18/10/2023
Tahun 2023 ni ada perniagaan yang terpaksa dihentikan operasi.
Tahun 2023 ini juga ada perniagaan baru dibuka.
Tahun 2023 ni ada usahawan berhenti berniaga kembali masuk kerja tempat lama.
Tahun 2023 ni ada orang kerja makan gaji berhenti kerja jadi usahawan sepenuh masa.
Begitulah realiti dunia ekonomi. Ketika ada yang jatuh, ada juga yang naik.
Dalam apa jua keadaan ekonomi, wang sentiasa ada cuma ianya beralih.
Saya doakan kepada kawan-kawan yang sedang make money, moga terus sukses.
Saya doakan kepada yang sedang tersungkur, moga Allah berikan kekuatan untuk kembali bangkit melawan.
Internet, teknologi dan media so sial membuatkan persaingan menjadi semakin sengit.
Zaman ini memerlukan kreativiti aras tinggi.
Menjadi usahawan biasa dengan idea biasa dan usaha biasa-biasa bukan lagi pilihan yang baik.
Strategi tunggu sudah tidak relevan lagi, usahawan mesti agresif attack the market menggunakan apa sahaja cara.
Kalau tunggu, pasti sendu.
Welcome to the modern world!