Figura RICH Legacy

Figura RICH Legacy Tiada jalan pintas untuk meraih KEJAYAAN dan yakinlah usaha tidak akan mengkhianati HASIL.

Di usia ni kita sering termenung mengenangkan segala kerugian akibat kelalaian kita semasa muda dulu.Kita seringkali ber...
02/04/2024

Di usia ni kita sering termenung mengenangkan segala kerugian akibat kelalaian kita semasa muda dulu.
Kita seringkali berandai kiranya masa dapat diputarkan kembali,banyak hal yang nak kita betulkan.
Tapi hakikatnya masa yang berlalu pasti tak akan berulang kembali,kita cuma mampu berdamai dengan takdir dan ikhlaskan segalanya,namun selagi ada nafas masih belom terlambat utk melakukan yang terbaik mulai saat ini.


Terkenang masa arwah mak abah ada lagi,setiap kali raya kami balik kampung memang gini la beg bersusun,maklum anak ramai...
29/03/2024

Terkenang masa arwah mak abah ada lagi,setiap kali raya kami balik kampung memang gini la beg bersusun,maklum anak ramai.
Bab kemas bag ni boleh buat mak mak stress tahap nak jadi hulk.Semua nak fikir,risau ada yg tertinggal,kena pastikan ada plan kecemasan pulak.Semua barang kene ada ektra utk emergency.
Paling menyakitkan hati bila si bapak asyik bebel "cepatla ckit,dok buat apa lagi tu nanti jln jem,panas", mcm2 la komplen si bapak yg boleh mencetuskan perang dingin sepanjang perjalanan balik kampung.Tu belom bab komplen bawak apa banyak sangat sampai penuh kete,kadang anak terpaksa duduk atas bag.Dah sampai kampung nanti si bapak la orang yang sibuk tanya bawak ni tak,bawak tu tak.....🫣

Salam 18 Ramadan.

Jangan kau pertikai apa bini kau buat.

Jangan ingat kemas beg tu senang.

Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.

Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.

Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.

Baju ni ada banyak jenis baju.

Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.

Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.

Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.

Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.

Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5?6? πŸ˜‚

Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.

Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.

Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.

Iron pun dia bawak weh!

Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm 😯

Fuh...tu je..
Tu je?
Belummmmmm...

Kuih raya..kerepek raya..kek lapis..kek coklat...serunding..dodol...

Ha...mandi cemane mandi...
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.

Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya πŸ˜‚

Ha..ok...cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.

Eh...ada lagi!
Barang mekaaappppp...

Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah... Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu 😜

Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.

Dan...dan...
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.

Jarum jahit pun ada..benang..gunting...kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..

Haaaaa......
Ok.
Ada dah semua.
Fuhh...legaa....
Ok zip beg!

Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.

Angkat.susun.senyum.

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sumber : Izyan Izdihar Shaarani

28/03/2024

KEJAYAAN bukan sesuatu yg boleh diraih semudah petik jari,zam al kazam puhhh jadi.
Tapi setiap kejayaan itu didalamnya ada air mata,darah dan keringat,prosesnya tiada siapa yg tahu,hanya diri sendiri yg merasai.Jatuh itu pasti,berdarah itu pasti,hanya berjaya bangkit atau tidak belom pasti,kekuatan mental dan fizikal adalah penawar utk meneruskan usaha hingga meraih puncak KEJAYAAN.
Berjaya itu tidak diukur dengan rumah besar,kereta mewah,emas berlian tapi bagaimana kita mampu BERTAHAN dan mampu MEMPERTAHANKAN.
Walau apa pun sebagai manusia kita harus berusaha namun ingatlah rezeki kita JAMINAN ALLAH bukan MANUSIA yg menentukan di mana seharusnya kita berada.
Andai belom puas hati dengan kejayaan hari ini maka teruslah berusaha dan berdoa semoga akan tiba waktunya kita mampu TERSENYUM dan BERSYUKUR....

RichLegacyTeam

21/10/2023

Tahu tak apa itu Healing Cricis atau tindakbalas pemulihan yg berlaku apabila kita ambil apa-apa suplemen?
Berbeza bila kita ambil ubat kimia yg tugasnya 'off' button yg menyebabkan kita rasa sakit,tapi penyakit masih lagi ada,tapi supplemen bertindak merawat dari punca penyakit sehingga menyembuhkan penyakit dalam tubuh kita.
Supplemen bukan ubat dan berbeza sama sekali,sepatutnya supplemen yg bagus tidak akan mengakibatkan kerosakan organ atau membuatkan penyakit sedia ada bertambah serius.Maka pilihlah supplemen yg terjamin keselamatan dan piawaiannya.
Figura s adalah supplemen yg telah diperakui oleh pakar-pakar perubatan dan melalui proses piawaian ketat oleh Panel Penyelidik Produk kami yg terdiri drpd 3org Professor yg masih bertugas di Fakulti Perubatan.

18/10/2023

Testimoni pesakit kanser usus tahap 4.
Mengamalkan produk-produk Figura International utk kekal sihat.Alhamdulillah Pak Cik Hussain sangat berpuas hati.
Ikuti pengakuan beliau tentang penyakitnya dan produk yg diamalkan.

30/08/2023

Inilah Professor yg menjadi Panel Penyelidik Produk Figura International.
Kami bukan "pinjam" nama jer tapi mereka turun padang bersama agen-agen Figura menyokong syarikat dan turut mengamalkan produk-produk Figura.❀️

Inilah syarikat yang kita patut join jika nak buat bisnes,setiap kata adalah fakta bukan auta.

"FIGURA POWER‼️POWER‼️POWER‼️"πŸ™‹

05/08/2023

Ketua Panel Penyelidik Prof Emeritius Dato Dr Abd Latiff Bin Mohammad@Hq Figura International.

23/07/2023

Alhamdulillah bekas pesakit kanser limfoma berkongsi pengalaman selepas mengamalkan produk Figura S.

Kita ikhtiar untuk sihat,kesembuhan itu dgn izin Allah Swt.
Dengan 3org Professor sebagai Panel Penyelidik Produk tiada sebab utk kita was-was utk mengamalkan pemakanan kesihatan Figura International.

07/04/2023

Alhamdulillah hujan lebat membasahi bumi Kajang petang ni.Kita submit doa yang baik-baik ketika hujan lebat semoga Allah angkat doa2 kita.
Aamiinn Ya Allah Ya Mujib.

07/04/2023

Assalamualaikum sahabat alam mayaku.
Salam Ramadan 16.

Vtt kak aina kali ni agak panjang tapi bermanfaat utk kawan-kawan tengok sampai habis,inilah tips kak aina kekal sihat wlu pun dah hampir msk kelab warga emas.☺️☺️☺️

27/03/2023

Assalamualaikum...
Selamat Pagi sahabat hebat dunia akhirat❀️

Bulan Ramadan ni jom kita buat senaman tepuk-tepuk.

06/03/2023
Keluar daripada zon selesa dan lakukan sesuatu yang anda tidak selesa. Yang tidak selesa itu akan jadi perkara yang anda...
06/03/2023

Keluar daripada zon selesa dan lakukan sesuatu yang anda tidak selesa. Yang tidak selesa itu akan jadi perkara yang anda selesa selepas berkali-kali melakukannya. Semakin banyak anda melakukan sesuatu yang anda takut lakukan, semakin banyak ia akan menjadi perkara yang anda senang melakukannya. Jadilah antara kelompok yang berani! Merekalah usahawan berjaya yang sebenar. Berani!

Ibu ayah pasti nak yang terbaik untuk anak-anak,sanggup spend duit hantar anak ke tadika yg mahal seawal 4tahun.Tapi ram...
03/02/2023

Ibu ayah pasti nak yang terbaik untuk anak-anak,sanggup spend duit hantar anak ke tadika yg mahal seawal 4tahun.
Tapi ramai ibu ayah lupa nak bagi makanan utk otak anak-anak agar dapat menghubungkan sel-sel yg optimum.Apabila makanan utk otak sempurna barulah IQ akan meningkat.

FIGURA JUNIOR makanan utk otak,imun dan usus bukan hanya fokus kepada otak sahaja....Woww berbaloi-baloi.

Anak-anak sihat,cerdas dan gembira untuk belajar setiap hari.❀️❀️❀️



Address

Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Figura RICH Legacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share