21/12/2021
I K L A N
Bahasa mudah untuk kita faham pada istilahnya adalah, mewara-warakan.
Menggunakan FB, kita boleh mewarakan apa sahaja selagi ianya dibenarkan. Lebih-lebih lagi, FB Page yang bersandarkan kepada polisi iklan.
Salah faham yang biasa pada pemahaman iklan adalah, "mudah untuk orang cari kita". Ini biasa kita dengari. Jelas sama sekali, kenyataan ini memaklumkan ketidakfahaman pada konsep iklan itu sendiri.
Iklan adalah suatu perkara yang dilakukan bagi mewarakan kepada orang ramai, bahawasanya, jenama atau mungkin produk kita adalah wujud. Kita yang memaklumkan kepada orang ramai.
Adapun orang mencari jenama atau produk kita, adalah kesan daripada mereka sudah mengetahui kemunculan kita. Lain bukan? Jelas sekali, iklan adalah berkaitan memperkenalkan diri kita kepada orang ramai.
P/S - Kalau jenama atau produk kita sudah dikenali, mungkin carian akan menggunakan keyword "jenama kita". Jika sebaliknya, mana mungkin orang meneka keyword jenama kita. Bahkan, carian dilakukan dengan frasa umum sesuatu kategori perniagaan atau produk. Dan, sama sekali tidak akan terpapar pada hasil carian, maklumat jenama atau produk kita, selagi kita belum...