
31/01/2025
Secara jujurnya ini adalah antara syarikat motosikal pertama di Malaysia yang memberi kepercayaan kepada ENJINDOTCOM untuk menguji motor mereka hampir lebih 3 minggu. Betul-betul lenjan. Semua keadaan jalan bandar dan luar bandar kita sesah. Memang kena dengan "tag line" mereka "By Bikers For Bikers", betul-betul cita rasa Malaysia.
Bagi sebuah skuter yang pertama kali muncul untuk bersaing dengan jenama gah sedia ada, ia patut diberi pujian. Skuter ini boleh dikatakan lebih baik berbanding dengan skuter jenama sedia ada di pasaran. Apa yang Moda Sporter-S tawarkan ialah:-
- Enjin Euro-4 bersesaran 250cc dengan pancitan bahan api.
- Kapasiti tangki petrol 13 liter.
- ABS.
- TCS.
- TPMS.
- Dual Disc.
- USD fork.
- Lampu-lampu LED.
- Port USB 12v.
- Skrin meter dengan paparan berwarna.
- Smart key (keyless).
- Adjustable windshield.
Moda Sporter-S adalah antara skuter terbaik di pasaran dengan harga RM17,888 (harga asas) yang jauh lebih rendah berbanding pesaing dalam segmennya.
Pihak ENJIN Dotcom bagi 5 bintang untuk prestasi kesesuaian penggunaan harian serta perjalanan jauh serta faktor-faktor berikut:
-Pengendalian di jalan raya yang memuaskan.
-Posisi menunggang selesa.
-Kuasanya cukup untuk sebuah skuter 250cc.
-Kelajuan selesa antara 120-145kmj (ada juga mencapai 152km/j).
-Cukup yakin di selekoh, lancar.
-Brek yang padu untuk digunakan pada bila-bila masa.
-Ruang barangan 10 liter yang besar di bawah seat.
-Lampu hadapan dan belakang amat terang di waktu malam.
-Lampu isyarat "Integrated Mirrors".
-Ringan, mudah dikawal dalam bandar walaupun waktu jalan sesak.
Baik anda semua segera ke bilik pameran berdekatan sebelum jadi "Pisang Goreng Panas, Skuter Viral" Moda Motorcycle.
Kesimpulannya boleh beli, padu!!!