Kelantanku Sayang

Kelantanku Sayang Kelantan dikenali sebagi Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.

Kelantan dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah berasal daripada perkataan “kilatan”. Keluasannya 15,040km2 terletak di timur laut Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Negara Thailand. Mempunyai 11 jajahan;Bachok,Kota Bharu,Machang,Pasir Mas,Pasir Puteh,Tanah Merah,Tumpat,Gua Musang,Kuala Krai,Jeli dan Kecil Lojing. Kelantan kaya dengan

khazanah warisan bangsa yang tak lapuk di hujan dan tak lekang dek panas. Permainan hiburan tradisional rakyat iaitu dikir barat, wayang kulit, gasing, wau bulan, kertok dan rebana ubi serta seni ukiran kayu, pertukangan perak, batik dan songket terus utuh dan mampu menjadi tarikan pelancong sepanjang zaman.

Sebaik-Baik Doa Di Hari Arafah“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan jug...
16/06/2024

Sebaik-Baik Doa Di Hari Arafah

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR Tarmizi, 3585)

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah.

13/06/2024

Jangan tersalah buat laju tak tentu kalu bila lalu jalan airport ni… jangan dok preh tempat ngonar… kemudahan ini disedia untuk kebaikan kita bersama… tempat tak leh u-turn jangan dok teben u-turn….

10/06/2024

Tq ABANG JAPAR

Progress kesiapan kerja projek Wisma Persekutuan yang baharu di Tunjong. Foto ihsan: Wong Wing Siew
10/06/2024

Progress kesiapan kerja projek Wisma Persekutuan yang baharu di Tunjong.

Foto ihsan: Wong Wing Siew

Jika pendapatan anda atau pasangan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan data LHDN dan mempunyai kenderaan mewah berusia 10...
09/06/2024

Jika pendapatan anda atau pasangan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan data LHDN dan mempunyai kenderaan mewah berusia 10 tahun ke atas, anda layak memohon BUDI INDIVIDU.

Layari https://budimadani.gov.my untuk info lanjut.

09/06/2024

Bermula pada tengah malam hari Isnin, 10 Jun 2024, harga diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter.

[Infografik] Perbandingan Harga Diesel Bagi Negara-Negara Asia TenggaraSumber Kementerian Kewangan
09/06/2024

[Infografik] Perbandingan Harga Diesel Bagi Negara-Negara Asia Tenggara

Sumber Kementerian Kewangan

09/06/2024

Geran air: Rupa-rupanya diluluskan. Menteri Besar ambo jawab takdop. PMX pun akui takdop. PKN pun jawab takdop. Treasury pun jawab takdop terimo geran.

Lawa weh 😍Gunung reng, Jeli Kelantan.Kredit: 📷 David Cheah
09/06/2024

Lawa weh 😍
Gunung reng, Jeli Kelantan.

Kredit: 📷 David Cheah

08/06/2024

Helmet dicipta untuk melindungi kepala. Namun permukaan yang keras, berat dan ada bucu tajam boleh menjadi senjata yang boleh mencederakan.

Impak hentakan helmet boleh menyebabkan gegaran otak. Mangsa boleh alami gejala pitam, pengsan dan muntah. Dalam kes yang lebih serius, boleh ada pendarahan otak dan pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan ketulan darah

Sebagai pencegahan, elakkan konflik, sentiasa berhati hati dan amalkan polisi larangan membawa helmet ke dalam premis.

Kastam run for fun20 july 2024@ pejabat kastam, jalan sultan, kota bharu, kelantan7.30am7kmLuckydraw Register now @ www....
08/06/2024

Kastam run for fun
20 july 2024
@ pejabat kastam, jalan sultan, kota bharu, kelantan
7.30am
7km
Luckydraw

Register now @ www.abceventz.my
Closing date 30 june 2024

Semoga tabah menghadapi ujian
06/06/2024

Semoga tabah menghadapi ujian

Sek kito, tahu ke dok loni di Pantai Kemayang ado bukok waterpark supa d**a, bersebelahan Hattori Coffee? Nama Waterboom...
05/06/2024

Sek kito, tahu ke dok loni di Pantai Kemayang ado bukok waterpark supa d**a, bersebelahan Hattori Coffee? Nama Waterboom Pantai Kemayang tepat dio.

Tempat comey, suasano selamat untuk anok anok main air, ado khemoh untuk penjaga menunggu, dan ado 2 kolam disediakan. 1 kolam supa d**a untuk anok anok dan 1 kolam untuk dewasa. Hebak owner dio kerana buleh bukok waterpark di Pantai Kemayang, Bachok ni.

Loni sempena pembukaan, Waterboom nk bui hargo RM10 / pax jah (hargo asal RM15), dok kiro budok atau dewaso, dan ado hargo istimewa untuk ramai ramai, RM50 / 4pax. Murohhh 😱

Waktu operasi pulok,
Untuk hari biasa ada 2 sesi
Sesi 1 : 5pm - 7pm
Sesi 2 : 8pm - 10pm.

Untuk hujung minggu, ado 4 sesi
Sesi 1 : 8am - 10am
Sesi 2 : 1030am - 1230pm
Sesi 3 : 5pm - 7pm
Sesi 4 : 8pm - 10pm

Pakat mari sek kito 😁
Boleh hubungi admin untuk tanyo berkenaan Waterboom Pantai Kemayang
https://wa.me/601120967674

05/06/2024

Kelantan Miskin??

Di negeri miskin itulah
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang
Di negeri miskin itulah
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains
Di negeri miskin itulah
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba
Di negeri miskin itulah
Kerja lima hari seminggu mula berkuatkuasa
Di negeri miskin itulah
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama
Di negeri miskin itulah
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan
Di negeri miskin itulah
Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yang kematian suami
Di negeri miskin itulah
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan
Di negeri miskin itulah
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan
Di negeri miskin itulah
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan
Di negeri miskin itulah
Ramai orang mengenal tuhan
Di negeri miskin itulah lahirnya tokoh-tokoh terkenal
Di negeri miskin itulah tempat saya menuntut ilmu agama
Di negeri miskin itulah ada Pian K Pop & Hendal Belak (Seluar mek ketat)
Biarlah miskin harta, jangan p**a miskin ilmu agama .
Kelantan, terima kasih sudi menerima ku sebagai perantau disini.

Kelantan,
Islam dijunjung
Raja disanjung
Rakyat dipayung

Ikhlas dari pemerhatian saya selama 3tahun di kelantan :)
Daripada Wan Dhia Adelia (Orang Johor)

Pantai Kuala Rekang, Bachok adalah antara pantai tercantik yang ada di negeri Kelantan. Menjadi salah satu lokasi untuk ...
05/06/2024

Pantai Kuala Rekang, Bachok adalah antara pantai tercantik yang ada di negeri Kelantan. Menjadi salah satu lokasi untuk seisi keluarga atau pelancong untuk menikmati keindahan pantai dan susunan pokok kelapa yang menarik pandangan mata di sepanjang resort di tempat tersebut.

📸 Gpixel6pro
🪄 Lightroom
🖍️ Phonto
📌 Pantai Kuala Rekang,Bachok Kelantan

Kredit: Haris Zamri


Standby geng familyMart pulok nok buko di Kelantan persaingan ko emart ni
04/06/2024

Standby geng familyMart pulok nok buko di Kelantan persaingan ko emart ni

KOTA BHARU - Pelbagai jenis makanan enak menjadi antara faktor utama pelancong domestik memenuhi Pasar Siti Khadijah pad...
02/06/2024

KOTA BHARU - Pelbagai jenis makanan enak menjadi antara faktor utama pelancong domestik memenuhi Pasar Siti Khadijah pada awal pagi sempena cuti persekolahan sejak minggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ramai yang mengunjungi Pasar Siti Khadijah itu kerana mahu menikmati menu Kelantan dan merasai sendiri suasana di pasar ikonik di negeri ini.

Pelancong dari Padang Serai, Kedah, Siti Hawa Khidil, 41, berkata, kepelbagaian makanan enak dan suasana berbeza dari tempatnya antara faktor dia dan keluarga memilih Kelantan sebagai destinasi pelancongan.

Siti Hawa ditemui ketika sedang membeli akok di Pasar Siti Khadijah bersama suami dan tiga anak berusia antara tiga hingga 14 tahun.

"Makanan kegemaran kami di Kelantan ialah akok dan nasi kerabu. Saya memang tidak akan melepaskan peluang menikmati dua menu itu apabila datang ke sini," katanya.

Menurut Siti Hawa, mereka juga akan pergi ke Rantau Panjang untuk mendapatkan makanan bercita rasa Thailand seperti somtam, tomyam dan menu lain yang wajib dicuba apabila melancong di negeri ini.

Sumber : Sinar Harian

Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Kelantan berhasrat menjadikan sukan memanah berkuda sebagai sukan yang dikenali di selu...
02/06/2024

Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Kelantan berhasrat menjadikan sukan memanah berkuda sebagai sukan yang dikenali di seluruh negara sekali gus sukan itu dapat diseneraikan sebagai acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa akan datang.

Penolong Pengarah U-Bes Kelantan Marwan Husin berkata sukan memanah berkuda ketika ini belum pop**ar di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.

Beliau berkata sukan berkenaan perlu diperkenalkan secara serius di peringkat Majlis Sukan Negeri dan dapat mengangkat objektif memartabatkan sukan sunnah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Dialek Kelantan mendunia.AKTRES terkenal Hollywood, Jennifer Lopez kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakon...
02/06/2024

Dialek Kelantan mendunia.

AKTRES terkenal Hollywood, Jennifer Lopez kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Atlas yang disiarkan menerusi perkhidmatan penstriman berasaskan langganan, Netflix.

Dalam promosi filem itu yang disiarkan menerusi media sosial Netflix, Lopez atau lebih mesra disapa sebagai JLo, dilihat menguji kecerdasan buatan (AI) bernama Smith.

Apa yang menarik perhatian adalah JLo meminta Smith 'kecek Kelate' atau bercakap dalam dialek Kelantan.

"Kelantanese Malay (Melayu Kelantan)?" pintanya.

Smith itu kemudiannya bercakap dalam dialek Kelantan dengan ayat: "Bo la kak wei, sapa bila nak tanya ni? (Berapa banyak lagi anda akan minta saya lakukan?)"

01/06/2024
Sekalung tahniah khasnya buat dua peserta hafazan Al-Quran dari Negeri Kelantan yang masing-masing menjadi Johan kategor...
29/05/2024

Sekalung tahniah khasnya buat dua peserta hafazan Al-Quran dari Negeri Kelantan yang masing-masing menjadi Johan kategori Hafazan dan Tafsir(1-30 juzuk) dan tempat ketiga kategori Hafazan dan Taranum (1-20 juzuk).

Tahniah jua buat johan Qari dan Qariah serta Hafiz dan Hafizah yang memenangi kategori masing-masing dalam Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445H / 2024M.

Terima kasih kepada urusetia daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang menguruskan kesemua peserta daripada Kelantan.

Sumber: Ust Mohd Asri

Address

Kota Bharu

Telephone

+60169522558

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantanku Sayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share