TV Sabah

TV Sabah High-quality media showcasing Sabah's diversity. TV Sabah merupakan saluran media digital yang dimiliki oleh Kinabalu Media Sdn. Bhd.
(485)

TV Sabah merupakan sebuah platform rasmi di Sabah, yang banyak memberi info berguna kepada masyarakat mengenai seni dan hiburan tempatan Sabah, sukan dan kecergasan, keusahawanan, dan pelbagai lagi pengisian menarik. TV Sabah ialah laman media baharu online rasmi Sabah terkini. Dapatkan isu-isu semasa yang paling trending berkaitan dengan Sabah setiap hari!

SEMPORNA: Dua lelaki maut selepas bot laju dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah bot pelancong yang dinaiki 12 individ...
13/01/2025

SEMPORNA: Dua lelaki maut selepas bot laju dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah bot pelancong yang dinaiki 12 individu dalam kejadian di kawasan perairan laut Balimbang, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian pada jam 9.45 pagi itu, kedua-dua mangsa warga asing berusia 45 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia selepas terhumban ke laut sebelum ditemui lemas oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabri Zainol dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku ketika bot pelancong itu sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Mabul bersama 12 pelancong sebelum berlaku perlanggaran dengan sebuah bot laju.

Perlanggaran itu menyebabkan kerosakan teruk kepada bot laju dinaiki dua lelaki yang dikenal pasti bukan warga negara.

Akibat daripada perlanggaran itu juga, pengemudi dan penumpang bot laju terhumban ke laut dan dilaporkan hilang.

Mohd Sabri berkata, usaha mencari kemudian dilakukan oleh orang awam termasuk bot pelancong yang terbabit.

Hasil daripada pencarian itu orang awam menemukan kedua-dua mangsa di dalam air dalam keadaan tidak bernyawa.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Semporna untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Susulan kejadian itu satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Sumber : Awani

Kota Kinabalu : Daerah Keningau di Sabah telah diisytiharkan semula sebagai Zon Merah selepas kes demam babi Afrika (ASF...
13/01/2025

Kota Kinabalu : Daerah Keningau di Sabah telah diisytiharkan semula sebagai Zon Merah selepas kes demam babi Afrika (ASF) dilaporkan pada 7 Januari. Sebanyak 12 daripada 20 ekor khinzir terjejas dalam kejadian yang melibatkan seorang penternak.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengambil tindakan kawalan termasuk pelupusan khinzir yang dijangkiti dan sekatan pergerakan khinzir dari daerah tersebut. Penternak dinasihatkan meningkatkan biosekuriti dan menghindari memberi sisa dapur tidak dimasak semula kepada khinzir serta membeli khinzir dari sumber yang tidak diketahui.

Dr. Jeffrey Kitingan, Menteri Pertanian, menyatakan bekalan daging khinzir bagi perayaan Tahun Baru Cina adalah mencukupi dari ladang-ladang di Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau. ASF hanya menyerang khinzir dan tidak menjangkiti manusia.

Sumber : Sabah Media

13/01/2025

Nasihat si adik bikin min mau try mandi bunga ๐Ÿคฃ

Page FB : Han Ira

12/01/2025

Satu lagi, orang Sabah makan mic ๐Ÿคฃ

Tiktok : zhiddinazizz

โœจ๐ŸŽค ๐‘ต๐’Š๐’„๐’Œ ๐‘ช๐’‚๐’“๐’•๐’†๐’“ - ๐‘ณ๐’Š๐’—๐’† ๐’Š๐’ ๐‘ฒ๐’๐’•๐’‚ ๐‘ฒ๐’Š๐’๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’๐’– ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ. Nick Carter is bringing his ๐–๐ก๐จ ๐ˆ ๐€๐ฆ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐“๐จ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ to Kota Kinabalu, Sabah!C...
11/01/2025

โœจ๐ŸŽค ๐‘ต๐’Š๐’„๐’Œ ๐‘ช๐’‚๐’“๐’•๐’†๐’“ - ๐‘ณ๐’Š๐’—๐’† ๐’Š๐’ ๐‘ฒ๐’๐’•๐’‚ ๐‘ฒ๐’Š๐’๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’๐’– ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ. Nick Carter is bringing his ๐–๐ก๐จ ๐ˆ ๐€๐ฆ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐“๐จ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ to Kota Kinabalu, Sabah!

Catch the Backstreet Boysโ€™ youngest member LIVE on 24 February 2025 at Hakka Hall. From global classics like โ€œI Want It That Wayโ€ with the Backstreet Boys to solo hits like โ€œHelp Meโ€ and โ€œDo I Have to Cry for Youโ€, Nick has been stealing hearts and captivating audiences around the world for decades. Donโ€™t miss this unforgettable night with a true pop icon!

๐ŸŽŸ๏ธ Tickets on sale now!
๐Ÿ“† 24 February 2025 (8pm)
๐Ÿ“ Hakka Hall
๐Ÿ”—Get your ticket here: https://movetix.airasia.com/gb/en/myr

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐†๐ˆ๐•๐„๐€๐–๐€๐˜ ๐€๐‹๐„๐‘๐“!! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
Like & Follow to Win ๐Ÿ˜€
โœ…Win a pair to the Nick Carter Who I am Asia Tour 2025 Concert. Here are the details to stand a chance to win themโ€ผ๏ธ

1๏ธโƒฃLike & follow FB
2๏ธโƒฃComment below on why you should win the tickets
3๏ธโƒฃTag the person you want to bring here with

Thatโ€™s all ๐Ÿ˜๐Ÿฅณ
5 winners (From FB or IG) will be selected and each will win a pair of tickets. ๐Ÿ˜ฑ
๐Ÿ‘‰The contest ends on 17th January 2025, and will be announced on 18th January 2025

Pasukan Bomba dan Penyelamat Los Angeles berusaha memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Angeles berhampiran Gunung Wilson...
11/01/2025

Pasukan Bomba dan Penyelamat Los Angeles berusaha memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Angeles berhampiran Gunung Wilson meskipun berdepan angin kencang 160 km/jam dan tanah tandus yang memburukkan keadaan.

Kebakaran terburuk dalam sejarah California ini melibatkan lebih 13,750 hektar tanah, menyebabkan 10 maut dan lebih 10,000 kediaman serta bangunan musnah.

Gabenor California, Avin Newsom, mengisytiharkan darurat, dengan lebih 180,000 penduduk dipindahkan dan 200,000 lagi diberi amaran.

Sebanyak 400 anggota bomba, 30 pesawat, dan helikopter akan dihantar, manakala Pentagon menyumbang lapan pesawat besar dan 500 kakitangan.

JPMorgan menganggarkan kerugian mencecah USD50 bilion dan terus meningkat.

๐Ÿ“ธ Reuters
Sumber : BernamaNews

10/01/2025

Terus tambah bonus lagi ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ˜‚

Tiktok : jamlambong

Tagih datang rumah ๐Ÿคฃ
10/01/2025

Tagih datang rumah ๐Ÿคฃ

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) pada tahun ini akan memberi tumpuan utama kepada usaha membasmi k...
10/01/2025

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) pada tahun ini akan memberi tumpuan utama kepada usaha membasmi kemiskinan di lapan daerah di negeri ini yang masih bergelut dengan kemiskinan.

Pengerusi IDS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi mengenal pasti punca utama mengapa lapan daerah ini masih kekal sebagai daerah termiskin di Sabah. Daerah berkenaan ialah Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau, dan Lahad Datu.

โ€œSebagai Agensi Pemikir Utama Kerajaan Negeri Sabah, IDS perlu melaksanakan kajian strategik untuk mencari penyelesaian yang praktikal dan berkesan. Kita mahu memastikan seluruh rakyat Sabah dapat menikmati manfaat daripada pembangunan yang pesat berkembang di negeri ini,โ€ katanya selepas merasmikan Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 IDS di Dewan Wisma IDS, hari ini.

Azizah menegaskan bahawa kajian tersebut perlu dilakukan secara komprehensif dan teliti, dengan matlamat utama untuk membantu daerah-daerah tersebut keluar dari senarai daerah termiskin di Malaysia. Beliau juga berkata, usaha ini adalah penting untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Sementara itu, beliau turut menyeru warga IDS untuk segera menyediakan cadangan penyelesaian yang bernas, agar kelapan-lapan daerah ini dapat mengatasi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat mereka.

"Kajian yang teliti perlu dilaksanakan untuk mencadangkan pendekatan dan strategi yang sesuai dengan keperluan setiap daerah dan komuniti setempat," ujarnya.

Azizah juga menekankan perlunya memberi fokus kepada kajian keusahawanan untuk memperkasakan usahawan sedia ada, terutamanya di kawasan luar bandar, bagi meningkatkan daya saing serta taraf perniagaan mereka.

"Usaha ini juga mampu membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, sekali gus membina ekosistem keusahawanan yang lebih mampan," jelasnya.

Selain itu, IDS juga akan meneruskan usaha untuk memperkasakan peranan wanita melalui program-program di bawah Women Leadership Initiative Committee (WLIC) sepanjang tahun ini, bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam keputusan ekonomi dan keusahawanan.

Sumber : Sabah Media

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Plaza Alam M...
10/01/2025

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Plaza Alam Mesra, Jalan UMS/One Borneo, semalam (09/01/2025)

Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.30 malam melibatkan sebuah motosikal Yamaha LC dan seorang pejalan kaki yang dipercayai melintas jalan secara tergesa-gesa menuju ke rumah sewanya di Kampung Penampang Laut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 20-an bersama pemboncengnya sedang dalam perjalanan dari Sepanggar menuju pusat bandar sebelum melanggar mangsa.

โ€œPenunggang motosikal tidak sempat mengelak apabila pejalan kaki, seorang lelaki lingkungan 40-an, tiba-tiba melintas dari arah kiri ke kanan jalan. Perlanggaran itu menyebabkan penunggang, pembonceng, dan motosikal terbabas sejauh tujuh meter,โ€ jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal dan pejalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Pembonceng motosikal mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Kasim Muda turut memberitahu bahawa siasatan mendapati kecuaian pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas berhampiran yang telah disediakan sebagai punca utama kemalangan.

โ€œKes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,โ€ katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai, khususnya pejalan kaki, untuk sentiasa menggunakan jejantas atau laluan khas yang disediakan bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.

Sumber : Sabah Media

Kota Kinabalu: Sabah FC mempunyai โ€˜Game Planโ€™ yang cukup teliti selain dapat memastikan kesebelasan utama mampu memberik...
10/01/2025

Kota Kinabalu: Sabah FC mempunyai โ€˜Game Planโ€™ yang cukup teliti selain dapat memastikan kesebelasan utama mampu memberikan saingan sengit kepada Johor Darul Taโ€™zim (JDT) dalam aksi saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.

Pengendali Sabah FC Martin Stano berkata ini berikutan tiga pemain utama iaitu Gabriel Peres, Telmo Castanheira serta Daniel Ting tidak dapat beraksi pada perlawanan itu.

Katanya, Daniel dan Telmo sebelum ini telah mengumpul kad kuning ketiga dalam saingan Liga Super dan Gabriel mengumpul kad merah ketika bertemu Kuching City FC dalam Liga Super.

โ€œKita meletakkan sasaran tinggi bertemu JDT Sabtu ini berikutan Sabah FC bertemu dengan pasukan terbaik dalam Liga Super. Saya tidak percaya bahawa keputusan seri atau kemenangan sudah cukup sebagai ukuran menentang JDT nanti.

โ€œPerkara paling penting bagi saya adalah Sabah FC dapat mengekalkan prestasi semasanya dan terus kekal berada pada tahap maksimum. Apa yang penting pemain dapat menggalas tugas dengan baik serta menyumbang mata penting nanti,โ€ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Martin berkata, selain itu Sabah FC perlu untuk mengekalkan rentak kemenangan serta memastikan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan ini nanti.

โ€œKami masih mempunyai tempoh beberapa hari serta akan menjalani sesi latihan sebelum menjelang perlawanan sebenar pada sabtu ini.

โ€œJadi mungkin kami akan melakukan beberapa pelarasan posisi untuk mencorak strategi serta bersedia untuk dapat mengejutkan pasukan lawan nanti,โ€ katanya.

Mengulas mengenai kedua-dua perlawanan antara Piala Malaysia dan Liga Super beliau berkata, Sabah FC menganggap kedua-dua perlawanan ini sangat penting meskipun tempoh perlawanannya sangat singkat.

โ€œKita akan memberi tumpuan serta fokus kepada setiap perlawanan satu demi satu. Sekarang, fokus adalah sepenuhnya kepada perlawanan menentang JDT dalam Liga Super.

โ€œMenjelang perlawanan separuh akhir Piala Malaysia akan datang nanti, kita juga akan memberi tumpuan sepenuhnya sekali gus berusaha untuk memperoleh keputusan baik dalam kedua-dua perlawanan ini,โ€ katanya.

Sumber : SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

10/01/2025

Bah kamurang โ—Ni kalilah ๐Œ๐„๐†๐€ ๐‚๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐“๐„๐‘๐๐„๐’๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐Ž๐‘๐๐„๐Ž kembali menemui warga Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre-SICC pada 10-12 Januari 2025 ini ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ ๐‘ด๐‘จ๐‘บ๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘ผ๐‘ด๐‘จ gais โœจ Dapat lagi ๐‘ฎ๐‘ถ๐‘ถ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฌ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘ผ๐‘ด๐‘จ kepada 1000 yang terawal. Wowโ€ผ๏ธ Get ready juga untuk nikmati ๐‘ป๐’‚๐’˜๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐‘ท๐‘พ๐‘ท ๐’”๐’†๐’“๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‰ ๐‘น๐‘ด10 ๐ŸŽ Jangan kasi lama. Siapa cepat dia dapat tau!

Admin mahu kasi tips untuk memenangi iPhone 16 gais ๐Ÿ“ฑ Senang ja, daftar sekarang di ๐Œ๐„๐†๐€ ๐‚๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ dengan klik pautan di bawah โฌโฌ
[https://megacarnival.my/u/register]

10/01/2025

Suara dia macam penyanyi original ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ‘๐Ÿป

Tiktok : petrovacath

Nama mama kena jual bah ๐Ÿคฃ
10/01/2025

Nama mama kena jual bah ๐Ÿคฃ

09/01/2025

Cantiknya Gunung Kinabalu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tiktok : mohamohok

Stefanus Able, pemenang anugerah MRK 2022, berasal dari Kg Tigot, Keningau, dan kini berusia 29 tahun. Sebagai seorang u...
09/01/2025

Stefanus Able, pemenang anugerah MRK 2022, berasal dari Kg Tigot, Keningau, dan kini berusia 29 tahun. Sebagai seorang usahawan muda, beliau telah membina kejayaan dalam dua bidang yang berbeza, iaitu Digital Marketing dan Fotografi Komersial serta Pernikahan.

Minat yang mendalam dalam industri kreatif, terutamanya fotografi, telah membawa Stefanus untuk memulakan kerjaya dalam bidang fotografi perkahwinan pada tahun 2015. Selain itu, beliau juga aktif dalam fotografi komersial dan potret. Namun, pada musim pandemik COVID-19, industri fotografi terjejas dengan teruk, mendorong beliau untuk beralih kepada bidang baharu iaitu Digital Marketing.

"Saya melihat cabaran yang dihadapi oleh industri fotografi semasa PKP sebagai peluang untuk memperluaskan pengetahuan dan meneroka bidang lain. Dengan sokongan daripada keluarga dan komuniti, saya menubuhkan Karpet Merah Production, sebuah syarikat Digital Marketing dan Media Studio untuk membantu perniagaan di Sabah mengembangkan pasaran mereka melalui platform dalam talian," ujar Stefanus.

Karpet Merah Production telah mencatatkan pencapaian yang signifikan sejak penubuhannya. Salah satu pencapaian yang paling membanggakan adalah menjadi penyedia "One-Stop-Solution" bagi perniagaan di Sabah yang ingin mewujudkan kehadiran dalam talian dan meningkatkan jualan mereka. Selain itu, Stefanus turut berperanan sebagai penceramah dalam program Usahawan by Maxis dan menjadi pengarah program MRK Kota Kinabalu. Selain itu, beliau juga terlibat dalam pelbagai projek besar, seperti menjadi Digital Marketing Lead untuk Konsert Selamanya Sabahan yang dianjurkan oleh Dabra Sia dan mewujudkan podcast Stef It Up untuk mengetengahkan inspirasi daripada individu-individu Sabahan.

Karpet Merah Production juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan aktiviti pro bono seperti rawatan pergigian percuma dengan Borneo Dental Centre sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

Keluarga menjadi faktor utama yang memberikan sokongan dan dorongan kepada Stefanus dalam memulakan dan mengembangkan bisnes ini. Tanpa sokongan padu daripada orang terdekat, beliau percaya bahawa perjalanannya untuk membina Karpet Merah Production tidak akan sebegitu lancar.

Bagi mereka yang baru berfikir untuk memulakan perniagaan dalam bidang serupa, Stefanus mempunyai beberapa nasihat berharga. "Memulakan perniagaan adalah satu perjalanan yang menarik, penuh dengan peluang untuk berkembang, belajar, dan berjaya. Kenali minat dan tujuan kamu, mulakan dengan kecil dan kembangkan dengan bijak," katanya.

Beliau juga menekankan kepentingan untuk memahami "Target Audience" dalam pemasaran. "Dalam dunia pemasaran, hal yang paling penting adalah untuk mengenali sasaran pelanggan terlebih dahulu, barulah jualan dapat meningkat," tambahnya.

Dalam dunia perniagaan yang semakin bergantung pada teknologi, Stefanus menggalakkan usahawan muda untuk memanfaatkan teknologi sebaik mungkin, menghadapi cabaran dengan berani, membina rangkaian yang kuat, serta sentiasa mencari panduan daripada mereka yang lebih berpengalaman. Dan yang paling penting, "Percaya pada diri sendiri," ujar beliau sebagai penutup.

Bah kamurang โ—Ni kalilah ๐Œ๐„๐†๐€ ๐‚๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐“๐„๐‘๐๐„๐’๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐Ž๐‘๐๐„๐Ž kembali menemui warga Sabah bertempat di Sabah International C...
09/01/2025

Bah kamurang โ—Ni kalilah ๐Œ๐„๐†๐€ ๐‚๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐“๐„๐‘๐๐„๐’๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐Ž๐‘๐๐„๐Ž kembali menemui warga Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre-SICC pada 10-12 Januari 2025 ini ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ ๐‘ด๐‘จ๐‘บ๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘ผ๐‘ด๐‘จ gais โœจ Dapat lagi ๐‘ฎ๐‘ถ๐‘ถ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฌ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘ผ๐‘ด๐‘จ kepada 1000 yang terawal. Wowโ€ผ๏ธ Get ready juga untuk nikmati ๐‘ป๐’‚๐’˜๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐‘ท๐‘พ๐‘ท ๐’”๐’†๐’“๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‰ ๐‘น๐‘ด10 ๐ŸŽ Jangan kasi lama. Siapa cepat dia dapat tau!

Pelbagai aktiviti menarik untuk kamurang sertai seperti Bengkel DIY, Makeup Tutorial, Peragaan Busana Pengantin, Pertandingan Mewarna, Persembahan LIVE dan banyak kejutan lagi ๐Ÿ‘๐Ÿป Dengan kolaborasi bersama lebih dari 6 event partners seluruh Malaysia, dan banyak lagi ๐Ÿค๐Ÿป

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran yang paling onsoi ๐Ÿ˜๐Ÿฅณ
๐Ÿ‘‰๐ŸปLebih 400++ Booth jualan dengan harga yang paling berbaloi โ€ผ๏ธ โ€“ Perabot, Barangan Elektrik, Set katil & tilam, makanan, property, dan banyak lagi ๐Ÿ˜ฑ

Admin mahu kasi tips untuk memenangi iPhone 16 gais ๐Ÿ“ฑ Senang ja, daftar sekarang di ๐Œ๐„๐†๐€ ๐‚๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ dengan klik pautan di bawah โฌโฌ
[https://megacarnival.my/u/register]

๐— ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ผ๐—บ๐—ฒ ๐—ซ ๐Œ๐„๐†๐€ ๐‚๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐“๐„๐‘๐๐„๐’๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐Ž๐‘๐๐„๐Ž
๐Ÿ“†10-12 Januari 2025 (Jumaat-Ahad)
๐Ÿ•™10 pagi โ€“ 9 malam
๐Ÿ“Sabah International Convention Centre
๐Ÿ“žUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0198888730

Jumpa kamurang disana! ๐Ÿฅณ Layari http://megacarnival.my/ untuk info lanjut!
*T&C apply
*COPYRIGHT ยฉ๏ธ Mega Carnival. All Rights Reserved.

Address

TV Sabah (Unit No. D-07-01, Level 7, Building D1 Aeropod Phase 2A)
Kota Kinabalu
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TV Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TV Sabah:

Videos

Share

Cerita Gingkaras

Gingkaras adalah laman dan portal socialtaiment paling top dan #1 di Sabah, Borneo, Malaysia. Gingkaras menyampaikan kandungan menarik yang mudah dibaca dan senang dikongsi seperti Muzik, Dokumentari, talk Show dan Cerita terkini atau viral.

Dapatkan isu-isu yang paling viral dan terkini setiap hari.

Gingkaras juga mempunyai akaun-akaun media sosial rasmi seperti berikut:

Facebook: facebook.com/GingKarasDotCom