Hitsonline Media Sabah

Hitsonline Media Sabah Berita Komuniti Digital (online)

18/03/2024

Shopping Raya KTCB bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf tajaan syarikat korporat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad pada Isnin 18 Mac 2024 di Servay Hypermarket Lahad Datu Sabah.

Turut hadir sama Ketua Pengarah Eksekutif KTC Berhad YBhg Datuk Dexter Lau dan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah YBhg Datuk Redonah Bahanda.

https://fb.watch/qTBZLaoKT7/?mibextid=Nif5oz

18/03/2024

"Saya merasai kegembiraan yang dengan anak-anak yatim dan golongan Asnaf hari ini.

Kim Teck Cheong Consolidated Berhad belanja mereka membelibelah keperluan Hari Raya dan keceriaan itulah yang sangat berharga buat saya," ucap Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad YBhg Datuk Dexter Lau kepada media pagi ini.

Syarikat korporat itu singgah di Servay Jaya Kunak bagi melaksanakan Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di daerah ini, bagi yang kedua selepas Tawau dalam siri Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah yang akan berlangsung di 25 kawasan Parlimen bermula Khamis lalu.

https://fb.watch/qTs9nsElLi/?mibextid=Nif5oz

18/03/2024

SIDANG MEDIA | KUNAK
Bersama Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah YBhg Datuk Redonah Bahanda seusai Program Shopping Raya KTCB di Servay Jaya Kunak pagi ini.

https://fb.watch/qTrUG-jvKz/?mibextid=Nif5oz

16/03/2024

SIDANG MEDIA | KTC@TAWAU
Bersama Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad YBhg Datuk Dexter Lau di Program 'Shopping Raya KTC Bersama Anak Yatim' sempena Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak syarikat korporat berkenaan di Parlimen Tawau.

Pada Program Shopping Raya itu, seramai 50 orang anak-anak yatim dan golongan Asnaf terlibat.

Turut hadir Isteri Wakil Rakyat DUN Apas YBhg Datin Hjh Wahida Mardiana Norsalim dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah YBhg Datuk Redonah Bahanda .

https://www.facebook.com/share/v/yYJEkSrqrRWmCiaH/?mibextid=oFDknk

16/03/2024

YBhg Datuk Dexter Lau, Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad menyantuni anak-anak yatim dan golongan Asnaf yang terlibat dalam Program Shopping Raya tajaan syarikat korporat berkenaan pagi tadi di sebuah Pusat membelibelah di Bandar Tawau.

"Keriangan anak-anak ini sangat penting dan itulah yang kami inginkan," jelas beliau yang menganjurkan Program Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak ke seluruh Sabah dengan Kerjasama UPPM Negeri Sabah.

Tawau merupakan daerah kedua persinggahan jelajah ini di mana Kalabakan merupakan yang pertama semalam.

Turut hadir sama Isteri Wakil Rakyat DUN Apas dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah YBhg Datin Hjh Wahida Mardiana Norsalim dan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Redonah Bahanda.

https://www.facebook.com/share/v/vTyfHc7Hz33Cq7x4/?mibextid=oFDknk

16/03/2024

VT sekitar Majlis Iftar Ramadan Al-Mubarak KTC-UPPM Negeri Sabah yang berlangsung petang tadi di Masjid Al-Kautsar Tawau.

Pengarah UPPM Negeri Datuk Awang Kadin Tang sebelum itu menyerahkan sumbangan bantuan wang tunai dan barangan dapur kepada Golongan Asnaf dan Saudara Baharu yang terlibat sebelum beralih ke perkarangan masjid bagi mendengarkan Tazkirah Ramadan dan kemudiannya Berbuka Puasa bersama jemputan yang lain.

Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) menjadi penaja utama kepada Majlis Berbuka Puasa pada siri Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTC-UPPM Sabah yang bermula kelmarin (Khamis 14 Mac) di kawasan Parlimen Kalabakan.

Tawau merupakan destinasi kedua pada hari ini dimana pada sebelah pagi nya tadi berlangsung Program Shopping Raya tajaan syarikat korporat milik Datuk Dexter Lau itu.

Pada Sabtu, rombongan KTC-UPPM Sabah akan berkampung di Semporna dan Kunak pada Ahad.

Turut hadir sama Presiden Pertubuhan Kebajikan Santun Kasih Sabah Datuk Najib Tay Abdullah dan jemputan khas yang lain.

KTCB PERUNTUK RM200 RIBU UNTUK PROGRAM SHOPPING RAYA DI 10 LOKASI SELURUH SABAH : DEXTERTAWAU : Syarikat korporat Kim Te...
16/03/2024

KTCB PERUNTUK RM200 RIBU UNTUK PROGRAM SHOPPING RAYA DI 10 LOKASI SELURUH SABAH : DEXTER

TAWAU : Syarikat korporat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad merupakan satu-satunya syarikat swasta tunggal yang melibatkan diri dalam aktiviti sepanjang Bulan Ramadan tahun ini dan bergerak p**a dalam satu program berskala besar di seluruh negeri.

Beberapa slot program yang terdapat dalam jadual Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah itu turut menggariskan satu lagi program lain iaitu Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di 10 lokasi persinggahan dalam siri jelajah ini.

Ketua Pengarah Eksekutif KTCB, Datuk Dexter Lau berkata pihaknya sudah menyusun atur jadual jelajah yang bermula pada 14 Mac lalu di Parlimen Kalabakan dimana Merotai Besar menjadi lokasi persinggahan pertama dan Parlimen Tawau sebagai lokasi kedua.

"Syarikat memperuntukkan RM1 Juta bagi menjayakan Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah kali ini termasuklah RM200 Ribu untuk Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di 10 lokasi persinggahan.

Memang ianya satu jumlah yang sangat besar (RM1 Juta) tetapi ianya saya anggap sebagai p**angan semula atau hasil keuntungan syarikat yang dikembalikan semula kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong produk-produk keluaran syarikat," jelas Dexter.

Menurutnya, idea sebegini tercetus pada suatu ketika dahulu di mana KTCB buat pertama kalinya menerima jemputan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) untuk menjadi penyumbang berupa ribuan buku roti berjenama Gardenia kepada beberapa buah lokasi dan masjid seluruh Sabah.

"Di sinilah bermulanya dan kami sangat terhutang budi kepada USIA Sabah kerana membuka peluang kepada kami untuk terus melaksanakan CSR sehinggalah ke saat ini," kata beliau lagi.

Beliau turut mengucapkan jutaan terimakasih diatas kerjasama erat Pengarah UPPM Negeri YBhg Datuk Awang Kadin Tang dan seluruh pegawai-pegawai UPPM yang terlibat Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah akan disambung hari ini (16 Mac) di Semporna manakala pada Ahad di Lahad Datu.

Jelajah ini melibatkan 25 lokasi mengikut jumlah kawasan Parlimen di Sabah dan akan berlangsung selama 25 hari termasuklah di kawasan Pantai Timur Sabah, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pedalaman Bawah dan Zon Pedalaman Atas.

14/03/2024

JELAJAH IFTAR RAMADAN KTC-UPPM SABAH BERMULA DI PARLIMEN KALABAKAN

MEROTAI : Dahulukan kebersamaan bermasyarakat kata Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad Datuk Dexter Lau di Majlis Berbuka Puasa dalam siri Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTC-UPPM Negeri Sabah di Dewan Terbuka Dato' Sri Najib di Merotai Besar Tawau, hari pertama berlangsungnya Program Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak anjuran syarikat itu bersama UPPM Negeri Sabah.

"Keuntungan dalam perniagaan kami agihkan kembali kepada pelanggan-pelanggan kami dalam bentuk bantuan kemanusian melalui projek CSR.

Setiap tahun kami lakukan ini bukan sahaja untuk berterimakasih kepada umum tetapi juga turut mengutamakan ikatan silaturrahim sesama kita semua," katanya kepada media di sini.

Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kalabakan yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Tanjung Batu YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Sebatik YB Datuk Hassan A Gani Pg Amir, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Kukusan YB Puan Rina Hj Jainal, Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Datuk Awang Kadin Tang, Presiden PHRS Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, Pegawai-pegawai UPPM Sabah dan Ketua-Ketua Kampung, JKKK, para Imam-Imam Masjid serta penduduk sekitar.

Sumber SG

KIM TECK CHEONG CONSOLIDATED BERHAD ANJUR PROGRAM IFTAR RAMADAN & SHOPPING RAYA ANAK YATIM DI SELURUH SABAH. KOTA KINABA...
14/03/2024

KIM TECK CHEONG CONSOLIDATED BERHAD ANJUR PROGRAM IFTAR RAMADAN & SHOPPING RAYA ANAK YATIM DI SELURUH SABAH.

KOTA KINABALU : Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) mengadakan usahasama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di seluruh negeri di sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, YBhg Datuk Dexter Lau berkata KTC sedang menjalankan inisiatif terbaharunya iaitu Program Amal Berbuka Puasa yang memberikan keutamaan bagi membantu golongan yang memerlukan seperti Rumah Anak Yatim di sepanjang bulan Ramadan ini.

"Menerusi Program Amal Berbuka Puasa, KTC dan UPPM akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadan di beberapa lokasi di seluruh Sabah dengan harapan ianya akan dapat mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, Rumah Anak Yatim juga akan dilawati dan mereka juga akan berpeluang memilih baju raya kegemaran mereka di 10 buah Pasaraya Servay yang terdekat," jelas Dexter.

Menurutnya, segala usaha kebajikan sebegini mencerminkan komitmen bersama sesebuah organisasi korporat dengan Kerajaan Negeri yang meneruskan khidmat kepada masyarakat umum yang pastinya akan mampu menyerapkan unsur keriangan dan mampu memupuk keharmonian di sepanjang Ramadan yang mulia ini.

"Selain daripada itu, Program Berbuka Puasa anjuran bersama dengan UPPM ini dianjurkan Khas untuk menghimpunkan individu daripada pelbagai latar belakang, budaya dan kepercayaan untuk berkongsi tradisi berbuka puasa bersama," jelasnya lagi.

Program ini dijadualkan berlangsung selama 3 minggu di 25 lokasi seluruh Sabah bermula dari Kalabakan dan berakhir di Keningau kelak yang akan memuatkan juadah berbuka puasa komunal di mana golongan anak yatim dan kurang berkemampuan boleh berkumpul untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan ikatan silaturrahim dengan masyarakat setempat.

"Dalam bulan tahun ini Ramadan, kami sangat teruja untuk melancarkan Program Berbuka Puasa dan Membeli-belah baju raya bagi anak-anak yatim.

Ianya suatu inisiatif yang baik demi memupuk semangat belas kasihan, kemurahan hati, dan perpaduan.

Sementara kita menyambut bulan Ramadan yang mulia, marilah kita bersama-sama sebagai satu komuniti untuk meraikan nilai-nilai yang boleh dikongsioan bersama selain menggalakkan keharmonian di kalangan semua penduduk Sabah dan membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim di seluruh Sabah," katanya lagi.

Pengarah UPPM Negeri, YBhg Datuk Awang Kadin Tang juga ingin mempelawa individu, usahawan dan organisasi lain untuk menyumbang kepada Program Amal Berbuka Puasa melalui sumbangan dana, barangan makanan atau bantuan sukarelawan supaya boleh memberikan impak positif dan kebaikan kepada golongan yang memerlukan.

06/11/2023

USNO SABAH LANTIK 38 KETUA BAHAGIAN DI SELURUH NEGERI BAGI MEMPERKUKUH PARTI

Sidang Media bersama Presiden USNO Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia selesai merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Bahagian Usno Sabah dan Pelancaran Membership Drive Programme parti itu pada Sabtu 4 November 2023 lalu.

PANDIKAR JAWAB KENYATAAN LIAR PETER ANTHONY
06/11/2023

PANDIKAR JAWAB KENYATAAN LIAR PETER ANTHONY

Kenyataan balas Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia berhubung kenyataan terdahulu Presiden KDM Datuk Peter Anthony yang meminta Pandikar mence...

30/10/2023

PUTRAJAYA JANGAN RETORIK, TUNAIKAN JANJI PADA SABAH KATA PANDIKAR

29/10/2023

Kenyataan Media oleh Sabah Special Envoy of BIMP-EAGA YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia sejurus selepas mengiringi Delegasi BIMP-EAGA bertemu YAB Ketua Menteri Sabah pada Sabtu 28 Oktober 2023.

SOROTAN : Presiden USNO Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia berucap pada Siri Jelajah Gabungan Rakyat Sab...
19/10/2023

SOROTAN : Presiden USNO Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia berucap pada Siri Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Keningau pada Ahad 28 Ogos 2022 lalu

Ucapan Presiden USNO YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia di Program Jelajah GRS Parlimen Keningau pada 28 Ogos 2022.

SOROTAN : Ucapan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor di Siri Jelajah GRS (Pe...
19/10/2023

SOROTAN : Ucapan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor di Siri Jelajah GRS (Pertama) di Keningau tahun lepas (Ahad 28 Ogos 2022.)

Ucapan dan amanat Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah pada Program Jelajah GRS ...

Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hitsonline Media Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hitsonline Media Sabah:

Videos

Share