Kupikupifm Sabah

Kupikupifm Sabah KUPIKUPI FM SABAH: A safe haven for Sabahan music, tales & heritage. Stesen ini juga melihat dan peka dengan isu-isu sosial dan trend terkini dalam masyarakat.
(1121)

MENGENAI KUPIKUPI FM 96.3

KUPIKUPI FM adalah salah satu stesen radio di Sabah yang telah dilancarkan pada 28 Januari 2016 oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Ia adalah salah satu stesen radio komuniti tempatan yang cukup berbangga untuk memenuhi keperluan rakyat Sabah juga bermatlamatkan untuk mempromosi dan mempamerkan bakat tempatan Sabah. Stesen ini juga mempunyai kaitan yang sangat men

dalam dengan rakyat Sabah sama ada jauh dan dekat melaui cinta dengan muzik-muzik atau karya-karya seni Sabah. KUPIKUPI FM menjadi salah satu stesen radio komuniti tempatan yang berbangga untuk memenuhi keperluan rakyat Sabah dan juga berjanji untuk mempromosi dan mempamerkan bakat-bakat terpendam tempatan Sabah. Salah satu nilai teras stesen ini adalah dengan menyumbang semula kepada masyarakat dengan inisiatif “Kerja Komuniti 96.3FM” yang dikemudikan KUPIKUPI FM bersama sukarelawan daripada Kelab 96.3FM yang kini telah dikuatkan dengan seramai 80 orang ahli. Kelab 96.3FM secara rasminya telah ditubuhkan pada 20 Februari 2017 dimana ahli-ahli kelab ini menjadi kekuatan dan aset besar kepada stesen ini bagi membantu merapatkan lagi juran dan mendekatkan lagi silaturahim bersama pendengar-pendengar setia KUPIKUPI FM. Ini menjadikan stesen radio ini stesen yang menitik beratkan nilai kasih sayang dan bekerja keras demi untuk rakyat Sabah tidak kira dari mana asal-usul seseorang itu. Stesen KUPIKUPI FM dikendalikan oleh satu pasukan muda, rakyat Sabah yang bersemangat, dan antara stesen radio di Malaysia yang memainkan majoriti lagu-lagu tempatan Sabah, memberikan penyanyi tempatan dan penghibur sebuah platform untuk mempamerkan dan mempromosikan bakat mereka. Ini juga mejadi salah satu daripada pelbagai cara kita kekal setia kepada objektif untuk menonjolkan penghibur tempatan dalam industri. Pendengar akan dihiburkan dan dididik mengenai topik dan isu-isu semasa yang terdiri daripada adat resam dan tradisi kepada pembangunan sosial ekonomi, trend global dan sosial, kesihatan dan pemakanan serta pertanian. KUPIKUPI FM ini akan berkembang selaras dengan kemasyarakatan di dalam perubahan ekonomi dan sosial yang tidak dapat dielakkan. Stesen yang akan menjadi stesen radio no.1 di hati rakyat-rakyat Sabah berpegang kepada slogan Kita-kita juga baini!!!!

Ba kamurang mau jalan-jalan ke Vietnam? Nah, ni peluang terbaik! Royal Brunei Airlines bagi kamu 2 pasang tiket PERCUMA ...
14/01/2025

Ba kamurang mau jalan-jalan ke Vietnam? Nah, ni peluang terbaik! Royal Brunei Airlines bagi kamu 2 pasang tiket PERCUMA pergi balik ke Ho Chi Minh City, Vietnam! Boleh jalan-jalan di bandar penuh sejarah, budaya menarik, dan makanan sedap-sedap!

Mau menang? Senang saja! Nantikan isyarat memangil bersama Boy Vanz pada 24 dan 31 jan ini. Jawab 5 soalan dengan tepat dalam masa 30 saat dan kamurang bulih jadi pemenang. Tapi jangan lambat-lambat call, takut kamurang terlepas peluang. Royal Brunei Airlines! Destinasi hebat, pengalaman luar biasa!

Waa terima kasih dan tahniah Unduk Ngadau Tenom 2022 dan team! Bah next time, ada rezeki ada jodoh Team Kupikupi & Annou...
14/01/2025

Waa terima kasih dan tahniah Unduk Ngadau Tenom 2022 dan team! Bah next time, ada rezeki ada jodoh Team Kupikupi & Announcer lagilah kan pigi jumpa Akinabalu. Manatau rindu sudah si Aki

14/01/2025

Kemalangan maut membabitkan pejalan kaki di Jalan UMS, Kota Kinabalu.

13/01/2025

Elopura Fights 2025 Gegar Sandakan

SANDAKAN: Elopura Fights 2025 pada 11-12 Januari di SMJK Tionghua berlangsung meriah dengan aksi gusti memukau. Dua malam penuh adrenalin ini mendapat sambutan hangat dari peminat tempatan.

Ni kalilah! Kita orang Sabah buli tengok dapan-dapan sudah acara bergusti. Guna pengalaman lepak mamak tengok WWE jadi penyokong acara sukan bergusti ini Elopura Fights Sandakan.

Tiga parah manakala dua cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung sedalam...
13/01/2025

Tiga parah manakala dua cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung sedalam 45 meter di Kilometer 31, Jalan Tambunan - Ranau, sebelum Kampung Tampasak, Liwan, tengah hari tadi. - Info X

Rakaman video oleh Unit Dron JBPM Sabah menunjukkan kesan kebakaran rumah atas air di Kampung Sri Aman, Batu 3, Jalan Ap...
12/01/2025

Rakaman video oleh Unit Dron JBPM Sabah menunjukkan kesan kebakaran rumah atas air di Kampung Sri Aman, Batu 3, Jalan Apas, Tawau, pagi tadi.

Dianggarkan 80 rumah musnah dalam kebakaran itu dan dilaporkan tiga mangsa mengalami sesak nafas dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS. - Info X

Sumber JBPM Sabah

Lebih 60 rumah dan sebuah masjid di penempatan atas air di Kampung Sri Aman Dua, di sini, musnah terbakar, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, tiga mangsa berusia 14 dan 49 tahun dilaporkan mengalami sesak nafas dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/60-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-tawau/

12/01/2025

Rakaman video menunjukkan percikan kuat air laut akibat ledakan bom Perang Dunia Kedua yang dimusnahkan Pasukan Penyelam Ranjau TLDM di perairan Pulau Sibuan, Semporna.

Polis menyerbu sebuah premis yang menjual senjata api tiruan dan merampas pelbagai jenis senjata api tiruan dalam serbua...
08/01/2025

Polis menyerbu sebuah premis yang menjual senjata api tiruan dan merampas pelbagai jenis senjata api tiruan dalam serbuan di Kolombong, Kota Kinabalu, semalam.

Serbuan jam 2 petang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu turut menahan dua individu termasuk 'tauke' premis berkenaan.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/d9-jsj-sabah-serbu-premis-jual-senjata-api-tiruan-di-kolombong/

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA Notis Penutupan Sementara bagi substesen berikut;Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakar...
07/01/2025

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA

Notis Penutupan Sementara bagi substesen berikut;
Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran, Semporna
Tarikh : Selasa, 07.01.2025 - keadaan selamat sepenuhnya
Masa : Bermula 12:30 petang
Bencana : Penemuan berkemunginan Bom Perang Dunia Ke-2

Pengurusan Taman-Taman Sabah

Sumber: Sabah Parks

Seorang lelaki warga tempatan disyaki terbabit menjadi ‘runner’ minyak ditahan bersama bahan api jenis petrol yang cuba ...
06/01/2025

Seorang lelaki warga tempatan disyaki terbabit menjadi ‘runner’ minyak ditahan bersama bahan api jenis petrol yang cuba diseludup keluar di kedudukan 1.7 batu nautika selatan Batu Tiga, Tawau, pada Sabtu.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris, pada jam 9.55 malam.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/runner-seludup-petrol-dipintas-apmm/

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈ Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Baling dan Kulim) • Perak (...
05/01/2025

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Baling dan Kulim) • Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin) • Selangor (Hulu Selangor) • Johor (Mersing) • Sarawak: Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sehingga 6:00 petang; Ahad, 5 Januari 2025.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 2:45 petang, 5 Januari 2025

Sumber: Malaysian Meteorological Department

05/01/2025

Orang putih mantad poland campin suda dia bergurau🤣

Kredit: kasper_orang_poland

03/01/2025

Rakaman video tular lelaki yang mengamuk bersenjatakan parang dan tukul sebelum mencederakan lima individu di sebuah restoran di Batu 3, Sandakan, pagi tadi.

Suspek warga tempatan berusia 29 tahun bagaimanapun berjaya diberkas pasukan polis sebaik menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 9.11 pagi. - Info X

Kredit video: Dannys D**g

Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mencari ketam di kawasan paya bakau berhampiran Lorong Kuala...
03/01/2025

Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mencari ketam di kawasan paya bakau berhampiran Lorong Kuala Neutron, Kampung Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Difahamkan, mangsa berusia 43 terkena kabel elektrik yang disambung secara haram oleh penghuni setinggan di kawasan itu.

Berita lanjut..
https://sabah.kupikupifm.my/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/

Address

72 Jalan Coastal
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 06:00 - 00:00
Tuesday 06:00 - 00:00
Wednesday 06:00 - 00:00
Thursday 06:00 - 00:00
Friday 06:00 - 00:00

Telephone

+6088275023

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kupikupifm Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kupikupifm Sabah:

Videos

Share

Category