Penerbitan Idea Kreatif

Penerbitan Idea Kreatif Penerbitan Karya Bermutu
(102)

Salam sejahtera,Pra Tempah atas talian sudah dibuka dan akan tamat pada 06.09.2024.Harga Promo untuk Kombo adalah RM134....
28/08/2024

Salam sejahtera,

Pra Tempah atas talian sudah dibuka dan akan tamat pada 06.09.2024.

Harga Promo untuk Kombo adalah RM134.00 SM / RM170 SS termasuk kos pos.

untuk setiap pembelian atas talian anda akan mendapat 1 Photocard percuma.

1️⃣ NICK DOLLAH (REVAMP) - Illa Shanahila

Wanda Nurhannah : Sentiasa kalut dan lurus. Tak ada apa yang membanggakan selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun. dia punya hati dan perasaan.

Nick Rayyan Lee - Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami oleh wanita kerana ketampanannya. Namun, dia juga punya rahsia sendiri.
Titik pertemuan mereka bukanlah yang indah-indah.

“Nama siapa?” - Nick

“Senah. Saya nak panggil awak apa ni?” - Wanda

“Panggil saya Dollah.” – Nick

Wanda mencebik geram. Perli... perli...
Mengenali siapa sebenarnya ‘Dollah’, Wanda rasakan antara mereka bagaikan langit dengan bumi. Macam mana Dollah boleh bertukar menjadi Nick Rayyan Lee yang pop**ar seantero Malaysia dan dia tak tahu?
Dan bila Nick Dollah mengaku s**a, hati Wanda penuh dengan rama-rama.

“Siapa Wanda tu, Nick?” – Tan Sri Aminuddin

“No one la Ayah Amin. Perempuan biasa aje. Tak ada benda menarik pun pada dia. – Nick Dollah.

Kata-kata Nick membuatkan Wanda jadi ragu-ragu. Dia ni siapa sebenarnya di sisi Nick Dollah?

“Cik Senah, stop it la… Berhenti buat kerja ni. Penat, tahu?” – Nick Dollah

“Saya kena kerja juga. Saya mana ada gaji puluh-puluh ribu macam awak.” - Wanda

“Saya boleh aje nak tanggung awak sepanjang hidup, lupa?” – Nick Dollah

“Riak! Tahulah dia tu banyak Ringgit Malaysia.” - Wanda

Namun, takdir mereka berdua tak seindah yang disangka. Fahim, cinta lama Wanda muncul kembali menagih kasih dan siapa p**a Safiyya dalam kehidupan Nick Dollah?

2️⃣ FLEUR SOPHIA 2: OUR PURE LOVE

"Sophia, boleh beritahu Harraz lagu kegemaran Sophia?" - Harraz Falikh.

"Paper Ring by Taylor Swift" - Fleur Sophia.

"You love shiny things so I propose you with paper ring" - Harraz Falikh.

Hubungan mesra yang dijalinkan daripada zaman persekolahan, akhirnya berakhir dengan ucapan akad. Bacaan taklik disebut, air mata menemani hari bahagia Harraz dan Fleur, mengimpikan bahagia selama-lamanya yang sering dibicarakan dalam kisah dongeng.

Sang adik membina mahligai cinta, membawa kelima orang abang Fleur pada kesunyian sementara. Akhirnya, seorang demi seorang bertemu dengan srikandi mereka.

"Hawa nak kahwin dengan Dayyan?" - Dayyan Aqil.

Ahli keluarga semakin bertambah, meriuhkan lagi rumah agam milik keluarga Fleur Sophia. Namun… semua itu tidak kekal lama.

"Kau ada tumpahkan perfume ke? Wangi sangat ruang ni"

Dugaan yang akan datang kali ini jauh lebih berat dan menyiksakan. Persoalannya, siapkah yang menjadi dalang sanggup merosakkan kebahagian keluarag besar itu?

3️⃣ SWEET SOUR (Revamp) - Nasz Nasz

Lapan tahun hidup Alia Akma ada Azarul Hisyam. Lapan tahun yang panjang. Ada s**a, duka, ketawa, menangis,merajuk, marah, bahagia.

Hidup Lia terasa begitu mudah bila bersama Zarul. Semuanya seperti apa yang di rancang.

Tiba-tiba datang Joe.

“Umur?” Hanim, kawan baik Lia bersoal jawab berkenaan Joe.
“Tak tau.”
“Dia kerja apa?”
“Entah.”
“Sekolah mana?”
“Mana aku tau kat mana dia sekolah.”
“Apa makanan kegemaran dia?”
“Motif kau tanya makanan kegemaran segala. Kau ingat aku mak dia ke nak tau dia s**a makan apa?” Lia marah Hanim.

Siapa sebenarnya Joe?....
Untuk or der boleh berhubung dengan admin/ejen/DS & Seller yang berdaftar dgn kami.
ʙᴇʀᴍɪɴᴀᴛ ʙᴏʟᴇʜ ᴡʜᴀᴛꜱᴀᴘᴘ ᴀᴅᴍɪɴ ꜰʙ ᴋᴀᴍɪ
📲 https://novelideakreatif.wasap.my
🖱️www.ideakreatif.net
🛒https://shopee.com.my/ideakreatif.os

Salam Sejahtera,Kombo Online BookmaniaxPKNS 2024Har Ga KOMBO ➡️ RM134 SM / RM170 SS (termasuk pos). Pre Order akan dibuk...
20/08/2024

Salam Sejahtera,

Kombo Online BookmaniaxPKNS 2024

Har Ga KOMBO ➡️ RM134 SM / RM170 SS (termasuk pos).
Pre Order akan dibuka sehingga 06.09.2024

Untuk or der boleh berhubung dengan admin/ejen/DS & Seller yang berdaftar dgn kami.

NOVEL² ini juga akan berada di 📣MINI BOOKFAIR IDEA KREATIF (Bookmania )

🗓️ 4 - 8 SEPT 2024
🕙 10 PAGI - 9 MALAM
📍 KOMPLEKS PKNS BANGI

Pelbagai Tawaran menarik sepanjang pesta berlangsung.
𝙉𝙊𝙑𝙀𝙇 𝙏𝙀𝙍𝘽𝘼𝙃𝘼𝙍𝙐
𝙉𝙊𝙑𝙀𝙇 𝘽𝙀𝙎𝙏 𝙎𝙀𝙇𝙇𝙀𝙍
𝘿𝙄𝙎𝙆𝘼𝙐𝙉 𝙎𝙀𝙃𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼 𝟗𝟎%
𝙏𝙀𝙈𝙐 𝙈𝙀𝙎𝙍𝘼 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼 𝙋𝙀𝙉𝙐𝙇𝙄𝙎

Penerbit² yang turut serta 👇
𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗘𝗛
𝗔𝗟 𝗤𝗔𝗪𝗪𝗜𝗬 𝗕𝗢𝗢𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣
𝗥𝗖 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗨𝗖𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡
𝗠𝗜𝗔 𝗔𝗭𝗪𝗔𝗥𝗜
𝗕𝗟𝗔𝗖𝗫 𝗔𝗟𝗣𝗛𝗔

Jangan lepaskan peluang, jumpa kami di sana! Jemput beramai-ramai meriahkan MINI BOOKFAIR IDEAKREATIF

Salam Sejahtera Sempena MINI BOOKFAIR IDEA KREATIF dan pelancaran Novel Ogos yang akan berlangsung di📌 𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗥 𝗣𝗞𝗡𝗦 ...
16/08/2024

Salam Sejahtera

Sempena MINI BOOKFAIR IDEA KREATIF dan pelancaran Novel Ogos yang akan berlangsung di

📌 𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗥 𝗣𝗞𝗡𝗦 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗜
📌 𝟬𝟰.𝟬𝟵.𝟮𝟬𝟮𝟰 - 𝟬𝟴.𝟬𝟵.𝟮𝟬𝟮𝟰
📌 𝟭𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶 - 𝟵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺

Sesi Temu Mesra bersama penulis
~𝙉𝘼𝙎𝙕
~𝙄𝙇𝙇𝘼 𝙎𝙃𝘼𝙉𝘼𝙃𝙄𝙇𝘼
~𝙉𝙐𝙍𝘼𝙄𝙇 𝙄𝙍𝙈𝙀𝙇𝘼
📍𝟭𝟭.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟯. 𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴

~𝙃𝙐𝘿𝘼𝙉𝘼𝙅𝙒𝘼
~𝘼𝙍𝙄𝘼𝙎𝙀𝙑𝘼
~𝘽𝙀𝙇𝙇𝙀𝙎𝘼
~𝙒𝙉𝙁𝙃𝘼𝙉𝙉𝘼
📍𝟯.𝟬𝟬 - 𝟲. 𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴

▶️ Diskaun sehingga 90℅ untuk novel-novel terpilih.
▶️ 3 buku RM10

Jom ramai² ke MINI BOOKFAIR kami. 😍

READY STOCK“MAK SU!” Lagaknya persis seekor kucing sedang bermanja dengan tuannya. P**i Iman dicium bertalu-talu. Tubuh ...
26/06/2024

READY STOCK

“MAK SU!” Lagaknya persis seekor kucing sedang bermanja dengan tuannya. P**i Iman dicium bertalu-talu. Tubuh ibu saudaranya itu juga dipeluk erat.

“Boleh mati bini aku kau kerjakan, Taqi.”Adam yang menjadi penonton bisu akhirnya bersuara.

“Ini semua salah pak su!” Taqi menunding jari
kecilnya ke arah Adam.

Adam berdecit. Pfft, kenapa dia p**a yang
dipersalahkan?

“Kau jangan main tuduh-tuduh, Taqi. Aku cabut karang gigi kau tu. Bagi rongak sebaris.”

Taqi meleraikan pelukan dan dia mengatur langkah ke sofa yang diduduki Adam. Dengan gayanya yang seperti gengster, Taqi menghampiri Adam dan sepantas kilat jari kecilnya mencubit lengan Adam.

“Aduh! Kau ni dah kenapa budak?” soal Adam bengang. Tempat yang dicubit Taqi diusap. Pedih!

“Rasakan pembalasan dari Taqi!” Taqi menghantar jelingan maut kepada Adam.

“Aku buat apa?”

“Pak su sakitkan mak su Taqi! Taqi tak s**a, pak su!” Kemudian Taqi berlari semula ke arah Iman dan bersembunyi di belakang badan Iman.

Adam tersenyum senget. Ni, kalau ada senapang, memang dia tembak mulut budak mata besar ni. Mulut budak kecil ni sungguh lancang, tak padan dengan umur.

“Bak sini budak tu. Aku nak cungkil mata dia.” Adam bingkas bangun dari duduknya. Badan Iman digoyang kanan kiri. Dia cuba menggapai tangan Taqi, namun gagal.

“Iman, tepilah!” Geram punya pasal, Adam tolak kasar tubuh genit Iman sehingga gadis itu jatuh terduduk. Nasib baik lengan yang patah tidak terkena lantai.

“I... Iman...” Adam kejung. Dia menelan kesat air liurnya apabila menyedari kekasarannya. Sungguh, dia tak sengaja.

Begitu juga dengan Taqi. Budak lelaki itu turut membatu. Taqi nampak dengan jelas Pak Su Adam tolak Mak Su Iman sampai jatuh. Taqi mengetap bibir. Dia mengepal penumbuk.

“Pak su!” jerit Taqi lantang. Dia berlari pecut
mendapatkan Adam. Ditumbuk kuat perut Adam sehingga Adam mengaduh sakit.

“Taqi, janganlah... kesian pak su.” Iman
mempertahankan Adam. Ditarik Taqi menjauhi Adam.

Turun naik nafas Taqi menahan amarah. Matanya menentang Adam.

𝐑𝐄𝐀𝐃𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐊
ʙᴇʀᴍɪɴᴀᴛ ʙᴏʟᴇʜ ᴡʜᴀᴛꜱᴀᴘᴘ ᴀᴅᴍɪɴ ꜰʙ ᴋᴀᴍɪ
📲 https://novelideakreatif.wasap.my
🖱️www.ideakreatif.net
🛒https://shopee.com.my/ideakreatif.os

Tajuk : MR HEADHUNTERPenulis : ARIASEVA Blurb :Mark Hayden dan Darlene Fareesha, dua insan yang datang dari dunia yang b...
11/06/2024

Tajuk : MR HEADHUNTER
Penulis : ARIASEVA
Blurb :

Mark Hayden dan Darlene Fareesha, dua insan yang datang dari dunia yang berbeza. Tidak pernah saling mencintai. Takdir menyatukan mereka dengan cara yang paling tidak terduga. Tetapi Darlene terima dengan hati yang terbuka.

"I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. My bullet will never miss its target. Others have fallen prey, do you want to be next?" - Mark Hayden William

Jejaka yang sentiasa digeruni ramai kerana perwatakannya yang sentiasa dingin dan kejam. Dilahirkan tanpa rasa takut di dalam diri menjadikan dia lelaki yang tidak berhati perut.

"Saya rasa selamat bila ada dengan Sir... Terima kasih, Sir. Sebab sanggup tolong saya, sebab sanggup kahwin dengan saya hanya untuk jaga saya" - Darlene Fareesha

Seorang gadis yang telah dibuang oleh abang-abangnya atas sebab kematian bapanya. Hidupnya berubah 180 darjah selepas bergelar seorang isteri kepada salah seorang ahli kump**an gelap.

Namun, di sebalik perkahwinan itu, terselit kebenaran yang tidak dapat diterima olehnya. Tetapi semuanya sudah terlambat.

Hidup tidak pernah tenang walau sekali. Mereka sentiasa diburu, tetapi dengan siapa? Siapakah musuh mereka yang menyorok di balik tirai selama ini?

Es hora de lo mejor contra lo mejor.ʙᴇʀᴍɪɴᴀᴛ ʙᴏʟᴇʜ ᴡʜᴀᴛꜱᴀᴘᴘ ᴀᴅᴍɪɴ ꜰʙ ᴋᴀᴍɪ
📲 https://novelideakreatif.wasap.my

Tajuk : BUKAN CINTA SEMPURNA Penulis : BELLESA Belle BellesaBlurb :“Sepuluh bulan. Cukup sepuluh bulan, kita cerai.”Demi...
06/06/2024

Tajuk : BUKAN CINTA SEMPURNA
Penulis : BELLESA Belle Bellesa

Blurb :

“Sepuluh bulan. Cukup sepuluh bulan, kita cerai.”

Demi menjaga maruah dan keluarga, Nadhia Sofia terpaksa mencari calon suami dalam waktu yang singkat dan Firash Al Adam menjadi pilihan.

“Saya minta maaf sebab terpaksa jadikan awak pak sanggup.”- NADHIA SOFIA
“Betul ke bunting pelamin?”- DATIN FARIDA

Alam perkahwinan mereka, laluannya tidak mudah. Nadhia perlu kuat untuk berdiri setanding dengan keluarga Firash yang serba sempurna.

Dan apabila masa mengikat rasa, mula timbul rasa cinta. Nadhia bertatih mengenal erti rindu. Tapi tiba-tiba muncul p**a orang ketiga cuba merosakkan segala-galanya. Orang itu p**a bukanlah perempuan cantik, tetapi lelaki kacak.

“Suami you cintakan I.” -WAAN AISAR
“Tentang gay…” -FIRASH AL ADAM

Tidak cukup dengan kisah Firash dan ‘teman lelakinya’ menggugat rumah tangga mereka, Datin Farida p**a mahukan gadis pilihannya menjadi menantu.

“Firash ceraikan Nadhia, kahwin dengan Zahra.” - DATIN FARIDA

Atas perjanjian yang dimeterai, Nadhia akur. Itu laluan yang dipilih, dia harus berdamai dengan takdir.

“Tiada orang lain yang boleh ganti tempat awak di hati saya.”- NADHIA SOFIA
“Kalau kau cintakan aku, kenapa kau nak lepaskan aku pada orang lain?” - FIRASH AL ADAM

Apa sebenarnya perjanjian yang Nadhia buat hingga dia harus merelakan suaminya menjadi milik wanita lain? Dapatkah bahagia itu dikecapi oleh Nadhia dan Firash? Ataupun mungkin ikatan ini bakal berakhir dek salah faham yang tercetus?

AKAN DATANG  ELVIS KING - Fufulieya Mat Nova City, Novae Empire SUASANA hiruk-piruk kota jelas kelihatan walaupun jam su...
12/05/2024

AKAN DATANG

ELVIS KING - Fufulieya Mat

Nova City, Novae Empire

SUASANA hiruk-piruk kota jelas kelihatan
walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Kata orang, Nova City ini bandar yang
paling ‘hidup’ pada waktu malam. ‘Hidup’ yang lebih dari kehidupan biasa masyarakat Novae di Novae Empire. Novae Empire p**a adalah satu kerajaan yang moden dan sedang berkembang pesat seiring dengan arus pembangunan.

Nova City walaupun indah pada luarannya, masih juga kotor di bahagian-bahagian yang sengaja disembunyikan. Andai Novae Empire dikawal oleh raja yang berdaulat, sisi gelap Novae Empire p**a dikawal oleh mereka yang bekerja di belakang takbir untuk memastikan kerajaan ini terus megah dan gah di mata
dunia.

Senyuman sinis terukir di bibirnya. Iris mata hijau miliknya terus-menerus memandang pemandangan indah kota Nova melalui dinding cermin yang ada dalam bilik kerjanya.

“Tuan Elvis, apa kita patut buat dengan lelaki ni?” Liam, yang sedari tadi menunggu akhirnya bersuara.

Tuannya itu seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri.

“Argh!” Bunyi erangan kesakitan itu jelas
kedengaran.

Elvis melirik ke arah lelaki yang sedang meringkuk atas lantai. Wajah lelaki itu lebam-lebam dan darah mengalir dari hujung bibirnya.

“Kau nak suruh aku buat apa, Liam?”

Elvis kalihkan badannya menghadap anak-anak buahnya yang berada di dalam ruangan kerja itu.

Semua sudah menunduk, tak berani menatap tatapan helang milik Elvis. Tatapan itu terasa membunuh mereka.

Kecuali Liam. Hanya lelaki itu yang berani
bertentang mata dengan lelaki yang digeruni ramai itu.

“Aku tahu apa yang aku nak buat, tapi dia merayu nak jumpa kau. Mungkin untuk kali ni, kau boleh berlembut hati dan maafkan dia.”

“Maafkan dia? Kau tahu yang aku benci penipu, Liam.” Suara Elvis kedengaran mendatar. Dia menatap dingin Liam yang masih berdiri di hadapannya tu.

Lelaki separuh umur yang sedang mengerang kesakitan akibat dibelasah itu sudah banyak menipu dan menyeleweng duit syarikat miliknya. Memang ia tidak memberi kesan pada Elvis pun, tapi kepercayaan yang Elvis berikan sudah tercalar dan itu bukan perkara
yang baik.

“Tolong… tuan. Tolonglah beri saya peluang.”

Lelaki itu merangkak ke arah Elvis yang sudah duduk di kerusi. Tubuhnya terasa menggigil saat menatap iris mata berwarna hijau milik lelaki itu.

Ini kali pertama dia bertemu dengan orang atasan yang merupakan pemilik syarikat tempat dia bekerja. Dia tidak sangka yang secepat ini kerja busuknya diketahui. Kaki lelaki itu dipegang.

“Saya minta maaf. Saya janji, saya bayar semula. Tolonglah, tuan…” rayu lelaki itu. Air matanya mengalir laju. Rasa takut menyelubungi diri.

Tawa sinis lelaki itu kedengaran. Mereka yang
berada dalam bilik tu sudah meremang mendengarnya. Nampak ringkas tawanya, tapi cukup buat masing-masing kecut perut.

“Pathetic. Kau tahu apa yang aku paling s**a? Aku s**a orang merayu pada aku. Teruskan merayu pada aku.” Hujung bibir lelaki itu ternaik. Melihat lelaki itu menangis, menggeletar dan merayu di kakinya buat dia
berasa puas.

“Tolong, tuan… Saya merayu.” Lelaki itu sudah menunduk hampir sujud pada Elvis, namun saat dahinya ingin mencecah lantai, kaki Elvis menolak bahunya agar bangun.

“Apa yang kau boleh tawarkan pada aku untuk aku maafkan kau?” soalnya dingin. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu.

“Saya…”

“Aku mahukan sesuatu yang paling berharga dalam hidup kau. Sama ada nyawa kau atau…” Hujung bibir Elvis ternaik. Dia tahu yang lelaki itu faham. Hanya nyawa atau sesuatu yang terlalu berharga buat lelaki itu
yang dia terima.

Lelaki itu mengangguk perlahan. Air liur terasa susah untuk ditelan. Tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar. Terketar-ketar tangannya menghulurkan telefon bimbit kepada Elvis.
Elvis tidak menyambut sebaliknya hanya menatap lama skrin tersebut.

“Ini yang kau tawarkan pada aku?”

Air mata lelaki itu jatuh laju ke p**i. Dia tiada
pilihan lain selain menggadaikan satu-satunya harta yang dia ada sekarang ni. Dia tidak sanggup untuk menghadap sisi kejam lelaki itu. Senyum sinis terukir di bibir Elvis.

🕴️Pra Tempah Online (PTO) sudah dibuka sehingga 05.06.2024.

🕴️Penghantaran Selepas PBAKL (1/2Minggu)

🕴️Setiap pembelian anda akan mendapat Photocard & sticker bertandatangan Penulis.

🕴️ʙᴇʀᴍɪɴᴀᴛ ʙᴏʟᴇʜ ᴡʜᴀᴛꜱᴀᴘᴘ ᴀᴅᴍɪɴ ꜰʙ ᴋᴀᴍɪ
📲 https://novelideakreatif.wasap.my

salam Sejahtera,Pre Order Online Mi Veneno sudah dibuka sehingga 05.06.2024Untuk Makluman, Novel ni ada 2 Vol. kena beli...
08/05/2024

salam Sejahtera,

Pre Order Online Mi Veneno sudah dibuka sehingga 05.06.2024

Untuk Makluman, Novel ni ada 2 Vol. kena beli dua² tau baru tau ending nya 😁

ʙᴇʀᴍɪɴᴀᴛ ʙᴏʟᴇʜ ᴡʜᴀᴛꜱᴀᴘᴘ ᴀᴅᴍɪɴ ꜰʙ ᴋᴀᴍɪ
📲 https://novelideakreatif.wasap.my

MI VENENO Vol. 1 :

Tengku Aadyan Ruiz, pewaris tunggal keluarga The Ruiz. Mata kelabu cerah miliknya sering memukau sesiapa yang memandang.
Thea Radea, anak perempuan kesayangan Thariq Ridzuwan.

Dua watak yang mempunyai keperibadian sama, dingin dan beku, kembali bertemu setelah sekian lama membawa haluan masing-masing. Suatu ketika dulu, Tengku Aadyan pernah melamar Thea tetapi dibiarkan tergantung tanpa jawapan.

Tapi pertemuan semula antara mereka kali ini telah mengubah pendirian Thea. Dia mahu berikan jawapan dan mahukan kepastian daripada lelaki itu.

“Let's be serious. Do you really like me?” – Thea Radea
“I don't like you anymore, but I love you. S**a dan cinta ialah dua perkara berbeza.” – Tengku Aadyan

Awalnya, Thea mahu menerima. Tetapi kemunculan seorang kanak-kanak perempuan bermata kelabu cerah sama seperti Tengku Aadyan mengunci suaranya. Rupanya, lelaki dingin itu sudah punya anak.

"Kau... kau cakap kau ada anak.” - Thea Radea
"Aku cakap aku ada anak, aku tak ada p**a cakap aku ada isteri."- Tengku Aadyan Ruiz

Namun begitu, Thea tetap menerima Tengku Aadyan sebagai suaminya kerana dia ada misi penting yang menjadi rahsia paling besar dalam hidupnya. Rahsia yang mampu menghancurkan kehidupan salah seorang daripada mereka.

Apakah sebenarnya rahsia Thea?
Benarkah kanak-kanak perempuan bermata kelabu itu anak Tengku Aadyan?

MI VENENO Vol. 2 :

Dua jiwa yang hidup di dalam satu tubuh, Tengku Aaydan Ruiz atau nama gelarannya ACE. Aura membunuh dan sikap dingin melebihi bapanya telah membuatkan dia sangat ditakuti oleh semua orang.

Tengku Aadyan mempunyai personaliti yang lebih pendiam dan penyabar tetapi ACE p**a mempunyai personaliti yang berlawanan. Orang yang sama tapi mempunyai dua personaliti berbeza. Hanya satu persamaan mereka, bencikan pengkhianatan.

Thea Radea yang semakin menjadi-jadi dan Tengku Aadyan p**a yang terlalu berlembut dengan isterinya, membuatkan Ace muncul untuk memberi pengajaran kepada wanita itu.

“Dia tinggikan suara pada aku. Dia benci aku, Nisa.” – The Radea.
“He's Ace, Thea. Not Aadyan. Dia macam kifarah buat kau. Dan hanya akan keluar apabila Aadyan betul-betul terluka atau give up.” - Tengku Dennisa

Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan keselesaan dan kesenangannya membuatkan Thea menjadi seorang yang Narsistik. Akibat dari sikap yang terlalu dimanjakan oleh keluarganya membuatkan Thea merasa dirinya sentiasa betul dan sombong dengan apa yang dia ada.

Kehadiran Ace menakutkan Thea. Tiada lagi suami yang sentiasa berlembut dengannya, yang ada hanyalah suami yang dingin dan sentiasa sinis apabila berbicara.

"Abang, boleh tak bagi Thea peluang untuk tebus balik semua kesalahan Thea?" - Thea Radea
"Tak tercalar ke maruah kau merayu kepada lelaki tak guna macam aku ni? Lelaki yang kau katakan pembawa sial, jantan dayus, pembawa anak haram dan macam-macam lagi." – ACE

Adakah Thea benar-benar akan menyesal diatas semua sikapnya yang sering menyakiti orang sekeliling sebelum ini ataupun itu hanyalah lakonan semata-mata untuk meneruskan rancangannya semula?

"There are no happy endings. Sorry to disappoint you, but what feels like the end is often the beginning" - ACE.



ʙᴇʀᴍɪɴᴀᴛ ʙᴏʟᴇʜ ᴡʜᴀᴛꜱᴀᴘᴘ ᴀᴅᴍɪɴ ꜰʙ ᴋᴀᴍɪ
📲 https://novelideakreatif.wasap.my

Sebenarnya.....IKP ada lagi Special Edition khas untuk PBAKL yang belum ditunjukkan wajahnya.Cuba teka...
04/05/2024

Sebenarnya.....

IKP ada lagi Special Edition khas untuk PBAKL yang belum ditunjukkan wajahnya.

Cuba teka...

     AKAN DATANG di PBAKL  nantiTajuk : MR HEADHUNTERPenulis : ARIASEVA Blurb :Mark Hayden dan Darlene Fareesha, dua ins...
30/04/2024







AKAN DATANG di PBAKL nanti


Tajuk : MR HEADHUNTER
Penulis : ARIASEVA
Blurb :

Mark Hayden dan Darlene Fareesha, dua insan yang datang dari dunia yang berbeza. Tidak pernah saling mencintai. Takdir menyatukan mereka dengan cara yang paling tidak terduga. Tetapi Darlene terima dengan hati yang terbuka.

"I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. My bullet will never miss its target. Others have fallen prey, do you want to be next?" - Mark Hayden William

Jejaka yang sentiasa digeruni ramai kerana perwatakannya yang sentiasa dingin dan kejam. Dilahirkan tanpa rasa takut di dalam diri menjadikan dia lelaki yang tidak berhati perut.

"Saya rasa selamat bila ada dengan Sir... Terima kasih, Sir. Sebab sanggup tolong saya, sebab sanggup kahwin dengan saya hanya untuk jaga saya" - Darlene Fareesha

Seorang gadis yang telah dibuang oleh abang-abangnya atas sebab kematian bapanya. Hidupnya berubah 180 darjah selepas bergelar seorang isteri kepada salah seorang ahli kump**an gelap.

Namun, di sebalik perkahwinan itu, terselit kebenaran yang tidak dapat diterima olehnya. Tetapi semuanya sudah terlambat.

Hidup tidak pernah tenang walau sekali. Mereka sentiasa diburu, tetapi dengan siapa? Siapakah musuh mereka yang menyorok di balik tirai selama ini?

Es hora de lo mejor contra lo mejor.ʙᴇʀᴍɪɴᴀᴛ ʙᴏʟᴇʜ ᴡʜᴀᴛꜱᴀᴘᴘ ᴀᴅᴍɪɴ ꜰʙ ᴋᴀᴍɪ
📲 https://novelideakreatif.wasap.my

“Hello, Rea. Kau kat mana?”“Aku baru siap beli coffee.”“Mak aii, lamanya. Kau beli coffee ke kau buat coffee?”“Orang ram...
28/04/2024

“Hello, Rea. Kau kat mana?”

“Aku baru siap beli coffee.”

“Mak aii, lamanya. Kau beli coffee ke kau buat coffee?”

“Orang ramailah…”

“Aiyooo... cepat sikit. Gate dah buka ni. Nanti
terlepas flight.”

Andrea segera berlari tanpa memandang sekeliling. Rambutnya yang dibiar lepas sudah tidak terurus. Ah, biarlah! Janji dia cepat sampai ke ruangan menunggu.

Dan, tanpa sedar…

Bukkk!

“Hey! What are you doing?” tempik lelaki di
depannya sambil mengibas-ngibas T-shirt Polo putih yang dipakai.

Andrea menggigit bibir.

‘Alamak, macam mana boleh terlanggar p**a ni?’

Andrea mengerling ke arah tompokan coffee di baju lelaki itu yang jelas kelihatan.

“So clumsy!” Lelaki itu merengus.

Matanya menangkap pasport berwarna merah yang jatuh ke lantai.

‘Oh, orang Malaysia ke? Bagus, lagi senang dia nak maki hamun.’

“Errr... I'm sorr...”

“Kau ni memang jenis yang main langgar ke, hah? Mata letak dekat lutut ke?!” Andrea terkedu apabila kata-katanya dipotong.

‘Oh, boleh cakap Melayu. Ingatkan mat salih mana tadi. Muka handsome dengan rambut jenis two block haircut, siap berkaca mata hitam lagi, tapi adab tak seindah rupa. Hampeh!’

“Aku tanya ni, kenapa diam? Dah langgar orang tak reti nak minta maaf ke?”

Andrea menarik nafas dalam-dalam. Bagaimana dia nak minta maaf, belum apa-apa lagi dia sudah disembur kasar begini.

“Encik, budi bahasa kan budaya kita. Benda boleh cakap elok-elok, kan? Saya tak sengaja tadi.” Andrea cuba meredakan ketegangan.

“Tak sengaja kau cakap? Tempat tu punyalah luas, aku juga yang kau langgar. Mata letak mana? Buta ke?”Hilang sabar Andrea dibuatnya. Pantang betul bila ada yang meninggi suara terhadapnya.

“Amboi, mulut... elok sikit eh! Awak yang main keluar tak pandang kiri kanan.” Hilang terus panggilan hormat yang diucap Andrea tadi.

‘Kalau beginilah sikap lelaki itu, jangan harap dia nak minta maaf.’

“Excuse me? Kau yang lari macam kena kejar hantu!”

“Kalau dah nampak saya lari, kenapa tak elak?” Andrea menyebak rambutnya ke belakang. Geram p**a dengan lelaki ini. Benda kecil saja, tapi mengamuk bagai tsunami yang menghentam dia.

“Huh, aku p**a yang dipersalahkan! Kau yang langgar sampai kotor baju aku! Ni siapa nak ganti baju aku?”

Andrea mendongak memandang lelaki yang sedikit tinggi daripadanya. Sakit juga lehernya mendongak memandang mamat tidak beradab ini. Dalam masa yang sama, Andrea mengerling luggage di sebelah tangan kiri
lelaki itu.

“Dalam luggage tu tak ada baju ke? Tukar ajelah baju lain. Settle! Tak perlu nak kecoh-kecoh macam budak kecil,” bidas Andrea berani.

Lelaki itu menarik kaca mata hitam yang dipakainya. Andrea dipandang dari atas ke bawah. Belum pernah dia berjumpa dengan wanita selancang ini.

“Kau cakap memang tak sayang mulut, kan?”

“Sayang, tapi bila berdepan dengan orang macam awak ni, memang patut pun saya macam ni! No manners!”

“Kau siapa nak judge aku macam tu? Kau yang langgar aku, kau tu yang no manners!” Suara lelaki itu meninggi.

“Masalahnya saya dah...” Niat Andrea untuk
menjawab terbantut apabila telefonnya berdering lagi.

Panggilan daripada Salwa. Pasti Salwa sedang menunggunya.

Andrea terus menunduk untuk mengambil pasport dan coffee cup yang jatuh ke lantai. Bagai mentol lampu yang tiba-tiba menyala, satu idea menerjah ruang fikiran Andrea. Baki coffee yang masih tersisa di dalam cawan itu
ditenung lama sebelum disimbah ke baju lelaki itu. Dah alang-alang kena simbah, biarlah lencun terus!

“Woi, perempuan! Kau gila ke?” tempik lelaki itu akibat terkejut dengan simbahan coffee secara drastik.

“Ya, memang saya gila! Harap kita tak terserempak lagi. Risau kalau muka awak p**a yang kena simbah lepas ni. Bye!”

Andrea terus berlari meninggalkan lelaki itu. Tidak dihiraukan jerkahan lelaki itu memarahi dirinya. Padan muka! Silap besarlah lelaki itu hendak cari pasal dengannya. Tak memasal satu tan coffee p**a yang disimbah nanti.


ʙᴇʀᴍɪɴᴀᴛ ʙᴏʟᴇʜ ᴡʜᴀᴛꜱᴀᴘᴘ ᴀᴅᴍɪɴ ꜰʙ ᴋᴀᴍɪ
📲 https://novelideakreatif.wasap.my

     Kami  tambah lagi listing andaAKANG DATANG di PBAKL nanti...Tajuk : MAHFUZ Penulis : BellofaBlurb :"Kahwin dengan a...
23/04/2024







Kami tambah lagi listing anda

AKANG DATANG di PBAKL nanti...

Tajuk : MAHFUZ
Penulis : Bellofa

Blurb :

"Kahwin dengan anak aunty?"
Demi menyelamatkan rumah tangga orang lain, Iman sanggup menggadai masa depannya sendiri. Mengahwini lelaki bernama Adam Mahfuz yang pernah ada dan sehingga kini masih berada di hatinya. Rasa yang pernah muncul di hatinya dulu masih kekal tidak berubah.

“Awak pun nampak sendiri mereka dah pun bahagia. Boleh tak awak berhenti mengharapkan Maya lagi?” - Iman
“Tak payah masuk campur urusan aku, Iman. Aku tak s**a.” - Adam

Ikatan yang terlalu menyakitkan. Sebab itu Iman tidak pernah mengharapkan kebahagiaan kerana dia yakin hal itu sangat mustahil. Kebencian Adam terhdapnya terlalu besar dan tidak pernah lelah melukai hatinya.
Dalam kemelut yang tak berkesudahan, Eshan Luthfi muncul membuatkan Adam tergemap. Dan hadirnya Rana Washna membuatkan rumahtangga mereka semakin berantakan.

"I think I'm falling for you." - Eshan
"Awak sayang suami saya tak, Rana?" - Iman
"Lebih dari sayang..." - Rana

Misi Iman sudah selesai. Adam berjaya beralih dari Maya. Eshan p**a menghilang tanpa khabar. Rana mahukan Adam. Iman p**a terikat dengan janji. Pertengkaran di antara mereka tak pernah sudah. Salah faham terjadi. Ujian dan dugaan datang bertubi-tubi sehinggakan Iman memilih untuk pergi.

"Kau dekat mana Iman? Kenapa kau seksa hati aku macam ni..." - Adam

Iman tertanya sendiri, andai kata takdir menemukan mereka semula, mahukah Adam memegang erat tangannya? Akankah lelaki itu berhenti bersikap egois dan menyakiti perasaannya? Atau sebaiknya mereka berpisah saja?

Note : Jangan cari di kedai lagi dik, semua yang untuk PBAKL ni lambat lagi masuk kedai. Hakak dah pening nak menjawab dengan pihak kedai ni.

    Hari ni kita tambah lagi pening admin dan seller.AKAN DATANG di PBAKL  nantiTajuk : YES! CAPTAIN ZUL AARYANPenulis :...
23/04/2024






Hari ni kita tambah lagi pening admin dan seller.

AKAN DATANG di PBAKL nanti

Tajuk : YES! CAPTAIN ZUL AARYAN
Penulis : WNFHANNA

Blurb :

Pertemuan mereka di lapangan terbang Melbourne telah mencetuskan ‘peperangan.’

“Woi, perempuan!!! Kau gila ke?!” – Zul Aaryan
“Ya, memang saya gila! Harap kita tak terserempak lagi. Risau kalau muka awak p**a yang kena simbah lepas ni. Bye!” – Zara Andrea

Dan mereka bertemu lagi. Kali ini di dalam pesawat p**a. Lebih mengejutkan, pesawat itu dikemudikan oleh Zul Aaryan sebagai captain yang bertugas. Pergaduhan bersambung lagi.

“Kau siapa nak saman airlines ni? Kau ada bukti ke?” – Zul Aaryan.
“Everything’s here. Awak dah boleh ready, maybe ni last flight awak pegang title sebagai seorang captain.” – Zara Andrea

Aaryan rasa tercabar. Dia tidak akan sesekali membiarkan dirinya menjadi mangsa ugutan Andrea. Bukti yang ada pada gadis itu dihapuskan dengan harapan mereka tidak akan bertemu lagi.
Tapi sebaliknya, makin kerap p**a mereka bertemu. Dan setiap itu jugalah perang dunia akan meletus sehingga menimbulkan kebencian.

Kata orang, jangan benci sangat, bimbang nanti jadi jodoh. Dan benarlah, mereka telah dijodohkan atas permintaan keluarga. Masing-masing menentang perkahwinan yang diatur, namun siapa mereka untuk menolak takdir?

“We should just get married...” – Aaryan.
“Get married? Untuk apa? Kita bukannya saling mencintai. – Andrea
“Just for one month.” – Aaryan

Andrea bersetuju dengan perjanjian Aaryan. Hanya sebulan dia akan hidup bersama Aaryan, tetapi mampukah mereka bertahan dengan perangai masing-masing selama sebulan itu?

*har ga tgok kat poster. kami bagi siap2 sebab semalam admin kebas jari nak menjawab har ga novel.

*kami hanya ada har ga combo untuk semua novel PBAKL. Satu combo sahaja. Kalau nak har ga combo tu, kena tunggu kami up poster Pre o der.

Selamat pagi korang..Harga rasmi novel MI VENENO - Nurul Huda Najwa HazemiUntuk Makluman, Novel ni ada 2 Vol.kena beli d...
23/04/2024

Selamat pagi korang..

Harga rasmi novel MI VENENO - Nurul Huda Najwa Hazemi

Untuk Makluman, Novel ni ada 2 Vol.
kena beli dua² tau baru tau ending nya 😁

MI VENENO Vol. 1 :

Tengku Aadyan Ruiz, pewaris tunggal keluarga The Ruiz. Mata kelabu cerah miliknya sering memukau sesiapa yang memandang.
Thea Radea, anak perempuan kesayangan Thariq Ridzuwan.

Dua watak yang mempunyai keperibadian sama, dingin dan beku, kembali bertemu setelah sekian lama membawa haluan masing-masing. Suatu ketika dulu, Tengku Aadyan pernah melamar Thea tetapi dibiarkan tergantung tanpa jawapan.

Tapi pertemuan semula antara mereka kali ini telah mengubah pendirian Thea. Dia mahu berikan jawapan dan mahukan kepastian daripada lelaki itu.

“Let's be serious. Do you really like me?” – Thea Radea
“I don't like you anymore, but I love you. S**a dan cinta ialah dua perkara berbeza.” – Tengku Aadyan

Awalnya, Thea mahu menerima. Tetapi kemunculan seorang kanak-kanak perempuan bermata kelabu cerah sama seperti Tengku Aadyan mengunci suaranya. Rupanya, lelaki dingin itu sudah punya anak.

"Kau... kau cakap kau ada anak.” - Thea Radea
"Aku cakap aku ada anak, aku tak ada p**a cakap aku ada isteri."- Tengku Aadyan Ruiz

Namun begitu, Thea tetap menerima Tengku Aadyan sebagai suaminya kerana dia ada misi penting yang menjadi rahsia paling besar dalam hidupnya. Rahsia yang mampu menghancurkan kehidupan salah seorang daripada mereka.

Apakah sebenarnya rahsia Thea?
Benarkah kanak-kanak perempuan bermata kelabu itu anak Tengku Aadyan?

MI VENENO Vol. 2 :

Dua jiwa yang hidup di dalam satu tubuh, Tengku Aaydan Ruiz atau nama gelarannya ACE. Aura membunuh dan sikap dingin melebihi bapanya telah membuatkan dia sangat ditakuti oleh semua orang.

Tengku Aadyan mempunyai personaliti yang lebih pendiam dan penyabar tetapi ACE p**a mempunyai personaliti yang berlawanan. Orang yang sama tapi mempunyai dua personaliti berbeza. Hanya satu persamaan mereka, bencikan pengkhianatan.

Thea Radea yang semakin menjadi-jadi dan Tengku Aadyan p**a yang terlalu berlembut dengan isterinya, membuatkan Ace muncul untuk memberi pengajaran kepada wanita itu.

“Dia tinggikan suara pada aku. Dia benci aku, Nisa.” – The Radea.
“He's Ace, Thea. Not Aadyan. Dia macam kifarah buat kau. Dan hanya akan keluar apabila Aadyan betul-betul terluka atau give up.” - Tengku Dennisa

Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan keselesaan dan kesenangannya membuatkan Thea menjadi seorang yang Narsistik. Akibat dari sikap yang terlalu dimanjakan oleh keluarganya membuatkan Thea merasa dirinya sentiasa betul dan sombong dengan apa yang dia ada.

Kehadiran Ace menakutkan Thea. Tiada lagi suami yang sentiasa berlembut dengannya, yang ada hanyalah suami yang dingin dan sentiasa sinis apabila berbicara.

"Abang, boleh tak bagi Thea peluang untuk tebus balik semua kesalahan Thea?" - Thea Radea
"Tak tercalar ke maruah kau merayu kepada lelaki tak guna macam aku ni? Lelaki yang kau katakan pembawa sial, jantan dayus, pembawa anak haram dan macam-macam lagi." – ACE

Adakah Thea benar-benar akan menyesal diatas semua sikapnya yang sering menyakiti orang sekeliling sebelum ini ataupun itu hanyalah lakonan semata-mata untuk meneruskan rancangannya semula?

"There are no happy endings. Sorry to disappoint you, but what feels like the end is often the beginning" - ACE.

Address

77 Jalan TKS 1
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbitan Idea Kreatif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerbitan Idea Kreatif:

Videos

Share