Borneo Sabah TV

Borneo Sabah TV Established EMedia based in Kota Kinabalu, Sabah wholly owned by Borneo Synergy Event & Media Membuat liputan acara/program di dalam/luar negeri.
(8)

Ingin mejadi E-Media yang aktif dan berkualiti di Sabah.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, Covid19 Omicron Subvarian BF.7 sudah ada 3 kes. Dengan kemasukan pelanco...
05/01/2023

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, Covid19 Omicron Subvarian BF.7 sudah ada 3 kes. Dengan kemasukan pelancong daripada luar negera serta warga Malaysia yang telah ramai melancong di luar negara, kita mungkin akan menghadapi peningkatan kes BF.7.

Kita sedang beralih kepada fasa Endemik bukannya berpatah lagi ke Pandemik.

Sumber : KKM

Keadaan terkini jalan terputus di Jalan Riverside, Ranau.Sumber : Netizen
04/01/2023

Keadaan terkini jalan terputus di Jalan Riverside, Ranau.

Sumber : Netizen

Gangguan Letrik seluruh kawasan Ranau. Harap maklumSumber : SESB
04/01/2023

Gangguan Letrik seluruh kawasan Ranau. Harap maklum

Sumber : SESB


Penutupan serta merta bagi Jalan Kota Kinabalu - Sansakan Ranai (Jalan Riverside)🚨🚨🚨Sumber : Hebahan Whatsapp
04/01/2023

Penutupan serta merta bagi Jalan Kota Kinabalu - Sansakan Ranai (Jalan Riverside)🚨🚨🚨

Sumber : Hebahan Whatsapp

04/01/2023

Keadaan jalan putus di Ranau. Hati2 semua....

Sumber : Whatsapp

Hampir separuh penumpang pesawat dari China tiba di Itali positif COVID-19.KERAJAAN Itali akan membuat ujian COVID-19 ma...
31/12/2022

Hampir separuh penumpang pesawat dari China tiba di Itali positif COVID-19.

KERAJAAN Itali akan membuat ujian COVID-19 mandatori untuk semua ketibaan dari China selepas hampir 50 peratus penumpang dalam dua penerbangan dari Beijing ke Milan disahkan positif virus berkenaan.

Kedua-dua pesawat dari China itu menjadi penerbangan pertama China yang dikenakan pemeriksaan COVID-19 berikutan gelombang baharu virus itu yang sedang berlaku di negara Asia itu.

"Pada penerbangan pertama, daripada 92 penumpang, 35 orang (38 peratus) positif COVID-19.

"Pada penerbangan kedua, daripada 120 penumpang, 62 penumpang (52 peratus) positif COVID-19," kata Ketua kesihatan Lombardy, Guido Bertolaso, pada sidang media pada Rabu, lapor SkyNews.

Menurut laporan pihak berkuasa Milan, kebanyakan penumpang yang diuji positif COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala.

Bagaimanapun, media tempatan Itali melaporkan bahawa kerajaan bimbang tentang kemunculan varian baharu COVID-19 di tengah-tengah peningkatan jangkitan di China.

Selain menjalankan ujian COVID-19, pihak berkuasa Milan juga akan menjalankan ujian penjujukan untuk meneliti sama ada terdapat varian baharu dalam kalangan penumpang yang didapati positif virus itu.

Sumber : Astro Awani

29/12/2022

Kes akan naik lagi? 😱😱😱

Sumber : Dr Rolland Sky Clinic

AMEBA PEMAKAN OTAK (NAEGLERIA FOWLERI)
29/12/2022

AMEBA PEMAKAN OTAK (NAEGLERIA FOWLERI)

Tiada kes ‘ameba pemakan otak’ dikesan di Malaysia, kata Noor HishamKUALA LUMPUR: Tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri ...
29/12/2022

Tiada kes ‘ameba pemakan otak’ dikesan di Malaysia, kata Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri atau dirujuk sebagai ‘ameba pemakan otak’ dikesan di Malaysia setakat ini tetapi orang ramai dinasihatkan berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya ketika ingin melakukan aktiviti di kawasan air tawar.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini termasuklah mengelakkan diri daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat ameba berada di situ.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mana air mungkin dicemari oleh ameba yang boleh memasuki rongga hidung secara terus.

“Langkah lain ialah mencuci badan dengan air yang terawat dan sabun selepas melakukan aktiviti di dalam air dan segera mendapatkan rawatan apabila mengalami demam, sakit kepala, muntah atau kekakuan leher secara tiba-tiba terutamanya selepas melakukan aktiviti dalam air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naegleri Fowleri ialah ameba termofilik atau organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta dalam tanah dan boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk iaitu Primary Amoebic Meningoencephalitis (PAM) yang membawa maut.

Ameba Naegleri Fowleri juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang dan berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar.

Semalam, Korea Selatan telah melaporkan kes pertama jangkitan itu membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an yang meninggal dunia pada 21 Dis selepas menetap selama empat bulan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum kembali ke republik itu pada 10 Dis lepas.

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

“Selain itu, KKM juga komited dalam memberikan informasi yang tepat dan responsif sekiranya terdapat perkembangan terbaharu tentang penyakit tersebut,” kata Dr Noor Hisham.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata gejala PAM pada peringkat awal menyerupai gejala meningitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus lain seperti sakit kepala, demam, loya, atau muntah.

Katanya, gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher, kekeliruan, kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling, sawan, halusinasi dan koma juga boleh berlaku dan kebiasaannya, gejala ini muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) dan seawal satu hari atau selewat-lewatnya 12 hari selepas dijangkiti.

“Keadaan pesakit juga boleh bertambah teruk dengan cepat iaitu dalam tempoh lima hari dan kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari daripada onset gejala,” katanya.

Menurut Noor Hisham, penyakit tersebut didiagnosis melalui pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri dalam cecair tulang belakang atau tisu otak individu yang dijangkiti dan rawatannya adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan namun sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit berlaku sangat cepat.

Sumber : FMT

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekita...
26/12/2022

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara, melibatkan beberapa negeri hingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam (kmj), dengan ombak melebihi 4.5 meter, dikeluarkan di kawasan perairan Sabah Barat, Labuan, dan Sabah Timur.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi aktiviti perkapalan melibatkan kawasan perairan tenggara Reef North, Labuan, Timur Palawan dan Sulu, yang dijangka berlaku sehingga Selasa.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Amaran Kategori Kedua melibatkan fenomena angin kencang berkelajuan 50 hingga 60kmj dengan ombak setinggi 4.5 meter, dikeluarkan di perairan Sarawak yang dijangka berlaku sehingga 29 Disember ini.

"Kawasan yang turut terlibat ialah perairan Condore, Bunguran Utara, Reef North, Reef South, Layang-layang dan Barat Palawan. Kejadian ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut MetMalaysia.

Bagi Amaran Kategori Pertama, angin kencang berkelajuan 40 hingga 50kmj dengan ketinggian ombak 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Khamis ini.

Amaran itu turut melibatkan kawasan perairan Tioman dan Bunguran Selatan sekali gus, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sumber : Sinar Harian

Situasi terkini keadaan Air Pasang Di Kampung Sim-Sim , Sandakan setakat pukul 11:50 malam . Sumber - SANDAKANfm Bersama...
25/12/2022

Situasi terkini keadaan Air Pasang Di Kampung Sim-Sim , Sandakan setakat pukul 11:50 malam .

Sumber - SANDAKANfm Bersamamu

Ramalan Cuaca Signifikan oleh MET MalaysiaBorneo Sabah TV
25/12/2022

Ramalan Cuaca Signifikan oleh MET Malaysia

Borneo Sabah TV

Banjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam tempoh 24 jamSumber : PRABNBorneo Sabah TV
22/12/2022

Banjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam tempoh 24 jam

Sumber : PRABN

Borneo Sabah TV

Banjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam tempoh 24 jamBernama -December 22, 2022 10:30 AMKUALA LUMPUR: Banjir kilat di...
22/12/2022

Banjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam tempoh 24 jam
Bernama -December 22, 2022 10:30 AM

KUALA LUMPUR: Banjir kilat dijangka melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Berdasarkan notis yang dikeluarkan 7 pagi ini, kawasan terlibat di Johor termasuk Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau).

Di Pahang, tiga daerah terlibat, iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar).

Sementara itu, di Perak, dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang) manakala di Selangor membabitkan Klang.

Bagi Terengganu p**a, kawasan diramal terjejas termasuk Marang (Bukit Payung) dan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu), manakala di Sabah, Tuaran (Kampung Berungis dan Pekan Tenghilan).

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir, dan melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook dan Twitter untuk mendapatkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Sumber : FMT

Borneo Sabah TV

 : Jumlah kerusi ditandingi dan dimenangi
20/11/2022

: Jumlah kerusi ditandingi dan dimenangi




INFOGRAFIKKEPUTUSAN KEDUDUKAN PARTI POLITIK SEHINGGA PUKUL 2:00 PAGI SUMBER   'Yang sahih di Berita RTM'
19/11/2022

INFOGRAFIK

KEPUTUSAN KEDUDUKAN PARTI POLITIK SEHINGGA PUKUL 2:00 PAGI

SUMBER

'Yang sahih di Berita RTM'

Kedudukan setakat ini dan terkini bagi Dewan Rakyat sempena PRU15. Rasmi daripada SPR.
19/11/2022

Kedudukan setakat ini dan terkini bagi Dewan Rakyat sempena PRU15. Rasmi daripada SPR.

19/11/2022

Laporan PRU15 secara live daripada RTM dan keputusan tidak rasmi daripada myundi.com.my

Jom warga Kota Kinabalu sama-sama kita menyokong Kempen Derma Darah anjuran AMC College dengan kerjasama Hospital Queen ...
25/06/2022

Jom warga Kota Kinabalu sama-sama kita menyokong Kempen Derma Darah anjuran AMC College dengan kerjasama Hospital Queen Elizabath II dan Suria Sabah Shopping Mall.

Program akan bermula pada 10.00 pagi hingga 3.00 petang. 20 orang terawal akan menerima sebungkus beras 5KG. Goodies juga akan diberikan kepada para penderma darah.

Jom kita support kerana 'Setitik' darah mampu menyelamatkan nyawa.

156 GRADUATES CELEBRATED IN CONJUNCTION WITH THE 37th ANNIVERSARY OF AMC COLLEGE Kota Kinabalu, 28th May 2022:AMC Colleg...
01/06/2022

156 GRADUATES CELEBRATED IN CONJUNCTION WITH THE 37th ANNIVERSARY OF AMC COLLEGE

Kota Kinabalu, 28th May 2022:

AMC College organized their 4th and City Skill Training Center's 2nd convocation to recognize the graduating class of 2019 to 2021 today. This is the first convocation held to celebrate their graduation in person after the restriction of the COVID-19 pandemic and the ceremony was held in Likas Square Ballroom.

The ceremony was attended by graduates, Programme Coordinators, Academicians, Head of Departments, administrators, Chief Executive, parents and family members and it was further graced by the presence of the Guest of Honour, Dr. Cannye Chung Mee Moi as the Director of Studies of AMC College.

There are a total of 87 graduates from AMC College and 69 graduates from the City Skills Training Center. 87 of them from AMC College which comprises; a Certificate in Business, Certificate in Technology, Diploma in Accounting, Diploma in Business Administration, Diploma in Computer Networking, Diploma in Hotel Management, Diploma in Information Technology and Diploma in Marketing. 69 graduates from the City Skills Training Center which comprise; Road Construction Operation (Level 2) and Civil & Structural Supervisor (Level 3).

Chief Executive of AMC College Mr Bryan Lo Ching Wing commenced the ceremony by welcoming and congratulating the graduates. He said the convocation ceremony is a symbol of the success of the graduates and it is not the endpoint of struggle or learning. In fact, it is the starting point for all graduates to continue to strive and fight for the advancement of themselves, their society and their beloved country.

“AMC College never stops in improving its services and education quality standards and continues to strive and achieve MyQuest rating at 4 stars and above. For the past 37 years, the institution has been committed to providing excellence and quality education to the students and continuing to accomplish this mission to play a part to help develop human capital for the state of Sabah and Malaysia as a whole. For sure, this ceremony will leave a deep impression and a lasting memory for the graduates. It is also a stimulus for them to achieve success in all fields that will be ventured into. Hence, the journey has just begun!” He told the reporters today.

The convocation ceremony also celebrated Mr. Ramesh Kumar A/L Sountha Rajan, a graduate of Diploma in Hotel Management as the valedictorian of the class of 2021. Speaking on behalf of the graduating class, he said that during his college life, he made sure to create many memories besides studying alone because he always believed that memories are the only friend that would travel throughout one’s life journey. Ramesh concluded his speech by expressing his gratitude for the years he has spent at AMC College, with an amazing set of friends, so much so Sabah has become his second home.

While celebrating the graduate's achievement today together with their parents, AMC College also took the opportunity to remark that in conjunction with the college’s 37th Anniversary Celebration, the launching of Datuk Chu Kok Keng 100% scholarships on tuition fees for all Diploma programs, available to all SPM leavers and equivalent with 3 credits in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) or any equivalent academic qualification.

According to the Chief Executive, the Datuk Chu Kok Keng 100% scholarship with a limited time offer can help some of the anak-anak sabah who are going to receive their SPM results on 10th June next month to fulfill their education dream at AMC College. He encouraged all SPM graduates as well as UEC, O-Level or equivalent academic qualifications not to miss this golden opportunity to apply for this scholarship.

The Best Student Award was also won by graduates such as Ramesh Kumar A/L Sountha Rajan (Diploma In Hotel Management), Flovey Chang Oy Anne (Diploma In Business Administration), Lee Chia Seng (Diploma In Marketing), Lenny Lim Kah Yun (Diploma In Information Technology -Networking) and Hong Ya Wen (Certificate In Business).

At the same time, Excellently Skilled Apprentices from City Skill Training Center also awarded to 9 graduates from Road Construction Operations Level 2, they are Lebikoh Mabin, Frdolin Bin Kadius, Andrew M. Sodomon, D. Norhasnah Sainin, Eriq Haiqal Bin John, Roienah Nasip, Shamrul Bin Singkatok, Sylviani Samuian and Wella Binti Ruhani@Pelen. Meantime, Lerrexson Jewah from Public & Structural Supervisor Level 3 was also awarded as one of the Excellently Skilled Apprentices.

AMC College has been awarded 4-Star for MyQuest 2018/2019 (Malaysia Quality Evaluation System for Private Colleges) by The Ministry of Higher Education (MoHE). This assessment is initiated to improve the quality of education here in Malaysia and the institution also gained recognition from international reputable higher education and professional institutions to collaborate with us such as Leeds Beckett University, UK, the Chartered Institute of Management Accountants, UK, and many other foreign universities.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat ribut tropika Megi yang boleh men...
10/04/2022

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat ribut tropika Megi yang boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11 pagi tadi, ribut tropika itu dikesan di kedudukan Latitud 10.7 Utara dan Longitud 125.6 Timur, kira-kira 101 kilometer (km) ke Timur Laut Surigao City, Filipina.

Ribut dengan pergerakan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j tersebut berada kira-kira 985 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah.

Sumber : Daily Express

09/04/2022

Ditular dalam media sosial insiden hujan ais batu di Tinusa 2, Sandakan, Sabah lebih kurang sejam lepas. Allahuabar...Hati-hati semuanya... Ujian dalam bulan ramadhan.

Sumber : Facebook

Gempa bumi lemah telah berlaku di Beluran,Sabah pada jam 8:39 malam, 28 Mac 2022Koordinat : 6.5° Utara dan 117.5° TimurM...
28/03/2022

Gempa bumi lemah telah berlaku di Beluran,Sabah pada jam 8:39 malam, 28 Mac 2022

Koordinat : 6.5° Utara dan 117.5° Timur
Magnitud : 3.8
Jarak : 47km Timur dari Pitas,Sabah
Kedalaman : 7 km

Gegaran mungkin dirasai di Beluran dan sekitarnya.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.MET Malaysia.



17/02/2022

Boleh tanya? Apakah benda ni? Mainan? Harap2 betul tekaan ini...

Apabila Sabah sekali lagi menjadi Juara dengan memperolehi kes COVID19 tertinggi di Malaysia sekaligus menjadi kes selur...
15/02/2022

Apabila Sabah sekali lagi menjadi Juara dengan memperolehi kes COVID19 tertinggi di Malaysia sekaligus menjadi kes seluruh Malaysia hari ini mencecah 22,133.

Persoalan ramai orang, apalah tindakan kerajaan Sabah? Kakitangan kerajaan disuruh 50% kerja daripada rumah (BDR) dan separuh lagi kerja di pejabat. Swasta bagaimana p**a?

Majlis pun masih ON disana disini dan sebagainya. Sepatutnya kes sporadik semakin menjadi semakin teruk cubalah buat sesuatu releven untuk masa sekarang?

Renung-renungkanlah. Macam mana fikirkan pasal pembangunan, ekonomi.. Kalau keadaan semakin teruk tidak juga akan menjadi.

Semakin meningkat kes di Sabah. 4107 hari ini. Menjadikan Malaysia Kes Baru CoVID19 hari ini adalah 22,802.Sumber : Suar...
12/02/2022

Semakin meningkat kes di Sabah. 4107 hari ini. Menjadikan Malaysia Kes Baru CoVID19 hari ini adalah 22,802.

Sumber : Suara Sabah Today

12/02/2022

KK akhirnya hujan lebat.... Hati2 gais yang memandu dan tempat tinggal kawasan rendah.

KOTA KINABALU : Peningkatan kes Covid-19 berada pada tahap yang membimbangkan di negara ini di mana hari ini Malaysia me...
09/02/2022

KOTA KINABALU : Peningkatan kes Covid-19 berada pada tahap yang membimbangkan di negara ini di mana hari ini Malaysia merekodkan sebanyak 17,134 kes jangkitan Covid-19. Peningkatan yang ketara dapat dilihat pada jumlah kes di negeri Sabah yang melonjak daripada 2,069 kes semalam (8 Februari) kepada 3,333 kes hari ini (9 Februari). Jurucakap rasmi perkembangan harian Covid-19 negeri ini memberitahu dalam satu kenyataan media bahawa jumlah kes ini adalah jumlah kes jangkitan pasca vaksinasi tertinggi sepanjang masa.

Kes seluruh Malaysia setakat ini adalah 17,134.

Anda mempunyai sumber maklumat, isu-isu semasa, konten yang menarik atau sebagainya? Salurkan kepada kami sekarang di Bo...
09/02/2022

Anda mempunyai sumber maklumat, isu-isu semasa, konten yang menarik atau sebagainya? Salurkan kepada kami sekarang di Borneo Sabah TV melalui Whatsapp 24/7.

1,285 kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini; ada kemungkinan disebabkan Omicron KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 1,285 ke...
06/02/2022

1,285 kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini; ada kemungkinan disebabkan Omicron

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 1,285 kes baharu Covid-19 hari ini, seperti yang dijangkakan, naik 80 kes berbanding kelmarin (1,205).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertambahan kes harian yang tinggi disebabkan oleh beberapa faktor.

Katanya, faktor yang jelas ialah virus Covid-19 sudah bertapak secara meluas dalam komuniti dan ini memudahkan kadar perebakan dan jangkitan dengan lebih cepat.

“Sebanyak 47.55% jangkitan baharu hari ini berlaku secara sporadik dan hanya disedari apabila pesakit mengalami gejala jangkitan Covid-19.

“Inilah kategori pesakit yang diperolehi melalui saringan bergejala. Jumlah kategori ini lebih tinggi daripada jumlah pesakit yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks (45.37%).

“Adalah juga diperhatikan bahawa peratusan kes-kes melalui saringan bergejala adalah tinggi di kawasan perbandaran. Sebagai misalan, hampir 50% daripada kes-kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kategori saringan bergejala,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Faktor kedua yang menyumbang kepada jumlah kes yang tinggi ialah sikap cuai atau ‘tidak peduli’ segelintir masyarakat kepada keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) samada semasa berkumpul dengan kawan-kawan atau semasa berada di khalayak ramai.

Masidi berkata, sebagai contoh pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sudah semakin longgar.

“Sikap cuai ini memudahkan jangkitan dan seterusnya menambah bilangan pesakit baharu,” ujarnya.

Tertakluk kepada pengesahan JKNS, katanya, jumlah kes-kes baharu yang melambung tinggi sejak seminggu ini berkemungkinan juga disebabkan oleh Omicron, varian yang lebih cepat merebak walaupun gejala jangkitan lebih ringan daripada varian lain.

“Kadar perebakan Varian B2 Omicron yang merupakan varian dominan di negara jiran Filipina adalah 1.8 lebih cepat daripada varian biasa.

“Varian yang sama juga mengakibatkan peningkatan kes yang tinggi di Singapura dan di banyak negara di dunia,” katanya.

Kata beliau, terdapat empat daerah mencatatkan kes tiga angka dengan Kota Kinabalu melepasi paras angka 300 iaitu 309 kes (+96), diikuti oleh Sandakan 201 kes (-29), Tuaran 150 kes (+37) dan Penampang 108 kes (-5) kes.

Tambahnya, sejumlah 14 daerah lain mencatatkan kes dua angka, 6 daerah dengan satu angka dan cuma 3 daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu.

Sejumlah 1276 dari 1285 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lima kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

Sumber : Warta Oriental

Address

Kota Kinabalu
88000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borneo Sabah TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Borneo Sabah TV:

Videos

Share

Category

BORNEO SABAH TV

BORNEO SABAH TV or BSTV is a full-fledged new media agency wholly owned by Borneo Synergy Event & Media (159862-T) from Kota Kinabalu, Sabah. We are provides accurate and useful information and news. Sometime we also brings to you programme / events coverage for the public reading and viewing.

Attention :

When contributing any comments, do not post any material / comments that contains:

1) Hate speech


Other Video Creators in Kota Kinabalu

Show All