga 391 Bti RAD.

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-7 Artileri Diraja Ke-25 kepada seluruh warga 7 RAD.
01/01/2025

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-7 Artileri Diraja Ke-25 kepada seluruh warga 7 RAD.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2025. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
31/12/2024

Selamat Menyambut Tahun Baru 2025. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-61 Artileri Diraja Ke-25 kepada seluruh warga 61 RAD.
31/12/2024

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-61 Artileri Diraja Ke-25 kepada seluruh warga 61 RAD.

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-4 Artileri Diraja Ke-45 kepada seluruh warga 4 RAD.
31/12/2024

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-4 Artileri Diraja Ke-45 kepada seluruh warga 4 RAD.

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para) Ke-63 kepada seluruh warga 1 RAD (Para).
31/12/2024

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para) Ke-63 kepada seluruh warga 1 RAD (Para).

Selamat Menyambut Hari Natal kepada warga Rejimen Artileri Diraja yang beragama Kristian.
24/12/2024

Selamat Menyambut Hari Natal kepada warga Rejimen Artileri Diraja yang beragama Kristian.

11/12/2024
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI WARAN SATU TENTERA DARATKUALA LUMPUR - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Da...
04/12/2024

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI WARAN SATU TENTERA DARAT

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu Tentera Darat (TD) di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 2 Disember 2024.

Seramai empat Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Kanan dari Rejimen Artileri Diraja (RAD) berpangkat Pegawai Waran Dua (PW II) telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Satu (PW I) seperti berikut:

1. PW II Mohd Kamaruddin Helsa bin Muhd Saad.
2. PW II Na'azmani bin Nahar.
3. PW II Clark anak Jantom.
4. PW II Atiqu Rahman bin Ismail.

Turut hadir dalam majlis pemakaian pangkat tersebut adalah Pengarah Artileri, Brigedier Jeneral Dato' Norazman bin Ismail.

Seluruh warga RAD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua PTT Kanan yang telah dinaikkan pangkat. Marilah kita mendoakan agar mereka dapat menggunakan pengalaman yang ada dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan.

01/12/2024
26/11/2024

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Sarjan Mohd Nor bin Khalid dari pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja atas tindakan berani dan pantas beliau menyelamatkan nyawa 4 orang awam yang dipercayai hampir lemas selepas sampan dinaiki mangsa karam ketika memancing di sebuah tasik di Puncak Alam pada 24 November 2024.

Semoga tindakan berani Sarjan Mohd Nor bin Khalid ini akan menjadi contoh dan tauladan buat seluruh warga TDM.


ANGGOTA 41 BTI RAD MENYELAMATKAN ORANG AWAM YANG HAMPIR LEMASPengarah Artileri, Brigedier Jeneral Dato’ Norazman bin Ism...
26/11/2024

ANGGOTA 41 BTI RAD MENYELAMATKAN ORANG AWAM YANG HAMPIR LEMAS

Pengarah Artileri, Brigedier Jeneral Dato’ Norazman bin Ismail serta seluruh warga Rejimen Artileri Diraja (RAD) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Sarjan Mohd Nor bin Khalid dari 41 Bateri RAD (Istiadat) atas tindakan berani dan pantas beliau menyelamatkan 4 remaja lelaki yang hampir lemas di sebuah tasik di Puncak Alam pada 24 November 2024.

Semoga tindakan berani Sarjan Mohd Nor bin Khalid ini akan menjadi contoh dan tauladan buat seluruh warga RAD.


KEJOHANAN GOLF 3 PENJURU PIALA KDYMM SULTAN MUHAMMAD V TAHUN 2024NILAI – Rejimen Artileri Diraja (RAD) telah terlibat di...
25/11/2024

KEJOHANAN GOLF 3 PENJURU PIALA KDYMM SULTAN MUHAMMAD V TAHUN 2024

NILAI – Rejimen Artileri Diraja (RAD) telah terlibat di dalam Kejohanan Golf 3 Penjuru Piala KDYMM Sultan Muhammad V bertempat di Nilai Springs Golf & Country Club pada 24 November 2024.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan seramai 108 pemain yang terdiri daripada Tim Istana Kelantan, Tim RAD, Tim Kor Risik Diraja (KRD) dan Tim Jemputan.

Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang diadakan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V. Selain itu, kejohanan ini juga dapat mengeratkan lagi jalinan silaturrahim dan mengekalkan ukhuwah yang terjalin.

Seusai kejohanan, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan berangkat ke Majlis Santapan Tengahari dan Pengurniaan Hadiah Kejohanan di Rajah Brooke Ballroom, Nilai Springs Golf & Country Club. Tim Istana Kelantan telah muncul sebagai juara pada tahun ini.


Kepada mereka yang mempunyai kepakaran membuat logo dan berminat untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo PLKN 3.0. Ta...
22/11/2024

Kepada mereka yang mempunyai kepakaran membuat logo dan berminat untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo PLKN 3.0. Tarikh tutup penyertaan 30 November 2024. Selamat mencuba.

Anda Kreatif? Jom Sertai Pertandingan Cipta Logo PLKN 3.0!

📢 Peluang terbuka kepada semua warganegara Malaysia untuk mencipta logo rasmi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0!

📅 Tarikh tutup penyertaan: 30 November 2024
📲 Imbas kod QR untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan.

Tunjukkan bakat anda dan jadi sebahagian daripada perjalanan transformasi negara!



.0

Address

Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rejimen Artileri Diraja - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share