Ali Sabki Aljembali

Ali Sabki Aljembali Life is not what you see it but it's how you see it.

2024 dibuka secara rasmi
05/01/2024

2024 dibuka secara rasmi

Saya tak ada RXZ, dan saya tak pernah berimpian untuk memilikinya.  Tapi saya ada dua biji Vespa. Masa muda dulu, ada ju...
13/09/2023

Saya tak ada RXZ, dan saya tak pernah berimpian untuk memilikinya. Tapi saya ada dua biji Vespa. Masa muda dulu, ada juga join budak budak Vespa konvoi merentas negeri. Seronok juga masa tu. Lagi lagi bila lalu dekat orang ramai. Bangga bukan main, kita lah yang ada motor Vespa.

Cumanya yang saya tak selesa bila konvoi ramai ramai ni, diorang tak berhenti singgah semayang. Selalunya kita yang semayang ni p**a rasa segan nak minta izin. Sampai kena curi curi kalau nak solat. Kadang kadang ada juga diorang singgah masjid. Tapi yang semayang kita dengan ada la dua tiga orang lagi budak Kelantan. Yang ramai ramai, singgah tumpang kencing je. Lepas tu cucuh rokok dan setting pitenam. Tapi saya cakap betul ni, kerisauan terhadap api pitenam ni lagi besar dari risau dari dibakar api Neraka.

Roadtax memang masing masing tak ada lah. Nombor plate pun pakai ikut dan sangkut je. Mujur alhamdulillah tak pernah ada berlaku apa apa eksiden yang teruk masa tu. Kalau tak, dah la tak solat, insurans pun tak ada. Kalau eksiden, ibaratnya Highway to Hell la. Bukan saya yang cakap, tapi Angus ACDC yang cakap.

Masa tu memang scene konvoi konvoi ni tengah naik. Yang Vespa dengan Vespa. Yang EX dengan EX. Tupai dengan Tupai. Z dengan Kawan kawan Z. Kalau perasan, masa tu la zaman pakai spek Oakley cermin pelangi, zaman kasut Adidas ZX warna warni. Masa tu juga la zaman budak budak motor pakai seluar jeans pendek atas lutut.

Tengah rancak scene motor inilah, tiba tiba wujud kelab motor yang dikenali sebagi ARC. Alternative Riding Club yang dikelolakan oleh Pemuda Pas. Masa awal-awal ARC, diorang konvoi sama sama mutor besar je. Selalu kalau ada program Pas, diorang yang motor besar ni la yang menyerikan program Pas. Nampak eksyen la kan orang naik motor besar sokong Pas.

Masa saya join ARC, masa tu keahlian ARC baru nak mula melebarkan kepada penunggang motorsikal berkuasa rendah. Mat Duan (bekas pemain bola Terengganu) kalau tak silap saya yang hendel ARC dekat Terengganu. Saya masa tu kebetulan cuti semester dan itulah kali pertama join konvoi ARC. Tak macam konvoi motor motor lain, ARC ni memang sangat inklusif. Semua motor pun boleh join. Dari motor besar macam yang Mat Duan bawak, sehinggalah ada satu Honda Cup yang budak baru habis SPM bawak. Vespa pun ada.

Masa ni juga lah pertama kali saya tengok orang yang join konvoi motor muka jernih macam tak pernah kena panas. Biasa budak budak motor, muka masing masing macam lumur minyak grease. Tapi kali ni ada juga budak budak pondok, budak belajar maktab, ustaz ustaz, dan tak lupa juga abang yang jual minyak atar dan kopiah kat Masjid Rusila, di samping mat mat motor yang selama ini sangat dahagakan kelajuan.

Dulu biasanya konvoi ARC ni hanya untuk pergi program program himpunan politik anjuran Pas je. Untuk bagi nampak Pas ni disokong oleh ramai anak muda. Walaupun ARC ni bawah parti politik Pas, tapi masa konvoi tu tak ada pun kami bersambang mengenai politik. Kami bersembang hal hal budak motor bersembang lah. Pasal makan sedap kat mana, pasal makwe, fasal baju bundle, dan juga fasal aksesori motor yang boleh meningkatkan kehenseman tuan motor.

Kepelbagaian motorsikal dan juga jenis manusia dalam ARC tidak menghalang keseronokan membawa motor beramai ramai. Rasa bangga tu pun ada juga walaupun pakai baju hijau yang ada tulis perkataan ARC je semata-mata. Tak eksyen langsung. Cuma yang lainnya, konvoi ARC ni ada singgah dekat masjid untuk sembahyang. Memang dalam tentatif konvoi, kita dah tahu nak solat dekat masjid mana. Macam kau berlumba potong memotong dengan kawan kau, tapi rupanya menuju ke masjid.

Semakin lama, gerakan ARC ni semakin besar dan semakin ramai orang menyertainya dari pelbagai latar belakang. Kalau dulu ARC konvoi ni untuk menumpang program ceramah Pas je, tapi konvoi ARC sekarang lebih objektif dan sesuai dengan sifat permotoran. Malah, ARC siap ada jamboree sendiri tiap tiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang berkait dengan motor. Tidak ketinggalan juga program program macam qiamullai, ceramah Ustaz Azhar, dan juga ceramah undang undang jalan raya. Dah nama pun Pas, mesti tak boleh lari la dari ceramah. Kemudian paling last, selalunya akan ada James Hetfield Asia Tenggara iaitu Ali XPDC yang akan menyanyi sebagai penutup.

Begitulah perjalanan ARC sedikit sebanyak sebagai sebuah kelab motorsikal.

Saya cerita ni sebab itu hari di Terengganu, saya ada singgah solat dekat Setiu. Masa saya solat tu, ada dua tiga kump**an konvoi motorsikal dengan kelab motor masing masing. Bila saya tengok budak budak muda (yang bermuka minyak grease) bawak motor dan sembahyang ramai ramai, saya teringatkan zaman saya muda dulu. Kalau zaman saya ni, tak adanya budak budak motor hendak berhenti sembahyang.

Bagaimana zaman itu berubah.

Benar, hidayah dan taufik itu milik Allah. Tapi tak boleh nafikan juga usaha ARC yang tidak putus menyantuni budak budak motor. Bukan senang nak bentuk seorang mat rempit untuk angkat takbiratul ihram. Bukan senang nak ubah persepsi dalam kalangan mat rempit bahawa seorang mat rempit yang solat itu mat rempit yang cool. Bukan senang nak tanam dalam kepala anak muda bahawa selaju mana pun jentera yang kau bikin, tetap akhirat juga yang berada di depan. Orang ingat Pas itu parti politik semata mata.

Tapi kadang kadang mereka lupa, bahawa Pas juga parti yang tidak serik untuk mendidik massa bagaimana caranya untuk hidup bertuhan. Benda benda macam inilah yang membuatkan orang sayang pada perjuangan Pas. Dan pada masa yang sama, benda ini juga membuatkan orang alergik dan cemburu kepada Pas.

Sekian. Wallahua’alam.

Kredit penuh penulisan pada Abd Rahman. Penulis buku Demo Kenal Barang

Perihal Slogan Hari Merdeka.Dulu, masa lambang Hari Kebangsaan zaman Mahathir, semua negeri termasuklah negeri pembangka...
21/08/2023

Perihal Slogan Hari Merdeka.

Dulu, masa lambang Hari Kebangsaan zaman Mahathir, semua negeri termasuklah negeri pembangkang pada masa tu melihat lambang tu lambang neutral.

Memang Wawasan 2020 tu propaganda Mahathir, tapi PAS Kelantan dan PBS Sabah masa tu pun ikut lambang kerajaan pusat sebab masa tu semua orang pun bersetuju tentang slogan tu.

Dan aku tak rasa Nik Aziz atau Pairin Kitingan nak bantah dengan slogan macam Wawasan Asas Kemajuan tahun 1992 atau Nilai Murni Jayakan Wawasan tahun 1994, sebab kata-kata slogan tu bersifat neutral.

Masa zaman Pak Lah, memang la ada tagline "Islam Hadhari" atau "Cemerlang Gemilang Terbilang", tapi Pak Lah stick dengan logo Keranamu Malaysia sampailah ulangtahun ke-50 yang slogannya berubah ke Malaysiaku Gemilang.

Tapi yang start slogan politik dalam Hari Kebangsaan ni Najib. Najib guna lambang 1Malaysia sebagai lambang Hari Kebangsaan, jadi negeri-negeri yang jadi pembangkang tak nak la dikaitkan dengan kerajaan Najib, sebab 1Malaysia tu branding Najib.

Hanya selepas 2013 barulah Najib sedar yang lambang 1Malaysia tu polarizing, jadi start tu dia pakai lambang dan slogan yang neutral.

Now, perkara sama juga macam lambang Wi-Fi Ismail Sabri Keluarga Malaysia. Memang tu branding Ismail Sabri, tu yang Selangor buat lambang lain.

Macam Mahathir 2.0 masa PH perintah, semua orang ikut slogan Hari Kebangsaan sebab Sayangi Malaysia tu takde konotasi politik Mahathir. Ia bersifat neutral.

Aku rasa takde pun BN atau PAS yang bantah, depa ikut je. Kalaulah masa ni guna slogan Malaysia Baru, mungkin negeri-negeri yang bukan PH masa tu takkan nak guna dan buat slogan dan logo lain.

Tapi Madani ni slogan Anwar. Ia tak bersifat neutral, sama macam slogan Najib dan Mail Sabri yang jadi punca orang lain tak nak guna. Jadi sebab tu lah empat negeri yang tidak bersama Kerajaan Perpaduan buat lambang dan slogan lain.

Kalau nak negara ni bersatu padu, Perdana Menteri janganlah bersifat polarizing. Gunakan slogan neutral macam Mahathir atau Pak Lah guna, dan aku percaya semua orang akan ikut.

Kalau kita nak orang bersatu padu, janganlah ada selective memory, jangan ada perangai "aku boleh kau tak boleh", dan jangan guna slogan yang boleh buat orang menyampah. Simple.

Full credit to Nome

Paris of Malaya
17/08/2023

Paris of Malaya

Check out Persona Grata's video.

10/08/2023

Mari pulok doh isu air kelate. Tiap² kali nok ngundi mesti naik isu air ni. Hok jong main isu ni tok lain tok buke, ermm dengar sdiri lah.

08/08/2023

Sekalo duk dengar video hok sekerat² hok ore kerat. Kita tak sedar tujuan ore kerat tu sebab nok pelago rakyat. Kito hok cerdik ni xpo la x termakan. Tapi bulih ko hok toho naya la.

Dalam banyak² video pasal air negeri kelate ni, hok ni jelas molek ni. Sapo² nok cakna pasal air kelate, dengar dan hadam gapo hok Nik Amar oyak dale ceramah dia ni. Full xdok kerat², ambik sepatah².

Tanya hati.

Kenali calon PAS N06 Chempaka dibawah Parlimen Pengkalan Chepa.NIK BAHRUM; MENYAMBUNG PERJUANGAN TOK GURU NIK AZIZ DAN U...
29/07/2023

Kenali calon PAS N06 Chempaka dibawah Parlimen Pengkalan Chepa.

NIK BAHRUM; MENYAMBUNG PERJUANGAN TOK GURU NIK AZIZ DAN USTAZ FATHAN

Sejak 1999 lagi, beliau diberi kepercayaan oleh parti untuk menggalas tugas sebagai penyokong/pencadang calon kepada Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Tugas sebagai pencadang calon disambung pada PRK N06 Dun Chempaka tahun 2015 kepada calon Ustaz Fathan bagi menggantikan ATGNA.

Dan kini di PRU DUN Negeri Kelantan, pimpinan telah memberikan amanah yang lebih besar kepada beliau untuk menjadi calon di DUN Chempaka (N06).

Beliau merupakan anak jati Dun Chempaka namun khidmatnya sebagai peguam merentasi negeri. Nik Bahrum merupakan Timbalan Pengerusi LUHAM Pas Pusat. Pas**an peguam yang menguruskan isu melibatkan perundangan bagi PAS.

Jom kenali calon N 06 Dun Chempaka lebih dekat dengan mengikuti beliau di

https://www.facebook.com/nikbahrum06/

19/07/2023
What did one ocean say to the other ocean? Nothing, they just waved.Makan tengahari bersama Bikers + Campers tegar tak r...
15/07/2023

What did one ocean say to the other ocean?
Nothing, they just waved.

Makan tengahari bersama Bikers + Campers tegar tak reti diam di Pantai Narathiwat. Berhajat nak singgah di Summer Thong tapi disebabkan tempat tu sentiasa penuh-pena, kami cancel.

2 hari 1 malam merentas sempadan masa Kota Bharu, Malaysia - Tasik Bang Lang, Thailand.

I've just reached 96K followers! Thank you for continuing support. I could never have made it without each one of you. 🙏...
13/07/2023

I've just reached 96K followers! Thank you for continuing support. I could never have made it without each one of you. 🙏🤗🎉

Dulu saya pernah join group ini, “B40 Buat Perangai Apa Hari Ini”, tapi banyak toksik lalu saya keluar.Ada satu posting ...
11/07/2023

Dulu saya pernah join group ini, “B40 Buat Perangai Apa Hari Ini”, tapi banyak toksik lalu saya keluar.

Ada satu posting ni. Sangat deeeeeeeeeeeeeeppppp. Berbeza daripada posting biasa yang saling mengutuk B40 dan acah-acah T20.

Ini tulisan penuh:

Assalamualaikum, saya nak kongsi pengalaman sikit.

Saya ni masih belajar. Hobi saya ialah detailing kereta.

Jadi bila cuti sem, saya akan ambil part time detailing kereta.

Kalau ada yang tak tahu detailing tu apa, detailing tu macam polish dan bersih kereta.

Saya selalu detail kereta saya sendiri.

Tak pernah terfikir nak cari side income.

Sebab ia sekadar hobi.

Customer pertama yang saya dapat pun tak pernah minta, jumpa melalui kenalan. Orang kaya.

Tak tahu la T20 ke apa. Dia ada koleksi kereta mewah.

Jadi setiap cuti sem, saya akan ke rumah nya untuk detail kesemua kereta nya.

Dia puas hati dengan hasil kerja saya. Jadi dia recommend pada kawan kawan selevel nya untuk ambil khidmat saya.

Pada mulanya takut, sebab nak detail kereta kereta atas sejuta. Tapi gagahkan diri.

Dapat la pengalaman dan dapat juga merasa naik kereta nya. Saya dah detail bermacam macam kereta.

Customer baik muda dan tua. Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ini ialah :

1. Orang yang betul betul kaya, tak pernah minta kurang. Contoh, saya letak harga RM2500 untuk satu kereta. Mereka bayar tiada masalah.

2. Bila dia bayar, dia expect kerja tiptop. Kalau kerja tak tiktop, dia takkan maki atau apa apa, tak marah pun. Cuma itu je la kali terakhir dia ambil servis kita.

3. Orang kaya ni bila dia bayar, dia tahu kerja cantik, perfect dan siap. Jangan hassle dan buat kerja ala kadar.

4. Sangat bagus jika kalian ada customer atau kenalan orang kaya, bagus untuk networking. Saya ada borak borak dengan customer saya, ada yang tawarkan intership di syarikat mereka bila saya habis belajar.

5. Mereka tak kedekut ilmu, saya bebas bertanya bermacam macam soalan dan minta pandangan, mereka rancak bercerita. Macam seolah olah mereka s**a. Saya berumur 24. Jadi saya banyak bertanya pada customer, hal ehwal ekonomi, politik, perkahwinan, perbankan dan macam macam lagi. Saya s**a bertanya dan belajar. Sebab saya baru setahun jagung, dapat ilmu free.. dari orang hebat. Siapa taknak.

6. Pada mula kenal mereka, saya rasa rendah diri sangat. Yela kita bukan sesiapa, dapat customer yang high level. Tapi mereka layan saya sebaik mungkin. Menghormati saya. Saya sangat menghargai layanan mereka. Patutla makin kaya. Sebab jenis tak riak dan sombong.

7. Boleh dikatakan kesemua customer saya tak pernah ambil gambar dan video kereta post di social media, baik tua atau muda. Saya lihat sendiri. Sebab saya ada add mereka di FB. Mereka mereka ni pakai mclaren, porsche, ferrari, lambo, aston. Kita pakai Honda dah hari hari up story tunjuk stereng. Benda ni buat saya reflex diri saya.

8. Saya pernah bertanya pada mereka ni, kenapa tak post di social media. Untuk kongsi hobi pada orang ramai. Jawapan mereka, mereka malu. Sebab mereka kata, post atau share di social media pakai ferrari, ada lagi orang kaya pakai lebih dari ferrari. Jadi mereka rasa malu nak kongsi.

9. Mentaliti mereka agak lain dari kita. Cara bercakap, pun dah tahu. Mereka lebih banyak dengar dari bercakap.

10. Tak semua orang kaya tu poyo dan berlagak. Ada tu memang ada, tapi orang yang betul betul kaya duit tak habis, jenis tidur pun duit masuk ni lain gayanya. Macam kau tengok apek cina pergi masuk kedai pakai seluar pendek selipar jepun, duit dalam bank juta juta. Ini fakta.

11. Saya juga melihat lifestyle mereka, biasa biasa je. Nak kata over limit, tiada. Macam kita kita juga, tapi tak pernah p**ak nampak mereka beli Starbucks atau apa apa. Beli Nescafe 3 in 1 je bancuh sendiri. Benda yang ni saya tahu, kebanyakkan bos bos atau doktor doktor lunch pun bawak bekal, kita yang kerja gaji minimum ni lunch Starbucks. Benda ni juga banyak buat saya reflex diri saya.

12. Saya tengok gaya anak anak mereka ni, tak sombong. Mereka tegur saya dulu, ajak berborak. Sangat ramah. Tengok telefon mereka pun, saya punya telefon lagi mewah dan canggih haha. Ada anak mereka yang masih belajar tu, pun bekerja part time bila cuti sem. Itu bapak kete juta juta macam hotwheels pun ada kena cari
duit sendiri. Ini sangat bagus. Berdikari.

13. Untuk pengetahuan, mereka mereka ni kaya dan beli kereta mewah bukan untuk berlumba tengah highway macam kera dapat bunga. Mereka jenis sewa track sehari buat event diantara mereka sendiri. Nak pecut ke apa semua dalam track. Benda ni boleh tanya pada para pekerja litar, betul atau tidak. Mereka boleh jawab.

14. Isteri orang kaya, saya lihat takda handbag mewah. Ataupun rantai emas di tangan. Yang saya nampak gelang silver dan cincin. Itu sahaja. Tiada pandang saya atas bawah, sangat menghormati saya. Ada jugak dapat customer dari orang konon kayangan, padahal suami bekerja, suami yang kaya. Dia tumpang kaya je. Tapi dia lebih sudu dari kuah. Ada beza mentaliti orang betul betul kaya dan golongan wanita yang bekerjaya. Saya tak kata housewives tak elok, jangan salah faham, tapi berdasarkan pengalaman, housewives yang suami kaya la layan saya teruk. Cerewet dan pandang saya atas bawah, kadang bercakap tak pandang muka saya pun.

Saya banyak belajar dari mengenal golongan kaya, profesional dan high level ni.

Yang buruk tu ada, tapi tolak tepi. Saya ambil yang baik sahaja. Surround yourself with high quality people.

Bila kita lihat kat social media sekarang, dengan jenis tayang kereta, tayang emas, rumah, duit.

Banyak buat saya reflex diri saya. Orang yang mewah pun ala kadar, kau dan aku yang secebis ni acah acah p**ak.

Sekarang ni ada kasta b40 la t20 la. Saya tak percaya benda tu.

Bukan duit yang melambangkan kedudukan social kita. Tapi mentaliti.

Bila mentaliti elok, automatik nampak bijak dan berpendidikan waima kau kerja tukang kebun sekalipun.

Mentaliti dan common sense.

Saya akhiri dengan quotes dari one of my customer.

“The idea is to be RICH, not to look RICH”

Credit:
https://www.facebook.com/afyan.ifp?mibextid=ZbWKwL

Address

Kampong Dalam Kota

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ali Sabki Aljembali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ali Sabki Aljembali:

Share