SNT TV

SNT TV Sabah News Today - SNT TV merupakan sebuah portal berita online tentang negeri Sabah meliputi semua.

  Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata kadar itu dijangka terus bertambah dengan pada hari tertentu b...
10/10/2023

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata kadar itu dijangka terus bertambah dengan pada hari tertentu beberapa hotel dilaporkan mencatat penghunian penuh, terutamanya ketika cuti atau apabila ada acara diadakan di sini.

"Ini menunjukkan industri hospitaliti kita pulih dengan cepat daripada kesan pandemik COVID-19 yang berlaku sebelum ini," katanya pada sambutan ulang tahun ke-40 tahun Hotel Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini, malam tadi.

KOTA KINABALU: Peningkatan semula kedatangan pelancong menyaksikan sektor perhotelan di negeri ini mencatat 52 peratus kadar penghunian bilik hotel sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata kadar itu dijangka terus bertambah dengan pada hari tert...

  Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir, berkata Penamatan WIFI Komuniti Percuma Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ...
23/07/2023

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir, berkata Penamatan WIFI Komuniti Percuma Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) adalah tidak wajar dan mengundang masalah kepada pelajar di kawasan luar bandar.

Klik link dibawah untuk berita penuh.

SANDAKAN: Penamatan WIFI Komuniti Percuma Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) adalah tidak wajar dan mengundang masalah kepada pelajar di kawasan luar bandar. Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir berkata ramai pelajar di kawasan luar ba...

25/04/2023

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada. Tidak lupa diucapkan terima kasih atas sokongan anda semua kepada perkhidmatan MFZ Niaga Kitchen Cabinet. Kami mula beroperasi sepenuhnya pada 26 April 2023 (Rabu) untuk memenuhi keperluan anda semua. Berminat mendapatkan perkhidmatan ini boleh hubungi 013-860 1636

13/04/2023

KOTA KINABALU: Sejumlah RM16.2 juta disediakan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan kepimpinan belia pada tahun ini. Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelaksanaan program tersebut bertujuan melahirkan belia berkualiti yang juga salah satu agenda pelan pembangunan Hala T...

Sabah FC bangkit untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Par...
10/04/2023

Sabah FC bangkit untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi malam tadi.

Gol jaringan Park Taesu pada minit ke-76 membolehkan Sabah FC meraih satu mata.
Jaringan menerusi tandukan itu selepas Park Taesu menerima hantaran daripada Jailton Da Silva.

Keputusan ini melegakan Sabah FC selepas mencatatkan dua kekalahan sebelum ini kepada Johor Darul Ta'zim dan Kuala Lumpur City FC.

Terdahulu Negeri Sembilan FC mendahului jaringan pada minit ke-21 menerusi Tommy Mawat yang menyudahkan tendangan percuma dengan baik mengelirukan penjaga gol Sabah FC Damien Lim.

Sabah FC kembali beraksi di Stadium Likas pada 19 April ini menentang Kelantan FC.

📲Sabah News Today juga ada akaun instagram @📲 https://instagram.com/sabah.newstoday?igshid=NDk5N2NlZjQ=newstoday

https://sabahnewstoday.net/liga-super-sabah-fc-bangkit-untuk-catat-keputusan-seri-di-paroi

PAROI (Negeri Sembilan): Sabah FC bangkit untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi malam tadi. Gol jaringan Park Taesu pada minit ke-76 membolehkan Sabah FC meraih satu mata. Jaringan menerusi tandukan itu selepas Park Taesu menerima h...

“Semalam saya sempat menyantuni pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTM Sabah). Saya dimaklumkan hampir 8...
02/04/2023

“Semalam saya sempat menyantuni pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTM Sabah). Saya dimaklumkan hampir 80 peratus pelajar UiTM Sabah adalah tergolongan dalam B40 sekali gus tidak mampu untuk mendapatkan makanan asas yang secukupnya.

“Oleh itu pihak Pengurusan menwujudkan Dapur Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Food Bank. Saya sangat luluh hati melihat serta mengenang nasib anak-anak Sabah ini,” katanya di sini hari ini.

📲Sabah News Today juga ada akaun instagram @📲 https://instagram.com/sabah.newstoday?igshid=NDk5N2NlZjQ=newstoday

https://sabahnewstoday.net/syarikat-glc-perlu-tampil-salur-sumbangan-kepada-pelajar-b40-sabah-mustapha

KOTA KINABALU: Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Swasta perlu tampil menyalurkan sumbangan kepada pelajar dalam kumpulan berpendapatan isi rumah terendah (B40) di negeri ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, ini bagi memastikan pelajar B40 untuk meneruskan pengajian se...

“Setiba di tempat kejadian terletak 20 kilometer dari BBP itu mendapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis sep...
23/03/2023

“Setiba di tempat kejadian terletak 20 kilometer dari BBP itu mendapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 50’x40′ terbakar 90 peratus.

“Pas**an bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan sumber air dari jentera,” katanya.

📲Sabah News Today juga ada akaun instagram @📲 https://instagram.com/sabah.newstoday?igshid=NDk5N2NlZjQ=newstoday

PAPAR: Seorang anggota bomba bantuan cedera renjatan elektrik ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Sabok di Kinarut, dekat sini, tengah hari tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, PPgB Rozlan Osman berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Qayyum Hamzah, 2...

“Lebih menyedihkan kita cuba hubungi talian Care line 088-326888 gagal melayani aduan pengguna. Sepatutnya JANS perlu se...
14/03/2023

“Lebih menyedihkan kita cuba hubungi talian Care line 088-326888 gagal melayani aduan pengguna. Sepatutnya JANS perlu sediakan bantuan air sementara diberikan….Air ini merupakan keperluan asas kepada semua penduduk.

“Mungkin kawasan lain sekitar Sepanggar atau kawasan berhampiran juga terjejas dengan masalah air ini. Kita pohon JANS bertindak segera selesaikan masalah ini,” katanya hari ini.

📲Sabah News Today juga ada akaun instagram @📲 https://instagram.com/sabah.newstoday?igshid=NDk5N2NlZjQ=newstoday

https://sabahnewstoday.net/penduduk-kingsfisher-berang-perkhidmatan-air-tergendala-sejak-ahad-lalu/

KOTA KINABALU: Penduduk sekitar kawasan ‘Sepanggar’ berang sekali gus mengadu berikutan masalah ketiadaan air sejak ahad lalu. Rata-rata pembaca menghubungi Sabahnewstoday untuk membuat aduan mereka berikutan tidak ada permakluman dikeluarkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Seorang pendudu...

Sabah FC mengutip satu mata menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada perlawanan Liga Super 2...
12/03/2023

Sabah FC mengutip satu mata menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada perlawanan Liga Super 2023, malam ini, yang berakhir dengan jaringan 1-1.

Sabah FC membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi tandukan Daniel Ting menerusi hantaran pemain inport dari Korea Selatan Kwng Min Ko.

Bagaimanapun, Sri Pahang FC menyamakan jaringan pada minit ke-26 menerusi Kherpa Sherman yang terlepas dari kawalan pemain pertahanan Sabah FC Dominic Tan.

Bersambung masa kedua. Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee memasukkan Saddil Ramdani menggantikan Kwang Min Ho.

Pada minit ke-67, pengadil Noor Azriel Baharudin melayangkan kad merah kepada Kim Swee selepas beliau dilihat menentang beberapa keputusan pengadil.

Sabah FC kekal ditangga kedua kedudukan pas**an Liga Super dengan 10 mata, ketinggalan dua mata dari pendahulu liga Johor Darul Ta'zim.

Perlawanan keempat Sabah pada saingan Liga Super ini akan menentang Penang FC di Stadium Likas Kota Kinabalu pada 17 Mac ini.

📲Sabah News Today juga ada akaun instagram @📲 https://instagram.com/sabah.newstoday?igshid=NDk5N2NlZjQ=newstoday

https://sabahnewstoday.net/liga-super-sabah-fc-raih-satu-mata-menentang-sri-pahang-fc

KUANTAN (Pahang): Sabah FC mengutip satu mata menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada perlawanan Liga Super 2023, malam ini, yang berakhir dengan jaringan 1-1. Sabah FC membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi tandukan Daniel Ting menerusi hantaran pemain inport dari K...

“Pertama kita mengenalpasti jumlah graduan yang masih belum mempunyai bidang pekerjaan. Kita akan rekodkan bidang gradua...
12/03/2023

“Pertama kita mengenalpasti jumlah graduan yang masih belum mempunyai bidang pekerjaan. Kita akan rekodkan bidang graduan ini agar dapat dibantu dalam sektor pelancongan, perikanan serta penternakan rumpai laut di Semporna.

“Kita perlukan golongan graduan ini untuk kembali bekerja serta berkhidmat di daerah Semporna mewujudkan nilai kepada produk sedia ada ini agar dapat dipasarkan di peringkat global.

“Mereka (Graduan) ini mempunyai ilmu kepakaran serta terdedah kepada bidang teknologi matlumat untuk membolehkan graduan ini membantu meningkatkan hasil pendapatan keluarga sekali gus ekonomi di daerah Semporna,” katanya.

📲Sabah News Today juga ada akaun instagram @📲 https://instagram.com/sabah.newstoday?igshid=NDk5N2NlZjQ=newstoday

https://sabahnewstoday.net/matlamat-kekalkan-semporna-penyumbang-utama-graduan-di-sabah-mohd-syam-muksan

KOTA KINABALU: Matlamat mengekalkan ‘Semporna sebagai penyumbang utama graduan di Sabah’ merupakan sasaran Calon Ketua Bahagian UMNO Semporna. Menurutnya, berbekalkan pengalaman sebagai pesara guru, pernah bertugas sebagai Penolong Kanan dan Exco Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan serta Yang Dipe...

"Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik yang utuh kita boleh membawa pemban...
04/03/2023

"Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik yang utuh kita boleh membawa pembangunan dan perubahan, khususnya di Karamunting yang masih mahukan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

"Demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepemimpinan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan negeri Sabah di bawah kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor," katanya.

📲Sabah News Today juga ada akaun instagram @📲 https://instagram.com/sabah.newstoday?igshid=NDk5N2NlZjQ=newstoday

https://sabahnewstoday.net/adun-karamunting-george-hiew-vun-zin-tinggalkan-warisan

“Kita akan menambah baik semua aspek yang kita perlukan…Kelebihan dengan beberapa pemain import yang baharu termasuk sud...
25/02/2023

“Kita akan menambah baik semua aspek yang kita perlukan…Kelebihan dengan beberapa pemain import yang baharu termasuk sudah pasti akan memberi banyak impak kepada pas**an Sabah FC.

“Seperti saya katakan untuk menilai mereka kita harus melihat saingan liga super dalam beberapa perlawanan sebelum memutuskan sama ada pemain import ini akan membantu atau tidak pas**an Sabah FC,” katanya.

KOTA KINABALU: Sabah FC bersiap bersedia mengharungi perjalanan kempen Liga Super 2023 apabila melayani perlawanan pertama menentang PDRM FC di Stadium Likas, jam 7.30 malam ini. Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau percaya Sabah FC membariskan pemain terbaiknya dengan memberikan mutu p...

“Dua jenis alga dikesan menjadi punca fenomena itu iaitu Margalefidinium polykrikoides (Cochlodium) dan Pyrodinium baham...
20/02/2023

“Dua jenis alga dikesan menjadi punca fenomena itu iaitu Margalefidinium polykrikoides (Cochlodium) dan Pyrodinium bahamense mengeluarkan toksin berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan hidupan marin.

“Kehadiran kedua-dua alga beracun itu dikesan menerusi ujian sampel air laut yang diambil di beberapa lokasi sekitar perairan Kota Kinabalu pada 16 Februari lalu.

📲Sabah News Today juga ada akaun Twitter. Jom follow https://twitter.com/

https://sabahnewstoday.net/sabah-larang-aktiviti-tuaian-jualan-kutip-kerang-kerangan-jeffrey

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah hari ini mengesahkan berlaku fenomena air merah atau Red Tide yang disebabkan ledakan pembiakan alga beracun di beberapa perairan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran, di sini. Menterinya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Jabat...

“Ini sekali gus membuktikan kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka r...
19/02/2023

“Ini sekali gus membuktikan kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka ruang kepada anak tempatan Sabah untuk menjawat jawatan penting di kementerian kanan di negara ini,” katanya.

📲Sabah News Today juga ada akaun Twitter. Jom follow https://twitter.com/

https://sabahnewstoday.net/pelantikkan-ruji-ubi-bukti-penghargaan-kepada-rakyat-sabah-awang-jaafar

KOTA KINABALU: Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menyambut baik pelantikkan Datuk Ruji Ubi sebagai Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) di Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pengiktirafan terhadap kemampuan anak tempatan Sabah di peringkat nasional. Pengerusi Perhubungan Negeri MCCF S...

“Kita masih tertanya-tanya pernahkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap keny...
18/02/2023

“Kita masih tertanya-tanya pernahkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap kenyataan terbuka Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador suatu ketika dulu menyatakan bahawa ahli politik datang ke Sabah (membeli kraftangan) dan selepas daripada itu, ada ADUN yang melompat.

“Pernahkah SPRM menyiasat perkara ini?…..Adakah kerajaan maklum berkaitan perkara ini sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah menjadi mangsa akibat daripada ADUN serta Ahli Parlimen mereka juga melompat pada ketika itu,” katanya.

📲Sabah News Today juga ada akaun Twitter. Jom follow https://twitter.com/

https://sabahnewstoday.net/habuan-dan-tekanan-parti-pemerintah-punca-adun-warisan-lompat-parti-loretto

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengaku antara punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggalkan parti disebabkan habuan serta tekanan daripada parti pemerintah. Setiausaha Agung Parti Warisan (WARISAN), Datuk Loretto J. Padua berkata, mungkin dalam kalangan ADUN ini berfikiran h...

"Kita berpendapat ucapan Shafie di Parlimen baru-baru ini yang membuat tuduhan dengan cerita dongeng bahawa wakil rakyat...
17/02/2023

"Kita berpendapat ucapan Shafie di Parlimen baru-baru ini yang membuat tuduhan dengan cerita dongeng bahawa wakil rakyatnya keluar parti kerana dibeli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengesahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang pemimpin yang hanya s**a berpolemik dan menimbulkan ketidakstabilan politik di Sabah.

"Jika Presiden WARISAN itu mempunyai bukti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beliau dibeli sepertimana dakwaannya, maka laporlah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukannya hanya membuat dakwaan retorik kerana kelemahannya sendiri lalu menyalahkan orang lain," katanya

📲Sabah News Today juga ada akaun Twitter. Jom follow https://twitter.com/

https://sabahnewstoday.net/tuduhan-shafie-mengenai-adun-warisan-dibeli-adalah-fitnah-nizam/

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menyifatkan dakwaan pembelian wakil rakyat Parti Warisan (WARISAN) adalah sebagai satu fitnah semata-mata. Menurutnya, Presiden WARISAN....

Address

Likas, Likas
Kota Kinabalu
88300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SNT TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SNT TV:

Videos

Share