Netizen TV

Netizen TV Stesen digital yang ditubuhkan untuk mewakili suara netizen Malaysia. Anda bebas untuk suarakan pendapat dan aduan anda disini bersama kami.

PENDAFTARAN DIBUKA ‼️APPS TEKSI (E HAILING) YANG VIRAL SEKARANG ‼️UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA SAMADA JURU PANDU ATAUP...
06/11/2023

PENDAFTARAN DIBUKA ‼️
APPS TEKSI (E HAILING) YANG VIRAL SEKARANG ‼️

UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA SAMADA JURU PANDU ATAUPUN PENUMPANG. 💰💰💰
KREDIT PERCUMA & BONUS MENANTI ANDA SEMUA ‼️

APA TUNGGU LAGI DOWNLOAD SEKARANG ‼️

Whatsapp terus admin ‼️:

Wasap.my/601159710199/Pemandu/Penumpang

Teksi ✅
Kereta Sewa ✅
Kereta Persendirian eHailing ✅
Motorsikal pHailing ✅
Kereta pHailing ✅

Apple
https://apps.apple.com/app/id6457262236

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.taxxee.teksi

Telegram Official
https://t.me/+_pIfeoWlz643OWY1

Di buka untuk semua kawasan Di seluruh negara..

NOTE ‼️ : REFFREL CODE (DINO) FOR TYPE EXECUTIVE CAR REGISTER..FOR BONUS EXTRA & SPECIAL % COMMISION ‼️

PENDAFTARAN DIBUKA ‼️APPS TEKSI (E HAILING) YANG VIRAL SEKARANG ‼️UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA SAMADA JURU PANDU ATAUP...
06/11/2023

PENDAFTARAN DIBUKA ‼️
APPS TEKSI (E HAILING) YANG VIRAL SEKARANG ‼️

UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA SAMADA JURU PANDU ATAUPUN PENUMPANG 💰💰💰
KREDIT PERCUMA & BONUS MENANTI ANDA SEMUA ‼️

APA TUNGGU LAGI DOWNLOAD SEKARANG ‼️

Whatsapp terus admin ‼️ :

Wasap.my/601159710199/Pemandu/Penumpang

Teksi ✅
Kereta Sewa ✅
Kereta Persendirian eHailing ✅
Motorsikal pHailing ✅
Kereta pHailing ✅

Apple
https://apps.apple.com/app/id6457262236

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.taxxee.teksi

Telegram Official
https://t.me/+_pIfeoWlz643OWY1

Di buka untuk semua kawasan Di seluruh negara..

NOTE 💲‼️: REFFREL CODE (DINO) FOR TYPE EXECUTIVE CAR REGISTER..FOR BONUS EXTRA & SPECIAL % COMMISION ‼️

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pe...
20/08/2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan dijalankan esok, jam 2.30 petang.

Baginda berkata selaku Ketua Utama Negara menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara.

Baginda berharap kemelut politik dapat diakhiri segera dan semua Ahli Dewan Rakyat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.

Sumber

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk ...
20/08/2021

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

KENAPA SUSAH SANGAT HENDAK TANGKAP SAJAT?Lebih sebulan waran tangkap dikeluarkan terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sa...
05/04/2021

KENAPA SUSAH SANGAT HENDAK TANGKAP SAJAT?

Lebih sebulan waran tangkap dikeluarkan terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, tetapi sehingga ke hari ini keberadaannya masih tidak dapat dikesan.

Walaupun pihak berkuasa menyatakan Sajat kini berada di luar negara, namun tiada siapa pun yang tahu Sajat sebenarnya di mana.

Pelik juga hendak hadam kes tentang Sajat ni. Setahu min polis Malaysia antara yang terhebat dalam menangani pelbagai kes.

Berbeza dengan kes Sajat, membuatkan ramai tertanya malah kes ini terus menjadi tanda tanya.

Macam mana Sajat boleh lepas ke luar negara pada masa semua rakyat tidak dibenarkan rentas negara?

Siapakah dalang sebenar yang menyebabkan Sajat boleh hilang tanpa jejak?

Hilang tanpa jejak tapi aktif di media sosial. Pelik tak?









SAMPAI BILA HENDAK SIASAT?Sejak berlangsungnya pernikahan usahawan dan pengacara Noor Neelofa, satu demi satu kontrovers...
05/04/2021

SAMPAI BILA HENDAK SIASAT?

Sejak berlangsungnya pernikahan usahawan dan pengacara Noor Neelofa, satu demi satu kontroversi bertandang tanpa henti.

Dikatakan tidak patuh SOP, hinggalah percutian ke Pulau Langkawi baru-baru ini, Neelofa khabarnya rentas negeri tanpa kebenaran.

Berikutan itu ramai meluahkan rasa tidak puas hati, ini kerana jika kes membabitkan mereka yang ada nama kes akan berpanjangan untuk di soal siasat.

Berbeza dengan kes golongan marhaen dan mereka yang tiada pangkat serta nama, tiada soal siasat terus disaman.

Pastinya sesiapa saja berang, kerana kes soal siasat ini hujung-hujung senyap tanpa khabar berita.

Sepatutnya golongan berpangkat inilah yang selayaknya disaman, selain sering melanggar SOP pastinya mereka ada wang dan mampu bayar denda.

Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Di mana sikap adil dan timbang rasa pihak berkuasa?










LAGI KES YOUTUBE, BUDAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIAPengaruh YouTube ni kadang-kadang boleh membuatkan seseorang tidak sedar...
30/03/2021

LAGI KES YOUTUBE, BUDAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIA

Pengaruh YouTube ni kadang-kadang boleh membuatkan seseorang tidak sedar apa yang dia lakukan itu betul atau tidak.

Disebabkan itu, perlunya kesedaran yang lebih bagi orang dewasa dan pemantauan bagi kanak-kanak.

Jika tidak dikawal pasti ada saja kes yang kurang enak didengar berlaku membabitkan penggunaan YouTube.

Seperti yang berlaku di India, seorang kanak-kanak 12 tahun meninggal dunia akibat cuba meniru aksi meluruskan rambut guna minyak tanah.

Begitu hebatnya pengaruh YouTube sehingga tidak sedar akan bahaya yang menimpa.

Kepada ibu bapa di luar sana, sentiasalah pantau apa juga yang anak-anak tonton di media sosial.

Kalau pengaruh yang baik tidak mengapa, yang tidak baik ini bimbang tidak hanya menyusahkan diri tetapi orang lain juga.

*sebab media sosial juga ramai yang putus silaturrahim, betul tak?








TAHNIAH! NEELOFA SELAMAT BERGELAR ISTERI PU RIZUsahawan dan selebriti Neelofa, 32, selamat dinikahkan dengan pendakwah s...
27/03/2021

TAHNIAH! NEELOFA SELAMAT BERGELAR ISTERI PU RIZ

Usahawan dan selebriti Neelofa, 32, selamat dinikahkan dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail, 26, atau PU Riz di sebuah hotel di ibu kota pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor sebagai wali.

Pada majlis yang bertemakan serba putih itu, Neelofa menerima mas kahwin daripada Haris iaitu sebentuk cincin.

Turut hadir ahli keluarga Neelofa, Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.

Majlis turut diraikan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu daripada kedua belah pihak pengantin yang terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.









JANGAN JADI CIKGU KALAU TAK MAMPU KAWAL ANAK-ANAKHari ini tular video seorang guru di sekolah tadika membanting seorang ...
26/03/2021

JANGAN JADI CIKGU KALAU TAK MAMPU KAWAL ANAK-ANAK

Hari ini tular video seorang guru di sekolah tadika membanting seorang kanak-kanak lelaki.

Tidak pasti kejadian di mana dan adakah kanak-kanak itu pelajar atau anak si guru.

Biar siapa pun kanak-kanak itu, tidak sepatutnya kejadian berlaku dan lebih menyedihkan ia berlaku di hadapan kanak-kanak lain.

Perkara ini secara tidak langsung boleh membuatkan anak-anak trauma hendak pergi sekolah.

Memang guru berhak menegur jika pelajar nakal dan tidak dengar cakap, tetapi apa hak guru hendak banting seperti itu?

Min harap pihak berkuasa segera siasat siapakah pelaku berkenaan. Kalau tertekan sekalipun dengan masalah peribadi jangan lepaskan pada anak-anak.

*tidak semua kerja yang kita dapat itu kita s**a, tetapi kita akan jadi s**a apabila kita sentiasa positif dan bijak mengawal suasana. Tak gitu?









TAHNIAH ERNIE ZAKRI DAN SYAMELPasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel selamat bergelar suami isteri selepas mereka din...
26/03/2021

TAHNIAH ERNIE ZAKRI DAN SYAMEL

Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel selamat bergelar suami isteri selepas mereka dinikahkan dalam satu majlis tertutup di masjid Puncak Alam, Selangor pagi tadi.

Majlis itu dihadiri kira-kira 20 ahli keluarga kedua-dua pengantin dan Ernie dinikahkan berwalikan bapanya, Zakri Ahmad.

Syamel turut menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian kepada Ernie.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu dan mula rapat ketika sama-sama menyertai program realiti Duo Star, empat tahun lalu.







RENTAS NEGERI HINGGA TIMBUL KONTROVERSI?Belum pun reda isu instafamous rentas negeri kerana menyambut ulangtahun perkahw...
26/03/2021

RENTAS NEGERI HINGGA TIMBUL KONTROVERSI?

Belum pun reda isu instafamous rentas negeri kerana menyambut ulangtahun perkahwinan, muncul p**a kes serupa di mana kali ini pasangan artis.

Peliklah perangai mereka ni, sendiri yang cari pasal muat naik video dan gambar di media sosial, sendiri yang meroyan apabila dikecam.

Beri alasan sebab kerja dan ada juga yang ajar cara-cara hendak dapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Disebabkan sudah ramai yang mula ambil ringan perkara ini, min rasa PDRM kena ambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang kononnya hendak rentas negeri atas sebab kerja.

Minta saja dokumen sah yang lengkap sebagai bukti, kasihanlah kepada mereka yang sudah lama tidak bertemu keluarga dan orang tua kerana tidak boleh rentas negeri.

Jangan disebabkan golongan kurang bijak seperti ini, kerajaan ketatkan undang-undang, semua orang tidak boleh ke mana-mana.

*ada pengasas buat fesyen show tak patuh SOP. Seorang demi seorang tunjuk perangai kurang bijak. Korang dah kenapa?









SAMPAI BILA HENDAK BIARKAN INDIVIDU MABUK MEMANDU KENDERAAN?Kes pemandu mabuk sehingga mengakibatkan kemalangan jalanray...
23/03/2021

SAMPAI BILA HENDAK BIARKAN INDIVIDU MABUK MEMANDU KENDERAAN?

Kes pemandu mabuk sehingga mengakibatkan kemalangan jalanraya semakin kerap terjadi.

Malam tadi berlaku lagi kemalangan yang dipandu oleh lelaki mabuk sehingga membabitkan kerosakan lima buah kereta namun dilaporkan tiada kemalangan jiwa.

Tetapi ada sesetengah kemalangan yang mengakibatkan kematian namun sehingga ke hari ini dapat dilihat undang-undang bagaikan kebal buat mereka.

Tidak ada sedikitpun rasa takut untuk memandu dalam keadaan selamat, biarpun sudah tahu diri mabuk masih selamba memandu.

Adakah kerana undang-undang terlalu remeh kepada mereka sehingga berani bertindak seperti itu?

Pastinya semua rakyat mengharapkan hukuman diperketatkan lagi kerana perasaan ‘ jalan ini aku punya’ semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

*hendak tunggu kematian membabitkan VVIP baru undang-undang diubah ke?







RENTAS NEGERI UNTUK BERBULAN MADU, INSTAFAMOUS AKAN DIKOMPAUN!Pada saat ramai yang bersedih tidak dapat merentas negeri ...
22/03/2021

RENTAS NEGERI UNTUK BERBULAN MADU, INSTAFAMOUS AKAN DIKOMPAUN!

Pada saat ramai yang bersedih tidak dapat merentas negeri untuk bertemu keluarga tercinta, ada p**a yang selamba berkongsi percutian bulan madu dengan merentas negeri tanpa rasa bersalah.

Siap beri tips lagi kepada orang ramai bagaimana untuk memohon surat merentas negeri. Sudahnya tindakan bakal diambil terhadap instafamous berkenaan.

Tidak faham betul dengan sikap orang macam ni, sudahlah terang-terang buat salah lagi hendak ajar ikut sama melakukan kesalahan.

Dalam keadaan pandemik sekarang apa saja aktiviti rentas negeri membabitkan percutian, bulan madu memang tidak dibenarkan.

Apatah lagi jika kantoi menipu, jawablah dengan pihak berkuasa!

*semakin ramai instafamous bersikap kurang bijak. Kenapa ya?








TOLONG PANTAU ANAK-ANAK KETIKA BERMAIN DI LUAR RUMAHMalang tidak berbau, kalau sudah ajal tiada siapa perlu dipersalahka...
22/03/2021

TOLONG PANTAU ANAK-ANAK KETIKA BERMAIN DI LUAR RUMAH

Malang tidak berbau, kalau sudah ajal tiada siapa perlu dipersalahkan. Mungkin kata-kata itu boleh diubah jika kita lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Membiarkan anak-anak kecil bermain seorang diri atau tanpa pantauan orang dewasa sangatlah merbahaya.

Semoga yang berlaku terhadap kanak-kanak lima tahun ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa dan orang tua untuk lebih peka.

Walaupun hanya di depan rumah, belum tentu selamat. Min sendiri pun pernah ada pengalaman biarkan adik bermain basikal seorang diri ketika usia dia empat tahun.

Kami terdengar suara dia menangis sayup-sayup, cari punya cari rupanya dah tergolek dalam longkang. Tak pasal-pasal kening dia berjahit!










**aupinang

TAHNIAH ZII JIA TAKLUK SELURUH ENGLAND!Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, merangkul gelaran juara kejohanan ...
22/03/2021

TAHNIAH ZII JIA TAKLUK SELURUH ENGLAND!

Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England buat kali pertama, apabila beliau berjaya menewaskan pemain dari Denmark, Victor Axelsen di Birmingham, England.

Zii Jia menundukkan Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 dalam perlawanan yang berlanjutan ke 3 set.

Tahniah dan syabas Malaysia! Nampak gayanya kita sudah ada bakal pelapis Datuk Lee Chong Wei.

Semoga dengan adanya lebih ramai lagi pemain badminton yang hebat di negara ini, lebih banyak gelaran juara dapat dibawa p**ang oleh anak-anak Malaysia kita.






**anbadminton

**an

LAGI KES KREN TUMBANG DAN HEMPAP KERETA ORANG AWAMPagi tadi berlaku lagi kes kren tumbang dan menghempap sebuah kereta P...
22/03/2021

LAGI KES KREN TUMBANG DAN HEMPAP KERETA ORANG AWAM

Pagi tadi berlaku lagi kes kren tumbang dan menghempap sebuah kereta Perodua di tapak pembinaan projek lebuh raya SUKE di Jalan Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut sumber ada kemalangan maut membabitkan seorang pekerja.

Tertanya juga kenapa kejadian seperti ini kerap kali terjadi kebelakangan ini.

Walaupun kejadian pernah menjadi viral dan bahan berita namun ia masih berulang lagi.

Tidak sedikit pun menjadi pengajaran kepada pihak yang terbabit. Bagi mereka apa yang berlaku bukan isu besar yang perlu dibahaskan.

Eh! Ini soal nyawa kalau sudah membabitkan kematian ia adalah satu isu besar yang harus diberi perhatian.

Bagai ada yang tidak kena dengan pemaju apabila pihak atasan ibarat tutup mata saja.

*kalau yang meninggal itu ahli keluarga orang atasan mungkin mereka akan bising sampai tujuh hari tujuh malam. Betul tak?


viral.tube












MEMALUKAN! TERGAMAK HINA AGAMA SENDIRI!Bukan sekali malah kerap kali kejadian seperti ini berlaku. Sewenang-wenangnya me...
15/03/2021

MEMALUKAN! TERGAMAK HINA AGAMA SENDIRI!

Bukan sekali malah kerap kali kejadian seperti ini berlaku. Sewenang-wenangnya menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Min rasa tindakan dan hukuman lebih tegas patut diberikan kepada si pelaku. Jangan beri alasan tiada kerja atau apa saja untuk hukuman diringankan.

Sepatutnya daripada awal si pelaku lebih sedar dan waras apa yang ditulis dan dimuat naik di laman sosial adalah sesuatu yang ditegah andai ia boleh menimbulkan isu menghina atau mengaibkan sesuatu bangsa dan agama.

Dengan hukuman lebih berat semoga akan jadi pengajaran supaya tidak ada yang berani melakukan perkara sama pada masa akan datang.

*bila undang-undang boleh tolak ansur ramai ambil kesempatan, bila tegas dikata kejam p**a. Tak gitu?









SYUKUR MUHAMMAD AMIRUL SUDAH DITEMUIKehilangan Muhammad Amirul Shafiq, 25, sejak 6 Mac lalu akhirnya terlerai apabila po...
12/03/2021

SYUKUR MUHAMMAD AMIRUL SUDAH DITEMUI

Kehilangan Muhammad Amirul Shafiq, 25, sejak 6 Mac lalu akhirnya terlerai apabila polis Daerah Cheras berjaya menemuinya di sebuah rumah di Melaka.

Kisah Muhammad Amirul yang hilang tular apabila dia tidak p**ang ke rumah selepas berjumpa pembeli telefon bimbit di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

Apa yang menghairankan bagaiman si penculik boleh rentas negeri sampai ke Melaka? Mereka ikut jalan mana?

Semoga polis terus mengawal dan mengetatkan operasi sekatan jalan raya supaya tidak ada yang berani merentas negeri.

Hari ini laporan menyatakan plaza tol Sungai Besi sesak teruk kerana ramai yang ingin rentas negeri.

*sejak bila kerajaan benarkan rentas negeri?









KERANA WANG INSURANS SANGGUP BUNUH DUA ANAK AUTISTIKSeorang bapa dari California, Amerika Syarikat dikenakan hukuman pen...
12/03/2021

KERANA WANG INSURANS SANGGUP BUNUH DUA ANAK AUTISTIK

Seorang bapa dari California, Amerika Syarikat dikenakan hukuman penjara selama 212 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian dua anaknya.

Difahamkan dua kanak-kanak malang itu juga adalah anak autistik. Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan cuba menenggelamkan kereta yang dinaikinya bersama bekas isteri dan anak-anak.

Lelaki itu juga cuba membunuh bekas isterinya namun tidak berjaya apabila diselamatkan oleh nelayan berhampiran.

Sungguh kejam, dunia sekarang bagaikan dalam lakonan yang sering kita tonton.

Nyawa tiada nilai, tetapi apabila membabitkan keluarga sangatlah kejam!

Di Malaysia pun semakin banyak kes membabitkan pembunuhan ni, seriau la nak keluar ke mana-mana.

Mungkin undang-undang Malaysia boleh kenakan hukuman penjara ratusan tahun seperti yang dilakukan negara luar, biar mereput mati di situ.

*bila undang-undang negara bertimbang rasa ada yang tidak puas hati, bila tegas dipertikai p**a. Macam mana tu?









SELEPAS KARTEL DAGING, KARTEL ROKOK P**A!Selepas melakukan risikan selama sebulan, akhiranya sindiket kartel rokok antar...
12/03/2021

SELEPAS KARTEL DAGING, KARTEL ROKOK P**A!

Selepas melakukan risikan selama sebulan, akhiranya sindiket kartel rokok antarabangsa berjaya diberkas.

Risikan yang dilakukan di perairan Pulau Kukup, Pontian, Johor itu berjaya merampas 70 juta batang rokok bernilai RM52 juta.

Tahniah dan syabas PDRM Malaysia kerana bertungkus lumus membanteras jenayah di Malaysia.

Rakyat semua yakin dan percaya PDRM adalah pihak berkuasa yang tangkas dalam menangkap dan memberkas jenayah.

Semoga lebih banyak lagi jenayah di Malaysia ini berjaya ditumpaskan.

*apa kesudahan kes kartel daging ya?


viral.tube












28 TAHUN MENANTI, AKHIRNYA JANTINA APRILIA ADALAH LELAKISelepas 28 tahun menanti, bekas pemain bola tampar wanita skuad ...
11/03/2021

28 TAHUN MENANTI, AKHIRNYA JANTINA APRILIA ADALAH LELAKI

Selepas 28 tahun menanti, bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia, Aprilia Manganang akhirnya menarik nafas lega apabila dia disahkan lelaki.

Perkara itu berlaku hasil pemeriksaan perubatan yang dijalankan pada 3 Februari lalu.

Sebelum itu, pemeriksaan jantina Aprilia tertangguh berikutan ketika itu peralatan perubatan yang terhad dan masalah kewangan keluarga yang dihadapinya.

Aprilia mengalami hipospadia atau kelainan organ reproduksi. Baguslah apabila semuanya terbukti.

Tidak seperti sesetengah orang yang sudah terang-terang lelaki masih juga hendak cakap diri itu perempuan tetapi tidak mahu membuktikannya kepada masyarakat.

*ke mana hilangnya individu lelaki yang mengaku wanita tu?


viral.tube











TERGAMAK ROGOL OKU!Semakin kurang akal manusia yang sihat dan normal, tergamak merogol OKU sedangkan golongan seperti it...
11/03/2021

TERGAMAK ROGOL OKU!

Semakin kurang akal manusia yang sihat dan normal, tergamak merogol OKU sedangkan golongan seperti itu sepatutnya dilindungi.

Lebih tidak berperikemanusiaan lagi, OKU itu dirogol secara berkump**an oleh tiga lelaki.

Kenapalah tergamak menindas mereka yang lemah seperti ini. Mereka yang melakukannya p**a adalah warga asing.

Berani betul mereka berbuat ses**a hati bagaikan tidak takut dengan undang-undang negara.

Semoga hukuman lebih berat diberikan kepada mereka.

*tak takut undang-undang, tak takut hukuman Allah. Semakin besar kepala mereka ni ya!









WANITA CUBA BUNUH DIRI, SELAMATSeorang wanita cuba membunuh diri di jejantas stesen monorail Jalan Maharajalela, Kuala L...
11/03/2021

WANITA CUBA BUNUH DIRI, SELAMAT

Seorang wanita cuba membunuh diri di jejantas stesen monorail Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Namun cubaan itu gagal apabila wanita berkenaan berjaya diselamatkan dan sudah diserahkan kepada polis.

Sejak dua menjak ini semakin ramai yang cuba membunuh diri, begitu hebatnya tekanan hidup masing-masing.

Walaupun membunuh diri bukanlah jalan yang terbaik dan diredai, kita tidak tahu situasi yang dihadapi oleh mangsa.

Min harap mereka yang cuba bunuh diri ini dibawa ke bahagian kaunseling untuk dibantu.

Kepada yang tidak faham janganlah terus menghentam kerana kita tidak berada ditempat mereka.

*iman semua orang tidak sama, kuat luaran belum tentu kuat dalamannya, betul tak?








CARUT GURU, DUA PELAJAR KENA DAKWA!Boleh dikatakan pelajar sekarang ramai yang biadap, macam-macam hal dan cerita kita d...
11/03/2021

CARUT GURU, DUA PELAJAR KENA DAKWA!

Boleh dikatakan pelajar sekarang ramai yang biadap, macam-macam hal dan cerita kita dengar.

Berbeza dengan zaman dulu, pelajar cukup takutkan guru kalau dah marah sangat pun setakat berani pancitkan tayar kereta saja.

Kalau rasa tidak s**akan cikgu, kenanglah jasa dia bersusah payah mengajar.

Sekurang-kurangnya diam saja atau buat aktiviti yang tidak mengguris perasaan.

Tetapi kalau sampai tahap menghina sangat melampau. Tak pasal-pasal kena dakwa!

Semoga hukuman yang diberikan dapat menjadi pengajaran kepada kedua pelajar berkenaan dan orang lain juga.

*semakin hilang adab dikalangan anak muda sekarang, salah siapa?







PENGANUT KRISTIAN BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH?Penganut agama Kristian di negara ini dibenarkan menggunakan kalimah Allah da...
10/03/2021

PENGANUT KRISTIAN BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH?

Penganut agama Kristian di negara ini dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab lain iaitu Baitullah, Kaabah dan solat.

Perkataan itu boleh digunakan dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan Pendidikan.

Ia diputuskan oleh Mahkamah Tinggi susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Apa pun keputusan semoga rakyat di negara ini tidak kira agama apa sekalipun tidak bertelagah.

Mudah-mudahan dengan menggunakan kalimah Allah, masing-masing dilembutkan hati melakukan perkara bermanfaat yang diredai Allah.








KALAU MAMPU APA SALAHNYA!Seorang jutawan di luar negara diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos perbelanjaan tahu...
10/03/2021

KALAU MAMPU APA SALAHNYA!

Seorang jutawan di luar negara diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos perbelanjaan tahunan anaknya berusia empat tahun hampir RM1 juta.

Difahamkan kanak-kanak itu sudah diajar hidup mewah sejak lahir malah sudah pun mempunyai beg berjenama mahal seperti Louis Vuitton.

Kalau sudah jutawan dan mampu, tiada apa yang perlu dihairankan bayar sajalah.

Hairannya, bagi segelintir pasangan apabila sudah bercerai, jangankan hendak bagi nafkah pada bekas isteri dan anak-anak.

Nafkah edah tiga bulan yang diperintahkan oleh mahkamah pun boleh buat-buat lupa.

Tapi bab hendak kahwin lagi bukan main kecohnya macam mampu saja. Tak gitu?








AMBIL IKTIBAR, ELAKKAN TINGGAL SERUMAH DENGAN MENTUA ATAU MENANTUNasib setiap orang berbeza-beza. Ada yang bahagia apabi...
10/03/2021

AMBIL IKTIBAR, ELAKKAN TINGGAL SERUMAH DENGAN MENTUA ATAU MENANTU

Nasib setiap orang berbeza-beza. Ada yang bahagia apabila tinggal serumah dengan mentua atau menantu.

Ada juga yang derita dan terpaksa makan hati apabila masing-masing hendak jadi ‘Queen’.

Kalau rasa keadaan sudah tidak terkawal dan semakin hangat, sebaiknya keluar saja daripada rumah berkenaan.

Jika boleh bawa berbincang, bincanglah baik-baik. Janganlah sampai ada niat hendak membunuh antara satu sama lain.

Semoga kejadian yang berlaku di negara jiran ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua.

Sesungguhnya tidak mudah duduk di dalam rumah yang ada dua ‘queen’.

*siapa rasa dia ada sifat queen control?


viral.tube












AKIBAT PAKAI BANYAK BARANG KEMAS, NYAWA TERGADAIZaman sekarang semua orang terdesak demi kepentingan diri sendiri tanpa ...
10/03/2021

AKIBAT PAKAI BANYAK BARANG KEMAS, NYAWA TERGADAI

Zaman sekarang semua orang terdesak demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Melihat orang lain pakai banyak barang kemas, mereka tidak peduli susah payah orang itu mendapatkan barang berkenaan.

Bagi mereka asal lepas buat bayar hutang dan beban sendiri ia sudah memadai tanpa disedari sebenarnya menjerat diri.

Apa yang terjadi kepada peniaga kuih ini diharapkan menjadi pengajaran kepada wanita di luar sana.

Jangan banyak sangat pakai barang kemas di badan, kalau boleh elakkan. Jenayah di mana-mana.

Dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat. Salam takziah kepada mangsa dan keluarga.

*semakin ramai manusia hilang pertimbangan, bunuh orang bagaikan perkara biasa. Kenapa ya?


viral.tube












SYUKUR! 10,000 TAMBAHAN KUOTA HAJI UNTUK RAKYAT MALAYSIALawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi ...
10/03/2021

SYUKUR! 10,000 TAMBAHAN KUOTA HAJI UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi tidak sia-sia apabila kouta haji untuk Jemaah Malaysia ditambah sebanyak 10,000.

Biar apa pun kritikan yang diberi segelintir rakyat, usaha PM harus dipuji.

Min yakin ramai yang tidak sabar untuk menunaikan ibadah haji yang sudah tertangguh akibat Covid-19.

Kepada yang s**a menghentam PM malah ada yang menyindir dengan kata-kata kurang enak, sama-samalah kita cuba berlapang dada.

Semestinya tidak mudah untuk siapa pun menjadi PM pada saat genting seperti yang berlaku sekarang ini.

Sebagai rakyat seharusnya kita memberikan sokongan penuh dan semangat supaya segala ujian yang melanda negara cepat selesai.

*ada lagi ke yang berbunyi cakap 10,000 tu sikit sangat?







TIADA HATI PERUT!Lagi kes cemburu. Tergamak tetak leher isteri yang sedang sarat hamil anak sendiri hanya kerana cemburu...
09/03/2021

TIADA HATI PERUT!

Lagi kes cemburu. Tergamak tetak leher isteri yang sedang sarat hamil anak sendiri hanya kerana cemburu.

Semakin hilang sikap perikemanusiaan dan hati nurani manusia sekarang ini.

Hendak salahkan sebelah pihak pun tak boleh juga kerana si isteri walaupun sedang hamil dikatakan ada hubungan sulit dengan lelaki lain.

Apa pun masalah tidak sepatutnya berakhir dengan tragis seperti ini.

Tak pasal-pasal suami jadi pembunuh kerana sikap curang isteri.

Kebelakangan ini kisah cemburu membabitkan pasangan suami isteri sering menjadi berita utama.

Mungkin kerajaan perlu gubal semula undang-undang membabitkan hal ehwal rumah tangga.

Semoga isu seperti ini segera ada jalan penyelesaiannya.

*bila tiada pegangan agama, akhlak kurang inilah jadinya. Apa p**a kata korang?









Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Netizen TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Netizen TV:

Videos

Share

Category


Other Media in Kuala Lumpur

Show All