Kelas Mengaji Al-Baghdadi Pasir Tumboh & Kedai Mulong - Jomlah Ngaji

Kelas Mengaji Al-Baghdadi Pasir Tumboh & Kedai Mulong - Jomlah Ngaji Kami bersedia membantu masyarakat dari yang buta al-Quran, supaya dapat membacanya dalam tempoh yang Hubungi kami segera untuk khidmat nasihat percuma.

Anda masih tidak mampu membaca al-Quran dengan baik, tetapi tidak mempunyai masa untuk belajar lagi, sibuk dan agak malu-malu untuk belajar. Kami akan membantu anda dengan kelas yang mempunyai masa yang esisyen dan digabung dengan teknik terkini serta tempat belajar yang selesa. Di samping itu juga kami menyediakan kelas Asas untuk kanak-kanak dan kelas tajwid/talaqqi di peringkat lanjutan.

JIKA LAKUKAN SESUATU AMAL, BERDOALAH SEMOGA IANYA DITERIMA ALLAH, KERANA NABI IBRAHIM AS PUN BERDOA…Dan (ingatlah) ketik...
07/07/2024

JIKA LAKUKAN SESUATU AMAL, BERDOALAH SEMOGA IANYA DITERIMA ALLAH, KERANA NABI IBRAHIM AS PUN BERDOA…

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

Al baqarah : 127

BATU PUN ADA YANG JATUH KERANA TAKUTKAN ALLAH, JIKA HATI KITA TAK TAKUT APA TANDANYA?Kemudian sesudah itu, hati kamu jug...
07/07/2024

BATU PUN ADA YANG JATUH KERANA TAKUTKAN ALLAH, JIKA HATI KITA TAK TAKUT APA TANDANYA?

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada p**a di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

Al-baqarah: 74

JIKA RASA SYAK (50%-50%) TENTANG KEBENARAN AL-QURAN, INGAT…Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunka...
07/07/2024

JIKA RASA SYAK (50%-50%) TENTANG KEBENARAN AL-QURAN, INGAT…

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

Al-baqarah 23-24

KALAU ADA RASA HARAP ORANG BALAS ATAU UCAP TERIMA KASIH ATAS KEBAIKAN KITA, INGAT SIFAT AHLI SYURGA INI…Mereka juga memb...
30/06/2024

KALAU ADA RASA HARAP ORANG BALAS ATAU UCAP TERIMA KASIH ATAS KEBAIKAN KITA, INGAT SIFAT AHLI SYURGA INI…

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan dis**ainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
Al-insan: 8-9

JANGAN RENDAHKAN KEDUDUKAN MANUSIA BERBANDING JIN DENGAN MEMINTA PERTOLONGAN MEREKA…`Dan bahawa sesungguhnya adalah (ama...
30/06/2024

JANGAN RENDAHKAN KEDUDUKAN MANUSIA BERBANDING JIN DENGAN MEMINTA PERTOLONGAN MEREKA…

`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat
Al jin : 6

JIKA ADA RASA MALAS NAK SUJUD, INGAT HARI INI…(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsya...
29/06/2024

JIKA ADA RASA MALAS NAK SUJUD, INGAT HARI INI…

(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -

Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
Al-qalam: 42-43

NAK CAHAYA MENERANGI KITA DI SANA NANTI, INGAT PESAN INI… Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah...
28/06/2024

NAK CAHAYA MENERANGI KITA DI SANA NANTI, INGAT PESAN INI…

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

JIKA INGAT PASAL PERNIAGAAN, INGATLAH ALLAH PERNAH TAWARKAN PERNIAGAAN KEPADA KITA….Wahai orang-orang yang beriman! Mahu...
28/06/2024

JIKA INGAT PASAL PERNIAGAAN, INGATLAH ALLAH PERNAH TAWARKAN PERNIAGAAN KEPADA KITA….

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
As-saff :10-11

YAKIN DAPAT CAHAYA DI SANA? ATAU MENITI TITIAN SIRAT DALAM PENUH KEGELAPAN? INGATLAH…Wahai orang-orang yang beriman! Ber...
28/06/2024

YAKIN DAPAT CAHAYA DI SANA? ATAU MENITI TITIAN SIRAT DALAM PENUH KEGELAPAN? INGATLAH…

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-hadid 28

JIKA RASA SEDIH DENGAN APA YANG TELAH MENIMPA KITA, INGATLAH…Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimp...
28/06/2024

JIKA RASA SEDIH DENGAN APA YANG TELAH MENIMPA KITA, INGATLAH…

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak p**a bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak s**a kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Al-hadid: 22-23

JIKA KITA RASA JAUH DENGAN AL QURAN, MAKA INGATLAH…Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khu...
28/06/2024

JIKA KITA RASA JAUH DENGAN AL QURAN, MAKA INGATLAH…

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah p**a mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. Al-hadid : 16

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga y...
28/06/2024

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. Al-hadid : 21

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permai...
28/06/2024

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya s**a dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada p**a) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Al-hadid : 20

Alhamdulillah, hujan membasahi bumi pasir tumboh  Kelas Mengaji Al-Baghdadi Pasir Tumboh & Kedai Mulong - Jomlah Ngaji
10/05/2024

Alhamdulillah, hujan membasahi bumi pasir tumboh Kelas Mengaji Al-Baghdadi Pasir Tumboh & Kedai Mulong - Jomlah Ngaji

26/04/2024

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*KELAS TAJWD SESI 2024*

Siapa yang boleh mengikuti *KELAS TAJWID TAHAP PERMULAAN SESI 2024 ini??*🤔

-Terbuka kepada semua warga dewasa,pencen,lelaki dan perempuan.
-Mereka yang boleh baca Al quran tapi zero ilmu Tajwid.
-Sesiapa sahaja yang berminat dengan ilmu tajwid.

Maklumat perjalanan kelas adalah seperti berikut:

Hari: setiap hari jumaat
( 4 kali sebulan)
Masa: Jam 10.30pg-12.30tgh
Tempat: PUSAT PENGAJIAN
AL BAGHDADI
PASIR TUMBUH

Sukatan pengajian:
Bab 1: Huruf Bahasa Arab
Bab 2: Pengenalan Makhraj
Bab 3: Hukum Lam Qomariah
Bab 4: Hukum Lam syamsiah
Bab 5: Hukum Nun sukun& tanwin
Bab 6: Hukum Mim sukun
Bab 7: Hukum Bacaan Mad
Bab 8: Huruf Muqothoa'h
Bab 9: Asas waqof dan ibtida'
Bab 10: Lafzul Jalalah

Buku tajwid berharga RM 20.00.
Pengajian selama tempoh 4bulan.
Pendaftaran RM 150.00 tidak termasuk harga buku.
Yuran setiap bulan RM 100.00 Sahaja.
Nota tambahan akan diberi secara berperingkat adalah PERCUMA.
Tempat adalah terhad.

Hubungi ustaz syukri untuk pendaftaran.
018-669 0107

Atau terus tekan link group wsupp kelas tajwid ambilan baru.

https://chat.whatsapp.com/HuQI9YpiQWaIzLDrPCNjmI

Assalamualaikum wbt, salam 2 Ramadan 🌙Semoga Allah swt memberi keberkatan dan pahala yang berlipat ganda kepada kita sem...
13/03/2024

Assalamualaikum wbt, salam 2 Ramadan 🌙

Semoga Allah swt memberi keberkatan dan pahala yang berlipat ganda kepada kita semua 🤲🏻😇

Assalamualaikum wbt, salam 1 Ramadan 🌙Semoga Allah swt memberi keberkatan dan pahala yang berlipat ganda kepada kita sem...
12/03/2024

Assalamualaikum wbt, salam 1 Ramadan 🌙

Semoga Allah swt memberi keberkatan dan pahala yang berlipat ganda kepada kita semua 🤲🏻😇

Ramadhan semakin menghampiri kita semoga dengan datangnya Ramadhan tahun ini kita sama mengambil peluang memperbanyakkan...
10/03/2024

Ramadhan semakin menghampiri kita semoga dengan datangnya Ramadhan tahun ini kita sama mengambil peluang memperbanyakkan amalan dengan belajar Al-Quran dan membaca Al-Quran.

JOM BELAJAR MENGAJI SECARA ONLINE‼️TIADA MASA NAK BELAJAR MENGAJI SECARA BERSEMUKA❓Puasa dah nak dekat,jom tambah amal i...
03/03/2024

JOM BELAJAR MENGAJI SECARA ONLINE‼️
TIADA MASA NAK BELAJAR MENGAJI SECARA BERSEMUKA❓
Puasa dah nak dekat,jom tambah amal ibadah dengan mengaji al-Quran😍

Kami akan ajar anda sehinggalah anda lancar membaca🥰
KELEBIHAN KAMI
-kelas asas dewasa online💯✅
-kelas tajwid dewasa online💯✅
-kelas talaqqi 30 juz online💯✅
-kelas talaqqi grouping online💯✅
-kelas talaqqi personal online💯✅
Jom belajar secara online untuk menambahkan dan membaiki bacaan al-Quran🤩🔥
Hubungi kami segera👇
www.wasap.my/60186690107/SayaNakDaftarKelasOnline

DAFTARKAN KELAS MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK ANDA‼️ORANG DEWASA JUGA BOLEH DAFTAR‼️Puasa dah nak dekat,jom tambah amal ibadah...
03/03/2024

DAFTARKAN KELAS MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK ANDA‼️
ORANG DEWASA JUGA BOLEH DAFTAR‼️
Puasa dah nak dekat,jom tambah amal ibadah dengan mengaji al-Quran🥰

Pusat Pengajian Al Baghdadi yang telah menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk mendidik dan mangajar anak-anak😁
KELEBIHAN KAMI
-kelas mengaji kanak-kanak💯✅
-kelas asas dewasa💯✅
-kelas tajwid dewasa💯✅
-kelas talaqqi am dewasa💯✅
-kelas talaqqi individu💯✅
Jom join kami secara bersemuka di Pasir Tumboh dan Kedai Mulong🤩🔥
Hubungi kami segera👇
www.wasap.my/60186690107/SayaNakDaftar

Salam maal hijrah, semoga hari ini lebih baik dari hari esok…
08/02/2024

Salam maal hijrah, semoga hari ini lebih baik dari hari esok…

04/08/2023

Kalau nak buka kelas baru untuk dewasa yang belum boleh baca al-Quran mula kenal huruf ada yang nak join tak?

19/04/2023

JOMLAH NGAJI RAMADHAN 2023
Sempena ketibaan bulan Ramadhan, Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi Pasir Tumboh akan mengadakan kelas secara PERCUMA setiap hari
1. TAHSIN SURAH AL-MULK oleh Ustaz Durrani setiap hari Selasa, Rabu & Khamis jam 10.30 malam
2. SEMAK BACAAN oleh Ustaz Abal Khir setiap hari Sabtu, Ahad & Isnin jam 10.30 malam
3. TADABBUR AL-QURAN oleh Ustaz Manaf setiap Jumaat jam 10.30 malam
4. TADARRUS AL-QURAN oleh semua Ustaz Al-Baghdadi Pasir Tumboh 3x setiap hari jam 8 pagi, 2 petang & 5 petang

Untuk menyertai program PERCUMA ini boleh isi borang dengan tekan link di bawah
https://forms.gle/MXUB3HuMTkr8TKtZ7
atau whatsapp ke
https://jomlahngajiramadhan.wasap.my/

Untuk membiayai program Ramadhan ini kami menerima SUMBANGAN & TAJAAN dan boleh disalurkan ke PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN AL-BAGHDADI NILAM PURI (CIMB BANK) 8602703852

Address

TINGKAT 2, LOT 8043, BANDAR SATELIT ISLAM PASIR TUMBOH
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 05:00

Telephone

+60186690107

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Mengaji Al-Baghdadi Pasir Tumboh & Kedai Mulong - Jomlah Ngaji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelas Mengaji Al-Baghdadi Pasir Tumboh & Kedai Mulong - Jomlah Ngaji:

Videos

Share

Category