15/01/2025
PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER ARTILERI DIVISYEN 5 DIVISYEN
LOK KAWI, 15 Jan 25 - Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Haji Noorrul Azril bin Ariffin telah menyempurnakan acara Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen bertempat di Dataran Logistik 5 Divisyen.
Acara dimulakan dengan Panglima 5 Divisyen menerima Tabik Hormat daripada Kontinjen Perbarisan seterusnya menyaksikan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa di antara Pemangku Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen, Lt Kol Azmi bin Hj Sidek (Pegawai Memerintah 6 RAD) dan Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen yang baharu, Kol Saiful Nizam bin Che Soh.
Selepas acara Serah Terima Tugas, Kunjungan Hormat dan Temuduga Masuk Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen oleh Panglima 5 Divisyen telah dilaksanakan bertempat di Pejabat Panglima 5 Divisyen.
Seluruh warga 5 Divisyen mengucapkan selamat berkhidmat kepada Kol Saiful Nizam bin Che Soh di atas amanah yang diberikan sebagai Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen yang ke-3.