28/11/2021
Sesiapa yang berminat. sila pergi ke fb page kami: Histep Jkn Sabah
WORLD AIDS DAY 2021
TIKTOK CHALLENGE
JANGKAMASA PERADUAN: 14 NOVEMBER - 30 NOVEMBER 2021
SYARAT PENYERTAAN
1.Terbuka kepada semua KECUALI staf NGO Sabah AIDS Support Services Association (KASIH) dan Seksyen HIV/STI/Hep C, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
2.TIADA HAD UMUR penyertaan
3.Peserta boleh menghantar lebih daripada satu video penyertaan.
4.Semua video adalah video asli (original content) daripada peserta dan tidak pernah digunakan dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
5.Setiap video haruslah dalam lingkungan tempoh 15-60 saat SAHAJA.
6.Semua bahasa adalah dialu-alukan tetapi WAJIB disertakan dengan sarikata (subtitles).
7.Video haruslah berkaitan dengan penyakit HIV, penyakit kelamin (Sexually Transmitted Infections, STI) seperti sifilis, gonorea, Chlamydia, HPV, herpes dan lain-lain, ATAU Hepatitis C, terutamanya tentang pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit tersebut.
8.Sila rujuk maklumat berkaitan penyakit-penyakit tersebut daripada senarai rujukan yang disediakan.
9.Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila bertanya di FB page: HISTEP JKN SABAH.
10.Segala hasil penyertaan adalah hak milik penganjur.
11.Sila muatnaik video ke TikTok dan pastikan untuk meletakkan hashtag:
12.Sila hantar link kepada video TikTok penyertaan anda melalui WhatsApp ke nombor telefon 0168316397.
13.Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.
14.Para pemenang akan diumumkan semasa Majlis Penutupan World AIDS Day 2021 di Palm Square, Centre Point Sabah.
15.Para pemenang akan dihubungi oleh penganjur.
BAHAN RUJUKAN VIDEO