Kelateku

Kelateku News, Travel, Tourism, Food, Culture & Event In Kelantan

☎️ 0111 533 8358

Kereta Lama di Kota Bharu
08/01/2025

Kereta Lama di Kota Bharu

TANAH RUNTUH: Keadaan kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah pangsapuri dan pusat penginapan ketika ...
16/12/2024

TANAH RUNTUH: Keadaan kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah pangsapuri dan pusat penginapan ketika tinjauan foto oleh Bernama hari ini.

📸 Mustaqim Khairuddin | BERNAMA

Keadaan sebuah rumah di Tumpat yang dirakam hampir runtuh kerana arus banjir. Teruskan berdoa agar banjir reda dan hujan...
30/11/2024

Keadaan sebuah rumah di Tumpat yang dirakam hampir runtuh kerana arus banjir. Teruskan berdoa agar banjir reda dan hujan berhenti.

Orang ramai yang ingin membantu boleh bertanya dan salurkan bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara terdekat dengan anda kerana ada PPS yang kekurangan keperluan. Semoga bantuan anda dapat meringankan beban mangsa banjir.

29/11/2024

[ Fekah Ketika Banjir ]

1. Air banjir dikira sebagai air mutlak walaupun berwarna coklat disebabkan kuantiti air yang banyak melebihi 2 qullah (270 Liter). Jadi ia boleh digunakan untuk beristinjak, berwudhuk, mandi janabah dan mandi jenazah.

2. Pakaian yang terkena lumpur sah dibawa solat kerana lumpur adalah suci.

3. Dibolehkah solat secara duduk diatas sampan kerana bimbang jika melakukan solat secara berdiri sampan akan terbalik, ini telah difatwakan oleh m***i wilayah pada 20 Februari 2017.

4. Jika sampan berpusing sehingga berubah arah kiblat, maka wajib ke atasnya untuk memusingkan dada menghadap ke arah kiblat semula. Ini dinyatakan dalam Kitab Misbahud Duja, Karangan Ustaz Muhadir Bin Haji Joll.

5. Ketika ribut disunatkan menambah lafaz dalam Azan :
أَلَا صَلُّوا فِي بُيُوْتِكُمْ

Maksudnya : Hendaklah kamu solat dirumah kamu"

Ini dinyatakan dalam Kitab Sabilal Muhtadin Li Tafaqauh Amruddin Syeikh Arsyad Al-Banjari.

6. Dibolehkan rukuk dan sujud secara isyarat ketika banjir, namun sujud mestilah lebih rendah daripada level rukuk. Ini dinyatakan dalam Kitab Fiqh Islami Wa Adilatuhu Karangan Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Sah sujud dalam air dan duduk antara dua sujud dalam air, namun perkara ini patut dielakkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan lemas atau hanyut serta membahayakan kesihatan mangsa banjir.

7. Solat jumaat tidak diwajibkan ketika bencana alam seperti banjir dan ribut, ini selaras dengan fatwa Darul Ifta' Misriyyah.

8. Petugas dan mangsa banjir tidak dibolehkan solat jamak, kerana Nabi SAW solat jamak ketika hujan dan bukan ketika banjir dan diqiaskan salji dengan hujan, inilah yang telah difatwakan oleh M***i Wilayah Persekutuan pada 10 Februari 2016.

9. Zakat boleh diberikan kepada mangsa banjir, kebanyakan ulama’ memasukkan golongan terkena banjir dalam Asnaf Al-Gharimin iaitu orang yang berhutang, ini bertepatan dengan Fatwa M***i Wilayah pada 10 disember 2014.

10. Penempatan mangsa banjir lelaki dan perempuan bujang yang ajnabi perlu diasingkan dan wajib menjaga aurat masing-masing.

11. Mangsa banjir yang berkeluarga boleh ditempatkan sekali dengan dipisahkan melalui khemah atau langsir atau pemisah yang lain yang dapat menjaga aurat mereka sekeluarga.

12. Boleh dibuat kaunter Lost & Found, Barang yang tercicir semasa banjir termasuk dalam Bab Al-Luqatah :

-jika barangan mudah rosak dan susut nilai, si penemu boleh menggunakannya atau memakannya dan wajib dipulangkan barangan itu atau dibayar gantinya jika tuan empunya sudah ditemui.

-jika barangan itu jenis yang tidak mudah rosak, disimpan ia dan wajib di iklankan selama setahun, selepas setahun si penemu boleh memiliki harta tersebut, namun jika tuan empunya ditemui dan meminta kembali hartanya wajiblah dikembalikan semula barangan itu.

Iklan boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari selama seminggu, kemudian tiap-tiap hari sekali selama seminggu, kemudian setiap tujuh hari sekali selama tujuh minggu, setelah itu setiap sebulan sekali sehingga cukup setahun.

Hukum memungut barangan Al-Luqatah ini :

Wajib ► Jika diyakini akan hilang sekiranya dibiarkan.

Sunat ► Jika berhasrat untuk menolong orang yang keciciran harta tersebut.

Harus ► Jika tidak dibimbangi akan hilang.

Makruh ► jika mengambilnya ia merasakan tidak dapat menjaga amanah pada masa akan datang.

Haram ► Bagi orang yang berniat jahat.

13. Mati kerana lemas dikira sebagai mati Syahid Akhirat, Nabi SAW bersabda :

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏‏‏.‏

Maksudnya: Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas,orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Wajib dimandikan keatas jenazah yang mati tenggelam walaupun badannya masih basah.

Sekian,

Mohammad Illiyas Bin Habulat
Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Fauziah
Pemegang Tauliah Agama Islam Negeri Kedah

INFO TALIAN BENCANA BANJIR KELANTAN 2024 sekiranya memerlukan sebarang bantuan dan kecemasan ketika banjir boleh hubungi...
27/11/2024

INFO TALIAN BENCANA BANJIR KELANTAN 2024 sekiranya memerlukan sebarang bantuan dan kecemasan ketika banjir boleh hubungi talian bencana banjir Kelantan 2024 ini.

JAGA DIRI DAN KELUARGAKepada yang masih boleh keluar, boleh lah beli stok makanan untuk simpanan di rumah. Hujan masih l...
27/11/2024

JAGA DIRI DAN KELUARGA

Kepada yang masih boleh keluar, boleh lah beli stok makanan untuk simpanan di rumah. Hujan masih lebat kita tak tahu apa lagi yang akan terjadi selepas ini. Sentiasa dengar arahan dari pihak berkuasa jika berada ditempat yang berisiko.

Doakan agar tiada perkara yang lebih teruk terjadi.

📸
Lokasi : H Elite, Tunjung Kota Bharu Kelantan.

27/11/2024

Hujan lebat sejak semalam.
Banyak tempat dinaiki air.
Patuh pada pihak berkuasa.

Jambatan keretapi lama di Kg Pahi Kuala Krai Kelantan.
21/11/2024

Jambatan keretapi lama di Kg Pahi Kuala Krai Kelantan.

Khutbah Jumaat hari ini :Bahaya merokokMeningkatkan risiko penyakit kepada diri sendiri dan orang terdekat. Isi khutbah ...
15/11/2024

Khutbah Jumaat hari ini :
Bahaya merokok
Meningkatkan risiko penyakit kepada diri sendiri dan orang terdekat. Isi khutbah Jumaat tempat anda?

14/11/2024

Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diramal banjir minggu depan. Sila berwaspada.

[002] BERITA: Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata kes berkenaan diharap dapat menjadi pengajar...
06/11/2024

[002] BERITA: Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata kes berkenaan diharap dapat menjadi pengajaran buat semua kerana ia membabitkan individu dikenali ramai.

“Kes ini boleh dijadikan pengajaran terutamanya kepada rakyat Kelantan untuk sentiasa berjaga-jaga dan menjaga tingkah laku, terutamanya apabila kita ada nama, berikan contoh teladan yang baik," katanya.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2359381

Pizza famous di Kota Bharu minggu ini.
02/11/2024

Pizza famous di Kota Bharu minggu ini.

Banglo cantik dan moden di Padang Bongor Kota Bharu
22/10/2024

Banglo cantik dan moden di Padang Bongor Kota Bharu

Pementasan Karya Agung : Tok Janggut ‘13 Liang’ di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan. Tahniah...
20/10/2024

Pementasan Karya Agung : Tok Janggut ‘13 Liang’ di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan.

Tahniah kepada semua yang berusaha merealisasikan Teater Tok Janggut sehingga dipentaskan. Naskah agung yang menampilkan lakonan mantap Dato Hilal, Hasnul Rahmat, Hafis Mustaffar dan barisan pelakon tempatan.

Pementasan kali ini berjaya mengajak penonton yang memenuhi setiap ruang dewan memberi sepenuh perhatian dan teruja menanti setiap babak berlangsung yang memberikan pelbagai mesej yang tersirat dan tersurat.

Penggunaan kesan teknik sinografi, sistem bunyi dan pencahayaan yang memberi kelainan dalam penceritaan yang dialognya disusun dengan baik disajikan kepada ribuan hadirin yang hadir.

Matlamat utama pementasan ini diadakan untuk mengangkat tokoh tempatan dan memberi kesedaran betapa berharganya dan kepentingan menjaga kedaulatan negara demi bangsa dan agama.

Moga lebih banyak lagi pementasan karya sebegini dan menjadi salah satu produk pelancongan negeri Kelantan.

Hujung minggu ni kita beraktiviti sihat dan sama-sama menyalurkan kutipan amal. Jom!
17/10/2024

Hujung minggu ni kita beraktiviti sihat dan sama-sama menyalurkan kutipan amal. Jom!

We’re counting down the days until Road to Give, and we want YOU to be part of this amazing journey! Registration is open, but spots are filling up fast.

On 20th October 2024, join us at Fairfield by Marriott Kuala Besut for a day of running, walking, and making a difference in the lives of those who need it most. Every step you take and every dollar you raise contributes to our mission of giving back to the community.

Don’t wait—click here to register https://forms.gle/CqELmxWXMKsLE8RT6 and be part of this life-changing movement. Your participation includes a T-shirt! Let’s do this together!

Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelateku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelateku:

Videos

Share