Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK )

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) MOTO : KAMI MEMIMPIN / VISI : MEMBENTUK REMAJA BERAKHLAK, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERDIKARI"

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu adalah sebuah institusi pemulihan akhlak atau Sekolah Yang Diluluskan untuk tahanan dan pemulihan bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun yang bermasalah seperti berikut:-
(i) Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah(Criminal)
(ii)Kanak-kanak yang tidak terkawal oleh ibubapa/penjaga.(Beyond control)

06 DISEMBER 2024Bertemakan 'Nostalgia Klasik' , Program Sihat Lestari siri 3/2024 telah dirasmikan oleh pengarah Jabatan...
08/12/2024

06 DISEMBER 2024

Bertemakan 'Nostalgia Klasik' , Program Sihat Lestari siri 3/2024 telah dirasmikan oleh pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Tuan Jais bin Asri.

Aktiviti Sihat Lestari yang diadakan sepanjang tahun melibatkan penyertaan penghuni dan kakitangan ini bertujuan:

i. Menyegarkan kognitif dalam proses menjaga kesihatan diri dari dalam dan luaran.

ii. Memberi kesedaran kepada semua warga kerja STBKK untuk terus konsisten menjaga kesihatan.

iii. Memberi kesedaran dalaman perspektif menyayangi diri.

iv. Mendidik peserta untuk menjaga keseimbangan kesihatan dari segi fizikal, mental dan sosial.

31/10/2024
30 Oktober 2024Penutupan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu 2024 telah diadakan ber...
30/10/2024

30 Oktober 2024

Penutupan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu 2024 telah diadakan bertempat di dewan serbaguna STBKK. Pelbagai pengisian program telah dijalankan sepanjang bulan Oktober seperti berikut:

1. Program Terapi Minda : Mendaki Bukit Bonduk, Sepanggar
2. Coffee Talk ( Penghuni) - Emphaty Sharing
3. Berat Sama Dipikul , Ringan Sama Dijinjing (Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan dan timbangan berat.
4. Coffee Talk ( Penghuni ) - Generasi Kelas A+
5. Sephora Talk (Kakitangan Perempuan)- (You Are Beautiful Outside and Inside)
6. Podcast (Tekad Empati, Sejahtera Insani)
7. Terapi Minda : Bowling
8. Zeus Talk (Kakitangan Lelaki_ - Im The King)
9. Refreshing Mental Health Awareness (Pogun Jo Campsite Manggatal)

Majlis penutupan dirasmikan oleh Puan Roshayati binti Omar, Timbalan Pengarah Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

27 September 2024Program Segar Minda STBKK 2024 telah diadakan bertempat di Kompleks Kebudayaan Lundayeh Sabah, Sipitang...
02/10/2024

27 September 2024

Program Segar Minda STBKK 2024 telah diadakan bertempat di Kompleks Kebudayaan Lundayeh Sabah, Sipitang. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui kemahiran mengendalikan stres, mengetahui teknik sensori dan relaksasi sebagai alternatif menangani stres, mengetahui kaedah dan cara dalam menangani emosi negatif serta memelihara dan merangsang kestabilan emosi. Program dirasmikan oleh En. Sazali Sudin yang mewakili Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS).

13 September 2024Program Sambutan Maulidur Rasul S.A.W, Semarak Kemerdekaan dan Hari Malaysia STBKK 2024 telah diadakan ...
02/10/2024

13 September 2024

Program Sambutan Maulidur Rasul S.A.W, Semarak Kemerdekaan dan Hari Malaysia STBKK 2024 telah diadakan bertempat di dewan serbaguna STBKK. Antara pengisian program ialah pertandingan melukis sepanduk dan perarakan yang turut disertai oleh Asrama Akhlak (P) Kota Kinabalu, kuiz Maulidur Rasul dan kuiz Hari Malaysia.

Program Rekreasi Minda Santai (31 Ogos 2024)Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara & Hari Sabah. Penghuni STBKK dibawa...
01/09/2024

Program Rekreasi Minda Santai (31 Ogos 2024)
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara & Hari Sabah. Penghuni STBKK dibawa menonton filem Takluk : Lahad Datu.
Terima kasih kepada Ahli Lembaga Pelawat STBKK atas sumbangan dana bagi program bermakna ini.

29/07/2024
27/07/2024

IKJM JKM@JPKK 2024 14.07.2024

Program Ihtifal Khalifah Junior Madani merupakan penjenamaan semula kepada program Khalifah Junior. Program tahunan yang...
16/07/2024

Program Ihtifal Khalifah Junior Madani merupakan penjenamaan semula kepada program Khalifah Junior. Program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak ini mengumpulkan penghuni dari seluruh institusi kebajikan di Malaysia untuk bertanding dalam beberapa acara bertujuan menggilap potensi dan keyakinan diri kanak-kanak.

Pada tahun ini, seramai 10 orang penghuni STBKK telah menyertai pelbagai acara seperti nasyid, khutbah, kuiz minda dan hafazan. STBKK telah mendapat johan dalam pertandingan nasyid dan tempat ketiga dalam pertandingan khutbah.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta khususnya penghuni STBKK dan kakitangan atas komitmen, usaha, tenaga, ilmu serta semangat yang telah dipamerkan!

ILIM
12-14 Julai 2024

15/07/2024
17/06/2024

Semoga pengorbanan kita membawa keberkatan kepada diri dan keluarga. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H dari kami seluruh warga STBKK untuk semua.

Penglibatan 5 penghuni STBKK selaku peserta Program Y Skills for Life - Kursus Asas Penyelenggaraan Penyaman Udara. Prog...
26/05/2024

Penglibatan 5 penghuni STBKK selaku peserta Program Y Skills for Life - Kursus Asas Penyelenggaraan Penyaman Udara. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama IKBN Kinarut Sabah dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah. Semoga program ini menjadi pembuka jalan kerjasama antara jabatan dalam membantu pemulihan penghuni STBKK.

PROGRAM SIHAT LESTARI STBKK 2024 (SIRI II)Program telah berlangsung selama 2 hari pada 15-16 Mei 2024 (Rabu dan Khamis) ...
16/05/2024

PROGRAM SIHAT LESTARI STBKK 2024 (SIRI II)
Program telah berlangsung selama 2 hari pada 15-16 Mei 2024 (Rabu dan Khamis) di Dewan Serbaguna STBKK yang juga disertai oleh beberapa Institusi yang lain seperti RKK, DBD dan AAP dan telah dirasmikan oleh Tuan Jais Bin Asri, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini yang berobjektifkan memberi pendedahan kepada peserta dengan konsep amalan dan cara hidup secara sihat, kepentingan pengesanan penyakit tidak berjangkit, menyayangi diri dan lain-lain lagi berkenaan kesihatan.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hospital Queen Elizabeth II, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Address

Km. 12, Jalan Tuaran/Inanam, 88300
Kota Kinabalu
88450

Telephone

+6088382738

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share