Paanhanztech

Paanhanztech Page ni akan share 99% informasi teknologi gajet terbaru,terupdate,terbongkar ! Jom Follow sekarang !

WhatsApp tidak boleh lagi digunakan untuk Telefon lama Bermula 2025!Mulai 1 Januari 2025, WhatsApp tidak lagi menyokong ...
26/12/2024

WhatsApp tidak boleh lagi digunakan untuk Telefon lama Bermula 2025!

Mulai 1 Januari 2025, WhatsApp tidak lagi menyokong telefon Android yang berusia 10 tahun ke bawah yang menggunakan versi KitKat (4.4) atau lebih lama. Pengguna perlu menaik taraf ke Android 5.0 atau lebih baharu untuk terus menggunakan aplikasi ini.

Antara model yang terjejas:

- Samsung: Galaxy S3, Note 2, Ace 3, S4 Mini
- Motorola: Moto G (Gen 1), Razr HD, Moto E 2014
- HTC: One X, Desire 500, Desire 601
- LG: Optimus G, Nexus 4, G2 Mini, L90
- Sony: Xperia Z, SP, T, V

Jika telefon anda terkesan, buat salinan sandaran chat ke Google Drive sebelum beralih ke peranti baharu.

Oppo A5 Pro Rasmi Dilancarkan : Skrin AMOLED 120Hz, Cipset Dimensity 7300 & 80W Fast Charging!- Skrin 6.70", FHD+ AMOLED...
26/12/2024

Oppo A5 Pro Rasmi Dilancarkan : Skrin AMOLED 120Hz, Cipset Dimensity 7300 & 80W Fast Charging!

- Skrin 6.70", FHD+ AMOLED Micro Curved 120Hz
- MediaTek Dimensity 7300
- Kamera Utama/Belakang : 50MP (OIS) + 2MP (Mono, EIS)
- Kamera Selfie : 16MP
- Bateri : 6000mAh, 80W fast charging
- Android 15
- OS : ColorOS 15.0
- 8/12GB RAM + 256/512GB ROM (no microsd)
- 5G, In-Display Fingerprint, USB Type-C, NFC
- Warna : Red, Purple, Black, dan White

Harga Pasaran China:

- 8/256GB : 1999 yuan (RM1224)
- 8/512GB : 2199 yuan (RM1346)
- 12/256GB : 2199 yuan (RM1346)
- 12/512GB : 2499 yuan (RM1530)

Senarai iPhone yang Dijangka Akan Menyokong iOS 19!Apple dijangka menyokong semua model iPhone yang menggunakan iOS 18 u...
25/12/2024

Senarai iPhone yang Dijangka Akan Menyokong iOS 19!

Apple dijangka menyokong semua model iPhone yang menggunakan iOS 18 untuk iOS 19, termasuk iPhone XS dan XR. Antara model yang akan menerima kemas kini ini ialah:

- Siri iPhone 17 (2025)
- Siri iPhone 16
- Siri iPhone 15
- Siri iPhone 14
- Siri iPhone 13
- Siri iPhone 12
- Siri iPhone 11
- iPhone XS / XS Max, XR
- iPhone SE (Generasi 2 dan ke atas)

Namun, beberapa ciri baharu, terutamanya yang melibatkan AI, hanya tersedia pada model terkini. Jika laporan ini tepat, Apple tidak akan menghentikan sokongan untuk mana-mana model buat tahun kedua berturut-turut.

Beta iOS 19 dijangka dilancar semasa WWDC pada Jun 2025, dengan pelancaran penuh pada September.

OnePlus 13R Akan Dilancarkan Pada 7 Januari 2025!OnePlus 13R akan dilancarkan pada 7 Januari bersama cipset Snapdragon 8...
25/12/2024

OnePlus 13R Akan Dilancarkan Pada 7 Januari 2025!

OnePlus 13R akan dilancarkan pada 7 Januari bersama cipset Snapdragon 8 Gen 3 dan ciri AI seperti AI Notes, Intelligent Search, serta AI Imaging Power.

Telefon ini juga hadir dengan bateri 6000mAh, namun kelajuan pengecasan masih belum diumumkan. Maklumat penuh akan didedahkan semasa pelancaran.

OPPO A5 Pro 5G Bakal Dilancarkan Pada 24 Disember Ini!OPPO akan melancarkan OPPO A5 Pro 5G, peranti kelas pertengahan ba...
23/12/2024

OPPO A5 Pro 5G Bakal Dilancarkan Pada 24 Disember Ini!

OPPO akan melancarkan OPPO A5 Pro 5G, peranti kelas pertengahan baharu, di China pada 24 Disember jam 2.30 petang.

Telefon pintar ini menonjolkan ketahanannya dengan penarafan kalis air IP66, IP68, dan IP69, seperti yang dikongsikan OPPO melalui teaser di Weibo.

Peranti ini hadir dalam tiga warna menarik: Sandstone Purple, Quartz White, dan Rock Black. Walaupun spesifikasinya masih terhad, ia dikhabarkan dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7300.

realme Note 60x Rasmi Dilancarkan : Skrin 90Hz, Cipset Unisoc T612 & Bateri 5000mAh!- Skrin 6.74", HD+ IPS LCD 90Hz- Uni...
23/12/2024

realme Note 60x Rasmi Dilancarkan : Skrin 90Hz, Cipset Unisoc T612 & Bateri 5000mAh!

- Skrin 6.74", HD+ IPS LCD 90Hz
- Unisoc T612
- Kamera Utama/Belakang : 8MP
- Kamera Selfie : 5MP
- Bateri 5000mAh, 10W charging
- Android 14
- OS : realme UI
- 3/4GB RAM + 64GB ROM
- 4G, Side Fingerprint, USB Type-C
- Warna : Wilderness Green & Marble Black

Harga Pasaran Thailand:

- 3/64GB : 2999 THB (RM394)
- 4/64GB : 3199 THB (RM420)

Siri Realme 14 Pro 5G Bakal Dilancarkan Pada Januari 2025!Siri Realme terkenal dengan telefon pintar berfokuskan spesifi...
21/12/2024

Siri Realme 14 Pro 5G Bakal Dilancarkan Pada Januari 2025!

Siri Realme terkenal dengan telefon pintar berfokuskan spesifikasi pertengahan, dilengkapi cip terkini dan fungsi yang mencukupi. Terkini, Realme 14 Pro 5G dijangka dilancarkan sekitar Januari, namun tarikh tepat masih belum diumumkan.

Peranti ini telah disenaraikan di laman rasmi, menampilkan panel belakang yang boleh berubah warna dan sistem tri-kamera dengan reka bentuk mirip Magic6 Pro. Selain itu, ia dijangka hadir dalam beberapa variasi berbeza.

POCO C75 5G Rasmi Dilancarkan : Skrin 120Hz, Cipset Snapdragon 4s Gen 2 & Bateri 5160mAh!- Skrin 6.88", HD+ IPS LCD 120H...
21/12/2024

POCO C75 5G Rasmi Dilancarkan : Skrin 120Hz, Cipset Snapdragon 4s Gen 2 & Bateri 5160mAh!

- Skrin 6.88", HD+ IPS LCD 120Hz
- Snapdragon 4s Gen 2
- Kamera Utama/Belakang : 50MP (Sony sensor) + AI Lens
- Kamera Selfie : 5MP
- Bateri 5160mAh, 18W Fast Charging
- 4GB RAM + 64GB ROM (microsd)
- 5G, Side Fingerprint, USB Type-C
- Warna : Enchanted Green, Aqua Blue & Silver Stardust

Harga Pasaran India:

- 4/64GB : 8499 INR (RM451)

Realme 14x 5G Rasmi Dilancarkan : Skrin 120Hz, Cipset Dimensity 6300 & Bateri 6000mAh!- Skrin 6.67", HD+ IPS LCD 120Hz- ...
21/12/2024

Realme 14x 5G Rasmi Dilancarkan : Skrin 120Hz, Cipset Dimensity 6300 & Bateri 6000mAh!

- Skrin 6.67", HD+ IPS LCD 120Hz
- MediaTek Dimensity 6300
- Kamera Utama/Belakang : 50MP (Omnivision OV50D) + AI Lens
- Kamera Selfie : 8MP
- Bateri 6000mAh, 45W Fast Charging
- Android 14
- OS : Realme UI 5 (2x upgrade OS, 3 tahun security)
- 6/8GB RAM + 128GB ROM (microsd)
- 5G, Side Fingerprint, USB Type-C
- Warna : Jewel Red, Crystal Black & Golden Glow

- Harga Pasaran India:

- 6/128GB : 14,999 INR (RM796)
- 8/128GB : 15,999 INR (RM849)

Huawei Mate X6 Kini Di Malaysia : Skrin OLED 120Hz & Cipset Kirin 9020!- Skrin 7.93", 2440x1080 LTPO OLED 120Hz + 6.4", ...
20/12/2024

Huawei Mate X6 Kini Di Malaysia : Skrin OLED 120Hz & Cipset Kirin 9020!

- Skrin 7.93", 2440x1080 LTPO OLED 120Hz + 6.4", 2440x2240 LTPO OLED Curved 120Hz
- Kirin 9020
- Kamera Utama/Belakang : Triple Camera 50MP (OIS) + 48MP (Periscope Tele, OIS, 4x Optical Zoom) + 40MP (Ultra wide)
- Kamera Selfie : 8MP
- Bateri 5200mAh, 66W Fast Charging, 50 Wireless Charging
- OS : HarmonyOS 4.3
- 12GB RAM + 512GB ROM
- 5G, Side Fingerprint, USB Type C, NFC
- Warna : Nebula Red, Nebula Grey & Black

Harga Pasaran Malaysia :

- 12/512GB : RM8688

Poco M7 Pro 5G Rasmi Dilancarkan : Skrin AMOLED 120Hz, Cipset Dimensity 7025-Ultra & Kamera 50MP OIS!- Skrin 6.67", FHD+...
19/12/2024

Poco M7 Pro 5G Rasmi Dilancarkan : Skrin AMOLED 120Hz, Cipset Dimensity 7025-Ultra & Kamera 50MP OIS!

- Skrin 6.67", FHD+ AMOLED 120Hz
- MediaTek Dimensity 7025-Ultra
- Kamera Utama/Belakang : 50MP (Sony LYT-600, OIS) + 2MP
- Kamera Selfie : 20MP
- Bateri 5110mAh, 45W Charging
- Android 14
- OS : HyperOS
- 6/8GB RAM + 128/256GB ROM
- 5G, In-Display Fingerprint, USB Type C
- Warna : Lavender Frost, Lunar Dust & Olive Twilight

Harga Pasaran India :

- 6/128GB : Rs 14,999 (RM794)
- 8/255GB : Rs 16,999 (RM900)

OnePlus 13 Akan Masuk Ke Pasaran Global Pada 7 Januari 2025!OnePlus 13 akan dilancarkan secara global pada 7 Januari 202...
19/12/2024

OnePlus 13 Akan Masuk Ke Pasaran Global Pada 7 Januari 2025!

OnePlus 13 akan dilancarkan secara global pada 7 Januari 2025, seperti yang disahkan melalui ciapan terbaru OnePlus di platform X. Peranti ini dijangka hadir ke pasaran Malaysia selepas melepasi pengesahan SIRIM pada Oktober lalu.

Sebelum ini, OnePlus 13 telah dilancarkan di China dengan spesifikasi premium, termasuk skrin AMOLED, cip Snapdragon terkini, memori besar, serta sistem kamera Hasselblad. Ia juga menyokong pengecasan pantas dan mempunyai ketahanan air serta debu.

Spesifikasi penuh dan harga untuk pasaran global hanya akan diumumkan semasa pelancaran rasmi nanti.

realme C75 Kini Di Malaysia : Skrin 90Hz, Cipset Helio G92 Max & Bateri 6000mAh!- Skrin 6.72", FHD+, IPS LCD 90Hz- Media...
18/12/2024

realme C75 Kini Di Malaysia : Skrin 90Hz, Cipset Helio G92 Max & Bateri 6000mAh!

- Skrin 6.72", FHD+, IPS LCD 90Hz
- MediaTek Helio G92 Max
- Kamera Utama/Belakang : 50MP + 2MP (PDAF)
- Kamera Selfie : 8MP
- Bateri 6000mAh, 45W Fast Charging
- Android 14
- OS : realme UI 5.0
- 8GB RAM + 256GB ROM (Microsd dedicated)
- 4G LTE, Side Fingerprint, USB Type-C
- Warna : Lightning Gold & Black Storm Night

Harga Pasaran Malaysia :

- 8/256GB : RM699

Honor GT Rasmi Dilancarkan : Skrin AMOLED 120Hz, Cipset Snapdragon 8 Gen 3 & 100W Fast Charging!- Skrin 6.7", FHD+ AMOLE...
17/12/2024

Honor GT Rasmi Dilancarkan : Skrin AMOLED 120Hz, Cipset Snapdragon 8 Gen 3 & 100W Fast Charging!

- Skrin 6.7", FHD+ AMOLED 120Hz
- Snapdragon 8 Gen 3
- Kamera Utama/Belakang : 50MP (Sony IMX906) + 12MP (Ultrawide)
- Kamera Selfie : 13MP
- Bateri 5300mAh, 100W Fast Charging
- Android 15
- OS : MagicOS 9.0
- 12/16GB RAM + 256/512/1TB ROM
- 5G, In-Display Fingerprint, USB Type C, NFC
- Warna : Aurora Green, Ice Crystal White & Phantom Black

Harga Pasaran China :

- 12/256GB : 2,199 yuan (RM1345)
- 12/512GB : 2,599 yuan (RM1594)
- 16/256GB : 2,399 yuan (RM1471)
- 16/512GB : 2,899 yuan (RM1778)
- 16/1TB : 3,299 yuan (RM2023)

Pelancaran Samsung Galaxy S25 Dijangka Pada 22 Januari 2025!Samsung dijangka membuka tirai tahun 2025 dengan pelancaran ...
17/12/2024

Pelancaran Samsung Galaxy S25 Dijangka Pada 22 Januari 2025!

Samsung dijangka membuka tirai tahun 2025 dengan pelancaran telefon Flagship terbaharunya pada 22 Januari. Berdasarkan khabar angin, siri Galaxy S kali ini mungkin menampilkan teknologi kecerdasan buatan yang lebih canggih, termasuk kemas kini untuk Bixby, serta memperkenalkan peranti pertama dengan Android XR.

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi daripada Samsung. Namun, dengan tahun baru semakin hampir, pengumuman acara Galaxy Unpacked berkemungkinan akan dibuat dalam waktu terdekat.

Honor Magic7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 9 Januari 2025!Honor bakal memperkenalkan Magic7 Pro di Malaysia, se...
16/12/2024

Honor Magic7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 9 Januari 2025!

Honor bakal memperkenalkan Magic7 Pro di Malaysia, sebuah peranti flagship dengan cip Snapdragon 8 Elite generasi baharu serta teknologi AI terkini. Ia dijangka meningkatkan pengalaman pengguna dengan ciri seperti AI Deepfake Detection Technology, AI Magic Portal 2.0, AI Magic Avatar, AI Summary, AI Minutes, AI Format, dan AI Interpreter.

Hanya model Pro akan ditawarkan di pasaran Malaysia, namun spesifikasi rasmi akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada 9 Januari 2025.

POCO M7 Pro 5G Akan Dilancarkan Pada 17 Disember Ini Dengan Cipset Dimensity 7025 Ultra!POCO M7 Pro 5G dan C75 5G akan d...
15/12/2024

POCO M7 Pro 5G Akan Dilancarkan Pada 17 Disember Ini Dengan Cipset Dimensity 7025 Ultra!

POCO M7 Pro 5G dan C75 5G akan dilancarkan di India pada 17 Disember, dan POCO kini telah mendedahkan spesifikasi utama untuk model M7 Pro 5G.

Peranti ini menggunakan cip MediaTek Dimensity 7025 Ultra SoC dengan RAM sehingga 8GB. Ia dilengkapi skrin AMOLED 6.67 inci beresolusi FHD+ dan kecerahan maksimum 2100 nits.

Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari dalam skrin, Android 14 melalui HyperOS, kamera utama 50MP Sony LYT 600 dengan OIS, kamera swafoto 20MP, bicu audio 3.5mm, dan pembesar suara stereo Dolby. Spesifikasi penuh akan diumumkan pada 17 Disember.

Realme 14x 5G Akan Dilancarkan Pada 18 Disember Ini Dengan Cipset Dimensity 6300!Realme 14x 5G akan dilancarkan di India...
15/12/2024

Realme 14x 5G Akan Dilancarkan Pada 18 Disember Ini Dengan Cipset Dimensity 6300!

Realme 14x 5G akan dilancarkan di India pada 18 Disember dengan spesifikasi yang kini telah didedahkan. Telefon ini dilengkapi cip MediaTek Dimensity 6300, bateri 6000mAh dengan pengecasan 45W, dan penarafan IP69.

Pilihan storan termasuk 6/128GB, 8/128GB, dan 8/256GB, manakala warna tersedia ialah Crystal Black, Golden Glow, dan Jewel Red. Harganya dijangka di bawah INR15,000 (RM784). Maklumat lengkap akan diumumkan pada tarikh pelancaran.

Address

Kl

Opening Hours

Monday 09:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 00:00
Friday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Paanhanztech posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Paanhanztech:

Videos

Share