Studio Hutan Rimba

Studio Hutan Rimba Home Recording Studio Hutan rimba ..

tempat yg tiada apa apa kecuali nyamuk dan agas... bagi aku hutan dan rimba memberikan sebuah ketenangan yang amat bernilai..kalau tak percaya...pergilah bawak gitar lepak tempat tempat perkelahan dan kawasan yang berunsurkan hutan rimba pasti akan timbul ilham..sebab itu lagu lagu sewang kebanyakkannya dihasilkan dari sumber alam sekeliling dan sudah pastinya asal usulnya tentu HUTAN DAN RIMBA ..

. banyak khazanah dari hutan dan rimba dan mulai JAN 2013 aku namakan studio aku yang tak berapa nak studio ( just home studio je ) sebagai langkah permulaan untuk aku memberikan sumbangan aku terhadap industri muzik negara especially utk masyarakat Orang Asal/Orang Asli 18 suku kaum, semua akan bantu tanpa mengira latar belakang mereka..orang kita boleh....

Dilema hendak panggil kakak, mak cik atau puan?By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 7, 2024📷Sudah menjadi kebiasaan dalam ka...
10/09/2024

Dilema hendak panggil kakak, mak cik atau puan?
By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 7, 2024

📷Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menggunakan panggilan seperti abang, kakak, pak cik dan mak cik dalam perbualan harian. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK.

BARU-BARU ini, gempar di aplikasi X apabila seorang wanita meminta agar orang ramai memanggilnya sebagai puan dan bukannya kakak walaupun ketika berkomunikasi secara tidak formal.

Menurut wanita tersebut, penggunaan panggilan tersebut tidak manis dan boleh disalah erti sebagai ‘kurang ajar’.

Bagaimanapun, hantaran wanita tersebut telah mendapat tentangan daripada orang ramai.

Menurut para netizen, kebanyakan rakyat Malaysia sudah terbiasa menggunakan panggilan tidak formal dalam perbualan harian. Namun, itu tidak bermaksud panggilan tersebut menunjukkan rasa tidak hormat.

Perkara tersebut terus menjadi pendebatan orang ramai sehinggalah mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook.

Lihat situasi terlebih dahulu
Menurut hantaran PHM, sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menggunakan panggilan seperti abang, kakak, pak cik dan mak cik dalam perbualan harian.

Penggunaan panggilan tersebut juga menunjukkan rasa hormat, terutamanya kepada orang yang lebih berusia.

Bagaimanapun, panggilan seperti adik, mak cik dan sebagainya juga perlu digunakan bertepatan dengan situasi.

Dalam satu pertemuan profesional misalnya di tempat kerja, lebih baik jika kita menggunakan panggilan yang lebih formal seperti encik, puan atau tuan.

Kedua, lihat respons individu apabila kita menggunakan panggilan tertentu. Ada yang tidak selesa apabila dipanggil kakak atau mak cik, terutamanya jika ia berkaitan dengan usia atau persepsi sosial.

Jika perkara tersebut berlaku, cepat-cepat gunakan panggilan yang lebih formal misalnya puan atau tuan.

Sebelum menggunakan panggilan tidak formal, lihat dahulu sama ada panggilan tersebut sesuai dengan umur dan penampilan seseorang.

Jangan p**a panggil wanita yang nampak muda sebagai mak cik, sudah tentulah dia akan rasa tidak selesa!

Artikel penuh: Resume yang hebat bukan satu-satunya kunci untuk dapat kerja idaman

Artikel penuh: Orang berhenti kerja bukan sebab pekerjaan tetapi kerana bos yang teruk

Sudah jadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia
Dalam Bahasa Inggeris, panggilan kekeluargaan adalah berdasarkan jantina misalnya father (ayah), mother (mak), aunt (mak cik) dan uncle (pak cik).

Bagaimanapun, dalam budaya Melayu, panggilan kekeluargaan turut menggambarkan kedudukan dalam keluarga sebagaimana mak long digunakan sebagai panggilan untuk mak cik sulung dalam keluarga.

Sama seperti penggunaan you dalam Bahasa Inggeris. Perkataan you boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status atau usia.

Namun, bagi orang Malaysia, penggunaan kau atau aku adalah khas bagi mereka yang sudah lama kenal atau sudah mempunyai hubungan rapat.

Bagi mereka yang baru mengenali satu sama lain, lebih sopan untuk menggunakan saya dan awak ketika berkomunikasi.

Panggilan pak cik, mak cik, abang, kakak dan sebagainya merupakan satu kebiasaan, bahkan sudah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, ia digunakan secara meluas sehinggakan ada orang ternama juga membahasakan diri mereka sebagai pak cik atau mak cik.

Salah satu daripadanya ialah Uncle (pak cik) Roger atau nama sebenarnya, Nigel NG. Uncle Roger merupakan seorang pelawak yang kini menetap di London.

Pop**ariti Uncle Roger melonjak setelah video kritikannya mengenai nasi goreng yang dimasak oleh chef terkenal seperti Jamie Oliver, Gordon Ramsay and Hersha Patel mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

Kedua ialah Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, seorang aktivis yang banyak memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Uncle Kentang menerima anugerah Points of Light oleh Ratu Elizabeth II di atas usahanya membantu golongan yang kurang berkemampuan pada 2021.

Ketiga ialah mak cik bawang. Siapa yang tidak kenal dengan mak cik bawang, bukan?

Terma mak cik bawang dipercayai bermula daripada hantaran yang dimuat naik dalam kump**an Facebook, Kisah Rumah Tangga (KRT).

Ketika kenduri, wanita (mak cik) akan duduk bersama-sama untuk mengupas bawang. Pada waktu itulah, mereka bertukar-tukar cerita (membawang=bergosip) sesama sendiri.

Kini, panggilan mak cik bawang digunakan secara meluas untuk menggambarkan seorang wanita yang s**a menyibuk hal orang lain. Mana-mana wanita yang gemar bergosip secara automatik akan digelar mak cik bawang. – RELEVAN

Lima negara paling ramai jandaOleh SAIRUL ZAMRI MISRANI8 September 2024, 11:00 am📷Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta ...
10/09/2024

Lima negara paling ramai janda
Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI
8 September 2024, 11:00 am

📷Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta penduduk dianggarkan 4.6 orang telah melalui prosiding perceraian bagi 1,000 penduduk. - Gambar hiasan

KEHILANGAN lelaki bergelar suami sama ada disebabkan kematian atau perpisahan merupakan perkara yang menyakitkan serta menyedihkan.

Bagi isteri p**a, memegang gelaran janda, balu atau ibu tunggal bukanlah perkara mudah terutamanya kepada mereka yang mempunyai ramai tanggungan.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini merekodkan lebih 258 juta janda di seluruh dunia.

Negara manakah menduduki carta teratas?

Panorama minggu ini menyenaraikan lima negara paling ramai ibu tunggal atau janda seperti dipetik dalam portal viva.co.id.

Kazakhstan
Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta penduduk dianggarkan 4.6 orang telah melalui prosiding perceraian bagi 1,000 penduduk. Kadar itu adalah yang kedua tertinggi di dunia pada 2020-2021.
Perceraian berlaku disebabkan bilangan perkahwinan baharu yang banyak, tetapi ekonomi tidak mengimbanginya.

Maldives
Maldives adalah negara di rantau Asia Selatan yang mempunyai janda kedua paling ramai di benua tersebut.

Kadar perceraian di negara itu mencecah 5.52 bagi setiap 1,000 penduduk dengan jumlah penduduk melebihi 500,000 orang.

Perceraian berlaku kerana penduduk Maldives tidak menyukai hubungan fizikal di luar perkahwinan.

Namun begitu, perkahwinan dan perceraian amat mudah dilakukan di negara p**au peranginan itu.

Peralihan budaya yang berlaku di Maldives kini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tahap perceraian tinggi.

China
Dengan pop**asi yang ramai, kadar perceraian di China juga agak tinggi. Kadar perceraian negara itu diketahui meningkat pada setiap tahun.

Malah pada 2015, China menduduki tempat kedua di dunia dengan jumlah janda tertinggi.

Kemudian pada 2018, kadar perceraian di China mencapai 3.2 bagi setiap 1,000 penduduk dengan pop**asi lebih daripada 1 bilion orang.

Taiwan
Pada 2018, kadar perceraian di Taiwan direkodkan sekitar 2.3 bagi setiap 1,000 penduduk. Bagaimanapun, tiga tahun kemudian berlaku peningkatan. Kadar perceraian di Taiwan pada 2021 meningkat kepada 2.5 bagi setiap 1,000 penduduk.

Salah satu punca meningkatnya perceraian adalah faktor ekonomi yang kemerosotan akibat pandemik Covid-19, sekali memberi kesan kepada kemerosotan kewangan penduduk.

Hal ini menyebabkan segelintir wanita di Taiwan menuntut cerai dan memilih untuk menjadi janda.

India
India bukan sahaja mempunyai bilangan janda tertinggi di benua Asia, malah di dunia.

Pada tahun 2010, Yayasan Loomba melaporkan bahawa terdapat 42.4 juta janda di India. Pada 2015, pop**asi balu di India meningkat kepada 46.4 juta.

Angka ini menjadikan India di tempat pertama mengatasi China.

Malah di India, ada satu bandar dikenali sebagai Vrindavan yang terkenal sebagai kota janda.

Tambahan p**a, di bandar yang terletak di utara Uttar Pradesh itu terdapat banyak tempat perlindungan untuk janda sama ada diuruskan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun syarikat swasta.- Kosmo

02/08/2024
02/08/2024

MAAF TIADA LIVE (DjNR) SEGMEN PAGI 8-11 AM
ANDA BOLEH DENGAR DI APP RTM KLIK
TERIMA KASIH 🙏

01/05/2024

As,kum dj Nr,slmt ari raya aidilifitri( sbulan kn)dr abg am lepar utara,,berita sedih..shbt,kawan yaitu,,abg mat isa kelanggi,,telah kembali keRahmatullah ptg td,,dlm pjalanan balik Kedah..kpd shbt² yg mengenali arwah,sedekahkan alfatihah utk Arwah,t kaseh djNr

Selamat Menonton Omeng ZiNor Azmi Man
29/04/2024

Selamat Menonton
Omeng Zi
Nor Azmi Man

Jangan lupa untuk join Safwan Nazri bersama guest istimewanya di SEMBANG SERAM pada setiap hari Khamis jam 9.00pm di YouTube channel Safwan Nazri!Jangan lupa...

Omeng Zi Kump**an motosikal sesat di kawasan sama 3 jamKump**an itu dilihat melalui jalan yang dikelilingi semak-samun d...
18/04/2024

Omeng Zi
Kump**an motosikal sesat di kawasan sama 3 jam

Kump**an itu dilihat melalui jalan yang dikelilingi semak-samun dan gelap serta jalan tidak berturap. – X

JAKARTA – Sekump**an penunggang motosikal mengalami detik misteri apabila sesat di sebuah kawasan perkampungan selama tiga jam ketika mencari jalan alternatif menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps, lapor portal berita Okezone semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Cukangkawung, Tasikmalaya, dalam wilayah Jawa Barat.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik, kump**an itu dilihat melalui jalan yang dikelilingi semak-samun dan gelap serta tidak berturap.

Mereka dikatakan menggunakan Google Maps untuk mencari laluan alternatif. Menurut aplikasi tersebut, perjalanan menggunakan laluan itu hanya memakan masa selama 40 minit.

“Kump**an ini mencari jalan alternatif, namun mereka hanya berpusing-pusing selama tiga jam di Kampung Cukangkawung,” kata keterangan video tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dengan sebilangan netizen mengaitkannya dengan kejadian mistik.

“Ia sangat misteri,” kata seorang netizen.

Namun, ada juga netizen yang berpendapat perkara itu berlaku disebabkan aplikasi Google Maps mengalami masalah dan isyarat internet tidak stabil.

“Google Maps di kawasan pedalaman memang selalu bermasalah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Maafkanlah Seneroi- permintaan bang mat Akie Warna Ahmad Jun semoga terhibur 👍
18/04/2024

Maafkanlah Seneroi- permintaan bang mat Akie Warna Ahmad Jun semoga terhibur 👍

Live Radio I NRfm I 8-12mlm. Check out DjNR(djnr2023) LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from DjNR(djnr2023).

Putrajaya dilanda ribut, banyak pokok tumbangPokok tumbang yang dilaporkan berlaku sekitar Putrajaya petang ini. - Foto ...
16/04/2024

Putrajaya dilanda ribut, banyak pokok tumbang

Pokok tumbang yang dilaporkan berlaku sekitar Putrajaya petang ini. - Foto INSTAGRAM RADZI JIDIN

PETALING JAYA – Kebanyakan kawasan di Putrajaya dilaporkan mengalami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang pada sebelah petang hari ini.

Susulan itu, terdapat insiden pokok tumbang di beberapa kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan kerosakkan pada kenderaan orang awam.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin, beliau memaklumkan telah menerima aduan daripada penduduk sekitar Presint 9, Putrajaya yang memberitahu terdapat pokok tumbang di kawasan tersebut yang menghalang laluan jalan raya.

“Petang ini, hujan lebat dan ribut melanda Putrajaya. Saya telah menerima perkongsian daripada sahabat di Presint 9 yang memaklumkan ada pokok-pokok yang tumbang di laluan masuk Fasa 12 dan kawasan tempat letak kereta akibat hujan lebat petang tadi.

“Ada juga beberapa kenderaan mengalami kerosakan ditimpa pokok yang tumbang. Kami telah menghubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk segera memberikan bantuan di kawasan berkenaan.

“Susulan itu, saya dimaklumkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak syarikat selenggara turut sama membantu memulihkan keadaa laluan di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan sebahagian kawasan di Semenanjung mengalami cuaca buruk pada petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan melanda negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan seluruh Perak.

Selain itu, turut terkesan adalah sekitar Terengganu (Dungun dan Kemaman). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut dan Bentong) serta kawasan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagaimanapun, MetMalaysia menjangkakan keadaan tersebut akan kembali reda mejelang lewat petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Selamat Membaca Omeng Zi Nor Azmi Man Misteri ‘mat rempit’ tak berkepala pintas kereta tengah malamKetika melalui laluan...
16/04/2024

Selamat Membaca Omeng Zi Nor Azmi Man
Misteri ‘mat rempit’ tak berkepala pintas kereta tengah malam

Ketika melalui laluan yang sunyi itu, Fairus yang memandu kereta tiba-tiba dikejutkan dengan cahaya lampu daripada beberapa motosikal di belakangnya. – Ilustrasi Shah Hasan

KITA sering dimomok-momokkan dengan pelbagai kisah seram dan misteri yang dikatakan terjadi di serata pelusuk di negara ini.

Sama ada ia benar-benar terjadi ataupun sekadar satu cerita rekaan, kejadian tersebut pasti akan menghantui fikiran dan terpahat di dalam ingatan mereka yang pernah mengalaminya.

Begitulah yang dirasai oleh Fairus (bukan nama sebenar) tatkala diminta bercerita mengenai pengalamannya berhadapan dengan kejadian seram dan misteri termasuk pada malam menjelang raya.

Membuka cerita, Fairus yang kini berusia 45 tahun dan menetap di Cheras, Selangor berkata, kisah tersebut berlaku kira-kira 20 tahun lalu ketika dia sedang dalam perjalanan untuk p**ang ke kampung halamannya di Pahang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ketika itu, saya bekerja di Kuala Lumpur dan disebabkan terpaksa bekerja hingga hari terakhir Ramadan, maka saya tiada pilihan melainkan perlu bertolak p**ang ke kampung pada malam menjelang raya.

“Disebabkan ketika itu saya masih bujang, maka saya hanya bertolak untuk p**ang ke kampung sekitar pukul 10 malam.

“Tambahan p**a, jarak kampung halaman saya dari Kuala Lumpur hanyalah sekitar 200 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan,” katanya.

Menurut Fairus lagi, jangkaannya meleset apabila sebaik memasuki Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), kenderaan masih lagi banyak menyebabkan dia turut terperangkap dalam kesesakan.

Jelasnya, kesesakan tersebut diburukkan lagi dengan adanya kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang terbalik dan menutupi jalan, menyebabkan arus kenderaan perlahan selain terpaksa dilencongkan ke laluan kontra.

Cerita Fairus lagi, setelah dua jam terperangkap di Lebuh Raya KLK dan mendapati laluan di Lebuh Raya Pantai Timur menuju ke Pahang turut mengalami kesesakan, dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan lama menghala ke bandar Temerloh.

Situasi yang berlaku itu menyebabkan dia berada lebih lama di atas jalan raya dan hari semakin melepasi tengah malam.

Sebaik hampir tiba di kampungnya, dia melencongkan kenderaannya dengan memasuki jalan pintas memandangkan jaraknya lebih dekat berbanding menggunakan laluan utama.

Tambahnya, jalan pintas tersebut agak luas dan selesa seperti laluan utama ke kampungnya, cuma ia agak sunyi dan gelap kerana tiada lampu jalan.

Sebaik memasuki jalan pintas tersebut kira-kira satu kilometer, kata Fairus, dia dapati hanya keretanya yang melaluinya tanpa ada sebarang kenderaan lain di belakang dan depan.

Dia tidak memikirkan apa-apa, sebaliknya hanya terus memandu untuk cepat tiba di kampung halamannya.

“Sebaik melepasi satu kawasan selekoh tajam dan menuju ke laluan lurus yang agak panjang, tiba-tiba saya terlihat ada cahaya lampu beberapa motosikal dari arah belakang yang melulu agak laju.

“Pada waktu itu, saya fikirkan ia mungkin sekump**an penunggang motosikal yang memecut laju menyebabkan saya memperlahan kenderaan bagi memberi peluang mereka memintas.

“Sebaik motosikal pertama melintasi sisi kereta saya, alangkah terkejutnya apabila mendapati keadaan motosikal tersebut seakan-akan remuk di bahagian hadapan, manakala penunggangnya sedang berbaring ala ‘superman’ tanpa kepala.

“Keadaan semakin pelik dan seram apabila penunggang motosikal kedua dan ketiga p**a turut melakukan aksi yang sama dengan keadaan badan masing-masing berlumuran darah, seakan-akan baru terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Cerita Fairus lagi, terkejut dengan apa yang disaksikannya, dia terus memperlahankan kenderaannya sambil mulutnya beristighfar dan membaca beberapa surah al-Quran bagi meredakan ketakutannya.

Lebih menakutkan katanya, apabila kelibat ketiga-tiga motosikal berkenaan tiba-tiba hilang dari pandangan dalam sekelip mata.

Tambahnya, tidak lama selepas itu, ada sebuah kenderaan lain memintasnya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mengekorinya bagi menghilangkan rasa takut.

“Keesokannya, sewaktu bertemu rakan-rakan sekampung untuk berhari raya, saya menceritakan pengalaman yang dialami tersebut.

“Menurut mereka, laluan tersebut sememangnya agak keras dan tidak digalakkan untuk melaluinya pada waktu lewat malam terutama berseorangan.

“Malah kata mereka, kejadian sama telah dialami oleh ramai pengguna jalan raya sebelum itu termasuk salah seorang daripada rakan saya itu.

“Ia mungkin disebabkan oleh roh sekump**an mangsa kemalangan jalan raya yang tidak tenteram selepas terlibat dalam kemalangan maut ketika terlibat dalam lumba haram yang berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu,” katanya.

Tambah Fairus, selepas kejadian tersebut, dia akan mengelak daripada menggunakan jalan pintas tersebut pada waktu malam terutama sekiranya bersorangan bagi mengelak kejadian seram tersebut berulang kembali. - Kosmo

Baba Lawal dari Nigeria bersama 4 Isteri dan 29 anak-anaknya menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.Nigeria adalah...
13/04/2024

Baba Lawal dari Nigeria bersama 4 Isteri dan 29 anak-anaknya menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.
Nigeria adalah negara ke-5 dengan penduduk Islam teramai didunia iaitu dengan 99.1 juta orang penduduknya beragama Islam.

Akie Warna Ahmad Jun Omeng Zi

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'unKita dikejutkan berita pemergian Allahyarham Jaafar Onn.Info lanjut akan menyusul.Sam...
03/04/2024

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un

Kita dikejutkan berita pemergian Allahyarham Jaafar Onn.

Info lanjut akan menyusul.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

“Asal-Usul Martabak.”Bila tiba je bulan Ramadan, martabak atau murtabak pasti akan menjadi rebutan. Tapi itulah bila per...
27/03/2024

“Asal-Usul Martabak.”

Bila tiba je bulan Ramadan, martabak atau murtabak pasti akan menjadi rebutan. Tapi itulah bila pergi bazar, dapat indah khabar dari rupa. Tulis dekat situ martabak daging, hakikatnya macam roti canai bersalut telur dengan bawang je.

Persoalannya macam mana martabak ni boleh muncul di Malaysia?
Katanya martabak yang menjadi dambaan kita semua ni berasal daripada kawasan selatan India. Orang-orang dekat sana kenali martabak sebagai mutabar yang bermaksud telur dan roti paratha.

Cara orang India selatan buat martabak adalah dengan menggabungkan telur dan roti. Penambahan daging atau ayam p**ak dikatakan dipengaruhi oleh orang Arab.

Sebab apabila martabak ni sampai dekat Yaman, orang-orang dekat sana telah mencampurkan sayur dan protein macam tuna, daging dan ayam sebagai inti martabak. Kebiasaannya martabak akan dinikmati oleh orang Arab pada hari raya.

Dekat Malaysia, martabak ni telah diperkenal oleh orang India selatan sejak abad ke-19 masihi lagi. Ketika itu berlaku gelombang perpindahan dari India selatan ke Tanah Melayu. Perpindahan itu menyaksikan mereka turut membawa resepi martabak bersama.

Sampai je di Tanah Melayu, mereka telah menjual martabak sebagai makanan ringan di gerai tepi jalan. Dalam masa yang singkat martabak diterima oleh penduduk tempatan sehingga menjadi hidangan wajib pada bulan Ramadan.

Kepada korang semua, korang lagi s**a martabak cicah kari atau cicah sirap bawang? Rasa pelik p**ak makan dengan sirap bawang.

Oleh Azmil Azali

Address

Lorong 3 Kampung Sungai Buah
Kampung Dengkil
43800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Studio Hutan Rimba posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Studio Hutan Rimba:

Share