INFO X

INFO X Kami membawakan kepada anda berita-berita 'Xclusive, Xciting dan Terkini' !!!
(1)

Seramai 196 mangsa banjir daripada 55 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Tongod dan Kinab...
03/02/2025

Seramai 196 mangsa banjir daripada 55 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Tongod dan Kinabatangan, setakat pagi tadi.

PPS terbabit ialah masing-masing dua di Tongod yang menempatkan seramai 155 mangsa, manakala satu di Kinabatangan iaitu di Sekolah Agama Pekan Bukit Garam baru dibuka semalam, menempatkan 41 mangsa.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/196-mangsa-banjir-masih-ditempatkan-di-pps/

Pertunjukan bunga api yang dilancarkan dari tingkat teratas, The Logg Luyang, yang kini dalam fasa pembinaan. - Info X P...
02/02/2025

Pertunjukan bunga api yang dilancarkan dari tingkat teratas, The Logg Luyang, yang kini dalam fasa pembinaan. - Info X

Photo/MAHA

Bau busuk dari sebuah rumah di Sri Taman Batu 3.5, Sandakan, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang tinggal b...
02/02/2025

Bau busuk dari sebuah rumah di Sri Taman Batu 3.5, Sandakan, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang tinggal bersendirian, di sini, pagi tadi.

Kejadian itu disedari oleh jiran mangsa lalu memaklumkan kepada kakak dan adik mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis, kira-kira jam 11.30 pagi.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/lelaki-tinggal-sendirian-ditemui-meninggal-dunia/

Pesisiran laut Tanjung Lipat, Kota Kinabalu sentiasa meriah dengan kehadiran orang ramai yang bersantai bersama keluarga...
02/02/2025

Pesisiran laut Tanjung Lipat, Kota Kinabalu sentiasa meriah dengan kehadiran orang ramai yang bersantai bersama keluarga dan rakan, terutama pada hujung minggu.

Lokasi berdekatan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut menjadi 'port' kaki pancing melepas gian sambil menikmati suasana tepian laut berhadapan perairan Teluk Likas. - Info X

Photo/Mohd Adam Arinin

Kerajaan negeri disaran memartabatkan budaya etnik Sabah dengan menjadikan pakaian atau kostum bermotifkan etnik negeri ...
02/02/2025

Kerajaan negeri disaran memartabatkan budaya etnik Sabah dengan menjadikan pakaian atau kostum bermotifkan etnik negeri ini sebagai pakaian rasmi dalam mana-mana majlis rasmi kerajaan.

Presiden Perkumpulan Perempuan Sabah, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata pemaikaian kostum pelbagai etnik Sabah bukan saja cantik dan menarik, malah mempunyai nilai komersial.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/kostum-tradisi-etnik-sabah-dicadang-pakaian-rasmi-majlis-kerajaan/

Hujan lebat mengakibatkan sebuah rumah penduduk di Kampung Kuala 2, Kinarut, di sini, terjejas berikutan kejadian tanah ...
02/02/2025

Hujan lebat mengakibatkan sebuah rumah penduduk di Kampung Kuala 2, Kinarut, di sini, terjejas berikutan kejadian tanah runtuh, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata maklumat kejadian itu diterima jam 10.44 malam, namun disahkan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/sebuah-rumah-terjejas-tanah-runtuh-di-kinarut/

Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan merampas pelbagai barangan ...
02/02/2025

Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan merampas pelbagai barangan seludup bernilai lebih RM5 juta beberapa serbuan bermula 18 hingga 31 Januari lalu.

Selain rampasan berkenaan, serbuan yang dijalankan di sekitar kawasan pantai barat dan timur Sabah turut menahan 28 individu yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan berkenaan.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/pga-rampas-barang-seludup-rm5-juta/

Sabah Electricity memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan La...
02/02/2025

Sabah Electricity memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Mohd Yaakob Jaafar, berkata setiap pengguna menerima rebat sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah deposit atau bayaran cagaran elektrik masing-masing.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/sabah-electricity-beri-rebat-elektrik-rm10-2-juta/

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhad...
02/02/2025

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga selain harga dipamer mengelirukan.

Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin, berkata tindakan itu berikutan banyak aduan mengenai dua perkara berkenaan diterima pihaknya daripada pengguna di negeri ini.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/amaran-kepada-peniaga-tidak-pamer-tanda-harga-pamer-harga-mengelirukan/

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) disaran supaya meningkatkan lagi tahap kecekapan dan kecepatan perkhidmatannya bagi...
02/02/2025

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) disaran supaya meningkatkan lagi tahap kecekapan dan kecepatan perkhidmatannya bagi memenuhi ekspektasi warga bandar raya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menggalas tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mengekalkan perkhidmatan yang terbaik.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/dbkk-perlu-tingkatkan-kecekapan-kecepatan-perkhidmatan/

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) baru dibuka di Tongod, pagi ini, berikutan banjir melanda semula beberapa kampung d...
02/02/2025

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) baru dibuka di Tongod, pagi ini, berikutan banjir melanda semula beberapa kampung di daerah itu selepas satu PPS ditutup semalam.

PPS terbabit ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Keramuak yang setakat jam 8 pagi ini menempat seramai 63 mangsa dan SK Kenang-Kenangan seramai 92 mangsa.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/tongod-kembali-banjir-2-pps-baharu-dibuka/

Polis sedang memburu dua lelaki warga asing selepas menikam dan menyamun dua beranak yang juga majikan suspek di kebun p...
02/02/2025

Polis sedang memburu dua lelaki warga asing selepas menikam dan menyamun dua beranak yang juga majikan suspek di kebun persendirian milik mangsa di Kampung Napagang Entilibon, Tongod, semalam.

Mangsa lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun yang cedera di beberapa tubuhnya akibat ditikam menggunakan senjata tajam dan kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent (HDOK), Sandakan.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/2-lelaki-warga-asing-diburu-selepas-tikam-samun-majikan/

Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INFO X posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share