RICH EBOOK

RICH EBOOK Menerbitkan buku, novel dan e-book novel.

Jom baca Ebook Qaseh Dilaila sambil-sambil buat persiapan raya.🤩🤩🤩wasap 0196222872 atau pm saja.
06/04/2024

Jom baca Ebook Qaseh Dilaila sambil-sambil buat persiapan raya.🤩🤩🤩
wasap 0196222872 atau pm saja.

Walaupun promo dah habis, tapi jualan ebook Qaseh Dilaila masih diteruskan. Sampai bila? Mestilah sampak kiamat dek non....
27/03/2024

Walaupun promo dah habis, tapi jualan ebook Qaseh Dilaila masih diteruskan. Sampai bila? Mestilah sampak kiamat dek non.😅 Jangan risau harga masih sama iaitu RM15 sahaja. Sebarang perubahan akan diberitahu kelak. Jom layan Teaser baru.

QASEH DILAILA TEASER 12
Joshua duduk di sisi Dilaila yang sedang merenung awan, wajah tenang. Semenjak pertengkaran mereka tempoh hari, inilah kali pertama mereka bertemu dalam keadaan tenang di kampung halaman Dilaila nan damai.
“Maafkan saya sebab marah awak hari tu,” ujar Dilaila perlahan.
“Maafkan saya jugak sebab tak bagitahu perancangan saya beli klinik di sini. Kita jugak ada masa enam bulan nak bina semula hubungan kita.”
“Betul awak nak duduk sini enam bulan? Lepas tu?”
“Kita tengok macam mana nanti. Sekarang saya dah selesai susun semula syarikat. Dah dapat pengurus-pengurus yang bagus dan boleh dipecayai. Jadi, bolehlah saya duduk sini lama sikit. Boleh kembali bertugas sebagai doktor, yang amat saya rindukan.”
“Alhamdulillah. Moga semuanya berjalan lancar.”
“Betul ni awak tak nak kerja dengan saya?”
“Nope. Saya tak nak wujud konflik di kemudian hari. Jadi, lebih baik saya kerja sendiri,” jawab Dilaila sambil pandang Joshua yang senyum padanya.
“Saya hormati prinsip awak. Tapi jangan sampai menyusahkan diri.”
“Saya dah biasa susah. Biarlah saya mula dari bawah, kenal sepak-terajang dunia bisnes.”
“Aa, saya lupa nak cerita dengan awak, ada pesakit saya kat klinik Namanya Datuk Seri Sulaiman, orang kampung awak. Kenal tak sesiapa nama Sulaiman dari sana?
“Kenal, Imam Haji Sulaiman, Cikgu Sulaiman, Pakcik urut Tok Leman....”
“Ramainya? Okeylah boleh abaikan,” potong Joshua sambil tergelak.
“Tak payahlah susah-susah nak cari ayah saya. Asal jumpa nama Sulaiman je awak mesti nak kaitkan dengan saya kan?”
Joshua tergelak, kantoi.
“Andai ayah awak sebenarnya susah, terlantar sakit, awak sanggup terima tak?”
“Entahlah, tak kisah kot tapi saya tak sedia. Macam susah nak maafkan dia, lepas apa yang dah jadi kat saya, mak, Luqman semua.”
“Awak kena dengar cerita dari dua belah pihak. Baru awak boleh menilai kebenarannya. Mungkin dia tak tahu yang awak ni wujud?
Dilaila kerut muka pelik pandang Joshua yang serius pandangnya.”
Dilaila diam, dia melemparkan pandangan keluar. Termenung panjang.
“Marilah minum, air bujang je,” ujar Salimah sambil meletakkan dulang air kopi 0 di atas meja di beranda.
Salimah dengan wajah tenang terus duduk di depan Joshua sambil perhati Dilaila yang masih merenung ke luar.
“Terima kasihlah susah-susah bawak Laila balik kampung. Tak tenang makcik masa dia kata kena berhenti kerja hari tu. Tak sangka p**ak bos dia tu cerewet sangat.”
“Klinik saya tu pun nak pakai staf baru. Kalau Laila nak boleh je dia kerja situ.”
“Makcik dah cakap, tapi dia ni degil, nak cuba jugak berniaga nasi lemak. Lagipun kalau dia kerja klinik kamu, tak adalah si Amer dengan Farizan tu berani nak kacau.”
“Itulah yang saya pun risau juga. Mujurlah Dilaila dah tak kerja kat Mall tu. Bolehlah dia jauhkan diri dari dia orang tu.”
“Yalah orang ni kalau dah syaitan naik kepala, membunuh pun sanggup. Nauzubilla-himinzaliq, janganlah dia berani nak buat benda tak elok pada Laila. Dia je anak makcik yang tinggal...” Salimah tunduk sedih sebelum pandang Joshua semula.
“Makcik jangan risau, insya-Allah saya akan jaga Dilaila macam saya jaga nyawa saya sendiri makcik,” balas Joshua angguk, senyum lega.
“Alhamdulillah, terima kasih Joshua, lega hati makcik ni. Jaga dia elok-elok ya?”
“Mak ni, dahlah tu. Joshua tu balik sini sebab nak uruskan klinik dia. Bukan nak jaga Laila.” Tingkah Dilaila sambil menjeling ke Joshua yang tersenyum senget.
“Kira sekalilah tu…. Alah lupa p**ak tengah rebus tulang kat dapur, kamu sembanglah dulu ya,” ujar Salimah terus bangkit.
“Kenapa dari tadi nampak awak termenung je?” Soal Jushua pelik?
“Tak, saya cuma terfikir betul ke Datuk Seri Sulaiman tu ada kena mengena dengan butik MyStyle? Sebab awak kata dia tu Pengarah Urusan Auto Generation Berhad?”
“Biasanya orang kaya ni ada saham dalam banyak syarikat. So, tak mustahil dia ada saham kat butik tu. Cuma saya dengar cerita yang dia dah jual 60 peratus share dia pada syarikat lain.”
“Jadi, maknanya anak dia boleh terlucut jawatan CEO lah kan?”
“Yup, kalau pemegang saham terbesar nak tukarkan dia, tak jadi masalah. Kenapa?”
“Tak adalah. Kesian juga kalau dia hilang jawatan.” Jelas Dilaila yang mengenangkan nasib Rita Ayu. Meskipun gadis itu mem-bencinya tapi Dilaila tidak berdendam seba-liknya dia berasa simpati.
“Oh anak Datuk Seri tu bekas bos awak ya?”
“Tapi Datuk Seri tak tahukan yang saya pernah kerja kat sana?”
“Taklah. Saya pun tak perasan masa dia cerita tu. Yalah kebetulan kita sembang fasal jual beli bisnes. So dia share lah pengalaman dia juga. Lupa p**a nak bagi tahu yang awek saya ni pun orang Parit Dalam.”
“Isk, janganlah cerita. Buat segan je. Dia tu orang kaya, manalah kenal kami yang miskin ni.”
“Buatnya dia kenal macam mana? Lagi best kalau dia tulah ayah kandung yang awak cari.”
“Tak payah beranganlah. Takkan Datuk Seri tu tak balik kampung, cari mak, cari nenek? Hidup senang kot. Lainlah kalau susah, tak ada duit nak balik kampung.”
“Kita tak tahu cerita dia. Mungkin dia dah pernah balik kampung, kawan Pak Razak jugak kan?”
Dilaila angguk, fikir mendalam, macam ada sesuatu yang OFF dalam kisahnya.
“Tak apalah, abaikan. Eh kejap. Saya ada screenshot gambar lama atuk,” ujar Dilaila lalu keluarkan telefonnya dan cari gambar datuknya lalu tunjuk pada Joshua.
“Muka dia ada macam atuk saya tak?”
“Haahlah ada iras. Entah-entah betul dia ayah awak tak?” Teka Joshua sambil kerut dah.

27/03/2024

You made my day.😅
Liza Ali

Salam  sahur guys... Hari terakhir promo Qaseh Dilaila.QASEH DILAILA TEASER 11Tanpa Joshua sedar, ada sepasang mata seda...
24/03/2024

Salam sahur guys... Hari terakhir promo Qaseh Dilaila.

QASEH DILAILA TEASER 11

Tanpa Joshua sedar, ada sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh. Sebaik Joshua beredar dengan keretanya, dia diekori hingga tiba ke kawasan agak sunyi.
Sebaik kereta Joshua berhenti di simpang, sebuah kereta Mazda X5 pantas memancung dan menghimpit keretanya sambil memaksa Joshua memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Kalau tidak memang sudah berciumlah keretanya dengan kereta Mazda itu.
Sebenarnya tadi, Amer mahu memujuk Dilaila lagi tapi tidak sempat kerana Joshua terlebih dahulu menanti Dilaila di depan rumah. Sebab itu, hatinya sebal dan geram. Tidak disangkanya Joshua sedang berada di Kuala Lumpur. Amer syak yang Joshua juga sedang cuba membeli jiwa Dilaila.
Amer dan Joshua sudah keluar dari kereta lalu bertentang mata. Bak kerbau jantan yang sudah lama bermusuh, masing-masing me-mandang dengan sinis.
“Buat apa kau datang sini lagi? Tempat kau bukan kat sinilah. Tak payahlah nak menyibuk,” ujar Amer dengan nada angkuh.
“Kenapa tak boleh? Tempat ni bukan hak kau. Sesiapa pun boleh datang kot,” sindir Joshua bersahaja.
“Kalau dah dasar orang luar, buatlah cara orang luar. Tak payahlah berangan nak kahwin dengan orang sini!”
“Bro, memang aku membesar di Filipina tapi aku dilahirkan di Sabah. Bapak aku warganegara Malaysia!
“Tapi mak kau orang Mindanao kan? So, tak payahlah nak berlagak.”
“Kita ni satu rumpun bro. Kau tak perlulah nak bangga sangat dengan keturunan kau. Kita semua sama di sisi Allah.”
“Tak payahlah nak berceramah dengan aku. Sebelum aku mengamuk, baik kau blah.”
“Aku pun memang tak nak tengok muka kau. Tapi satu je pesanan aku, tolong jangan ganggu Dilaila lagi.”
“Apa hak kau nak halang aku jumpa Dilaila?”
“Memang aku tak ada hak tapi kau dah ganggu hak privacy Dilaila. Tak payahlah kau nak skodeng dia, intip bagai. Dia tak s**a, faham?”
“Suka hati akulah nak skodeng bakal isteri aku? Kau yang tak ada kena mengena ni, pergi main jauh-jauh. Tak ni, macam mana kau tahu aku selalu skodeng Dilaila? Ke kau pun skodeng sama?”
“Aku tak macam kau lah. Dah kahwin pun sibuk nak kejar perempuan lain. Tapi aku peliklah dengan tahap keyakinan kau yang tinggi ni. Kalau orang lain dah malu kot nak tunjuk muka?” sindir Joshua sinis
“Malu? Apa salah aku?
“Oh, tak ingat ya? Okey, biar aku ulangkan. Pertama, mak kau tolak makcik Salimah, lepas tu Luqman mati yang aku syak ada kena mengena jugak dengan mak kau. Tak cukup dengan tu, mak kau suruh orang bakar rumah Dilaila malam sebelum korang bertunang.”
“Kau cakap apa ni? Kenapa nak kaitkan mak aku p**ak? Kau ada bukti ke?” Bentak Amer yang terus naik darah, muka menyinga. Kepal tangan geram sambil tenung Joshua. Kembang kempis hidungnya bernafas keras.
“Belum habis lagi bro. Lepas tu, kau p**ak pura-pura gila nak mati sampai Dilaila terpaksa kahwin dengan kau. Mujurlah tak jadi. So, kau rasa kau boleh cover lagi ke helah kau? Ada hati p**ak tu nak try Dilaila lagi. Tak masuk akal, bro.”
“Huh, sembang bolehlah,” ujar Amer cuba memperlekehkan kata-kata Joshua.
“Ni... bukti, rakaman CCTV mak kau tolak makcik Salimah. Yang lain-lain tu pun aku dah ada bukti. Ada yang sanggup jadi saksi. Fuhh macam drama thriller bro.”
“Setakat CCTV tu apalah sangat. Tak payahlah nak ugut aku, konon ada saksi bagai. Dah berangan jadi lawyer p**ak,” ujar Amer sambil cuba hendak merampas thumbdrive itu tapi Joshua elak.
“Kenapa? Kau takut mak kau masuk penjara? Bini kau kan lawyer? Bolehlah tolong bela mak kau.”
“Jangan sekali-kali kau sentuh mak aku. Kalau dia kena tahan, kau orang pertama aku cari. Faham?!” Tempik Amer dengan wajah merona merah tanda darahnya sedang mendidih.
“Kalau tak salah, tak perlulah kau nak marah bro,” ujar Joshua sinis.
“Semua ni sebab kau! Kalau kau tak sibuk hal Luqman, hal Dilaila, semua benda ni tak jadilah. Hidup aku tak huru-hara macam ni,” Amer membentak garang sambil tunding jari arah Joshua.
“Sebelum salahkan orang, kau tengok tangan kau tu. Satu jari tunjuk kat aku, lain semua arah kau, bro.”
“Jangan main-main bro. Aku serius ni. Aku akan hancurkan hidup kau macam mana kau hancurkan hidup aku!” Amer mengepal pe-numbuk bersedia nak belasah Joshua yang menyalakan amarahnya
“Salah aku jugak? Kau yang patut salahkan diri sen…”
Dush!
Tidak sempat menghabiskan ayatnya, tumbukan sulung Amer melekat di p**i Joshua.
Joshua tak mahu mengalah. Dia p**a mengayun penumbuk, tepat ke bibir Amer. Tersembur darah keluar dari mulutnya.
“Kau ingat kau dapat kahwin dengan Dilaila? Tak mungkin. Selagi aku hidup, aku akan pastikan tak ada lelaki lain dapat dia kecuali aku!” Ujar Amer sambil mengesat darahnya.
“Macam mana kau nak kahwin dengan dia kalau dia tak nak kau? Berangan tak kena bayar bro,” balas Joshua sambil tergelak sinis.
Amer makin geram terus menerpa ke Joshua dan mereka rebah dan terguling di tanah curam. Amer pantas bangun dengan muka bengis, baju dah kotor, p**i dah lebam lalu duduk atas Joshua yang baru nak bangun lalu tumbuknya berulang kali.
Dush! Dush! Dush!
Joshua bertempik dan tolak Amer sampai terguling lagi. Tapi Amer tak mahu mengalah lalu seluk poketnya dan keluarkan pisau lipat dan bukanya lalu menghunus pisau itu ke Joshua.
“Aku tak ada pilihan lain bro. Kau memang patut mati di tangan aku!” Amer bertempik dan meluru ke Joshua tapi Joshua pantas mengelak dengan jurus silatnya lalu tepis tangan Amer dan tendang belakang Amer hingga Amer tersungkur.
Joshua pijak tangan Amer yang pegang pisau dan geleknya sampai Amer terpaksa lepaskan pisau itu dan tendangnya sampai masuk ke dalam semak.
Amer masih mahu melawan dan capai sebatang kayu p**ak nak hayun ke Joshua. Joshua pantas tendang perut Amer sampai Amer terduduk, senak. Bulat mata tahan sakit.
“Aku memang tak nak cari gaduh dengan kau tapi dah kau jual takkan aku tak beli. Lain kali, hati-hati nak pilih lawan,” ujar Joshua sambil beredar dengan gaya tangkasnya.
“Kalau aku tak dapat Dilaila, biar sama-sama tak dapat,” ujar Amer geram sambil hentak tanah tapi kemudian mengaduh sakit, tekan perutnya.
Baru Amer hendak bangun tiba-tiba satu kayu dihayun ke kepalanya dari belakang hingga membuatkan dia terus rebah, kaku.
Joshua pandang orang yang menghayun itu dengan mata buntang.

QASEH DILAILA TEASER 11 - promosi hanya sampai esok. Lepas ni harga jadi RM18. Tanpa Joshua sedar, ada sepasang mata sed...
24/03/2024

QASEH DILAILA TEASER 11 - promosi hanya sampai esok. Lepas ni harga jadi RM18.

QASEH DILAILA
Ebook order 0196222872

QASEH DILAILA TEASER 9DILAILA MELEMPARKAN beg kertas berisi baju pengantin di atas sofa lalu duduk termenung.  Kenangan ...
24/03/2024

QASEH DILAILA TEASER 9

DILAILA MELEMPARKAN beg kertas berisi baju pengantin di atas sofa lalu duduk termenung. Kenangan di bandar Muar tadi sudah ditepis jauh dari ingatannya. Dia tidak mahu memeningkan kepala. Biarlah Amer bahagia dengan Jessila. Itu hak mereka.
“Balik sorang je ke? Mana Amer? Bukan semalam kau kata nak pergi dengan Amer?” Soal Salimah sambil duduk di sebelah Dilaila.
“Makin banyak dah barang kat rumah ni, mak beli ke?” Sengaja dia mengubah topik.
“Ada yang beli, ada yang hadiah. Amer belikan set bilik tidur kau dengan peti ais besar tu,” ujar Salimah sambil melipat kain yang baru diangkat dari jemuran.
“Amboi. Banyak duit dia mak? Bukan dia dah kena buang kerja?” soal Dilaila acuh tidak acuh.
“Duit simpananlah agaknya. Tak pun Pak Razak kau yang sponsor. Sofa ni tauke kedai perabot hujung simpang tu yang beri. Barang display katanya. Dulu kan mak selalu beli barang pada dia. Bila rumah kita terbakar, dia memang nak bantu tapi tak jumpa mak,” kata Salimah.
“Murah rezeki kita ya mak. Ramai yang tolong. Mak s**a ke rumah ni?” soal Dilaila sambil meratah sambal ikan bilis yang sangat dirindukannya.
“Mestilah s**a. Walaupun sederhana tapi elok buatannya. Tak bocor sana sini,” ulas Salimah penuh ceria.
“Baru lagi memanglah elok. Lepas lima tahun nanti kita tengoklah macam mana. Eh, lupa nak tanya, Makcik Nor ada bagi apa-apa ke?”
“Dia beri kain batik dua helai,” balas Salimah perlahan.
“Dua helai je? Tak sampai pun 20 ringgit. Mak patut minta ganti rugi. Sekurang-kurangnya 20 ribu. Baru terhapus dosa-dosa dia pada kita!” tegas Dilaila.
“Alah, sudahlah tu. Jangan diungkit kisah lama. Lagipun dia bakal jadi mertua kau.”
“Belum tentu mak. Harap-harap tak jadi. Lagi bagus,” dengus Dilaila sambil menggosok-gosok tangannya.
“Kenapa? Tiba-tiba aje berangin kau ni?” soal ibunya pelik.
“Amer tu macam sesuatulah mak. Laila rasa dia sengaja buat-buat sasau. Sebenarnya dia sihat,” ujar Dilaila sambil bangun menuju ke dapur kerana tekaknya dahaga.
“Hish, kau ni. Benda macam tu mana boleh dibuat main-main?” Ujar Salimah. Matanya terus menangkap susuk Dilaila di dapur. Jantungnya bergetar. Bimbang kalau majlis nikah esok benar-benar tidak jadi sama macam majlis bertunang dahulu.
“Mak, manusia ni terlampau kreatif. Ada kalanya kita tak sangka yang sesuatu perkara tu boleh berlaku. Manalah tahu dia sengaja buat gila supaya Laila simpati dan kahwin dengan dia?” Ujar Dilaila sebaik duduk semula sambil memegang segelas air sejuk.
Sedang mereka bersembang, Amer muncul tanpa memberi salam. Entah dia terdengar atau tidak perbualan mereka, Dilaila tidak pasti.
“Oh, Amer? Kenapa macam orang terkejut saja ni?” sapa Salimah dengan mata terbuntang di muka pintu.
“Maaf makcik. Saya saja nak tengok Dilaila dah balik ke belum?” balas Amer dengan wajah penuh kerisauan. Matanya tertancap pada Dilaila yang tunduk sambil minum air seolah-olah tidak peduli akan kehadirannya.
“Baru sampai. Masuklah,” pelawa Salimah sambil mengambil baju pengantin di atas sofa.
Dicuitnya sedikit tangan Dilaila sebagai isyarat agar menyambut kedatangan bakal suaminya. Kemudian, Salimah bangkit lalu menghilang ke dalam bilik bersama baju pengantin di tangannya.
“Laila, maaf ya tak sempat jemput awak kat butik tadi,” ujar Amer perlahan. Punggungnya dilabuhkan ke kusyen. Dia tahu Dilaila merajuk.
“Saya call banyak kali tapi tak dapat. Awak busy sangat kot,” ujar Dilaila acuh tak acuh.
“Maafkan saya, tak perasan entah bila telefon saya off. Rupa-rupanya awak dah lama tunggu.”
“Tak apa, saya naik teksi. Tak ada masalah pun,” jawab Dilaila sambil bermain-main dengan bucu kusyen. Tidak berminat hendak menatap wajah Amer. Adegan di kedai tudung tadi masih bermain-main di layar fikirannya.
“Awak tak marah?” soal Amer biarpun dia dapat berasakan yang Dilaila sedang marah.
“Buat apa nak marah? Tak naklah ganggu orang tengah seronok membeli-belah dengan isteri tercinta.”
“Bila p**a saya membeli-belah?’ Soal Amer terkejut.
“Hai, tadi saya nampak awak dengan Jessila. Bukan main mesra lagi. Belikan tudung untuk isteri ya?” soal Dilaila dengan nada menyindir.
Benci konon. Dasar buaya darat! Getusnya dalam hati.
“Eh, mana ada? Dia yang ajak saya singgah situ. Sebenarnya saya pergi beli bunga telur. Itulah pertama kali saya keluar dengan dia. Itu pun mak yang suruh!” Amer pantas membela diri.
“Tak apalah. Saya tak kisahpun. Saya tengok awak macam dah sihat. Tak payahlah kita nikah kan?” Dilaila pantas menduga kejujuran Amer.
“Eh, janganlah macam ni Dilaila. Lembu dah tumbang, tetamu dah dijemput. Malu mak dan ayah saya nanti,” balas Amer semakin gelisah. Apakah permainan yang sedang dilakukan oleh Dilaila kali ini?
“Malu saya ni macam mana? Terpaksa kahwin dengan suami orang?” Tempelak gadis itu dengan nada keras. Kali ini hatinya benar-benar keras. Tidak termakan dia akan pujukan Amer.
“Dah beribu kali saya cakap. Saya cintakan awak bukan dia!” tegas Amer mula hilang sabar.
“Habis tu kenapa tak bercerai saja dengan dia?” Dilaila terus hilang sabar sebelum menyambung, “Benci konon tapi di belakang orang bukan main mesra lagi!”
“Memang saya nak bercerai dengan dia. Tapi dia tu lawyer, saya takut nanti dia tuntut macam-macam dari saya!” Tanpa disangka-sangka terpacul jawapan itu dari mulut Amer.
“Oh, sebab takut kena keluar duit, awak ikut sahaja kehendak dia? Padanlah muka awak dengan mak awak tu. Sesuai sangat jadi anak-beranak!”

Ada yang tak pasti macam mana nak dapatkan ebook Qaseh Dilaila. Senang saja follow step di bawah atau guna saja QR Code ...
23/03/2024

Ada yang tak pasti macam mana nak dapatkan ebook Qaseh Dilaila. Senang saja follow step di bawah atau guna saja QR Code yang disediakan. Senangkan? Cepat tau promosi dah nak tamat.

EBOOK QASEH DILAILA: RM15.00
491 muka surat # 58 ribu patah perkataan

AKAUN MAYBANK
RICH IDEAS RESOURCES
562106635904

-Sila nyatakan butiran peribadi anda berserta resit bayaran.

Nama:
No Tel:
Email (jika ada):
Nama Direct Seller (jika ada):

WHATSAPP RESIT DAN BUTIRAN KE:
019 6222 872

Tinggal 2 hari saja lagi sebelum.promosi berakhir. Cepat dapatkan ebook Qaseh Dilaila sekarang.          QASEH DILAILA T...
23/03/2024

Tinggal 2 hari saja lagi sebelum.promosi berakhir. Cepat dapatkan ebook Qaseh Dilaila sekarang.

QASEH DILAILA TEASER 8
DILAILA dan Amer sedang duduk di pangkin bersembang dari hati ke hati. Amer kelihatan tenang dan tidak nampak riak sedang bermasalah. Sengaja Razak dan Noraini bawanya datang ke rumah Salimah supaya Amer sendiri menyerahkan cincin tunang kepada Dilaila.
Dilaila sedang membelek-belek cincin emas belah rotan yang sepatutnya disarung ke jarinya setahun lalu. Tapi baru hari ini cincin itu kembali pada tuan punya diri.
Nyaris cincin itu tidak menjadi mangsa keadaan dan diserahkan pada Jessila. Mujur Razak yang simpankan sebab dia sendiri tidak rela cincin itu bertukar pemilik.
“Maaf ya Laila, harap cincin tu masih muat lagi,” ujar Amer dengan nada mengusik.
“Mestilah muat, saya maintain kurus kot,” balas Dilaila tergelak sama.
“Tersarung juga cincin tu ke jari awak. Alhamdulillah. Kalau dah jodoh, tak ke mana kan?” Ujar Amer sambil merenung cincin emas di jari manis Dilaila.
“Takut nanti ada yang merajuk kalau tak pakai.”
Amer tertawa riang tapi Dilaila rasa canggung. Dia tidak merasakan bahagia saat itu. Hatinya merintih.
“Makanlah karipap ni. Mak buat banyak,” ujar Dilaila mengalih topik
“Sorry sayang, saya dah kenyang. Tadi Jess suruh makan dulu.”
“Oh, Jess ada kat rumahlah ya? Eloklah tu. Penat Jess masak kalau awak tak makan. Nanti buncit p**ak perut dia makan sorang,” ujar Dilaila berseloroh.
“Memang dah buncit pun...” Sahut Amer selamba.
Dilaila tersenyum. Tak tahu nak gelak atau nak simpati. Nampak seperti Amer tidak senang kalau Jessila berisi.
“So, tak nak makanlah ni?” Soal Dilaila sambil mencapai karipap lalu mengunyahnya penuh selera.
“Macam mana nak adil ni? Kalau nanti saya masak awak tak nak makan sebab dah kenyang makan kat rumah Jess?” Soal Dilaila tiba-tiba. Saja mahu menguji kewarasan Amer.
“Saya? Tak makan masakan awak? Rugilah, awak masak lagi sedap,” balas Amer tergelak.
“Ha, nampak. Keciklah hati Jess nanti kalau awak puji saya masak sedap depan dia.”
“Alah, takkan lah nak kecik hati, benda kecik je kot? Orang perempuan ni terlebih sensitiflah. Cuba berfikir besar sikit.”
“Contoh?” Pantas Dilaila mencelah. Sakit p**a hatinya apabila Amer dengan mudah mengutuk perempuan.
“Urrmm... macam mana nak buat rumah tangga harmoni, aman damai. Anak Jess, anak awak. Anak awak, anak Jess jugak. Gitew.”
“Oh... barulah adil ya? Kalau gitu saya pun nak gelang untuk batal air sembahyang. Sama macam Jess dulu,” balas Dilaila sambil tersenyum sinis.
“Gelang dia tu, mak saya yang belikan. Tapi jangan risau, untuk awak, satu set serba berdiri pun saya sanggup. Setakat gelang, petik jari jelah.”
“Betul ni? Kalau macam tu, jom kita pergi kedai emas. Awak belikan saya gelang dan rantai. Tapi nak lebih besar dari cincin tanda ni okey?”
“Boleh sangatttt... asalkan untuk awak, gadai body pun abang sanggup. Jom,” ajak Amer tergelak sambil bangun dan beredar.
Tapi langkahnya terhenti apabila Dilaila masih tidak bergerak. Amer menoleh dengan pandangan penuh tanda-tanya.
“Kenapa? Jomlah, esok awak dah nak balik Penang kan?”
“Saja je cakap macam tu. Cincin ni pun sebenarnya saya tak layak terima. Apatah lagi kalau dengan barang-barang lain. Dah mele-bih-lebih tu.”
“Maksud awak?”
“Tak apalah. Semua tu tak penting.” Ujar Dilaila sambil berpaling dan memandang arah salimah, Razak dan Noraini. Kemudian dia menyambung, “Asalkan mak ayah kita bahagia, cukuplah.”
Dilaila terus bangun lalu mendapatkan Salimah dan memaut lengan ibunya penuh manja. Razak dan Noraini memandang senang hati. Amer p**a tersenyum, bersyukur kerana Dilaila tetap macam dulu. Berbudi bahasa dan sentiasa merendah diri.

22/03/2024

Salam sahur semua. Jom layan Qaseh Dilaila.

QASEH DILAILA TEASER 7

DILAILA MERENUNG Jessila dan Mak Som di depannya dengan rasa pelik. Tanpa diduga, kedua-dua perempuan yang membencinya itu muncul di depan rumahnya seawal pagi. Tahu p**a dua beranak itu yang Dilaila balik kampung.
“Laila, tolonglah terima Amer. Kasihanilah aku ni,” Jessila merayu tanpa segan silu. Wajahnya pucat lesi tak bermaya duduk merenung Dilaila.
“Bengong dah kepala otak aku ni. Kau gila ke paksa aku kahwin dengan laki kau?” Soal Dilaila terperanjat.
Dua minggu lalu Noraini dan Razak merayunya. Hari ini Jessila p**a. Memang dunia hendak kiamat agaknya, fikir Dilaila.
“Kau tak tengok bila datang gilanya tu macam mana? Tiap hari kita orang hidup dalam ketakutan. Berani dia cekik aku depan mak dia hari tu. Nyaris juga mak dia nak ditumbuknya.”
“Astaghfirullahalazim, memang dah gila Amer tu agaknya. Tapi tak bermakna cadangan mengarut korang semua ni dapat selesaikan masalah kau, masalah Amer.” Tingkah Dilaila yang s**ar menghadam permasalahan Amer sekeluarga sebenarnya.
“Tolonglah aku Laila. Aku sayangkan Amer. Dia hanya boleh terima aku kalau dia dapat kahwin dengan kau.”
“Sabarlah. Lama-kelamaan nanti dia akan terima kau punya.”
“Tak, kau tak faham Laila. Sekalipun dia terima aku tapi dia tetap akan kejar kau. Buatnya dia terus-teruskan dengan gilanya tu dan aku p**ak mengandung macam mana? Aku tak nak anak aku nanti tak berbapak,” rayu Jessila dengan nada sebak.
“Faham tapi tak ada bapak tak semestinya anak kau tak bahagia. Aku pun tak pernah kenal sapa ayah aku tapi tak bermakna aku pilih jalan salah. Itu semua terp**ang pada diri sendirilah.”
“Tak Laila. Ini lain. Tolonglah aku, kau kahwinlah dengan Amer walau sekejap je. Asalkan dia sihat. Aku nak dia terima aku sebagai isteri dia,” ujar Jessila terus menangis.
“Semua tu di luar bidang kuasa aku. Dah jangan paksa aku lagi. Pergi balik!”
“Tak boleh Laila. Pagi tadi dia mengamuk lagi bila mak cakap kau tak beri kata putus sama ada jadi kahwin dengan dia ke tak. Habis semua barang dipecahkannya. Nyaris nak berparang dengan ayah dia. Buntu dah aku ni.
“Ya Allah, kenapa teruk sangat Amer ni? Habis macam mana dia sekarang? Pak Razak okey ke?” Tanya Dilaila yang mulai panik.
“Dia okey tapi aku terpaksa call ambulans. Sekarang ni Amer kena tahan kat wad psikiatri, Hospital Besar.”
“Pak Razak dengan makcik Nor ada dekat sana lah ya?”
“Haah. Ayah yang suruh call ambulans sebab takut Amer bahayakan nyawa kita orang. Tolonglah aku Laila. Aku dah tak sanggup lagi menderita. Aku cuma nak berbaik dengan dia. Tu je.”
“Yalah, yalah. Kau tenang ya. Kita cuba selesaikan masalah ni sama-sama.” Ujar Dilaila sambil merenung Jessila yang menangis teresak-esak penuh simpati. Lalu dipeluknya Jessila cuba tenangkan.
Mak Som dengan muka sedih, hanya membisu. Riak wajahnya seperti tidak setuju tapi terpaksa ikutkan keputusan Jessila. Di pintu bilik, Salimah hanya memasang telinga sejak tadi. Hatinya juga sayu, penuh simpati.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Joshua tertera di skrin tapi Dilaila tidak betah menjawab. Bahkan saat itu fikirannya sedang kacau. Bagaimana mahu dijawab kalau nanti dia terpaksa menipu? Beberapa kali telefonnya berbunyi lagi. Terus Dilaila block nombor itu. Biar tenang hatinya sedikit. Nampaknya dia pasrah.

Address

J8747 Jalan KJ Utama 2, Kg Kesang Jaya
Kampong Jasin
77000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RICH EBOOK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RICH EBOOK:

Videos

Share

Category

Nearby media companies

Other Kampong Jasin media companies

Show All

You may also like