04/12/2024
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข ๐ ๐๐ ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ข๐ฃ๐ข๐ฉ ๐๐ข๐ต๐ถ๐ฌ ๐๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ข๐ฏ๐จ๐ญ๐ช๐ฎ๐ข ๐๐ซ ๐๐ข๐ซ๐ช๐ซ๐ช ๐๐ซ ๐๐ฐ๐ฐ๐ณ
๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ง๐จ๐ก๐๐จ๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐ ๐๐ก ๐ฃ๐ข๐๐๐ง๐๐
Berikutan penyebaran beberapa klip video terbaharu, saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa sumber mineral negeri ini kekal terpelihara dan diuruskan dengan teliti demi masa depan rakyat.
Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran saya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong (mining lease) kepada mana-mana pihak.
Sebarang dakwaan bahawa lesen melombong telah diberikan adalah tidak benar sama sekali.
Setakat ini, kerajaan hanya mengeluarkan Prospecting License yang bertujuan untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral.
Proses ini adalah langkah awal yang diperlukan sebelum sebarang permohonan mining lease daripada syarikat yang layak dapat dipertimbangkan.
Malangnya, isu ini telah dijadikan propaganda politik oleh pihak-pihak tertentu dengan niat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dan menggugat kestabilan politik.
Kerajaan Sabah tidak akan tunduk kepada usaha yang berniat untuk menggugat kestabilan politik negeri.
Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan kumpulan tersebut melibatkan tanah yang sangat luas, hampir 1 juta ekar.
Sebahagian besar kawasan itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya (totally protected areas), kawasan tadahan air, dan kawasan pemeliharaan.
Apabila permohonan mereka tidak berjaya, beberapa klip video telah disebarkan sebagai usaha untuk mengancam Kerajaan Negeri.
Tuduhan bahawa wakil rakyat meminta habuan atau melakukan salah laku berkaitan isu ini adalah tidak berasas.
Perbuatan mengaitkan rakaman video yang telah disunting dan disebarkan dengan niat jahat, termasuk ancaman berbentuk pemerasan jenayah, adalah tindakan terdesak yang bertujuan mencemar nama baik kerajaan dan menjejaskan kestabilan politik Sabah.
Oleh itu, saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbiran saya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan, dan kejujuran.
Marilah kita bersama-sama memastikan kerajaan ini terus bertanggungjawab, responsif, dan fokus kepada keperluan rakyat demi masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera