Pedalaman Info

Pedalaman Info Cerita-cerita dan informasi pedalaman Sabah terkini

Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat un...
07/06/2023

Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.

Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.

Dan kalau demam p**a, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.

Cara masak barli ni pun mudah.

1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.

2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.

3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.

4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya s**a ratah.

5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.

Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.

Kakak ipar yang berbangsa korea p**a s**a tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kes**aan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.

Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.

Semoga bermanfaat.

Dapatkan biji barli berkualiti tinggi di sini
https://shope.ee/4fRSnZQyks

Resepi Oleh: Mastura Rashid

Credit :Resipi Bonda

Satu-satunya perkhidmatan feri di Daerah Keningau suatu ketika dahulu yang dibina oleh juruera askar Australia sekitar t...
22/05/2023

Satu-satunya perkhidmatan feri di Daerah Keningau suatu ketika dahulu yang dibina oleh juruera askar Australia sekitar tahun 1960-an.Feri melintasi Sungai Pegalan dari Pekan Keningau ke kawasan Sook, tulid, nabawan, sepulot, pensiangan dan kawasan sekitarnya. Feri ini menyediakan perkhidmatan ulang-alik menyeberang Sungai Pegalan dan mampu membawa sebuah kenderaan pacuan 4 roda diatasnya. Perkhidmatan ini dihentikan setelah jambatan kayu merentangi Sungai Pegalan siap dibina oleh askar Australia. Selepas itu, jambatan kayu tersebut digantikan dengan jambatan besi yang dibina betul-betul pada kedudukan di bawah Maktab Perguruan Keningau sekarang.

Cuti sekolah minggu depan? 😱Plan sudah mau camping2 tetapi malas p**a mau bawa khemah, bantal, tilam , tuala ,kipas. Bik...
22/05/2023

Cuti sekolah minggu depan? 😱

Plan sudah mau camping2 tetapi malas p**a mau bawa khemah, bantal, tilam , tuala ,kipas. Bikinnnnn barat beg kannn.

Nah kalau begitu jumm camping di Martini Glamping Park. Kamu cuma bawa diri dan alat mandi sama skincare samaaa makanan kamu untuk panggang2 , masak2.

Sebab Martini Glamping Park sudah sediakan semua tinggal kamu datang dan spend time sama yang tercinta di sini.

Oh yaa di Martini Glamping Park kamu boleh mandi sungai sampai puasssss tauu😍 jadi jangan tunggu lagi gais.

Jom booking sekarang📢 sebab slot glamping tent semakin sedikit .

Whatsapp kami di https://wa.me/c/601131231994

Atau pm saja kami di messenger .

Lokasi kami : Martini Glamping Park , Kampung Bunsit Keningau 📍

21/05/2023

Khasiat daun jambu

Credit: Hidup sihat

TRIVIA: Kapasiti Penjanaan Elektrik di Sabah terlalu rendah iaitu 1,200Mw sahaja.🔷 Walaupun catuan elektrik terpaksa dil...
21/05/2023

TRIVIA: Kapasiti Penjanaan Elektrik di Sabah terlalu rendah iaitu 1,200Mw sahaja.
🔷 Walaupun catuan elektrik terpaksa dilakukan, tetapi meletakkan alasan penggunaan elektrik yang tinggi seperti "ramai menggunakan aircond" sewajarnya tidak berlaku kerana seolah-olah meletakkan kesalahan di bahu pengguna.
🔷 Bayangkan, Sarawak kini mempunyai kapasiti penjanaan elektrik sebanyak 5,996MW.
🔷 Penggunaan atau permintaan tenaga elektrik di Sarawak ketika ini adalah berjumlah 4,398MW. Justeru, mempunyai baki 1,478MW.
🔷 Jumlah berbaki itupun masih jauh mengatasi jumlah kapasiti penjanaan elektrik untuk satu Sabah. Itupun kalau tiada loji kita di Sabah yang rosak!

Credit: Sabah Info

21/05/2023

(21/05/2023) KENINGAU :

Petua orang dulu dulu.Sampai sekarang masih diamalkan.Untuk demam sangat baik petua ni.Gorengkan segengam beras sehingga...
21/05/2023

Petua orang dulu dulu.
Sampai sekarang masih diamalkan.

Untuk demam sangat baik petua ni.
Gorengkan segengam beras sehingga kekuningan.

Ambil air suam masukkan beras tadi kedalam jug air.

Minum selepas beras tu tengelam kebawah.

Bagus untuk sejukkan badan yang panas.

Selamat mencuba gais.

Jangan lupa like page Pedalaman Info untuk lebih petua menarik

Credit

Asal Usul Batu Punggul(Cerita Rakyat Daerah Sabah, Malaysia)Alkisah, pada zaman dahulu kala ada dua buah rumah panjang y...
20/05/2023

Asal Usul Batu Punggul
(Cerita Rakyat Daerah Sabah, Malaysia)

Alkisah, pada zaman dahulu kala ada dua buah rumah panjang yang dipisahkan oleh sebatang sungai bernama Sungai Sepulut. Para penghuni rumah panjang tersebut berasal dari suku bangsa Murut yang merupakan penduduk asli atau pertama menetap di pedalaman Sepulut. Mereka masih menganut kepercayaan animisme dan dinamisme, seperti: kepercayaan terhadap roh, sihir, takhayul, dan lain sebagainya. Untuk berhubungan dengan dunia gaib tersebut, mereka membuat semacam berhala yang dipercaya dapat menciptakan malapetaka apabila tidak mematuhi pantangan atau larangan yang telah dibuat oleh nenek moyang terdahulu.

Suatu ketika, ada salah seorang penghuni rumah panjang mengadakan Tinauh, suatu upacara pemberian hantaran secara besar-besaran dari pihak laki-laki pada pihak perempuan calon mempelainya. Namun, saat upacara sedang berjalan tiba-tiba api yang digunakan sebagai penghangat padam. Sialnya lagi, persediaan kayu bahar di rumah tersebut juga sudah habis.

Sang penyelenggara Tinuah bersama para penghuni rumah panjang lainnya lalu bermusyawarah untuk mencari jalan keluarnya. Dalam musyawarah itu akhirnya keluarlah keputusan bahwa mereka akan meminta kayu bakar pada tetangganya yang berada di rumah panjang di seberang sungai. Kemudian, salah seorang dari mereka diutus untuk menyampaikan permintaan itu dengan cara berteriak di tepi sungai.

Sayangnya, waktu itu sedang terjadi banjir besar sehingga tidak ada yang berani menyeberang karena sangat berbahaya. Walhasil, walau terus menerus berteriak, bantun tidak kunjung datang. Para penghuni rumah panjang di seberang sungai tidak berani langsung menyeberang sambil membawa kayu bakar. Mereka bermusyawarah dahulu untuk menentukan cara yang tepat dalam memberikan bantuan pada tetangga mereka yang ada di seberang sungai.

Dalam musyawarah itu dicapailah kesepakatan menggunakan anjing untuk membawa kayu bakar ke seberang. Mereka lalu mencari seekor anjing yang dianggap kuat, gagah, dan mampu menyeberang sungai. Setelah menemukan anjing yang dimaksud, di kepalanya diikatkan seutas tali yang pada bagian ujungnya diikatkan beberapa batang kayu bakar. Tetapi, ketika baru berenang beberapa meter dari tepi sungai, sang anjing hanyut karena tidak mampu melawan derasnya arus. Untungnya, dia dapat menepi kembali dan tidak hanyut ke hilir sungai.

Kejadian ini ternyata dianggap lucu sehingga sebagian penghuni rumah panjang tertawa terbahak-bahak hingga lupa akan permasalahan yang sedang dihadapi oleh tetangga di seberang. Sementara para tetangga yang membutuhkan kayu bakar hanya diam tanpa merasa ada hal yang patut ditertawakan. Mereka takut kalau ikut mentertawakan akan terjadi hal-hal buruk yang akan menimpa karena dianggap tidak mengindahkan pantangan dan larangan nenek moyang.

Setelah percobaan dengan anjing gagal, mereka bermusyawarah lagi dan sepakat untuk menggunakan seekor ayam jantan. Caranya adalah dengan mengikatkan tali pada kaki ayam yang ujungnya telah dipasang kayu bakar. Sang ayam lalu disuruh terbang menyeberangi sungai sambil membawa kayu bakar. Tetapi karena terlalu banyak membawa beban, ketika sampai di tengah sungai dia jatuh dan terbawa arus. Kejadian itu juga dianggap lucu sehingga menjadi bahan tertawaan lagi.

Dan karena sudah tidak mempunyai ide lagi, mereka pun meneruskan pekerjaannya lagi tanpa mempedulikan tetangganya yang ada di seberang. Ada yang mulai memasak untuk makan keluarga, memberi makan hewan ternaknya, dan ada p**a yang duduk-duduk di teras rumah panjang sambil mempermainkan seekor pacat. Kelakuan pacat yang dipaksa minum air tapai itu dianggap lucu sehingga mereka tertawa terbahak-bahak. Mereka tidak menyadari kalau perbuatan ini sudah menyalahi pantangan dan dapat menimbulkan malapetaka.

Tidak berapa lama kemudian muncullah angin ribut, hujan lebat, dan petir yang sambar-menyambar seolah-olah sedang terjadi sebuah peperangan. Semua penghuni rumah panjang menjadi resah karena akhirnya sadar kalau telah melanggar pantangan dan larangan nenek moyang.

Dalam suasana yang mencekam tersebut, dari arah langit tiba-tiba muncullah sesuatu yang berwarna hitam dan jatuh tepat di atas bumbung rumah panjang mereka. Seketika itu p**a para penghuni beserta rumah mereka beralih ujud menjadi sebongkah batu yang sangat tinggi. Hal serupa juga terjadi pada ayam dan anjing yang digunakan sebagai alat untuk membawa kayu bakar. Mereka beralih ujud menjadi batu di sekitar tebing Sungai Sepulut.

Keesokan harinya suasana menjadi tenang kembali dan air Sungai Sepulut tidak banjir lagi. Namun, karena tingginya batu yang berasal dari rumah yang dikutuk oleh nenek moyang, maka sinar matahari tidak dapat menyinari rumah panjang yang ada di seberang sungai. Oleh karena itu diutuslah 7 orang adik beradik untuk memapras batu tersebut agar sinar matahari dapat masuk. Orang pertama hingga keenam ternyata tidak dapat memapras karena batu sangat keras. Hanya si bungsu saja yang dapat memapras batu hingga tinggal punggulnya saja. Dan, karena hanya menampakkan punggulnya saja, maka batu itu selanjutnya dinamakan Batu Punggul.

Diceritakan kembali oleh Pepeng

*admin pun tida pasti kesahihan cerita, namun menarik untuk dibaca

Salinan Sumber: Sejarah Borneo

GOOD INFO...Laa ni baru tau... HuhuPETUA MENARIK .. MEH BACA!* Kredit : Shairy HanapiahListerine adalah antara benda waj...
20/05/2023

GOOD INFO...
Laa ni baru tau... Huhu

PETUA MENARIK .. MEH BACA!

* Kredit : Shairy Hanapiah

Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang s**a sangat makan benda-benda manis.

Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari saya kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.

1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang s**a kena peluk selalu.

2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.

3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu p**a nanti, naya.

4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine p**a. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.

7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu p**a berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak s**a bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.

Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (S*k, Baling, Kulim dan Banda...
20/05/2023

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (S*k, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang) • Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan) • Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan • Melaka • Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) • Sarawak: Kuching (Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan dan Kudat sehingga 7:00 malam; Sabtu, 20 Mei 2023.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 4:15 petang, 20 Mei 2023




20/05/2023

Wah makin menarik Taman Bandukan sekarang, sesuai bawa family anak2 bercuti di sini hujung minggu, dekat dengan sungai lagi🤩

20/05/2023
20/05/2023
20/05/2023

Pengguna yang dihormati,

Bermula hari ini, SESB akan memuat naik notis catuan bekalan elektrik untuk makluman pengguna-pengguna di Sabah dan WP Labuan.

Jika ada sebarang pertanyaan, pengguna boleh terus berhubung dengan SESB Careline melalui talian 15454 ataupun 088-515000 ataupun FB SESB Careline. SESB amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih

❤️

20/05/2023

Langkah - Langkah bagi menjamin kestabilan sistem grid SESB.

Catuan bekalan elektrik akan dilaksanakan sekiranya permintaan melebihi daripada bekalan. Berikut adakah langkah pencegahan serta impak sekiranya sistem grid tidak diberikan penjagaan dengan betul.

❤️

20/05/2023
13/02/2022
22/11/2021

Address

Keningau
89000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pedalaman Info posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category