Berita Sana Sini

Berita Sana Sini https://web.facebook.com/Beritasanasinii Mempaparkan keadaan semasa dan masa kini

Piala Dunia 2026
06/12/2025

Piala Dunia 2026

WARISAN tidak pernah membenci Malaya. Pendirian WARISAN adalah jelas — komited untuk mengembalikan kuasa politik Sabah k...
02/12/2025

WARISAN tidak pernah membenci Malaya. Pendirian WARISAN adalah jelas — komited untuk mengembalikan kuasa politik Sabah kepada parti-parti tempatan agar pentadbiran negeri tidak lagi dipengaruhi atau dikawal oleh pihak luar. Inilah usaha kami untuk memperbetulkan kesilapan lalu apabila kita sendiri pernah membawa serta menguatkan parti-parti Malaya di Sabah. Sejarah telah mengajar kita, dan cukup sudah. WARISAN sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti tempatan. Perbezaan pendapat itu lumrah; biarlah kita berbahas, bertumbuk fikir dalam satu ‘bilik’ sebagai adik-beradik demi kepentingan Sabah, daripada kita bermusuhan untuk mempertahankan kepentingan pihak di Semenanjung sedangkan hak kita telah dinafikan selama lebih 60 tahun.

Presiden WARISAN sendiri sering mengakui kelemahan dan kesilapan beliau, malah berulang kali memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana turut memainkan peranan dalam menguatkan pengaruh parti Malaya suatu ketika dahulu. Tiada siapa yang terlepas daripada membuat kesilapan — itu sifat manusia. Timbalan Presiden WARISAN juga pernah menjadi sebahagian daripada kepimpinan persekutuan, tetapi sekurang-kurangnya kedua-dua mereka mempunyai political will untuk memperbetulkan keadaan, bukan membiarkan kesilapan itu berterusan. Justeru, WARISAN tegas: kami hanya akan bekerjasama dan menyokong parti-parti tempatan Sabah. Jika wujud campur tangan dari Putrajaya, maka biarlah kami terus menjadi pembangkang yang efektif demi memperkukuhkan fungsi semak dan imbang di negeri ini. Ketegasan ini bukan kerana keras kepala, tetapi kerana jelas pada objektif — mengembalikan kuasa politik Sabah kepada rakyat Sabah. Dulu kami memiliki 14 kerusi DUN, kini kami berdiri dengan 25 kerusi yang kukuh dan berdaya saing.

Kami tidak menolak kerjasama dengan parti-parti Malaya di peringkat persekutuan demi membina Malaysia yang makmur, namun urusan pemerintahan di Sabah mesti ditentukan oleh parti-parti tempatan sendiri.

WARISAN tidak gila kuasa, tidak gila pangkat atau kedudukan. Ketahanan kami telah diuji sepanjang lima tahun kebelakangan ini. WARISAN ditubuhkan sebagai platform untuk anak-anak Sabah — tanpa mengira kaum atau agama — memainkan peranan dalam membentuk masa depan generasi baharu negeri ini. Jika ada antara kami yang tidak sempat menyaksikan kejayaan tersebut kerana faktor usia, kami yakin barisan pemimpin muda WARISAN akan meneruskan agenda dan perjuangan ini. “Rome was not built in a day — and neither are meaningful reforms.”

Kabinet Sabah kini telah dibentuk. Walaupun dari segi agihan terdapat ketidakseimbangan antara kawasan pantai timur dan pantai barat serta masih ada penglibatan parti-parti Malaya, kami tetap berharap Kabinet Sabah 2025–2030 mampu memacu pembangunan dan kemajuan negeri. Sekali lagi, tahniah kepada GRS dan YAB Ketua Menteri.

Agenda Selamatkan Sabah akan kami teruskan.

Kepada semua pimpinan serta penyokong parti-parti yang bertanding melawan WARISAN dalam pilihan raya baru-baru ini, adat pertandingan kadangkala membuatkan kata-kata yang terucap bersifat tegas, keras, pedas atau tersasul — sama ada sengaja atau tidak. Bagi pihak diri saya dan rakan-rakan, kami memohon maaf. Tiada niat mengguris hati sesiapa; niat kami hanyalah untuk mengemukakan fakta dan hujah. Begitu juga kami memaafkan semua pihak. Perbezaan ideologi dan pandangan adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu kita raikan bersama.

Terima kasih kepada semua yang telah mengundi dan menyokong agenda penyatuan serta usaha menyelamatkan Sabah. Kita bukan gagal — kejayaan kita hanya ditangguhkan seketika. Semoga semua dapat menikmati masa bersama keluarga dan sahabat, sebelum kembali dengan semangat baharu untuk menghadapi pilihan raya Parlimen akan datang.

Sabah suatu ketika dahulu
02/12/2025

Sabah suatu ketika dahulu

Duit YB vs duit Rakyat🥱
02/12/2025

Duit YB vs duit Rakyat🥱

02/12/2025

Dear Sabahan,
Kita lapangkan dada, kerajaan Sabah sudah pun dibentuk,
nantikan selama 5 tahun apakah mereka benar-benar bekerja untuk rakyat atau sebaliknya.🫰🏻

Sindiket terbaru scammer hati-hati semua.Mohon sebarkan.
18/11/2025

Sindiket terbaru scammer hati-hati semua.Mohon sebarkan.

Kisah seorang bapa menggali kubur untuk anak perempuan berusia 2 tahun...Pada tahun 2017, Zhang Liyong dari sebuah kampu...
18/11/2025

Kisah seorang bapa menggali kubur untuk anak perempuan berusia 2 tahun...

Pada tahun 2017, Zhang Liyong dari sebuah kampung luar bandar di Sichuan mengetahui bahawa anak perempuannya yang berusia dua tahun didiagnosis menghidap talasemia teruk. Rawatan memerlukan pemindahan sel stem hematopoietik, dengan jumlah kos menghampiri satu juta yuan RMB. Untuk menyelamatkan anak mereka, Zhang Liyong dan isterinya telah menghabiskan semua simpanan keluarga tetapi masih tidak mampu menanggung kos rawatan seterusnya.

Dalam keadaan putus asa... si bapa menggali sebuah kubur dengan tangannya sendiri untuk anak perempuannya, sambil berkata bahawa jika suatu hari nanti dia benar-benar harus meninggalkan dunia ini, dia berharap anaknya dapat menyesuaikan diri dengan kematian lebih awal. Zhang Liyong tinggal bersama anaknya, tidur dan bermain di dalam kubur tanah itu.

Selepas video tersebut tular di internet, ia menyentuh hati orang ramai di seluruh dunia maya.

Dengan kuasa rangkaian sosial, platform pembiayaan awam di China tampil membantu keluarga itu, mengumpul keseluruhan kos rawatan dalam masa kurang daripada sebulan. Lebih menggembirakan, mengikut nasihat doktor, pasangan itu menimang seorang lagi anak perempuan, dan adik bongsu itu berjaya menyelamatkan kakaknya menggunakan darah tali pusatnya. Kemudian, seorang usahawan berhati mulia turut menanggung semua kos pemulihan si kakak.

Selepas anak perempuan sulungnya keluar dari hospital, Zhang Liyong menimbus kembali kubur itu dengan tanah dan menaburkan biji bunga matahari di atasnya.

Kasih sayang mampu merentasi jurang keputusasaan paling dalam, mekar membawa harapan walaupun di tanah yang paling gersang!

🪓Isteri berpakat bunuh suami dengan kapak, dianggap penghalang hubungan sulitnya dengan adik ipar 🪓Satu kes yang mengeju...
17/11/2025

🪓Isteri berpakat bunuh suami dengan kapak, dianggap penghalang hubungan sulitnya dengan adik ipar 🪓

Satu kes yang mengejutkan muncul di daerah Jalna, Maharashtra apabila seorang wanita, berpakat dengan adik iparnya, didakwa membunuh suaminya sendiri. Mangsa dikenali sebagai Parameshwar Ram Tayde, penduduk Kampung Somthana di Jalna.

Kejadian itu terbongkar apabila mayat Tayde yang pada ketika itu belum dikenal pasti.. ditemui dibungkus dalam guni dan terapung di kolam Wala-Somthana pada pagi Khamis.

Pihak polis tiba di lokasi kejadian dan menyediakan laporan “panchnama” (laporan saksi). Kes bunuh kemudian dibuka berdasarkan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, Ram Natha.

Isteri mangsa ada hubungan sulit dengan adik ipar

Selepas siasatan dimulakan, polis menyoal isteri mangsa, Manisha, dan adik lelaki mangsa, Gyaneshwar. Pada mulanya kedua-duanya berdolak-dalih, namun selepas soal siasat yang lebih mendalam, mereka mengaku membunuh Tayde.

Manisha dan Gyaneshwar segera ditangkap.

Siasatan selanjutnya mendedahkan bahawa kedua-dua suspek menjalin hubungan sulit, dan Tayde dianggap sebagai penghalang kepada hubungan terlarang itu. Akibatnya, mereka merancang untuk menamatkan riwayat Tayde. Mangsa dibunuh dengan hentakan kapak pada kepala dan wajahnya.

Selepas Tayde meninggal dunia, Manisha dan Gyaneshwar memasukkan mayatnya ke dalam guni, mengikatnya dengan tali, lalu membuangnya ke dalam kolam Wala-Somthana. Mereka turut mengisi guni dengan batu agar mayat tidak timbul.

SV

09/11/2025

TERKINI: Senarai Calon Parti Keadilan Rakyat bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 2025.

1. Inanam - Datuk Peto Galim
2. Api-Api - Thonny Chee
3. Petagas - Awang Husaini Sahari
4. Sindumin - Yamani Hafez Musa
5. Melalap - Datuk Jamawi Jaafar
6. Gum-Gum - Abdul Said Pimping
7. Karamunting - Datuk George Hiew
8. Segama - Romansa Lamin
9. Merotai - Datuk Ruji Ubi
10. Tulid - Rufinah Pengeran

08/11/2025

Gali kolam, jumpa syiling dan jongkong emas RM3.6 juta

06/11/2025

Tengah Berfikir Cara
Bagaimana Nak Pindahkan Duit Rm 1,000,000 Juta Dari Fikiran Ke
Akaun Simpanan.🗿

Address

Kota Kinabalu
88000

Telephone

+601156837240

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Berita Sana Sini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Berita Sana Sini:

Share