Malaysian Blues

Malaysian Blues malaysia punya cerita...

03/02/2024

Anda ingat tak lebih kurang setahun lalu sebelum jadi Menteri Undang-undang Azalina kata apa masa perhimpunan khas UMNO apabila DS Najib dimasukkan ke penjara?

Dia bagi ucapan berdegar-degar konon membela DS Najib. Azalina kata lebih kurang macam ni: bla bla bla… bila kita ada kuasa gunalah kuasa itu untuk bela pemimpin kita bla bla bla… kalau tidak kita ini bodoh bla.. bla.. bla…

Saya rasa dia ingin balun dan tuju kepada PM ketika itu iaitu Ismail Sabri.

Saya tidak simpan transkrip sebenar apa yang Azalina kata pada ketika itu dan saya ingat-ingat lupa apa yang dia kata sepatah-sepatah tapi bunyinya macam di atas itulah. Ada sesiapa simpan video itu?

Atau Azalina sendiri boleh jawab sebab sekarang dia ada kuasa dan dah jadi Menteri Undang-undang.

Kepada Azalina, sekarang takkan kamu nak salahkan orang lain lagi p**a? Kini kamu dah jadi kerajaan dan dah ada kuasa, apa kamu sudah lupa apa yang kamu kata dulu? Takkan nak salahkan YDP Agong lagi dengan alasan ini semua kuasa dan budibicara Baginda seolah-olah kamu dan menteri-menteri tidak ada kuasa langsung dalam membuat rekomendasi? Jangan salahkan Agong dan jangan salahkan orang lain. Kini kamu yang ada kuasa, jangan jadi munafik dan tak mahu ambil tanggungjawab dan lepas tangan.

Anwar kata dia ada 150 sokongan ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan Perpaduan. Ini bermaksud jika UMNO tarik sokongan dan jadi pembangkang pun kerajaaan ini masih berdiri dan Anwar masih jadi PM. Oleh itu kalau kamu dan Zahid betul-betul berprinsip dan serius ingin bela DS Najib, cubalah tarik sokongan dari kerajaan dan UMNO keluar jadi pembangkang seperti cadangan asal saya dulu. Kita tidak perlu join mana-mana gabungan pun tak apa. Saya rasa akar umbi UMNO ramai yang tidak kisah jika UMNO jadi pembangkang pun. Buat apa jadi kerajaan jika kita perlu jadi penjilat. Kamu dan Zahid berani? Saya rasa kamu dan Zahid takut hilang jawatan (dan mungkin takut masuk penjara).

Salam,
ISHAM JALIL
3 Februari 2024

02/02/2024

Diorg takut YDPA baru bagi pembebasan penuh, so mohon diskaun separuh siap2 dgan YDPA lama masa last meeting... Supaya puak UMNO tutup mulut, puak DAP pun tak bising.

30/01/2024
24/01/2024
17/01/2024

Memang dah agak dah... Walanon masuk bekap walanonnn!!

27/09/2023
23/09/2023
20/09/2023
13/09/2023

Penang Darul HongKong... bahasa kebangsaan pun dah tak reti nak guna.

06/09/2023
04/09/2023

Address

Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Blues posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share