PRU, PRN & PRK korang nak undi siapa?
Ada apa-apa kesan ke kalau negeri tu ramai yang jadi menteri?
Korang puas ati ke prestasi yb2 yang korang pilih sebelum ni?
Jangan keliru dengan PRU15
PRU15, sekarang atau nanti?
PRU 15, SEGERA ATAU TANGGUH?
Hi semua dah lama tak post video hehe semalam saya ada buat street interview berkenaan PRU 15, SEGERA ATAU TANGGUH?!!
Macam-macam jawapan dan respon orang ramai. Yang ni jom kita dengar apa kata ore Kota Bharu.
Pandangan anda bagai mana?
Ado muzium 3D jugak di KB rupanya, rasanya ramai lagi hok tok tahu ni
Setiap kali musim konvo dan setiap kali dengar lagu UiTM membuatkan wujud pelbagai perasan dalam hati saya.
Kalau ikutkan cita-cita dibangku sekolah saya belum sepenuhnya tercapai lagi. Entah bila saya mampu merealisasikannya, saya sendiri tak tahu. Belum setkan matlamat yang jelas lagi.
Bukit Marak kesan peninggalan sejarah Puteri Sa’adong
Kedudukan Bukit Marak di Jajahan Bachok. Bukit ini pernah menjadi tempat bersemayam Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Sa’adong.
Kelebihan bukit ini berbanding bukit-bukit lain, ada banyak kesan peninggalan sejarah yang begitu rapat dengan negeri Kelantan.
Cik Siti Wan Kembang dikatakan Wonder Women Tanah Melayu pertama pernah bersemayam di sini. Sehinggakan kelantan dikenali juga sebagai gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang.
Dikatakan kesan peninggalan sejarah yang ada di sekitar dan di atas bukit ini adalah kesan daripada sumpahan Puteri Sa’adong.
Sayannya Bukit Marak ini tidak dibangunkan sebagai tempat pelancongan rekreasi. Selain boleh mengenali sejarah negeri Kelantan, di sini juga boleh malakukan aktiviti hiking dan berbasikal.
Harapan saya, satu hari nanti kawasan Bukit Marak ini dibangunkan sekurang-kurangnya menyediakan kemudahan asas seperti tempat parkir, tangga untuk naik ke atas dan juga tandas.
Like,komen dan follow saya tanda anda setuju dengan saya 😂
Sekitar awal tahun 2020 keluar berita mengenai penemuan terowong emas di Kampung Kalai, Jeli.
Terdapat 4 terowong emas yang dipercayai dibina pada 1931 oleh pelombong dari Perancis ketika zaman penjajahan British.
Terowong ini dipercayai digunakan oleh pengganas komunis sebagai laluan keluar masuk daripada Thailand-Malaysia memandangkan kedudukannya 200meter daripada negara Thailand .
Cara-cara menggunakan penimbang pok getoh
Penimbang jenis platform gini saya tak pasti nama khususnya tapi saya biasa tengok di tempat-tempat orang beli pok getoh.
Jadi saya panggil penimbang ni sebagai,”penimbang pok getoh” boleh kan?.
Ini adalah pengalaman pertama saya guna penimbang pok getoh ni, jadi kita buat lah video demo sikit, cara nak gunakan penimbang pok getoh ni.