UTARA RAYA

UTARA RAYA Perkongsian berita berita terkini di wilayah Utara Semenanjung Malaysia adalah menjadi keutamaan page ini.

Assalamualaikum warga Utara.Salam pertengahan Syawal 2024.
26/04/2024

Assalamualaikum warga Utara.
Salam pertengahan Syawal 2024.

01/04/2023

Terbaik TerSenmper ESR !
Tahniah dan terima kaseh dari seluroh rakyat Perlis buat ESR Team !

Berita Terkini dari Sungai Tambun Tulang Perlis.Sebuah motorsikal ditemui ditepi sungai Tambun Tulang Perlis, dipercayai...
26/02/2023

Berita Terkini dari Sungai Tambun Tulang Perlis.

Sebuah motorsikal ditemui ditepi sungai Tambun Tulang Perlis, dipercayai terbabas dari jalan utama.
Penunggang motorsikal tidak dapat dikesan. Pihak berkuasa sedang menjalankan operasi mencari mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai.
Semoga dipermudahkan urusan pencarian.
*Kemaskini: Mangsa telah ditemui.

Sumber berita : WhattAps.

21/02/2023

Persediaan Pesta Angin Timur 2023 Perlis sedang giat berjalan. Setelah 2 tahon tidak beraksi gara2 C19, kini Pesta Angin Timur kembali menemui rakyat Utara.
Tarikh acara gilang gemilang ini adalah pada 3,4 dan 5 Mac 2023, lokasinya adalah di Kg. Sg. Padang, Sanglang Perlis.
Ayoh dengaq sikit informasi terkini dari penganjor program.
Follow jugak Tiktok Utara Raya Media disini:
www.tiktok.com/





08/01/2023

KEBAKARAN DI PIDA 4, MEGAT DEWA.

Semoga mangsa tabah menghadapi ujian besar ini. Mohon pihak2 berwajib dapat membantu mangsa dengan segera.

Sumber video: Whatapps Group.

TOLONG SEDIAKAN LEBIH BANYAK TONG SAMPAH DI KAWASAN SANGLANG, PERLIS.MB baru Perlis (YB Cikgu Shukri) dah keluar kenyata...
06/01/2023

TOLONG SEDIAKAN LEBIH BANYAK TONG SAMPAH DI KAWASAN SANGLANG, PERLIS.

MB baru Perlis (YB Cikgu Shukri) dah keluar kenyataan baru2 ni supaya pendudok Perlis menjaga kebersehan. Saranan itu terkait dengan 'serbuan' pelancong luar ke Perlis sempena cuti panjang sekolah baru2 nih.

Kenyataan dan arahan secara tak langsong itu memang baguih dan kena pada masanya lah. Kita pon s**a sangat lah kalau negeri Perlis ni berseh dan kemas.

Cuma, arahan dan kenyataan tu nampaknya tidak seiringan dengan tindakan. Sebagai contoh, dalam kawasan Sanglang (kawasan MB sendiri), tong sampah hanya disediakan di beberapa kawasan saja, dah la tu, hanya satu tong sahaja disediakan!
Antara lokasinya adalah :

1. SATU unit tong sahaja di depan Kuboran/Jirat Cina Simpang Sanglang (seperti didalam gambar dibawah). Pendudok area Kg. Simpang Sanglang tak sangga banyak, Tong sampah hanya satu saja disediakan. Tak lojik langsong. Mohon lah pihak berwajib letak sekurang kurangnya 3 unit Tong Sampah di situ. Sampah kat situ selalunya menimbon, akhirnya dikecaq oleh anjing dan berselerak habeh atas jalanraya.

2. Di Kuala Sanglang, tepi jalan nak masok ke Kg. Tanah Timbul. Sekurang kurangnya boh la 3 Tong Sampah jugak kat situ.

3. Dekat dengan Roundabout Kg. Sungai Padang (Kampong MB sendiri), pon hanya SATU unit Tong Sampah sahaja disediakan. Kependudukannya makin padat, Tong Sampah pulak hanya satu, natijahnya sampah akan menimbon dan akan penoh menerpu akhirnya bergelimpanganlah diatas tanah, seterosnya berselerakan diatas jalanan. Inilah pemandangan yang selalu kita lehat saban hari di semua lokasi Tong Sampah tersebot.

Mohon pehak berkenaan, dan mohon MB Perlis sekali lagi keluarkan arahan agar dapat diletakkan lebeh banyak Tong Sampah, dan menambahkan lagi lokasi2 penempatan Tong-Tong Sampah di kawasan Sanglang. Kawasan Sanglang yang ribuan jumlah pendudoknya, tapi Tong Sampah hanya ada 3 atau 4 tempat sahaja, amatlah tidak masok akal. Mohon sekurang kurangnya dialokasi/diperuntukkan 10 lokasi tempat pembuangan sampah di kawasan Sanglang, dengan setiap lokasi diletakkan sekurang kurangnya 3 Tong Sampah. Mari kita mulakan Perlis Bersih ini dengan Kawasan Sanglang terlebih dahulu dan inshaAllah terus menular ke seluroh negeri Perlis. Jadikan 2023 sebagai tahon permulaan Perlis Berseh, dan teros berseh hingga Malaikat Isrofil meniup Sangkakala.

Saranan dari MB agar Perlis menjaga kebersehan adalah amat baik, maka sekali lagi dituntot agar perlaksanaannya jugak selari dengan saranan tersebot. Allah s**a orang yang berseh, Allah s**a negeri yang berseh, inshaAllah rakyat dan negeri Perlis akan sentiasa dirahmati.

01/01/2023

1.1.2023
Kebakaran dahsyat di Wisma Jakel, Seksyen 7 Shah Alam.

RUMAH HANTU MELAWAK KASAQ!Seorang exco kerajaan negeri ini menuntut pengusaha Rumah Hantu Perlis yang beroperasi di Guar...
22/12/2022

RUMAH HANTU MELAWAK KASAQ!

Seorang exco kerajaan negeri ini menuntut pengusaha Rumah Hantu Perlis yang beroperasi di Guar Jentik dekat Beseri di sini, membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menulis namanya pada satu replika kubur yang disediakan dalam taman hiburan terbabit.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis, Wan Badariah Wan Saad, menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan seseorang individu bahawa namanya serta maklumat peribadi tertera pada replika kubur di 'rumah hantu' itu.

"Saya dimaklumkan seseorang baru-baru ini, yang sempat membuat tangkap layar pada Facebook mengenai batu nesan replika kubur itu yang tertera maklumat diri saya seperti nama penuh, tarikh lahir dan juga lulusan sekolah saya menyebabkan ia 'tular' sebelum hantaran itu dipadamkan.

"Disebabkan itu, saya mendesak pengusaha Rumah Hantu Perlis itu memohon maaf secara terbuka kerana walaupun ia bagaikan berbentuk 'prank' atau jenaka, namun ini membabitkan sensitiviti kaum serta umat Islam," katanya.

Beliau ditemui media selepas Pembentangan Bajet Perlis 2023 sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.

Wan Badariah berkata, bukanlah tidak boleh untuk berjenaka atau melakukan 'prank' namun perbuatan berkenaan dianggap melampaui batas yang ditetapkan agama Islam dan tidak ada faedahnya.

"Saya secara peribadi, tidak mengenali pengusaha ini, namun cara mereka mendapatkan pelbagai maklumat peribadi saya, termasuk tarikh lahir dan persekolahan, mendorong saya menyelidiki pengusaha ini dan mendapati seorang individu yang rapat dengan pengusaha itu mengenali saya menyebabkan segala butiran diri saya diletakkan pada replika kubur berkenaan.

"Saya tidak pasti sama ada mereka ini beroperasi secara sah dan berlesen kerana kerajaan negeri sendiri tidak pernah 'endorse' atau mempromosikan tempat itu, apatah lagi juga saya sebagai Exco Pelancongan juga tidak pernah dijemput ke tempat ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri difahamkan taman hiburan 'Rumah Hantu Perlis' ini beroperasi di tanah persendirian, namun akan menyiasat sama ada mereka mempunyai lesen termasuk lesen pelancongan untuk mengoperasikan 'rumah hantu' berkenaan.

Rumah Hantu Perlis yang terletak di Jalan Guar Jentik, Beseri itu didakwa beroperasi dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam setiap hari dan mengenakan bayaran RM10 bagi setiap pengunjung dimana pengunjung akan bertemu dengan pelbagai 'hantu' yang sering dikaitkan dalam masyarakat Melayu di negara ini.

Sumber : Berita Online

Nota Panas : Tak patot buat melawak lagu tu Nohhh! Tapi isu ni jugak boleh dijadikan satu pembakaq semangat untok Puan Exco Perlis yang terbaru ni. Setelah sekian lama Perlis 'loyyy' dalam bab pelancongan, maka pendudok Perlis kini meletakkan harapan tinggi pada Exco Pelancongan terbaru ni Nohhh!
Jangan slow, kena pantas majukan Perlis melalui industri Pelancongan!

Seqodar cadangan... Mohon lah agar tidak ditutop Rumah Hantu tersebot. Exco Pelancongan jangan dok tunggu pihak taman hiboran Rumah Hantu tu jempuit pi situ. Pihak Puan Exco yang sewajarnya turon pi pantau dan bantu tempat tu agar menjadi lebih 'femes' dan jadi salah satu spot pelancongan terbaru Negeri Perlis.

07/12/2022

LEE CORE KEPALA BATAS KEDAH: TUKANG REPAIR HELMET MERANGKAP GURU TAJWID.

Nak tukar Span Helmet akibat digerit Tikos? Button Helmet tercabot? Span dalam helmet dah berbau jenazah? Getah tepi helmet menggelebeh? Atau nak bikin span dalam helmet berwarna warni bercorak kesenian tradishenel? Sila lah hantar helmet Lu Orang tu kat Lee Core Helmet, Jitra Kedah.
Tonton video ni sampai habes. Ada tips repair helmet jugak kat dalam video ni Nohhh!

Kontek/wassap Lee Core Helmet :
+60 11-4072 4992




Maseh ingatkah Anda dengan bangku panjang ini? Inilah bangku kenangan ketika dizaman sekolah rendah tahon-tahon 90an nan...
07/12/2022

Maseh ingatkah Anda dengan bangku panjang ini? Inilah bangku kenangan ketika dizaman sekolah rendah tahon-tahon 90an nan silam...
Bangku ni adalah prop paling padu untok sesi fotografi disekolah dulu dulu...
Agak agak ada lagi ka bangku panjang macam ni yang kondisinya maseh elok?

06/12/2022

Pagi2 kalau lalu area Padang Keria Sanglang Perlis, teringin nak pekena Roti Canai kuah kari, mai la singgah kedai Bang Li @ Paknjang Li. Tepi jalan ja.

05/12/2022

Nak Restore Helmet Lama Kesayangan Anda? Jom Pi Hantaq Kat Bengkel Lee Core, Kepala Batas Jitra Kedah.

05/12/2022

OTAI MASEH BERTENAGA! GIGI MASEH ORIGINAL! RESPEK!

Buat Student2 Sekolah Agama Al Islahiah Bohor Mali di era 70-90an, inilah khabar terkini dari salah seorang tenaga pengajar disitu.

Master Ali (Ustaz Ali) kini berusia 80an, dan maseh bertenaga. Jom layan sikit video yang sempat dirakam masa Gua singgah dirumahnya baru2 nih. Ada tips yang berguna untok kita amalkan. Nak tau apa benda, sila tonton sampai habeh Noh!

Semoga Ustaz sentiasa sehat.
Amin...

17/09/2022

Ayoh warga Sanglang Perlis! Beli barang murah di Agro Bazar Paksu Derih dengan harga agak murah!

Lokasi : Kedai Agro Bazar, Simpang 3 berdekatan Sekolah Rendah Simpang Sanglang Perlis.

Promosi hanya pada hari SABTU DAN AHAD SAHAJA, setiap minggu.

Kalau pi hari Isnin hingga Jumaat, harga biasa2 saja lah. Mau nak harga murah, sila pi hari SABTU DAN AHAD Saja okay!

Cepat serbu sementara Promosi maseh berjalan! Ingat SABTU DAN AHAD SAHAJA SETIAP MINGGU! CEPAT SEBELOM HABES!

26/06/2022

Jenazah Ikan Lumba Lumba Terdampar di Pantai Kampung Padang Keria, Sanglang Perlis.

26062022.

22/05/2022

EKSIDEN NGERI DI TEPI PANTAI PADANG KERIA. (22 Mei 2022)

Info :

1. Kejadian berlaku sekitar jam 7 petang (sebelum maghrib).

2. Melibatkan 5 buah motorsikal serta sebuah kereta.

3. Dipercayai ada kaitan dengan 'test power' motor.

4. Motorsikal melanggar bahagian belakang kereta yang diparking ditepi jalan.

5. Turut terlibat adalah sebuah RXZ yang jugak diparking ditepi jalan. Kes paling naya.

6. Mangsa2 telah dibawa ke Hospital.

Pesanan : Jauhi Resing secara haram. Tak kena takpa... Mau kena baru tau erti satu hari dihari raya.

28/04/2022

INILAH HARI RAYA

Band : Padang Keria Raida
Terbitan : Ratas Studio

12/04/2022

Betoi ka Catering ni sedap harga pulak padan patot? Nih yang tak sabaq nak pi makan knuri nihhh...

AMZ Catering, Sg Padang, Perlis.

26/02/2022

Alhamdulillah...
Krew dan Pemancing bot Empayar Mahsuri yang karam di perairan Langkawi telah berjaya diselamatkan.
Syukur Alhamdulillah...

24/02/2022

Penemuan mayat dibahu jalan yang menggemparkan!

Bertabahlah Al Ustadz...Dunia ini memang begitu.Semoga Al Ustadz dipermudahkan urusan.
18/02/2022

Bertabahlah Al Ustadz...
Dunia ini memang begitu.
Semoga Al Ustadz dipermudahkan urusan.

15/02/2022

Angkara Dadah Durjana!

Address

Kangar
02800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTARA RAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UTARA RAYA:

Videos

Share

Category


Other Kangar media companies

Show All