Creado

Creado Creado merupakan saluran pendidikan melalui media kreatif oleh Kinana Media Sdn Bhd.

Pelan Pembangunan Usahawan Online DPIMDPIM dengan kerjasama Cerna Minda akan mengadakan Webinar Siri  ke-7, Pelan Pemban...
12/11/2021

Pelan Pembangunan Usahawan Online DPIM

DPIM dengan kerjasama Cerna Minda akan mengadakan Webinar Siri ke-7, Pelan Pembangunan Usahawan Online DPIM, bertujuan untuk memberi maklumat dan langkah menarik ke arah menjadi Usahawan Online yang berjaya.

Antara topik yang akan disampaikan:-

✅ Ciri2 Usahawan Online Berjaya
✅ Tips Usahawan Era Pandemik
✅ Program Pembangunan Usahawan Online bersama2 DPIM
✅ Peluang sertai Kursus Usahawan Online, dan coaching bisnes
✅ Tawaran hebat dengan cash-back menarik

Webinar akan berlangsung pada:-

Tarikh: 25 November 2021
Masa: 11 Pagi
Tempat: Aplikasi Zoom

Klik link di bawah untuk mendaftar👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
https://forms.gle/9f9go5Q71cFubUvM7

Pendaftaran adalah PERCUMA‼️

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi +60 19-334 3355


Please submit your application now…
28/09/2021

Please submit your application now…

Berminat? Sila PM
22/08/2021

Berminat? Sila PM

Kerjaya Sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina atau Site Safety Supervisor yang bertauliah!!!Bermula bersama kami walau...
21/04/2021

Kerjaya Sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina atau Site Safety Supervisor yang bertauliah!!!
Bermula bersama kami walaupun anda hanya memiliki PMR sahaja
Site Safety Supervisor (SSS) juga dikenali sebagai Yellow Book.
SSS ini adalah jawatan yang sangat diperlukan di tapak bina dan diwajibkan undang undang.
Untuk menjadi seorang SSS wajib mengikuti kursus KOMPETENSI PENYELIA KESELAMATAN DI TAPAK BINA yang dianjurkan di CERNA MINDA INSTITUTE
==================================
✅ Yuran yang terbaik di pasaran - HANYA RM 1400 sahaja.
✅ Kursus Secara fizikal -Pilih antara Sabtu Ahad Atau Sepenuh masa
✅ Pusat Latihan yang Diiktiraf Oleh JKKP (DOSH)
✅ Trainer yang sangat berpengalaman luas dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
✅ Program Pembayaran Ansuran Yuran Belajar di Sediakan (sehingga bayar 14 kali) bagi yang layak
✅ Yuran telah termasuk dengan Modul dan yuran peperiksaan NIOSH
✅ Kelas selama 9 hari

Tarikh =26 April hingga 7 Mei 2021

Masa = 9am hingga 5pm

Lokasi = Bandar Baru Bangi ( Cerna Minda ).

Kursus Kompetensi Site Safety Supervisor DI CERNA MINDA INSTITUTE adalah DI IKTIRAF OLEH JKKP (DOSH)�daftar Terus di�
https://cernaminda.com/permohonan-sss-biasa/
https://cernaminda.com/permohonan-sss-biasa/
https://cernaminda.com/permohonan-sss-biasa/
https://cernaminda.com/permohonan-sss-biasa/
https://cernaminda.com/permohonan-sss-biasa/


☎️ SMS/Whatsapp ke 0132018687
☎️ SMS/Whatsapp ke 0132018687
☎️ SMS/Whatsapp ke 0132018687
☎️ SMS/Whatsapp ke 0132018687
Atau anda boleh klik link ini, ia akan Whatsapp terus pada staff kami
www.wasap.my/60132018687

15 Soalan Dan Jawapan Berkaitan Darurat - BERNAMAAssalamu’alaikum wrt wbtMasih belum tenang suasana politik negara. Kita...
23/10/2020

15 Soalan Dan Jawapan Berkaitan Darurat - BERNAMA

Assalamu’alaikum wrt wbt

Masih belum tenang suasana politik negara. Kita doakan moga yang dikatakan “gencatan politik” tiba jua dan sekali gus menjadi penamat kepada bahang panas keadaan semasa.

Kita doakan yang baik-baik untuk semua.

Pada paparan kali ini saya mahu berkongsi beberapa fakta perundangan berkenaan DARURAT. Saya mengambil tajuk ini kerana DARURAT mula menjadi bualan dan cakap-cakap dalam media dan saya juga sering ditanya tentangnya oleh media.

Di bawah adalah 15 soalan dan jawapan saya berkaitan DARURAT. Mungkin akan ada soalan lain selepas ini, dan saya akan cuba berkongsi pandangan kemudian nanti.

Selamat membaca, moga bermanfaat.

Soalan 1

Apakah maksud darurat

Jawapan:

Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.

Soalan 2

Apakah kesan pengisytiharan darurat

Jawapan:

Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif. Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara. Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.

Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).

Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya.

Soalan 3

Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan

Jawapan:

Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.

Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.

Soalan 4

Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat

Jawapan:

Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud.

Di bawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku.

Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas

i. Keselamatan negara; atau

ii. Kehidupan ekonomi; atau

iii. Ketenteraman awam

Soalan 5

Bilakah dan di manakah darurat boleh diisytiharkan

Jawapan:

Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa Parlimen bubar. Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.

Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).

Soalan 6

Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri

Jawapan:

Pegisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia). Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Bagaiamana pun, persoalan timbul ialah, adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri?

Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.

Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam Bahasa Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat.

Beberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini.

Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati. Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge…”

Walaubagaimana pun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah Menteri. Ini adalah kedudukan undang-undang yang disepakati. Lord Diplock menyatakan:

“Although this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di-Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet. So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question”.

Justeru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri.

Soalan 7

Adakah Keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (justiciable)

Jawapan:

Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of not he should have been satisfied”. Maksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong.

Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman sama. Hakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan minoriti. Beliau menyatakan,

“His Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the Federal Constitution provides that “in the exercise of his function under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet…Article 150 specifically provide that the emergency must be one ‘whereby the security or economic life of the Federation or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not meaningless verbiage….Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy”

Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik kerana baginda bertindak atas nasihat. Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan kehidupan ekonomi. Perkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur.

Keputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adalah juga menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak oleh mahkamah. Selepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan di bawah Perkara 150. Hal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan:

Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini –

(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan

(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan

(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1):

(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;

(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau

(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.

Walaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah.

Soalan 8

Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat

Jawapan:

Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan.

Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A).

Soalan 9

Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat

Jawapan:

Yang di-Pertuan Agong boleh boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.

Soalan 10

Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat

Jawapan:

Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. Ini disebut dalam Perkara 150(2B).

Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.

Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dip**angkan kepada Parlimen. Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.

Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh).

Soalan 11

Adakah Parlimen boleh membuat undang-undang semasa darurat

Jawapan:

Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan. Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan, “The true effect of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein, Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution (including the provisions on fundamental liberties) are involved”.

Fasal (2C) Perkara 150 menyatakan “…Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh dalam mana-mana satu Majlis Parlimen”. Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang.

Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak. Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (Lihat 150(6A)).

Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak.

Soalan 12

Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat

Jawapan:

Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen. Ia boleh berkesan sehingga dibatalkan. Setelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen.

Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa Proklamasi darurat atau Ordinan.

Bahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama atau atas sebab yang berbeza).

Soalan 13

Bolehkah Yang di-Pertuan Agong membuat Ordinan Perbekalan (Bajet)

Jawapan:

Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana baginda boleh, sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak, maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian.

Namun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak. Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen. (Lihat Perkara 150(2) dan (3))

Soalan 14

Bilakah Darurat akan berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir

Jawapan:

Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa.

Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) … hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi…” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.

Kes The Cheng Poh menyatakan,

The power to revoke, however, like the power to issue a proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In their Lordships' view, a proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force.

Soalan 15

Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir

Jawapan:

Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa. Maksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir. (Lihat Perkara 150(7)).

-- BERNAMA

Prof Madya Dr Shamrahayu A.Aziz merupakan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM)

(Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BERNAMA)

17/09/2020

Perang Epik Semut Hitam dan Merah

Jangan give-up jika hilang pekerjaan kerana Covid1-19. Gunakan peluang ini untuk kembali bangkit.
30/07/2020

Jangan give-up jika hilang pekerjaan kerana Covid1-19. Gunakan peluang ini untuk kembali bangkit.

Kalau birthday anda hari ini, dapatkan cendol durian percuma di gerai depan PKNS Bangi.*Juga boleh untuk birthday pada h...
24/07/2020

Kalau birthday anda hari ini, dapatkan cendol durian percuma di gerai depan PKNS Bangi.

*Juga boleh untuk birthday pada hari-hari lain. Asalkan tak menipu, sudah lah. Ibu mengandung pun boleh.

dj nazz : dato penah lalui zaman susah?m.nasir : susah tu apa maksud nya tak pahamdj nazz : susah macam kump**an rock pe...
22/07/2020

dj nazz : dato penah lalui zaman susah?

m.nasir : susah tu apa maksud nya tak paham

dj nazz : susah macam kump**an rock penah zaman makan maggie

m.nasir : itu bagi saya tak penting..

dj nazz : macam joey penah duduk dekat masjid,stesen bus die kata mengikut kata die..atuk penah mengalami zaman mcm tu?zaman makan maggie zaman takda duit..

m.nasir : saya alami benda tu semua tapi saya. tak paham itu adalah satu kesusahan

dj nazz : jadi itu ialah?

m.nasir : ITU IALAH YANG KITA LALUI SAJA

Sumber: FB

Pelajar sekolah belajar dan praktik teori graphic design dan persembahan multimedia menggunakan filem Wes Anderson. Di m...
22/07/2020

Pelajar sekolah belajar dan praktik teori graphic design dan persembahan multimedia menggunakan filem Wes Anderson. Di mana ni? Kuching, Sarawak. Ya, dalam Malaysia!

Apa nama sekolah dia? 古晋一中 - 古晋中华第一中学 Chung Hua Middle School No.1

Nampak gaya, tak lama lagi, designer dan filmmaker otai dah ada pencabar yang boleh tahan juga.

Adoi. Nak melawan pun, janganlah sampai buat vandalisme. Ingat senang ke nak lukis tu?
20/07/2020

Adoi. Nak melawan pun, janganlah sampai buat vandalisme. Ingat senang ke nak lukis tu?

Guru ni, beginilah. Walaupun, bukan kerja dia, tetap dibuat dengan bersungguh demi anak murid.Harap Kementerian tambahla...
18/07/2020

Guru ni, beginilah. Walaupun, bukan kerja dia, tetap dibuat dengan bersungguh demi anak murid.

Harap Kementerian tambahlah elaun kelompok pendidik begini. Supaya taklah mereka terpaksa cari pendapatan sampingan di luar.

Sejauh mana promosi potongan harga dan penubuhan kedai harga bawah pasaran boleh membantu orang miskin?Ia hanya menguntu...
12/07/2020

Sejauh mana promosi potongan harga dan penubuhan kedai harga bawah pasaran boleh membantu orang miskin?

Ia hanya menguntungkan B40 dan M40 yang sebenarnya mampu membeli dengan harga pasaran, untuk berbelanja lebih sedikit barang keperluan. Ini akan meningkatkan volume jualan dan trafik sesebuah premis.

Bagi B40 yang tidak mampu pada asalnya, sebenarnya potongan harga tidaklah benar-benar membantu. Mereka perlukan pendapatan yang stabil. Maka, usaha menyediakan saluran pendapatan itu perlu turut diberikan perhatian.

Pendapatan boleh datang dalam bentuk zakat, bantuan derma dan juga peluang pekerjaan. Ia akan mendorong kelompok B40 yang tidak mampu tersebut berupaya membeli barang dengan harga pasaran tanpa pilihan yang terhad.

Penubuhan pasaraya harga bawah pasaran ini sedikit sebanyak memberi saingan kepada penggiat ekonomi runcit yang lain. Ia sebenarnya, hanya memindahkan trafik dari pasaraya harga patut yang lain ke premis yang baharu dibuka. Mungkin tiada pelanggan tetap (yang kurang mampu) baharu.

Walaubagaimanapun, adakah usaha penubuhan pasaraya harga patut perlu dipandang leceh? Tidak. Ia perlu disokong. Namun, jangan lah hanya menyokong ketika mana ada promosi harga sahaja. Sokonglah setiap masa, biarpun ada kala, harganya sedikit mahal.

Harga barang tidak boleh selama-lamanya murah. Tetapi, pendapatan warga perlulah selama-lamanya ada peningkatan supaya berupaya membeli. Barulah ekonomi kita berkembang.

19/06/2020

DRAF SURAT ADUAN KE JABATAN TENAGA KERJA

Disini admin ada drafkan contoh surat aduan yang boleh pekerja gunakan untuk membuat aduan ke JTK melalui email ke JTK dalam tempoh PKP (MCO) Covid 19 ini.
Anda boleh tambah lagi maklumat sekiranya perlu, atau delete yang mana tak berkenaan.
Apa anda perlu buat, anda buka email, copy contoh draf surat aduan ni, edit apa yang patut .. dan hantar aduan ini ke email Jabatan Tenaga Kerja seperti dibawah.
[email protected]

Lampirkan/Attach bersama Offer Letter/Employment Letter, Termination Letter, Memo Majikan Gaji Dipotong ke, Email majikan beritahu memaksa pekerja ambil Unpaid Leave ke,..
lampirkan apa-apa yang anda rasa boleh dijadikan fakta hujah berkenaan isu anda dan majikan.
Kalau majikan ugut melalui wassup, sreen shot wassup tu dan attach bersama-sama.
Kalau anda takda Employment Letter Tu semua, memadai Termination Letter atau apa2 bukti yg majikan melakukan kesalahan terhadap anda.

Pihak admin just nak ingatkan, surat ni hanya sekadar draf sahaja, yang mana bagi pihak admin sekiranya pekerja masukkan detail-detail diatas tu pun sudah cukup utk pekerja buka kes anda di JTK.
Sekiranya ada kesalahan bahasa, mohon diperbetulkan.
Pihak admin berharap, mana-mana pekerja yang tertindas, ditipu, ditekan majikan, supaya beramai-ramai copy surat ni dan hantar aduan ke JTK, supaya pihak Kerajaan maklum tentang perkara ini.
Kami admin berharap sekiranya pekerja2 beramai2 melapurkan salah laku majikan ke JTK ini, pekerja akan dapat pembelaan nanti, atau mungkin PM akan umum insentif yang lagi banyak dan lagi baik lepas ini utk pekerja2.. hehehe..

Tolong share kepada semua rakan-rakan sekerja anda.

Disaat kesusahan krisis sebegini, Pekerja-Pekerja semua mesti Satu Hati membantu pekerja-pekerja lain.
Mungkin hari ini musibah kepada kawan anda, mungkin esok giliran anda menghadapi masalah yang sama, disebbkan virus Covid ini kita tak tahu bila akan selesai.
Dibawah ni contoh draf surat aduan yang tuan puan boleh gunakan utk membuat aduan melalui email ke JTK
[email protected]

Didalam komen admin dibawah juga, kami ada letakkan ni telefon pegawai2 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) utk pekerja2 hubungi setelah anda semua membuat aduan ke JTK. Hubungi pegawai MTUC utk khidmat nasihat dan rundingan berhubung permasalah anda dan majikan.

PERINGATAN!!
Jgn sesekali hantar resignation letter, Jgn setuju utk ambil Unpaid Leave atau LOA, Jgn sain apa2 surat Termination Letter (kalau dipaksa sain, tulis Under Protest disebelah tandatangan anda).

Jgn berlengah2, buat aduan ke JTK, tanpa aduan ke JTK, tiada siapa boleh bantu anda menyelesaikan masalah pekerjaan anda.

Akhir kata dari pihak admin.
Suara Pekerja Suara Keramat..
Fight For Your Right..
Workers Right..

CONTOH DRAF SURAT ADUAN KE JTK

Nama Penuh Pengadu Cth Muhammad Bin Abdullah
Alamat Lengkap Pengadu
Cth. No 1, Jalan Presint 3,
Putrajaya, 01007

Utk Perhatian:
Pegawai Jabatan Tenaga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Tarikh:

Tuan,

Aduan Terhadap Majikan – Pembehentian Pekerjaan/ Pemotongan Gaji Semasa Tempoh Cuti PKP/ Dipaksa Mengambil Unpaid Leave/ Dipaksa Bekerja Tanpa Kelulusan MITI dan Kerajaan Dlm Tempoh PKP(pilih yang berkenaan)

Sehubungan perkara diatas, Saya Muhammad Bin Abdullah, no K/P 810101-08-8888, bekerja sebagai pemandu peribadi di syarikat James Bond Sdn Bhd telah Ditamatkan (Perkhidmatan/ Diberhentikan Kerja/ Dipotong Gaji/ Dipaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji/Dipaksa Bekerja Dlm Tempoh PKP Tanpa Kelulusan MITI dan Pihak Kerajaan..Pilih mana berkaitan) dlm tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19 ini.

Di bawah ini saya nyatakan detail peribadi dan majikan saya.

Nama : Muhamamad Bin Abdullah
No K/P : 810101-08-8888
Alamat :
No Telefon dan Email : 010-11000011, [email protected]
Jawatan dan Gaji Akhir : Pemandu Peribadi – RM3000

Nama Majikan : James Bond Sdn Bhd
Alamat Majikan :
No Telefon Dan Email Majikan :
(boleh juga tambah dibawah ni dan letakkan nama dan no telefon manager dan bos anda untuk pihak JTK hubungi)

Saya berharap pihak JTK dapat membantu saya dalam mendapatkan pembelaan dan hak saya sebagai seorang pekerja. Adalah tidak adil, dalam tempoh PKP Covid ini, pihak majikan mengambil peluang (membuang pekerja/memotong gaji pekerja/memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji/dipaksa bekerja dlm tempoh PKP) tanpa persetujuan dari pekerja.
Ini adalah bercanggah dengan perintah dan saranan kerajaan kepada pihak majikan supaya mengekalkan pekerja-pekerja dalam tempoh PKP ini.
Pihak kerajaan juga telah mengumumkan perbagai insentif kepada majikan bagi meminimakan kerugian dan perbagai insentif membantu majikan membayar gaji-gaji kepada pekerja.

Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat membantu saya dalam perkara ini.

Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian Terima Kasih.

…………………………………………….
Nama:
No Telefon :
Email:

Salah sendiri yang check meter, bukan orang lain.
16/06/2020

Salah sendiri yang check meter, bukan orang lain.

Disebabkan COVID19, pameran patung-patung ni dibatalkan. Tapi, disebabkan kita tak boleh biarkan patung tak berpakaian, ...
16/06/2020

Disebabkan COVID19, pameran patung-patung ni dibatalkan. Tapi, disebabkan kita tak boleh biarkan patung tak berpakaian, jadi, kena lah pakaikan kain.

Eh, tak tahu ke? Tak boleh biar patung tak berpakaian.

15/06/2020

Bagus brader ni.

Yang tak bagus, orang yang buang tin merata-rata tu.

15/06/2020

Orang kata, tengah viral brader ni.

13/06/2020

Dapatkan semula Sijil SPM Hilang

Dalam waktu ramai pekerja dibuang atau diberhentikan kerana syarikat ditutup, sijil-sijil kita menjadi sangat penting.

Tapi, itulah. Kadang-kadang dah hilang, rumah terbakar, dah lunyai dek banjir dan macam-macam lagi.

Untuk sijil SPM dan yang sewaktu dengannya, boleh tonton video ini.

https://youtu.be/Eoa4H5exXCM

Sumber: Cerna Minda Institute

13/06/2020

Cabutan Sijil SPM yang Hilang.

Dalam waktu ramai pekerja dibuang atau diberhentikan kerja serta-merta ni, sijil-sijil kita sangat penting untuk disiapsediakan untuk mohon kerja baharu.

Ada yang terbakar, rumah banjir, hilang waktu pindah rumah dan llain-lain sebab.

Kalau ada kenalan anda yang hilang sijil SPM, mohon mereka tonton video ini. Ikut arahan yang diberikan untuk mohon semula cabutan sijil SPM.

https://youtu.be/Eoa4H5exXCM

13/06/2020

"Hangpa ni dah macam Yahudi na, tak da timbang rasa langsung!"

Semenjak abang TNB dah mula boleh turun bekerja check meter, macam-macam kes netizen terkujat melihat bil tinggi melampau. Ada lah juga aduan yang boleh kita layan kan. Tapi, ada yang tak boleh nak layan sangat. Bayar pun selalu lewat, kadang-kadang dah datang surat merah baru bayar.

Ya. Macam Yeh Sekupang dalam filem Mamat Khalid; Rumah Puaka di Simpang Jalan. Bila nak kena potong, baru tersedar dah 3 bulan tak bayar.

Eh, kalau perasan. Mamat Khalid ni memang minat benda-benda elektrik ni. Dalam Mat Nor Kushairi and The Velvet Boys, kan Bront Palarae pengsan terkena karan? Dalam Man Laksa p**a, kita mesti ingat jenset yang Ah Loq pasang tu.

Mungkin, nak tunjuk yang orang Malaysia ni memang tak lari dari isu-isu berkaitan elektrik. Apa-apapun, jangan cepat gelabah. Semak cara kiraan seperti yang TNB dah tunjukkan. Benda boleh bincang, kan?

TNB Careline

Address

Bangi
Kajang
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Creado posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Creado:

Videos

Share

Category

Nearby media companies