Sabah Gazette TV

Sabah Gazette TV BERITA TERKINI SEANTERO BENUA

KTCB PERUNTUK RM200 RIBU UNTUK PROGRAM SHOPPING RAYA DI 10 LOKASI SELURUH SABAH : DEXTERTAWAU : Syarikat korporat Kim Te...
16/03/2024

KTCB PERUNTUK RM200 RIBU UNTUK PROGRAM SHOPPING RAYA DI 10 LOKASI SELURUH SABAH : DEXTER

TAWAU : Syarikat korporat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad merupakan satu-satunya syarikat swasta tunggal yang melibatkan diri dalam aktiviti sepanjang Bulan Ramadan tahun ini dan bergerak p**a dalam satu program berskala besar di seluruh negeri.

Beberapa slot program yang terdapat dalam jadual Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah itu turut menggariskan satu lagi program lain iaitu Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di 10 lokasi persinggahan dalam siri jelajah ini.

Ketua Pengarah Eksekutif KTCB, Datuk Dexter Lau berkata pihaknya sudah menyusun atur jadual jelajah yang bermula pada 14 Mac lalu di Parlimen Kalabakan dimana Merotai Besar menjadi lokasi persinggahan pertama dan Parlimen Tawau sebagai lokasi kedua.

"Syarikat memperuntukkan RM1 Juta bagi menjayakan Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah kali ini termasuklah RM200 Ribu untuk Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di 10 lokasi persinggahan.

Memang ianya satu jumlah yang sangat besar (RM1 Juta) tetapi ianya saya anggap sebagai p**angan semula atau hasil keuntungan syarikat yang dikembalikan semula kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong produk-produk keluaran syarikat," jelas Dexter.

Menurutnya, idea sebegini tercetus pada suatu ketika dahulu di mana KTCB buat pertama kalinya menerima jemputan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) untuk menjadi penyumbang berupa ribuan buku roti berjenama Gardenia kepada beberapa buah lokasi dan masjid seluruh Sabah.

"Di sinilah bermulanya dan kami sangat terhutang budi kepada USIA Sabah kerana membuka peluang kepada kami untuk terus melaksanakan CSR sehinggalah ke saat ini," kata beliau lagi.

Beliau turut mengucapkan jutaan terimakasih diatas kerjasama erat Pengarah UPPM Negeri YBhg Datuk Awang Kadin Tang dan seluruh pegawai-pegawai UPPM yang terlibat Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah akan disambung hari ini (16 Mac) di Semporna manakala pada Ahad di Lahad Datu.

Jelajah ini melibatkan 25 lokasi mengikut jumlah kawasan Parlimen di Sabah dan akan berlangsung selama 25 hari termasuklah di kawasan Pantai Timur Sabah, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pedalaman Bawah dan Zon Pedalaman Atas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan k...
15/03/2024

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada hari ini, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berita selanjutnya di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2279608

CAAM, KLIA, Tawau, pesawat, Norazman Mahmud

14/03/2024

Tindakan penjaga meninggalkan dua kanak-kanak dalam kereta yang tidak dimatikan enjin membawa padah apabila kenderaan itu merempuh sebuah gerai di bazar Ramadan di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata insiden itu menyebabkan seorang peniaga melecur selepas terkena minyak panas berikutan kereta tersebut menggelongsor ke arah gerainya dalam kejadian pada 5.45 petang.

NOTIS PEMBERITAHUAN PENYAMBUNGAN TEMPOH SAH LAKU KUPON HARIAN (SISTEM LETAK KERETA BERKUPON BANDARAYA KOTA KINABALU) YAN...
14/03/2024

NOTIS PEMBERITAHUAN PENYAMBUNGAN TEMPOH SAH LAKU KUPON HARIAN (SISTEM LETAK KERETA BERKUPON BANDARAYA KOTA KINABALU) YANG TAMAT PADA TAHUN 2023

14/03/2024

Selamat hari Jumaat. Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini. Dibukakan pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua

Gelagat kanak-kanak menemani ibu bapa mereka menunaikan solat sunat tarawih malam pertama Ramadan, hari ini.📸 Izzudin Ab...
14/03/2024

Gelagat kanak-kanak menemani ibu bapa mereka menunaikan solat sunat tarawih malam pertama Ramadan, hari ini.

📸 Izzudin Abd Radzak, Mohd Asri Saifuddin Mamat & Khairul Fikiri Osman | BERNAMA

Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melakar kejutan ke atas pemain ranking keenam dunia dari Jepun, Koda...
14/03/2024

Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melakar kejutan ke atas pemain ranking keenam dunia dari Jepun, Kodai Naraoka untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan All England.

đź“·X Badminton Photo

Warisan dan Umno Sabah masih berteka teki di kala rakyat menunggu dengan penuh debaran detik PRN – Musli OliKOTA KINABAL...
14/03/2024

Warisan dan Umno Sabah masih berteka teki di kala rakyat menunggu dengan penuh debaran detik PRN – Musli Oli

KOTA KINABALU: Jika kenyataan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Umno Sabah Datuk Seri B**g Moktar Radin baru-baru ini dianggap sebagai petunjuk, nampaknya kedua-dua parti itu mengambil pendekatan berhati-hati berhubung potensi kerjasama pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Sebelum ini, Shafie berkata perbincangan sedang berjalan antara partinya dan Umno Sabah untuk tujuan itu.

B**g p**a menunjukkan sikap berhati-hati dengan menyatakan Umno Sabah yang kini diberi autonomi oleh Umno pusat, masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Tegasnya, parti itu mengambil langkah berhati-hati sebelum memuktamadkan sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan pihak lain termasuk Warisan.

B**g sebelum ini turut menyatakan bahawa “UMNO Sabah dan BN tidak mahu dikhianati lagi” (takut pisang berbuah dua kali), sekaligus menunjukkan masih wujud rasa was-was selepas pengalaman bersama GRS dahulu.

Kenyataan Shafie dan B**g itu seolah-olah membayangkan bahawa Warisan dan Umno Sabah masih mempertimbangkan strategi lain mengadapi PRN Sabah.

Penganalisis politik tempatan Musli Oli percaya bahawa, walaupun Warisan nampaknya berminat untuk membentuk pakatan dengan Umno Sabah, namun Umno masih menyimpan strategi sehinggalah DUN Sabah dibubarkan.

“Mungkin terdapat beberapa pemimpin Umno Sabah yang masih teragak-agak atau ragu-ragu untuk bekerjasama dengan Warisan kerana kerjasama itu cuma memperkuat kedudukan Warisan. Peluang Shafie menjadi KM Sabah lebih baik daripada B**g”

Musli juga menyerlahkan beberapa pemimpin Umno Sabah takut dikhianati lagi, mengimbau pengalaman lalu dengan janji yang dimungkiri.

Selain itu, Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) p**a telah memutuskan untuk bertanding secara bersendirian pada PRN akan datang tetapi tetap terbuka untuk membentuk pakatan bagi membentuk kerajaan negeri.

Parti-parti pembangkang di Sabah nampak berhati-hati mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan GRS yang semakin meningkat yang mereka anggap “gabungan parti lokal”.

Buat masa ini, beliau berkata Pakatan Harapan (PH) nampaknya komited menyokong kerajaan GRS.

Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah sebaik DUN dibubarkan, lebih-lebih lagi jika PH tidak berpuas hati dengan peruntukan kerusi pada PRN.

Begitu juga parti-parti komponen GRS seperti SAPP dan USNO, mungkin bertindak di luar ramalan.“Politik Sabah sukar diramal…apapun boleh berlaku,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun kini menjadi parti pemerintah atas dokongan PH, GRS tidak boleh leka dan tidak boleh mengambil ringan parti lawan.

Katanya GRS perlu sedar bahawa parti politik seperti Warisan, Umno/BN, PH, dan KDM mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu melakukan kejutan.

Namun begitu, Musli menegaskan bahawa akhirnya rakyat akan menentukan parti mana yang harus mentadbir negeri selepas PRN.

Perkembangan ini cukup menarik, katanya.

14/03/2024

Raikan kebersamaan bermasyarkat kata Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad Datuk Dexter Lau di Majlis Berbuka Puasa dalam siri Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTC-UPPM Negeri Sabah di Dewan Terbuka Dato' Sri Najib di Merotai Besar Tawau, hari pertama berlangsungnya Program Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak anjuran syarikat itu bersama UPPM Negeri Sabah.

"Keuntungan dalam perniagaan kami agihkan kembali kepada pelanggan-pelanggan kami dalam bentuk bantuan kemanusian melalui projek CSR.

Setiap tahun kami lakukan ini bukan sahaja untuk berterimakasih kepada umum tetapi juga turut mengutamakan ikatan silaturrahim sesama kita semua," katanya kepada media di sini.

Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kalabakan yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Tanjung Batu YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Sebatik YB Datuk Hassan A Gani Pg Amir, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Kukusan YB Puan Rina Hj Jainal, Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Datuk Awang Kadin Tang, Presiden PHRS Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, Pegawai-pegawai UPPM Sabah dan Ketua-Ketua Kampung, JKKK, para Imam-Imam Masjid serta penduduk sekitar.

Sumber SG

KIM TECK CHEONG CONSOLIDATED BERHAD ANJUR PROGRAM IFTAR RAMADAN & SHOPPING RAYA ANAK YATIM DI SELURUH SABAH. KOTA KINABA...
14/03/2024

KIM TECK CHEONG CONSOLIDATED BERHAD ANJUR PROGRAM IFTAR RAMADAN & SHOPPING RAYA ANAK YATIM DI SELURUH SABAH.

KOTA KINABALU : Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) mengadakan usahasama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di seluruh negeri di sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, YBhg Datuk Dexter Lau berkata KTC sedang menjalankan inisiatif terbaharunya iaitu Program Amal Berbuka Puasa yang memberikan keutamaan bagi membantu golongan yang memerlukan seperti Rumah Anak Yatim di sepanjang bulan Ramadan ini.

"Menerusi Program Amal Berbuka Puasa, KTC dan UPPM akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadan di beberapa lokasi di seluruh Sabah dengan harapan ianya akan dapat mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, Rumah Anak Yatim juga akan dilawati dan mereka juga akan berpeluang memilih baju raya kegemaran mereka di 10 buah Pasaraya Servay yang terdekat," jelas Dexter.

Menurutnya, segala usaha kebajikan sebegini mencerminkan komitmen bersama sesebuah organisasi korporat dengan Kerajaan Negeri yang meneruskan khidmat kepada masyarakat umum yang pastinya akan mampu menyerapkan unsur keriangan dan mampu memupuk keharmonian di sepanjang Ramadan yang mulia ini.

"Selain daripada itu, Program Berbuka Puasa anjuran bersama dengan UPPM ini dianjurkan Khas untuk menghimpunkan individu daripada pelbagai latar belakang, budaya dan kepercayaan untuk berkongsi tradisi berbuka puasa bersama," jelasnya lagi.

Program ini dijadualkan berlangsung selama 3 minggu di 25 lokasi seluruh Sabah bermula dari Kalabakan dan berakhir di Keningau kelak yang akan memuatkan juadah berbuka puasa komunal di mana golongan anak yatim dan kurang berkemampuan boleh berkumpul untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan ikatan silaturrahim dengan masyarakat setempat.

"Dalam bulan tahun ini Ramadan, kami sangat teruja untuk melancarkan Program Berbuka Puasa dan Membeli-belah baju raya bagi anak-anak yatim.

Ianya suatu inisiatif yang baik demi memupuk semangat belas kasihan, kemurahan hati, dan perpaduan.

Sementara kita menyambut bulan Ramadan yang mulia, marilah kita bersama-sama sebagai satu komuniti untuk meraikan nilai-nilai yang boleh dikongsioan bersama selain menggalakkan keharmonian di kalangan semua penduduk Sabah dan membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim di seluruh Sabah," katanya lagi.

Pengarah UPPM Negeri, YBhg Datuk Awang Kadin Tang juga ingin mempelawa individu, usahawan dan organisasi lain untuk menyumbang kepada Program Amal Berbuka Puasa melalui sumbangan dana, barangan makanan atau bantuan sukarelawan supaya boleh memberikan impak positif dan kebaikan kepada golongan yang memerlukan.

12/03/2024

Kongsi BersamaKOTA KINABALU: Sabah secara rasmi telah menulis surat kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) meminta supaya operasi pembenihan awan dijalankan berikutan kekeringan kawasan tadahan sungai dan terjadinya banyak kebakaran hutan di seluruh negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah....

12/03/2024

Kongsi BersamaKUALA LUMPUR: Parti Warisan (WARISAN) yang memerintah Sabah sebelum ini bukan sebuah kerajaan yang gagal. Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri Sabah hari ini tidak seharusnya pandai menuding jari kepada Kerajaan WARISAN. “Jangan ha...

Akademik penting untuk kesinambungan hidup pada masa kini dimana penduduk dunia berlumba-lumba mengejar kemajuan, kemahi...
07/11/2023

Akademik penting untuk kesinambungan hidup pada masa kini dimana penduduk dunia berlumba-lumba mengejar kemajuan, kemahiran dan pengalaman demi meningkatkan taraf hidup.

Daerah Sipitang memerlukan ramai lagi intelek khusus dari generasi masa depan bagi meneruskan pembangunan di daerah ini.

Begitu antara kata-kata Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Sindumin YB Datuk Dr Yusof Yacob ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar IPT Tahun 2023 dan Dana Pengurusan PIBG Daerah Sipitang pagi ini.

Undilah DAP Demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad MaslanKUALA LUMPUR:  Kesemua 3.5 juta ahli Umno perlu sedia mentaati arahan ...
22/05/2023

Undilah DAP Demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Kesemua 3.5 juta ahli Umno perlu sedia mentaati arahan parti termasuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP yang terpilih mewakili Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Kongsi BersamaKUALA LUMPUR: Kesemua 3.5 juta ahli Umno perlu sedia mentaati arahan parti termasuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP yang terpilih mewakili Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata...

STAR Mampu Beri Kemenangan GRS Bertanding DUN MelalapTENOM: Sokongan masyarakat majmuk kepada Parti Solidariti Tanah Air...
22/05/2023

STAR Mampu Beri Kemenangan GRS Bertanding DUN Melalap

TENOM: Sokongan masyarakat majmuk kepada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah di sini mampu memberi kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada pilihan raya umum akan datang.

Kongsi BersamaTENOM: Sokongan masyarakat majmuk kepada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah di sini mampu memberi kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agung STAR Datuk Edward Linggu berkata parti itu....

Kerajaan Sedia Bantu Penuhi Hasrat Keluarga Awang AskandarPAPAR: Kerajaan akan membantu urusan membawa p**ang jenazah Pe...
22/05/2023

Kerajaan Sedia Bantu Penuhi Hasrat Keluarga Awang Askandar

PAPAR: Kerajaan akan membantu urusan membawa p**ang jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, termasuk memenuhi hasrat keluarganya untuk pengebumian di kampung di Benoni di sini.

Kongsi BersamaPAPAR: Kerajaan akan membantu urusan membawa p**ang jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, termasuk memenuhi hasrat keluarganya untuk pengebumian di kampung di Benoni di sini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal S...

Address

Lot B-G-2, Jalan Mat Salleh, Plaza Tanjung Aru
Kota Kinabalu
88100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Gazette TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Media Agencies in Kota Kinabalu

Show All